Friday, January 9, 2015

Walimatul urus - 25/10/2014

Assalamualaikum..

Dah sekian lama baru dapat buat entry terakhir tentang majlis kahwin saye..haih rasa macam ala2 nak basi dah. Tapi nak update jugak la..hehe

Lebih kurang pukul 9 pagi saye dah siap2 mandi & dalam pukul 10 gitu mak andam saye dah datang. Oh ye..majlis pada hari tu kami buat di Kg. Tiram pulak, di rumah tok saye. Waktu mak andam tengah mekapkan saye, hp saye berbunyi, dan seperti biasa photographer tak tau jalan lagi..hadoi asal saye mekap je mesti call pasal sesat jalan.Saye malas nak pening2 terus bagi hp kat cik eyra. Pandai2 la siapa2 kat luar bilik tu tolong tunjuk jalan dekat photographer.

First sekali, gambar pintu gerbang tajaan cik eyra..hehe

Persiapan akhir touch up photo booth

Flower girl merangkap geng bunga telur

Hampir pukul 11 saye dah siap mekap & rombongan pengantin lelaki pun memang dah sampai. Diorang park dekat rumah ayah long saye dulu, selang beberapa buah rumah dari rumah tok. So, nanti diorang berarak dari situ je. Photographer pun dah sampai akhirnya.


Lepas siap mekap

Saye bajet dalam pukul 12 dah boleh berarak, tapi tergendala sikit sebab pasukan kompang belum sampai..Jadi acara terlewat sikit la..tapi mujur terlewat sikit je, dalam 12.30 gitu rombongan pengantin lelaki dah start berarak.

Rombongan pengantin lelaki dah start berarak




Aik tetiba saye muncul..haha..

Geng kompang yang laku macam goreng pisang panas hari tu..banyak betul tempahan diorang. Tu yang lambat sampai..hehe

Jadi macam biasa la, lepas berarak, kami duduk kat pelamin & ada acara merenjis. Naik lenguh pinggang jugak la nak tunggu habis acara ni..hehe..lepas settle, terus ke acara makan beradap sambil tengok persembahan tarian "joget pahang" dari sepupu2 saye.

Makan2 sambil tengok persembahan tarian

Persembahan sepupu2 junior

Persembahan geng senior :p

Lepas tu buat apa lagi ye? Ha, sambung balik acara bergambar dan bergambar lagi. Kemudian acara potong kek. Haa, yang ni memang kelakar sikit. Masa Kak noti & cik eyra buka kotak kek tu, tetiba saye tengok diorang macam terpinga2. Pastu saye datang, tanya kenapa. Jawab diorang:

Eyra: Semalam masa dapat kek ni, elok je kan? Ada nama pengantin atas kek. Tapi ni, bukak je kotak, nama dah takde.
Kak noti : Macam mana bleh hilang ek? Tapi ni macam ada kesan atas kek ni. 
Og : Ish pelik la..ada orang ambik ke?

Memang hairan betul. boleh pulak bahagian nama tu hilang. Kek tu jenis fondant. Bahagian nama tu pun dia buat asing..letak sekeping fondant yang dah ditulis nama dekat atas kek. Kalau dah hilang sekeping tu maknanya ada yang ambik la kan. Tapi fikir punya fikir, last2 dapat dah jawapan. Ni mesti kerja Alif, anak sepupu kita orang. Sebab memang kek tu di simpan dalam peti ais kat rumah dia..haha..takde keje orang lain dah ni. Mujur la nampak cacat sikit je kek tu.

Bukti kecurian dekat kek ni..nampak kesan2 kuning atas kek tu kan? Ha, situ sepatutnya ade sekeping fondant yang ditulis nama pengantin.

Potong kek..walau kek dah tak berapa sempurna, hentam je la..malas nak fikir banyak2..hehe

Keluarga pengantin lelaki

Keluarga saye (yang belah abah). Family belah ma tak dapat nak bergambar sekali gus sebab ramai sangat..hehe

Geng mak2..tak semua ada ni

Geng ayah2..ni lagi lah, 3 orang je sempat panggil utk bergambar.

