Monday, July 3, 2017

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

Salam Aidilfitri. Dah seminggu raya baru nak beri ucapan..hihi

Korang beraya di mana tahun ni? Saye macam biasa beraya di Kuantan juga dan macam tahun2 lepas juga, raya pertama di rumah tok2 saye. Raya kedua rumah saye pula buat open house. Time buat open house ni orang yang paling happy ialah Aqeef.  Bukan main suka lagi sebab ada ramai orang datang kat rumah. Siap jadi penyambut tetamu paling mesra lagi..haha..Last2 dalam pukul 3 petang dah tertidur kepenatan. Pukul 6 lebih pun tak nak bangun lagi.

Ok la malas nak cerita banyak. Kita layan gambar je ye. Oh ye..macam tahun lepas jugak, saye masih tak berjaya ambik gambar keluarga dengan posing yang ok. Aqeef ni memang tau, kalau ambik gambar dia sorang bukan main pandai posing. Bila nak ambik family potret, hiah! Start la macam2 aksi dia. Cubaan nak ambik gambar masa raya kedua pun fail. So redha je la kan.


 Masa ni mood baik je..bukan main lagi posing 

Nak ambik gambar family kononnye..dan2 Aqeef buat perangai

Nak berlari2....tak nak ambik gambar πŸ˜‚

Ni je lah posing paling senonoh pun


 Gambar 1 family pun asyik kelaut je..haha 

Yang ni ok la sikit

Aqeef dengan 2 pupu & mak sepupu


Aqeef dengan pak & mak sepupu & 2 pupu

Saye dengan sepupu sepapat

Sebelum tetamu datang, tuan rumah posing dulu

Percubaan ambil gambar family gagal lagi

Ada gaya kumpulan nasyid tak? πŸ˜…

Aqeef happy sampai ke tetamu terakhir. Ni gambar dengan pak sepupunye





Tuesday, June 20, 2017

Bollywood Raya

Assalamualaikum

Hai rajin pulak saye berblog hari ni..haha..ermm apa yang bollywood raya? Oh ye..tahun ni saye akan beraya dengan sari..ye sari. Bukan kain sari dibuat baju kurung tapi betul2 baju sari. Tak caya? Sila tengok gambar di bawah

Me and my bollywood hero

Ha..kan dah kata saye pakai sari tahun ni. Mr.F pulak pakai kurta. Hehe...err ok lah, tak baik menipu dalam bulan puasa ni. Yang sebenarnya ni gambar ahad lepas. Waktu buat video shooting untuk family day keluarga kami tahun ni. Untuk malam dinner family day nanti temanya ialah Bollywood Night. Sebab tu la saye bersari2 ni..hehe

Sebenarnya kain sari tu bakal dijadikan baju. Memang tak mungkin la saye nak pakai fesyen sari je malam dinner tu nanti. Cantik memang la cantik fesyen sari tapi saye tak yakin nak pakai. Kang nak berkejar & dukung Aqeef lagi..ha..mau melurut tercabut sari saye tu..hehe.

Lepas family day nanti saye akan update story malam Bollywood tu ye. Ok, sampai sini dulu. Wasalam.

Nostalgia raya zaman kanak kanak

Assalamualaikum

Salam Ramadhan..4 hari lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita dan Syawal pula menjelma. Ewah..agak puitis ayat di situ..hehe

Sempena Aidilfitri yang akan tiba tak lama lagi ni, teringin pula saye nak mengimbas kembali saat2 manis menyambut aidilfitri sebagai seorang kanak2 satu masa dulu. Sebagai seorang bayi 80an, maka zaman kanak2 saye ni tentulah di era 90 an ke awal tahun 2000an..hehe. Zaman2 ni masih jauh dari gajet2 canggih, tak macam zaman sekarang.

