Tuesday, November 12, 2013

E-Day Preparation Part 2: Baju Bertunang

Assalamualaikum alls :)

Hari ni saye nak share tentang baju untuk E-Day saye pulak. Sebenarnya baju ni dah 80% siap dihias tapi baru ni nak menaip kisahnya..hehe..biasalah tu kalau dah namanya cik og, cerita yang dah ala2 basi baru nak post :p

Sebenarnya (berapa banyak kali 'sebenarnya' ni.hehe) baju ni telah dijahit oleh ma saye sendiri. Mula2 saye nak design mini kurung + kain kembang payung. Tapi last2 saye tukar design dress kembang ala princess pulak. Mujurlah ma saye tak potong lagi kain time idea baru saye tu muncul. Kalau tak...redha je la kan..hehe.. 

Bila baju dah siap, maka tugas menghias baju tu jatuh ke tangan saye. Jadi saye pun mulalah decorate hiasan menggunakan border lace, manik & bunga 3D. Tiap2 malam buat sikit2..ada la dekat 2 minggu baru nak siap. Maklumlah saye ni buat kerja ikut mood je..hehe

So, mana bajunya cik og? dari tadi bercerita bukan main. Cuba tunjuk sikit. Ok jom tengok gambar2 kat bawah ni ye.. ;)

Ni baru siap jahit border lace dekat hujung lengan baju



Yang ni pulak baru siap jahit manik dekat atas border lace



Yang ni border lace n manik dekat bahagian pinggang. Tapi manik belum siap 100% lagi



Bunga2 3D pada bahagian bawah dress



Tunjuk sikit je dulu boleh? hehe..
(pemalasnya saye, ingat nak gantung baju sebelum snap pic tapi malas nak cari hanger pulak) 


Ok sekian dulu..gambar sepenuhnya kite tunggu tuan punya baju pakai dulu ye..hehe..kite tunggu lagi 2 bulan..Wasalam :)






Monday, November 4, 2013

E-Day Preparation Part 1: D.I.Y Bunga Tisu

Assalamualaikum..
Akhirnya..ada jugak inernet kat rumah saye ni setelah sekian lama tunggu kabel disambung semula..hehe..
Dan disebabkan internet dah ada, jadi marilah kite berkongsi ilmu sikit tentang cara-cara buat bunga tisu ni. Sebenarnya benda ni pun dah ramai yang tunjuk tutorial, tapi biarlah kan saye nak buat tutorial jugak. Bukan kena bayar pun..hehe

Ok, bunga ni saye buat untuk hiasan pada hantaran nanti..oleh sebab tema yang saye pilih adalah warna peach + pink + ivory atau senang citer warna pastel, maka bunga tisu saye berwarna peach + ivory. Jom kite start buat bunga ni..hehe..

BAHAN-BAHAN
- Kertas tisu/crepe (saye pakai kertas crepe)
- Dawai halus & kasar
- Gunting
- Pensil

CARA-CARA
1.  Mula-mula lukis bulatan pada kertas crepe/tisu. Mengikut saiz yang diingini. Saye guna gelas je, tekap pada kertas & lukis dengan pensil. 

Jangan ikut cara saye ni. Lukis satu2 bulatan. Korang boleh lipat2 kertas tu & baru lukis bulatan. 
Jadi boleh la jimat masa sikit

2. Kemudian, gunting je bulatan2 tadi macam gambar di bawah ni.




3. Seterusnya, ambil kertas2 tu dan susun berlapis2. Saye gunakan sembilan keping kertas untuk membentuk 1 kuntum bunga.

4. Bila dah susun berlapis kertas tu silalah buat lipatan macam saye buat tu (macam gambar di bawah). Bukan apa, ni untuk memudahkan kita nak tebuk lubang nanti. Kalau takde garisan, maybe kite tebuk agak senget sikit.



5. Seterusnya, tebuk la 2 lubang di kertas tu. Kite boleh guna jarum atau apa2 je alat tajam untuk buat lubang. Pastu baru boleh masukkan dawai pada bahagian yang dah ditebuk tu.



6. Pastu dawai tu boleh la dipintal2 supaya kemas macam gambar di bawah ni.



7. Kemudian, kertas tu boleh la di keronyok 1 lapisan demi 1 lapisan. Sampai habis semua lapisan.

Keronyok kertas satu lapis ke satu lapis tau. Jangan sekali gus je..hehe

Ok..dah siap keronyok semua lapisan.

8. Dah settle, kite boleh la betulkan kelopak bunga tu. Yang kat atas tu nampak kuncup je kan, so kite bagi la dia jadi kembang. Adjust slow2 sampai nampak cantik..hehe 

Bentukkan kelopak tu, adjust bagi cantik.

9. Siap!! Tapi selepas tu korang boleh cantikkan bunga dengan kreativiti tersendiri. Macam saye, saye tambahkan dawai kasar untuk jadi batang bunga tu & bagi dia kukuh sikit. Sebab tadikan saye just guna dawai halus. Caranya mudah je, cuma lilit2 kan dawai halus tadi dekat dawai kasar. (sorry tak sempat snap gambar)

10. Seterusnya, saye cantikkan lagi dengan lilitan pita warna putih pada 'ranting' bunga ni & tambah daun hiasan. Nak bagi lagi cantik saye hiaskan kelopak bunga ni dengan glitter dust. Lastly hasilnya jadi macam ni...

Tadda!!! Dah siap :)


Tadda lagi skali!!! hehe..

Sekian untuk kali ni..kite sambung cerita pada part akan datang pula..wasalam :)