Sepupu sepapat. Masing2 tengah cop props. Pengantin pun sama sibuk nak berebut..haha


Ok, posing style sopan2 gitu

Posing ala zombie menerkam pulak


Dengan ex-office mate. Laylee & husband


Ex housemate time dekat UTHM...Nurul & family.




Ok, dah habis acara potong kek. kami berposing lagi.Last2 dalam pukul 3 lebih gitu kami dah pergi photoshoot outdoor. Kalau ikutkan photographer, dia nak buat dalam pukul 4 petang. Tapi kami malas dah nak tunggu, so biarlah settle awal sikit kan. Kami angkut sekali 'dayang2' untuk buat outdoor photoshoot..hehe. Tempat yang kami pilih ialah Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Senang, dekat je. Masa decide tempat hari tu sengaja saye pilih tempat terdekat. Malas saye pilih jauh2 sebab dah tau, mesti hari kenduri tu saye dah rimas dengan baju & mekap. Nak2 hari dah petang kan.

Ok, kat bawah ni gambar2 dekat Taman Pertanian..malas pulak saye nak letak caption untuk gambar2 ni..hehe..tengok je la ye..














Lepas snap2 gambar semua, maka selesai sudahlah acara dalam majlis saye. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & cuaca pun baik je sepanjang hari. Tamatlah sudah cerita. Tapi sebelum tu saye nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis saye selama 3 hari berturut2 tu. Dan terima kasih juga kepada yang memberi sumbangan tak kira dalam apa bentuk sekalipun. Semoga rezeki anda semua melimpah ruah & hidup diberkati Allah. Ok itu saja entry majlis perkahwinan dari saye. Pasni takde sambungan dah..hehe..Wasalam.

Thursday, December 18, 2014

Majlis Nikah - 24/10/2014

Assalamualaikum..

Di sini saye nak bercerita tentang majlis nikah saye pulak (apa benda tah ayat pendahuluan saye ni, tak menarik betul..haha). Walau dah hampir 2 bulan berlalu tapi saye baru dapat update sebab busy(jawapan cliche) & sebab baru dapat gambar2 dr photographer pada bulan 12 ni.Oklah..majlis nikah berlangsung pada 24/10/2014, Jumaat. Selepas Isyak di rumah saye.

Menu malam tu ialah nasi putih, gulai lemak cili api nanas & ikan masin, lemak labu, ikan goreng, sayur goreng, sambal belacan. Macam biasa jugak, segala makanan ni dibuat di Kg. Tiram. Kat rumah kami hanya sediakan air je. Kali ni awal2 lagi dalam pukul 7.30 pm si tukang hantar makanan dah datang hantar ke rumah kami..hehe..Maybe takut jadi macam malam berinai tu, makanan sampai lambat. Disebabkan makanan dah sampai, jadi saye pun makan la dulu siap2.

Malam tu Kak Noti mekapkan saye tapi dia sampai lewat sikit. Tapi takpe lagi la sebab tetamu pun belum sampai. So, tengah duk bermekap tu saye dapat panggilan dari photographer. Alamak, diorang tak tau jalan nak ke rumah pulak. Saye malas nak cakap banyak jadi saye bagi hp kat abah je. Biar abah cakap ngan dia.

Time bermekap tu saye dengar rombongan pengantin lelaki dah sampai, tak lama lepas tu tok kadi pun sampai..alamak!! saye tak siap lagi. Kelam kabut jugak la saye. Time tu tengah pakai tudung. Ha, sekali Kak Noti & sorang lagi sepupu, Kak Aja bertungkus lumus belitkan tudung saye. Pastu makngah pulak pakaikan sarung kaki. Haha, kalau ikutkan saye punya gelabah, takde dah nak pakai2 sarung kaki tu. Nak kuar gitu je sebab diorang kat luar dah panggil suruh keluar.