Ok lah agak2 apa perkara2 yang biasa saye lalui pada musim hari raya ye? Jom kite baca:

Balik Kampung
Yang ni memang wajib tiap tahun. Kalau tak balik kampung maka takde makna la hari raya saye..hehe. di pendekkan cerita, masa dulu saye tinggal di KL. Manakala kampung belah ma & abah dua2 di kuantan. Tiap kali nak raya memang kami balik kampung menggunakan bas ekspress. Dua tiga hari sebelum balik kampung, ma dah siap packing baju kami semua. Saye yang nampak beg pakaian bersusun tu dah melompat2 happy la sebab tau dah kami bakal balik kampung.

Punya la excited sampai saye reka sebuah lagu khas untuk balik kampung.. ala lagu macam pantun 4 kerat je.. yang lawaknye saye siap menyanyi2 lagu tu diikuti oleh cik eyra (adik saye) sebagai penyanyi iringan..haha. Kami menyanyi2 tanpa jemu. Makin dekat nak tiba hari balik kampung, makin kerap la lagu kami tu kedengaran dalam rumah..hahaha πŸ˜‚

Baju Raya
Ni salah satu part paling excited jugak. Selalunya kalau baju kurung tu ma saye memang awal2 dah jahitkan. Kalau seluar jeans, skirt, dress tu semua kami beli awal jugak. Bila pakaian2 tu dah ada mula la tak senang. Sikit2 nak test pakai baju raya. Sikit2 nak test kasut raya..haha. Kalau malam raya tu, punya la excited sampai nak tidur pun susah. Sebab dalam kepala asyik terbayang konon kita la yang paling vouge esoknye. Dengan baju baru, kasut n stokin baru. Siap 'handbag' baru untuk letak duit raya. Tak sabar2 nak pakai. πŸ˜„

Biskut Raya
Buat biskut raya merupakan salah satu benda yang saye tunggu2 dulu. Walau tak reti buat sendiri...yelah, budak2 lagi kan tapi saye suka menolong mak saudara saye buat biskut raya. Kalau dah balik kampung tu, memang favourite saye menolong mak saudara yang saye panggil teh buat biskut2. Tapi kena tahan mata la. Sebab jenis teh ni dia suka buat biskut lepas bersahur. Maknanye lepas sahur je tak boleh tidur dah. Antara biskut yang saye suka tolong buat dan tolong makan ialah biskut dam, biskut sarang semut, conflake madu dan samperit. Kalau mem'baking' waktu malam lagi saye suka. Ada biskut pecah2 atau terhangit sikit tu gerenti masuk mulut dah..hehe..

Ketupat palas dan kuih traditional
Bab ketupat memang saye tak pandai la nak tolong. Tapi saye suka menempel kat sebelah ma. Ralit tengok ma & tok saye anyam daun dan masukkan pulut dalam daun tu..Masa zaman saye kecik2 dulu sempat la merasa ketupat palas homemade ni. Sekarang memang kami beli je sebab tak sempat dah nak buat2 ni..huhu..

Kuih traditional yang dibuat pula selalunya muruku dan kuih loyang. Yang ni memang ma & adik beradik dia gotong royong buat sama2. Bila dah siap, diorang masukkan dalam tin biskut. Pastu agih2 la setin sorang. Bawak balik rumah masing2. Kami yang bebudak ni tak tolong la cuma tolong menyibuk je πŸ˜†

Ketupat palas
(Gambar dari google)


Kad Raya
Masa zaman dulu dalam bulan puasa je masing2 sibuk la beli kad raya. Termasuk la saye. Saye suka beli kad yang saiz kecik dan ada gambar comel2. Contohnya gambar anak kucing dengan ketupat πŸ˜‚ Bila dah beli sibuk pula menulis. Selalunya saye beri kepada kawan2 & sepupu2 kamcing. Nak lagi best dalam kad tu siap letak duit 10 sen. Konon2 bagi duit raya. Bila orang balas balik & letak duit jugak, rasa macam wow sangat..haha

Satu lagi trend dulu2, kad2 raya yang dah diterima tu mesti dijadikan hiasan. Gantung2 dekat dinding rumah. Tak pun sangkut kat ranting yang diletak dalam pasu. Makin banyak kad tu makin best la. Yang kelakar, nanti tetamu datang sambil2 makan kuih sambil2 belek kad yang dibuat hiasan tu.

