Tuesday, May 31, 2011

Saya belajar.....

Saya belajar, bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya. Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cinta…

Saya belajar, bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya…

Saya belajar, bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat, sebenarnya adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali…

Saya belajar, bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan kami selalu memiliki waktu terbaik…

Saya belajar, bahawa persahabatan sejati senantiasa bercambah, walau dipisahkan oleh jarak yang jauh. Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati…

Saya belajar, bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan, bukan bererti bahawa dia tidak menyayangi saya…

Saya belajar, bahawa sebaik-baiknya sahabat itu, mereka pasti pernah melukai perasaan saya… dan untuk itu saya harus memaafkannya…

Saya belajar, bahawa saya harus belajar memaafkan diri sendiri… kalau tidak mau dikuasai perasaan bersalah terus menerus…

Saya belajar, bahawa bukan masalah berapa buruknya patah hati itu, dunia tidak pernah berhenti hanya gara-gara kesedihan saya…

Saya belajar, bahawa saya tidak dapat merubah sahabat, tapi semua itu bergantung pada diri mereka sendiri…

Saya belajar, bahawa persekitaran dapat mempengaruhi peribadi saya, tapi saya harus bertanggung jawab untuk apa yang saya telah lakukan…

Saya belajar, bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda, tapi kadang dari sudut pandang yang berbeza…

Saya belajar, bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki, tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya…

Saya belajar, bahawa tidak ada yang segera atau serba cepat di dunia ini, semua memerlukan proses dan pertumbuhan, kecuali saya ingin sakit hati…

Saya belajar, bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya…

Saya belajar, bahawa saya punya hak untuk marah, tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis…

Saya belajar, bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan dengan orang yang saya sayangi…

Saya belajar, bahawa orang-orang yang saya kasihi sering diambil segera dari kehidupan saya…


sumber::Hidup untuk belajar, I love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW (facebook)

Thursday, May 26, 2011

Dia buat hal !!!

Grrrr!!! geram nye!!!
Opps sorry ter'emo' lak...jangan risau saye tak marah korang pun. Tapi saye geram kat 'dia'. Tiba-tiba, tak ade angin tak ade ribut buat hal pulak. Ni yang rase nak kick je.. tiada maaf bagimu.

Whose that?? Siapa siapa siapa?? Ok.. la saye tak nak buat korang tertanya2. Biar saye terus terang je (ade ke yang tertanye2?). Sebenarnya 'die' bukan lah manusia atau makhluk bernyawa yg lain. 'Die' ialah sebuah handphone. Yup, my handphone.

Tibe2 je buat perangai. Tak tahu apa masalahnye. Nak kata lama sangat guna tak jugak. Baru setahun lebih. Dua tiga hari ni dia meragam. Kalau receive call atau saye yang buat call, saye tak dengar apa suara pun dari orang sebelah sane. Bagai nak rak orang tu bercakap, tapi saya tak dengar pun. Senyap sunyi je. Susah la kalau gini, sebab fungsi utama hp mesti la utk call kan. Bukannye capture picture, dengar lagu, main game.. Kalau problem bab ni saye boleh consider lagi, tapi kalau problem bab call, message, signal & skrin memang saye cukup tak suka. Semalam pun die buat satu hal lagi, skrin tibe2 jadi putih je. Haish, makin kronik nampak gayanye.

So, sekarang ni nak baiki ke beli baru je? Smalam dah bagitau ma & abah saye. Diorang dah bagi lampu hijau untuk beli yang baru. Saye pun rasa better beli baru je. Sebab kalau baiki pun blum tentu akan ok. Dah banyak kali kena dulu, cukup serik dah. Duit keluar tapi hp tak ok pun. Kalau ikut rasa sayang memang la tak nak tukar yang baru. Tapi nampak gaya jodoh kite tak panjang 'encik W395'. Jom kite berpisah aje. Sayonara :'(

p/s:: tak nak guna handphone flip & slide dah. tak sesuai ngan saye kot hp camtu. smalam pun dah kena bebel ngan ma & abah. diorang cakap saye ganas sgt gune hp asyik buat jatuh sane sini. siap calar-balar...huk3..ok lepas ni saye cuba jaga hp ngan penuh kasih sayang (boleh percaya ke janji ni?)


Comel tak muka kucing ni marah? (err...takde kena mengena dengan topik ni)

Beritahu padanya.....