Pengantin lelaki + rombongannya dah sampai


Sebahagian dari tetamu (semuanya family je ni..hehe)
Saye tak sempat pun nak feeling2 berdebar ke apa kat dalam bilik tu. Kelam kabut bersilat nak bersiap..haha..tapi time keluar & duduk kat pelamin tu automatik jadi sopan :p

Tengah2 nervous, tapi nampak kamera, so posing cepat2 :p

Dan lagi...

Dan lagiiii...nampak tak, walau kat mana kamera berada, mata saye tetap mengejarnya..haha :p
Maka bermulalah detik2 ijab kabul selepas jurunikah beri khutbah nikah dan siapkan semua prosedur. Saye dinikahkan oleh abah sendiri :) Tu salah satu impian saye dan Alhamdulillah tercapai. Lagipun jurunikah ni dah pesan awal2 waktu saye sign borang dulu. Dia kata kalau boleh biar ayah atau wali sendiri yang nikahkan, dia just bagi guide je..hehe

Jurunikah sedang bagi khutbah nikah & penerangan

Abah & Mr. F

Saye selalu tengok dalam TV dan tengok sepupu2 saye waktu nikah dulu. Mesti diorang menangis lepas akad sah. Paling kurang pun ada setitis dua air mata gugur. Tapi saye tak pulak macam tu. Kenapa ye? hehe..sebenarnya memang ada rasa sebak, happy, lega & macam2 lagi waktu tu tapi air mata tu macam bergenang dekat kelopak je pastu dia masuk balik..haha boleh macam tu? Yang betulnya saye dah set dalam kepala, takmo nangis2, kang tak lawa la dalam gambar. Lagi satu kang tertanggal contact lens yang saye pakai, ha..lagi haru kan. So duduk diam2 sudah.

Saat mendebarkan...

Alhamdulillah..dah selesai :)




 Dah selesai nikah, kena buat sesi lefaz sakinah pula..ni pun memang jurunikah dah bagitau siap2 dan dia dah sediakan lafaz tu semua. Tinggal nak kena baca je. Time ni pun macam rasa terharu & sedih. Sekali lagi kena tahan air mata. Tapi saye suka..hehe, dulu memang ada impian nak buat lafaz sakinah ni tapi rasa macam tak kan tercapai sebab selalunya dekat Johor je yang amalkan lafaz sakinah ni. Tapi tak sangka jurunikah saye tu memang dah tetapkan ada acara ni untuk pengantin yang dia uruskan :)

Pesanan ibu kepada anak

Ucapan terima kasih anak kepada ibu

Penyerahan mas kahwin

Lafaz penyerahan  & terimaan mas kahwin (eh2 terbalik pulak gambar ni dengan yang atas..haha)

Doa pengantin lelaki (kami replace acara cium dahi dengan cara ni) :)

Sign borang..menggeletar tangan. Rasanya sign saye tu ada iras2 cacing kerawit dah..hehe

Ok, sarung cincin pulak

With my family..4+1=5 :)

Abg sulung  & kakak ipar Mr.F

Kakak & kakak ipar kedua Mr.F
Dengan ma, tok & mak2 saudara..


Dengan adik & sepupu sepapat as dayang2 malam tu..hehe

Dengan dayang2 lagi

Sepupu2 lagi

Sepupu kecik + anak sepupu (yang lelaki semua kena kuarantin kat rumah tok. kalau ada diorang jadi kecoh yang amat)

Last pic..dengan sepupu saye kak oty merangkap mak andam malam tu.
Dah selesai semua, ambik gambar banyak2 lepas tu pergilah ke khemah untuk acara makan2 pulak. Lepas tu..haih banyak nye lepas tu. Acara pun selesai. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tunggu kenduri besar pulak untuk keesokan hari.

Sekian dulu..wasalam :)






Tuesday, December 2, 2014

Syoknya zaman kanak-kanak

Assalamualaikum..

Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak dulu. Sesiapa pun kalau ditanya mesti rasa nak jadi macam budak2 semula kan. Happy je, tak payah fikir pasal kerja, duit, bayar itu, bayar ini. Yang dia tau makan, main, tidur..hehe..