Kad digantung pada ranting kayu. Style hiasan raya popular tahun 90an (gambar dari google)


Bunga Api, Mercun dan Pelita
Dulu2 bila balik kampung time raya, ni lah benda yang saye rasa nikmat sekali..main mercun & bunga api dengan sepupu sepapat. Seronok teramat. Tapi sebelum tu, selalunya kakak sepupu saye pasang pelita dulu. Ada la dalam 6 buah pelita. Letak mana2 sudut yang sesuai. Bila dah lip lap sana sini baru la best nak main bunga api & mercun kan?

Pelita tahun 90an. Masa ni tiang utk sangkut pelita kena buat sendiri. (Gambar ehsan google)

Tapi sebenarnya saye ni penakut nak main mercun. Saye berani main mercun telur naga, mercun roket & mercun bawang je..haha..itu pun kalau mercun roket, lepas pasang je, sementara sumbu nak terbakar saye dah lari sejauh yg boleh. Kalau mercun telur naga tu pulak lepas nyala je sumbu dia saye terus baling. Orang lain tunggu sumbu pendek baru baling sebab nanti mercun tu meletup kat udara. Baru cantik.

Main bunga api! Tapi ni bunga api besi. Mahal ni. Kadang2 je dapat main πŸ˜… (gambar dari google)

Duit Raya
Bab ni memang kegemaran semua kanak2 kan? Hihi..tu yang jadi salah satu penyebab semangat nak beraya. Saye bertuah sebab dilahirkan dalam family yg ada ramai pak & mak saudara. Yelah, ma saye ada 12 beradik. Abah pulak 6 beradik. Jadi tiap kali raya dah dapat kumpul duit banyak2 dalam family. Tapi lumrah budak2 ni mesti nak jugak pergi beraya keliling kampung. Jadi selalunya tengahari raya pertama tu saya & sepupu2 akan pergi beraya dekat kampung. Gigih berjalan kaki dari satu rumah ke rumah lain. Tapi hasil yg dapat selalunya tak sampai rm10 pun πŸ˜‚

Tapi kan, sebelum pergi beraya tu selalunya mak2 kami dah warning. Diorang pesan pergi rumah orang tu jaga perangai, kalau tuan rumah tak bagi duit raya jangan nak minta2. Kalau dah bagi ucap terima kasih, duit tu simpan terus. Jangan buka sampul tu depan tuan rumah. Disebabkan kami anak yang baik maka kami ikut semua pesanan. Haha...

Itulah sebahagian dari kenangan raya saye dulu. Memang seronok tapi takkan berulang dah. Suasana pun dah berbeza. Masing2 dah dewasa. Jadi meriahnya raya tu dah lain kan. Ok lah korang. Dikesempatan ni saye nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Dan Batin ☺

Monday, May 15, 2017

Selamat hari ibu

Assalamualaikum

Ucapan selamat hari ibu ni terlewat sehari..hihi. Patutnya semalam tapi tak sempat nak buat entry so kita ucap hari ni je ye.

Selamat hari ibu terutama sekali buat my ma. Terima kasih untuk segalanya, jasamu tak terbalas ❤

Selamat hari ibu juga untuk semua ibu2. Semoga berbahagia selalu di samping keluarga tersayang 😊

Ok kat bawah ni ada cabaran yang di copy paste dari facebook, so yang ini jawapan saye ye:

ALL ABOUT 1st BORN πŸ‘ΆπŸ»

1. Epidural? - No
2. Father in the room? - Yes (half way je. After that kena keluar sebab doctor decide utk vacuum πŸ˜”)
3. Induced? - No
4. Know the sex beforehand? - No (tapi gerak hati memang kata baby boy )
5. Due Date? - 02/09/2015
6. Birth Date? - 29/08/2015
7. Morning sickness? - Yes
8. Craving? Just a little bit. Time tu asyik craving char kue teow je πŸ˜…
9. Kilos gained? - 12kg
10. Sex of the baby? - boy πŸ‘Ά
11. Place you gave birth: HTAA
12. Hours in labor room?- about 45 minutes
13. Baby's weight?- 2.9 kg
14. Baby's Name? - Ahmad Aqeef Zhafran
15. How old is your baby today?- 1 year 8 months ++

Come on mamas! Let's hear your story! Copy and paste. Change my answers to yours.😘


Friday, May 5, 2017

Hilang ke mana?