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman


Wednesday, May 25, 2011

Time's up




Ok..fine..saye dah tak larat!!!
Tak sampai seminggu pun, 'cuti membebel' saye dah tamat. Hampeh la. Ingat boleh tahan lama sikit. Kurang2 pun seminggu kan.

So, dengan ini saye isytiharkan saye akan mula membebel seperti biasa di blog ini. Harap maklum (sudah la cik og....)

Orait tu aje yang saya nak bebelkan hari ni. Sekian terima kasih.

p/s: Kenapa dengan ayat saye ni? Dalam tak formal ade formal. Dalam formal ade tak formal.. Err...abaikan aje lah..
*opps cik eyra! kamu pun ade ckp pasal lagu lewat semesta ke? saye baru perasan tadi lepas melawat blog kamu. Haish, camno leh tersama lak ni??
Link

Lewat Semesta

satu kata bertulis cinta
telah merasuki
tak urung cinta tersentuh
hanya ku rasa


dan jika wujud yang menjelma
pada sebentuk hati
bukankah itu amanah
dari yang kuasa

menjaganya, menjaganya


wahai insan yang di sana
mungkin saja ini kau dengar
melewati semesta ini
aku sampaikan

begitu ingin berbagi batin
mendengarkan asa di jiwa
oh Tuhan pertemukan aku
sebelum hatinya beku


p/s: Ni lirik lagu dari Randy Pangalila. Tajuk nye Lewat Semesta. Best gak walau rentaknya agak slow. Err..jangan cakap saye jiwang ek. Korang nak dengar lagu ni ke? Cari la sendiri...hihihi :p



Monday, May 23, 2011

Warna oh warna



Jom kite semak kaitan warna & personaliti. Orang kata pilihan warna seseorang tu menggambarkan keperibadiannya juga. So, cube kite tengok betul tak pendapat tu :)


BIRU

Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu
bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman.
Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta
kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.


HIJAU

Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat
romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman.
Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta
kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat
dipercayai.


KUNING

Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.
Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang
muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong
merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah
meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.


UNGU

Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah
seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu
tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu
pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang
kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.


PUTIH

Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke
dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun,
sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,
senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.


HITAM

Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada
dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu
selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut
cinta kamu.


MERAH

Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan
bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang
meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu
termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.


p/s: Saye minat hitam, pink & merah. Tapi pink xde kat sini. Hurm...yang hitam & merah tu ade jugak terkena dengan saye..hehe..kebetulan la tu :)

rujukan:http://harizamrry.com/2007/06/rahsia-warna-kegemaran-secara-umum/

Friday, May 20, 2011

Berhenti membebel



Dengan ini saye mengishtiharkan bahawa saye nak bercuti buat sementara waktu dari membebel. Hah, ade ke cuti macam ni?

Hurm, maksud saye sebenarnye saye nak stop sekejap dari bercerita pasal diri sendiri di blog ni. Oh, jangan salah faham. Ni tak bermakna saye nak cerita pasal orang lain. Bahaye tu, silap2 jadi mengumpat lak kan.

Saye cuma tak nak membebel pasal kisah hidup saye, aktiviti & lain2 la pasal diri sendiri. Sebab nye tiba2 mood saye lebih kepada nak post entri2 yang lebih berinfomasi & bermaklumat. Baru la nampak hebat skit blog ni kan (perasan lorr). Lagipun kalau saye duk bercerita pasal diri sendiri ni bukan best sangat pun. Saye bukan artis. Tah2 korang pun boring nak baca, betul tak? (err..sila jangan akuinye. Kata je korang tak boring, leh gitu? hehe)

Ok lah, itu je yang saye nak maklumkan kat korang semua. So lepas ni apa yang korang akan nampak dekat blog ni hanyalah entri2 bermaklumat je (chewah!!). Tapi saye tak tetapkan tempohnye lah. Nanti kalau satu hari nanti tibe2 nampak entri pasal diri saye sendiri tu maknanya 'tempoh bercuti' saye tu dah tamat la. Tak tau la tempoh tu tamat bila. Maybe next week, next month, next year, takpun esok lusa dah tamat. Hurm...ataupun selama-lamanya (oh, yg ini memang tak leh dipercayai, nampok benor menipunye :-P) Ok la geng, chow dulu.. Salam...