Tapi zaman kanak-kanak dulu rasanya lebih adventure kot dari sekarang sebab budak2 sekarang banyak terdedah dengan permainan komputer, gadjet & teknologi. Permainan dia pun kebanyakannya ada dihujung jari. Touch2 je. Budak dulu2 (amboi macam dah tua sangat je saye ni kan..hehe) permainan dia semuanya real2 je. Nak main masak2 kena ada 'kuali', 'pinggan', 'mangkuk'. Nak main perang2 kena ada 'pistol' & 'senapang'. Nak main cikgu2 kena ada 'murid', 'papan hitam'. Ha...seronok sangat.

Lagi satu, kanak2 ni selalunya imaginasi & kreativiti dia memang tak tercapai oleh akal orang dewasa kan..hehe. Ingat lagi dulu2, saye suka sangat main susun2 bantal kusyen. Ala zaman 90 an dulu rumah selalunya pakai kusyen kayu & rotan pastu ada bantal dia kan. Ha, time tu saye dengan cik eyra suka sangat susun bantal2 tu buat macam rumah. Kadang tu siap ada atap lagi. Best sangat la duduk dalam 'rumah kecik' tu. Dah puas main rumah2, kami susun bantal tu berlapis2 sampai jadi tinggi lepas tu duduk atas tu..haha..kemudian terbalik & jatuh ke lantai. Ha, part tu paling syok. Mujur ma & abah tak marah main macam tu dengan syarat lepas main tu kemas macam sediakala. Kalau tinggal sepah2 memang kena bebel. 

Kemudian apa lagi ye? Ha...kalau balik kampung saye memang suka sangat main pasir dengan sepupu. Masa kecik2 dulu saye & family stay dekat KL. Jadi sesekali balik kampung dekat Kuantan memang syok la. Dengan pasir tu macam2  kami boleh buat. Nak buat kek, air milo, susu..wah semua boleh. Kadang2 kami bina kota & istana pasir. Feeling main istana pasir dekat tepi pantai..haha..siap ade kolam semua. Masa tengah asyik mengorek tanah tu kadang2 ada jugak la terjumpa cacing..time tu buat dek je..campak cacing tu jauh2 pastu sambung buat pembinaan..takde langsung rasa geli..haha.

Masa dekat kampung jugak, saye suka mandi bunga. Tapi bukan sebarangan bunga tau..selalunya saye & sepupu2 mandi bunga tahi ayam. Haha..time tu deria bau kami ni tak berfungsi dengan baik kot sampai tak terbau 'wangi' bunga tu. Ataupun sebenarnya dah terpukau dengan bunga yang comel berwarna warni tu. Ala waktu tu suka sangat nak feeling2 puteri. So, puteri kena la mandi bunga (imaginasi budak2 kan). Jadi bunga tahi ayam je la yang berlambak & tumbuh melata tepi jalan. Kalau bunga lain kang bunga yang orang tanam. Nanti kalau petik, tuan dia marah. Jadi ambik je la bunga tu, bawak masuk dalam bilik air & letak dalam besen. Pastu cedok air slow2 dengan gayung & curah atas kepala. Wow, memang 'harum' la 'puteri2' tu. Eh lupa nak bagitau, kami memang mandi 2-3 orang la time tu, ala budak2 kan biasa la mandi ramai2. Ha..pastu duduk la dalam bilik air dekat sejam sampai orang kat luar dah bising2.

Macam-macam lagi benda yang dibuat zaman kanak2 dulu. Tapi kalau nak dicerita semua, mau jadi novel pulak entry ni..hehe..Kesimpulannya zaman kanak2 memang syok. Sekian terima kasih. ;)




Main masak-masak : Orange Cheese Cake

Assalamualaikum..

Malam semalam rasa terlebih rajin pulak. Jadi disebabkan kerajinan tu maka terciptalah orange cheese cake (main hentam je letak nama ni) hehe..