Assalamualaikum...

Wah wah lama sungguh saye menghilangkan diri. Last muncul kat sini pada bulan december 2016. Tahun lepas la tu..hehe. Tup tup tengok kalendar, eh dah bulan 5 rupanya. Kejap je masa berlalu.

Sebenarnya saye menghilang sebab rasa macam tak ada benda nak dicerita tambahan lagi sekarang ni sibuk dengan urusan harian. Macam dah tak sempat nak mengarang kat sini..huhu. Kadang kadang ada benda nak share tapi tetiba rasa eh, tak payah la. Macam tak sesuai je nak up story. Gitulah ceritanya. Sampai la malam kelmarin, Mr.F saye tegur, dia kata dah lama saye tak update blog. Haha..akhirnya ada jugak yang tanya khabar blog ni. Oklah saye update la ye demi permintaan peminat (please jangan muntah 😜)

Bila usia dah meningkat dan kita bukan lagi di alam remaja ni, semangat nak share life dekat media sosial makin merundum. Itu saye la..orang lain saye tak tau macam mana kan. Apa yang saye perasan,  kalau dulu2 boleh kata hari2 saye akan up status kat facebook. Status merapu je pun. Contoh: Tiket bas oo tiket bas, kenapa kau habis? Huaa nak balik kampung! 😭

Haha..skarang kalau terbaca balik status2 merapu zaman remaja dulu, rasa macam nak hempuk je. Macam...eh apa benda la aku tulis ni? Skarang ni facebook saye dah sunyi dari segala status. Dah tak rasa nak menulis kat sana. Log in FB pun hanya untuk scroll2, baca info, like, komen kalau ada orang tag, kadang2 saye tag orang. Sesekali upload gambar aktiviti. Takde dah nak upload gambar selfie2..hihi. Tapi yang kerap dibuat dekat FB sekarang ni ialah...promote servis bisnes sendiri la kan. Dah nama pun bisnes online.

Nampaknya sindrom tak mau update apa2 tu dah berjangkit ke blog ni pula. Kalau dulu blog ni macam diari la. Apa2 pun nak cerita kat sini. Kisah pakai selipar lain sebelah pun nak update..haha apa benda la kan. Tapi tula namanya manusia. Ada peringkat2nya. Level kanak2 perangai lain, remaja lain, dewasa lain, esok lusa bila dah tua lain pulak la perangainya kan. Kadang2 rasa nak close dah blog ni. Tapi...sayang pulak. Banyak kenangan blog ni sebab dah lama. Lagipun ada jugak entry2 yang bermanfaat. Boleh share ilmu dengan orang lain. So...biarkan aje di situ walau blog ni sendu je.. 😁

Ha..cukuplah bebelan saye ni. Kalau ada idea lain saye akan coretkan lagi di sini (ewah, ayat bukan main). Ok pembaca2 sekalian..kita sembang2 lagi next time ye..wasalam.


Wednesday, December 7, 2016

Balik kampung!!!

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah berada di hujung 2016 kan? Sekejap je masa berlalu. Sempena cuti sekolah ni (eh, feeling anak dah bersekolah kononnya..haha) kami sekeluarga balik ke kampung Mr.F di Sungai Petani, Kedah. Bukan kami bertiga je tau, tapi ma, abah & cik eyra ikut sekali..haha..bukan apa. Sambil balik kampung jenguk saudara mara, sambil2 nak makan angin juga.

