Tuesday, January 7, 2014

First Time-Pakai Contact Lens

Assalamualaikum..
Hai..semua

Lama pulak rasanya tak jenguk ke sini hehe..sebelum mula cerita saye nak wish "Selamat Menyambut Tahun Baru 2014"..moga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Ok lah, malas nak bermukadimah panjang lebar apa kata kita ke cerita utama ye..

Hari sabtu lepas saye ke Focus Point untuk beli contact lens. Ye..sebenarnya saye tak pernah berminat pun nak cuba benda ni. Tapi disebabkan 'terpaksa', (hehe..padahal takde siapa paksa pun) maka saye gagahkan diri beli contact lens ni. Yela kan, saye fikir jugak, time majlis bertunang tu takkan nak pakai cermin mata pulak. Dah pakai elok2, mekap la apa la sekali pakai spec..hadoi. Kalau tak pakai kang kabur pulak pandangan. Jap lagi orang senyum ke apa ke kat saye, saye wat muka blur je. Jadi penyelesaiannya 1 je iaitu beli contact lens a.k.a kanta sentuh.

Jadi misi membeli berjalan dengan lancar. Saye beli lens jenama Bausch & Lomb Softlens dengan power 400. Saye ambil lens untuk dipakai 3 bulan. Tapi jenis clear je la..takde color2 hehe. Kemudian untuk solution, pekerja Focus Point tu suggest Bausch & Lomb Bio True. Dia kata yang ni mahal sikit tapi ni jenis  multipurpose & boleh guna untuk titis dalam mata terus. Saye pun setuju je la kan. Jadi harga untuk1 kotak lens (RM65.00) + 2 botol solution (RM55.00) *ada promotion time ni, kalau tak RM100++. Semua sekali RM105.00. Eh, patut RM120.00 kan? Maknanya ada diskaun lagi la tu..hehe..

Balik rumah je saye belek2 lens ni tapi tak keluarkan pun dari bekas dia. Masa dekat kedai bukan main lagi kata 'Takpe la saye test dekat rumah je' Konon berani sangat..hehe. Last2 buka laptop & cari video tutorial pakai & keluarkan contact lens dekat youtube. Lepas study2 saye buat keputusan 'ok, esok la test pakai lens ni.'  



Jadi hari Ahad saye pun keluarkan contact lens & rendam dulu dalam solution macam yang diajar dalam tutorial2 yang saye dah study tu. Lebih kurang 6 jam gitu saye keluarkan & cuba nak pakai. Mak aih, siksanya. Mata asyik nak berkelip. Bila lens dah separuh masuk, mata berkelip & lens keluar balik. Dua, tiga kali jadi gitu saye give up & simpan balik lens. Haha..takpe2 Isnin try balik.

Ok, next day..kali ni saye nekad sikit. Memandangkan hari 'kejadian' tinggal tak sampai 2 minggu lagi maka saye kena paksa jugak lens ni masuk dalam mata. Kali ni saye cuba, cuba & cuba.At first rasa takut tapi bila dah beberapa kali lens tu masuk pastu dia ikut jari saye keluar dari mata la, masuk tak kena betul2 kat anak mata la, last2 saye jadi geram & dah hilang takut. Akhirnya.. yes!! Kedua-dua lens berjaya masuk ke dalam mata. Mula2 rasa tak selesa tapi kejap je. Dalam 2 minit mata saye dah rasa ok dengan lens ni. Wah..rasa luas pemandangan berbanding pakai spec.

Hari ni, balik kerja nak kena practice lagi..hehe..ok lah kalau rajin nanti saye akan kongsi tips cara penjagaan & pemakaian contact lens ye..Wasalam... :)


No comments:

Post a Comment