Sebenarnya cik eyra dah lama ajak saye buat kek ni. Tapi disebabkan bz (yela tu) tambah pulak takde mood (sebenarnya malas..haha) jadi hasrat nak buat kek ni dipendam aje lah. Kek oren ni selalunya kami buat waktu raya. Memang sedap & simple je. Tapi takde lah topping2 ni. Semalam saje je nak test letak topping cheese. Eh eh sedap la pulak. Rasa ala2 kek cheese leleh dah cuma takde cheddar cheese je. Kalau ada mesti rasa dia sebijik macam kek cheese leleh (amboi ye2 je kan).

Ok lah kepada sesiapa yang nak try, boleh salin resepi kat bawah ni ye.

Orange Cheese Cake:

Bahan (Kek)
150 gram tepung gandum
150 gram marjerin
150 gram gula castor (boleh kurangkan kalau taknak manis)
1 sudu teh baking powder
2 biji telur
2 biji oren sunkist (perah, ambil jus sahaja, kalau oren jenis banyak air, ambil 1 biji 1/2 pun dah ok)
sedikit pewarna kuning

Bahan (topping)
250 gram cream cheese
1/2 tin susu pekat manis

Cara-cara buat kek
1. Putar marjerin dengan gula kastor hingga sebati dan sedikit kembang.
2. Masukkan telur sikit demi sedikit dan putar lagi.
3. Masukkan tepung dan baking powder, stop putar. Kaup balik adunan menggunakan sudip kayu sahaja.
4. Setelah adunan sebati, masukkan sedikit pewarna kuning.
5. Masukkan ke dalam loyang dan bakar dalam oven selama lebih kurang 30-40 minit.
(tips: anda perlu potong kek kepada dua bahagian setelah ia masak atau bahagikan kek kepada 2 bahagian sebelum dibakar.

Cara-cara buat topping
1. putar cream cheese dan susu pekat manis sehingga adunan sebati.
2. Sapu krim ini ke bahagian kek pertama. kemudian lapiskan dengan kek kedua.
3.Sapu topping ke atas lapisan kek kedua.
4.Hias kek mengikut kreativiti.
5. Masukkan sebentar kek ke dalam peti sejuk.
6.Siap untuk di makan :)














 Selamat mencuba ;)
 

Friday, November 14, 2014

Majlis Berinai - 23/10/2014

Assalmaualaikum..

Kali ni saye nak bercerita tentang majlis berinai saye yang diadakan pada Khamis, 23/10/2014. Majlis ni dibuat pada sebelah malam, selepas isyak di rumah saye di Kg. Sri Damai, Kuantan. Sebenarnya majlis kahwin saye ni agak unik sikit..haha..uniknya sebab majlis berinai dan nikah di rumah saye, majlis perkahwinan a.k.a sanding di rumah tok di Kg.Tiram, Kuantan. 

Mula2 memang decide nak buat di rumah saye je. Tapi memandangkan tenaga kerja (saudara mara) ramai yang tinggal di Kg.Tiram, maka lokasi majlis saye di ubah. Sebenarnya time ubah tu kad semua dah tempah. Jadi bila kad siap, saye terpaksa la adjust buat alamat & pelan baru untuk diselit dalam kad (mujur saye kreatif) haha :p

Majlis nikah tak payah ubah tempat la kan. Sebab tok kadi pun kami dah booked. Kang banyak kerja pulak nak tukar2 tempat nikah ni. 

Berkenaan dengan majlis berinai ni sebenarnya kalau ikutkan saye tak nak buat pun. Tapi ma suruh buat jugak, dia kata takpe la just untuk suka2 & ambik gambar buat kenangan. Lagipun majlis ni kami just jemput keluarga terdekat je. Mula2 saye nak buat petang 24/10/2014. Maknanya petang berinai, malam pulak nikah. Tapi ada family saye yang suruh tukar, buat hari lain sebab katanya takut tak terkejar & kelam kabut. Ok, saye setuju aje lah.