Kami balik sekejap je, Jumaat malam (2/12/2016) bertolak. Sampai di sana pukul 4 pagi. Alhamdulillah perjalanan lancar dan Aqeef pun tak muntah. Hari tu kami ke Bukit Tinggi, sampai je area Bentong dia muntah. Pergi KL baru2 ni pun sama. Muntah 2x. Kali ni ikut petua orang dulu2. Ambik kulit dr batang pokok pisang gala (ada orang panggil pisang benggala) ikat di pinggang macam tali pinggang tu. Tapi bismillah & selawat dulu, doa pada Allah semoga dengan ikhtiar tu dapat tahan dari muntah. Insyaallah berkesan. Untuk orang dewasa pun boleh ye.

Apa pandang2 ? Saye pakai 'tali pinggang hikmat' tau. Tak muntah atas ibu pun.

Hari Sabtu (3/12/2016) tengahari kami ke Penang. Naik feri..tapi hujan lebat la pulak..huhu..Hajatnya nak jalan2 di Penang tapi sebab hujan maka kami round2 kereta je dulu. Syukur hujan kejap je jadinya terus tuju ke Penang 3D Trick Art Museum. Tiket dewasa RM15, kanak2 4-12 tahun RM10.





Best jugak la muzium ni walau tak berapa besar tapi semua ruang diorang manfaatkan. Mula2 macam blur2 nak ambik gambar. Campur dengan segan jugak..haha..tapi lama2 syok pulak. Lagi best sebab pekerja2 muzium sangat friendly & diorang selalu offer nak tolong ambikkan gambar. Diorang pun rajin explain & tunjuk gaya pose yg sesuai. Tengok je la gambar2 yang saye tepek ni..hehe

Masa ni macam segan2 lagi nak bergambar..hehe

Tayar bas berpusing2..pusing2..pusing2


Boleh pulak berdiri atas tikar terbang..haha

Fly me to the moon!

Budak yang riang gembira. Dia tengok kami posing pastu dia gelakkan kami.. :p





Merasa jugak saye nak jadi besar..hihi



Posing yang 'menyeksakan' 


Kau dah kenapa ju on oii, nak muncul siang2 hari? Kan dah kena tarik rambut.


Realitinya kami tak pandai berenang, dalam gambar 3D pun tenggelam. Tak pandai berenang jugak..hahaha

Dah puas bergambar, kami ke Bukit Bendera. Kat sini pula bayaran untuk dewasa RM10, kanak2 4-12 tahun RM5. Naik train yang laju bukan main tu...kecut perut rasanya. Kat atas bukit ni kami jalan2 je sambil tengok pemandangan bandar Pulau Pinang dari atas, ambik gambar..itu je la. Lepas tu tengok hari dah petang, beratur la untuk naik train. Tapi kali ni kena beratur panjanggggg sangat. Aqeef pulak mula buat ragam. Nak main turun naik tangga la, nak menyusu la, nak berlari ke sana sini. Saya dengan cik eyra duk keluar masuk barisan sebab melayan dia. Kalau nak biar je dia buat konsert rock pulak kat situ. Sepanjang dalam train turun bukit tu pun dia menangis terjerit2. Nasib la siapa yg 1 gerabak dengan kami..tahan telinga je la dengar suara kuat si kecik ni..hehe.

Atas bukit bendera

Opps..sorry gambar gelap. Malas nak edit.

Ma & abah

Aqeef tengah happy lagi ni.

Aqeef & his mama (cik eyra)


Tengok betul2 muka saye..muka redha sebab budak ni dah start buat perangai. Orang lain dah beratur nak naik train. Kami duk merepek kat bawah tu..hehe

Ahad (4/12/2016) kami jalan2 ke rumah saudara mara je. Dari pagi sampai lewat petang baru tamat. Tapi hari tu memang kenyang perut. Ye la, gi sana dapat minum air, gi sini dapat makan nasik, gi sinun dapat makan laksa..ha..macam beraya pulak rasanya. Malamnya kami ke Pantai Merdeka, makan ABC Gunung Jerai. Saja je nak rasa sebab duk tengok dalam FB macam sedap kan..Ha dah rasa, ok la..biasa2 je cuma untungnya sebab besar gedabak, makan boleh share2.

