Monday, November 4, 2013

E-Day Preparation Part 1: D.I.Y Bunga Tisu

Assalamualaikum..
Akhirnya..ada jugak inernet kat rumah saye ni setelah sekian lama tunggu kabel disambung semula..hehe..
Dan disebabkan internet dah ada, jadi marilah kite berkongsi ilmu sikit tentang cara-cara buat bunga tisu ni. Sebenarnya benda ni pun dah ramai yang tunjuk tutorial, tapi biarlah kan saye nak buat tutorial jugak. Bukan kena bayar pun..hehe

Ok, bunga ni saye buat untuk hiasan pada hantaran nanti..oleh sebab tema yang saye pilih adalah warna peach + pink + ivory atau senang citer warna pastel, maka bunga tisu saye berwarna peach + ivory. Jom kite start buat bunga ni..hehe..

BAHAN-BAHAN
- Kertas tisu/crepe (saye pakai kertas crepe)
- Dawai halus & kasar
- Gunting
- Pensil

CARA-CARA
1.  Mula-mula lukis bulatan pada kertas crepe/tisu. Mengikut saiz yang diingini. Saye guna gelas je, tekap pada kertas & lukis dengan pensil. 

Jangan ikut cara saye ni. Lukis satu2 bulatan. Korang boleh lipat2 kertas tu & baru lukis bulatan. 
Jadi boleh la jimat masa sikit

2. Kemudian, gunting je bulatan2 tadi macam gambar di bawah ni.




3. Seterusnya, ambil kertas2 tu dan susun berlapis2. Saye gunakan sembilan keping kertas untuk membentuk 1 kuntum bunga.

4. Bila dah susun berlapis kertas tu silalah buat lipatan macam saye buat tu (macam gambar di bawah). Bukan apa, ni untuk memudahkan kita nak tebuk lubang nanti. Kalau takde garisan, maybe kite tebuk agak senget sikit.



5. Seterusnya, tebuk la 2 lubang di kertas tu. Kite boleh guna jarum atau apa2 je alat tajam untuk buat lubang. Pastu baru boleh masukkan dawai pada bahagian yang dah ditebuk tu.



6. Pastu dawai tu boleh la dipintal2 supaya kemas macam gambar di bawah ni.



7. Kemudian, kertas tu boleh la di keronyok 1 lapisan demi 1 lapisan. Sampai habis semua lapisan.

Keronyok kertas satu lapis ke satu lapis tau. Jangan sekali gus je..hehe

Ok..dah siap keronyok semua lapisan.

8. Dah settle, kite boleh la betulkan kelopak bunga tu. Yang kat atas tu nampak kuncup je kan, so kite bagi la dia jadi kembang. Adjust slow2 sampai nampak cantik..hehe 

Bentukkan kelopak tu, adjust bagi cantik.

9. Siap!! Tapi selepas tu korang boleh cantikkan bunga dengan kreativiti tersendiri. Macam saye, saye tambahkan dawai kasar untuk jadi batang bunga tu & bagi dia kukuh sikit. Sebab tadikan saye just guna dawai halus. Caranya mudah je, cuma lilit2 kan dawai halus tadi dekat dawai kasar. (sorry tak sempat snap gambar)

10. Seterusnya, saye cantikkan lagi dengan lilitan pita warna putih pada 'ranting' bunga ni & tambah daun hiasan. Nak bagi lagi cantik saye hiaskan kelopak bunga ni dengan glitter dust. Lastly hasilnya jadi macam ni...

Tadda!!! Dah siap :)


Tadda lagi skali!!! hehe..

Sekian untuk kali ni..kite sambung cerita pada part akan datang pula..wasalam :)

No comments:

Post a Comment