Hari sebelum tu, (Rabu), sepupu saye Kak Noti dah datang pasang pelamin kat rumah. Masa bertunang dulu pun dia jugak yang mekap & buat pelamin saye. Dia datang dengan 3 adik dia & sorang lagi sepupu. Pastu pak sedara saye, Pokchey & family dia datang dengan sebuah kereta lagi untuk tolong.

Ok, berbalik tentang  majlis berinai..saye buat tema zaman dolu2..ala Melayu Klasik. Saye pakai baju kebaya Kota Bharu & di mekap gaya klasik oleh Kak Noti..hehe.Tapi malam ni saye just bersanggul & sebab tu kalau tengok gambar berinai saye tak banyak kat bawah ni. Apa yang special, malam tu sebenarnya saye pakai baju saye masa umur 16 tahun. Haha..dah 12 tahun umur baju tu tapi takde sorang pun perasan. Maybe sebab saye pakai sekali dua je & simpan baju tu. Mujur muat lagi & still nampak baru, tapi tu pun kena outer sikit la. Bahagian pinggang kain kena besarkan & bagi labuh sikit. Baju pun kena besarkan sikit. 

Malam tu makan simple2 je..nasik lemak, sambal bilis, telur rebus, ulam timun, daging dendeng, tumis ikan tongkol . Disebabkan makanan semua diorang siapkan di Kg. Tiram, jadi kat rumah saye takde apa2 makanan. Yang tukang hantar makanan pulak datang lambat malam tu..tetamu dah sampai tapi makanan takde lagi..mujur la tetamu tu kaum kerabat kami jugak. Jadi takde la nak bising2 sangat. Bila makanan sampai, diorang makan dulu lah. Saye yang dah siap mekap ni pun hentam makan dulu kat dalam bilik. Haih, takkan nak makan lepas selesai majlis kan. Mau pengsan kelaparan pulak jap lagi. Time tu tak peduli dah lipstik pudar ke apa ke. Apa susah kan, touch up je lepas makan..hehe..

Lepas siap makan, acara berinai pun bermula..takde apa2 sangat nak cerita time berinai ni. Biasa je la kan, saye duduk ala2 sopan gitu kat atas pelamin & sorang demi sorang ahli keluarga datang ke depan untuk inaikan jari saye. Tapi sebenarnya just datang action untuk ambik gambar je..hehe..

Kat bawah ni gambar pada majlis berinaiade 3 keping je yg sesuai ditunjuk..korang layan je la ek.. hehe





Ok, tu je cerita Majlis Berinai..kite jumpa lagi dalam entry Majlis Nikah pulak..wasalam :)

 

Tuesday, November 11, 2014

I'm Married!

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah..majlis perkahwinan saye berjalan dengan lancar pada bulan lepas. Bermula dengan majlis berinai pada 23.10.2014, majlis nikah pada 24.10.2014 dan majlis perkahwinan, 25.10.2014.

Berakhir sudah segala penat lelah untuk buat persiapan majlis tersebut. Eh2 apa formal sangat ayat saye ni. Rasa macam tengah buat karangan sekolah pulak..haha

Hurm apa yang saye perasan episod "wedding preparation" saye dah tergantung sampai part 2 je.Pastu senyap je. Tup-tup majlis dah selesai pun..haha..Minta maaf semua (walau takde siapa yang kisah..hihi) saye terpaksa stop berblog kejap hari tu sebab bz sangat2 dengan preparation. Bila dah tamat majlis pulak, rasa letih giler sampai demam. Lagi lah takde mood nak update apa2 kan. Tapi takpe..Insyaallah, saye akan sambung episode "wedding preparation" tu nanti. 

Ha..rasa2 nak bercerita tentang majlis saye tu..tapi nanti dulu lah..ni dekat ofis, mana bleh update banyak2 kan haha..(curi2 je menaip ni). Lagipun, sambil bercerita nanti nak jugak selit2 gambar berkenaan, baru la tak boring. 

Apa-apa pun terimalah sekeping teaser wedding pic saye di bawah ;)


Note: Dah tak boleh bahasakan diri Miss/Cik Og lagi..Dah tukar Mrs. Og..hehe. Ok bye..jumpa dalam next entry