Punya la susah nak posing dengan Aqeef ni. Habis segala gambar jadi candid je.


Suka sangat dengan view sawah padi belakang tu :)


ABC Gunung Jerai

Isnin (5/12/2016), dah balik ke Kuantan semula. Dalam pukul 5 petang sampai rumah.

Yang bestnya balik je dari Kedah, tiba2 Aqeef berjalan tak nak pimpin2 tangan dah, tak nak merangkak dah..haha..elok, laju je berjalan. Rupanya dia nak tunggu balik kampung dulu baru nak jalan lancar :D

Ok la..lain kali cerita lagi ye..wasalam.


Tuesday, November 15, 2016

Puding roti berkhasiat untuk bayi setahun ke atas

Assalamualaikum

Wow tajuk bukan main panjang..hehe. Biar la tajuk panjang sikit kan, dah lama tak post apa2 entry. Ok, straight to the point. Beberapa hari lepas saye buat puding roti. Sebenarnya dah dekat seminggu mr.F request, tapi disebabkan bz yang amat dengan tempahan candy buffet terpaksa la pending dulu. Kalau nak cuci mata atau nak tempah candy buffet boleh la search instagram: catalyst_deco atau fb: Catalyst Deco Perancang Majlis..hehe

Oh, berbalik kepada kisah puding roti, style saye buat ni jenis yang tak perlu makan dengan kuah castard tau. Resepi ni turun temurun dari ma saye. Dulu masa saye kecik2 ma selalu buat sebab saye suka makan puding roti ni. Bila dah besar kena buat sendiri la pulak tapi saye ada ubah suai sikit resepi & tak sangka pulak jadi lagi sedap..hahaha (eh2 perasan pulak). Betul la sedap untuk tekak saye & family ;)

Ha, bila dah buat puding roti kali ni Aqeef pun join makan. Tak sangka la dia suka jugak. Tengok dia gemar kan, saye pun buatlah puding roti khas untuk dia pulak. Resepi lebih kurang cuma saye ubah bersesuaian untuk baby. Biar lebih berkhasiat. Sesiapa nak try boleh la ambil resepi di bawah ni:

Bahan2
6 keping roti gardenia
2 scoop susu dugro *
1 scoop susu pediasure *
2 sudu besar nestum *
1 biji telur ayam
2 sudu besar marjerin
1 1/2 cawan air suam
2 biji pisang emas
2 keping keju cheddar

Note: susu yang bertanda * boleh ditukar ikut susu yang anak anda minum. Nestum pun sama. Boleh juga nak diganti dengan oat.

Cara2
- Carik-carik roti, letakkan dalam bekas yang nak diguna waktu bakar puding nanti.
-Bancuh susu dengan air suam, masukkan sekali nestum.
-Tuang bancuhan susu ke atas roti. Biar susu diserap oleh roti.
-Sediakan bekas lain, masukkan marjerin dan kacau dengan sudu. Masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
-Sementara itu, anda boleh panaskan oven.
-Masukkan roti tadi ke dalam bekas yang berisi marjerin. Gaul agar sebati.
-Masukkan separuh adunan ke dalam bekas, potong pisang nipis2 dan susun ikut kreativiti di atas adunan tadi. Kemudian masukkan baki adunan tadi. Akhir sekali letakkan keju di bahagian permukaan puding.
-Bakar lebih kurang 20 minit dengan suhu 180 darjah celsius atau hingga masak keemasan.
- boleh makan panas2 atau sejukkan dalam peti ais.

Gambar dalam proses tak ingat ambik, dah siap baru snap..haha

Ni lah rupa dia..boleh makan terus ye. Tak perlu buat sos kastard

Selamat mencuba :)

P/s: saye dah try rasa..sedap. Cuma kurang manis. Tapi eloklah untuk anak kecik kan. Kalau nak maniskan lagi boleh banyakkan pisang atau tambah kismis.