Thursday, September 29, 2011

Jom gelak kejap

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah la pandai!
Murid : Betul la bodoh!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)
Murid: Hahaha..


p/s:: cerita rekaan semata2 yg saye cedok dari wall fb member. Tiada kena mengena dengan yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia. Just for fun ;)

Wednesday, September 28, 2011

Kasih Ibu



Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut ( seperti orang yang sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannya menunduk ke hadapan dan kedua-dua tagannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yang sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihkan sisa runtuhan di sekeliling mayat wanita tersebut. Apa yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3 bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.


Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doktor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!

Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...

By: Dominique Padua Balaba

Diterjemah : FittoFitt

p/s:: Tersentuh hati saye bila baca kisah ni. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kepada anaknya tu kan :')

sumber:: artikel dari facebook

Tuesday, September 27, 2011

Oh Honey Bee!

Assalamualaikum

Hai you all.. :)
Opps opps korang nak ke mana tu? Hah, salah landing? Eh, jangan la lari. Betul la korang lepak kat sini. Ni memang blog Cik Og la..hehe.. Amacam cute tak background saye? (Sila cakap cute kalau tak siap la korang!! haha) Bila saye pandang2 balik background blog saye ni dah macam lukisan mural kat dinding tadika. Tak pun blog kanak2 ribena. Nak tukar balik ke? Oh tidak. Saye suka dengan ciri2 kanak2 ribena ini..hak3 (ok dah la merepek tu cik og)

Orait kite tukar tajuk. Hurm....hurm...nak cerita apa ek? Hurm...hah dapat dah!!! Korang2 semua ada tengok drama korea di 8TV sekarang ni tak? Ala drama tiap2 hari Isnin-Jumaat dari pukul 8.30-9.30 malam tu. Tengok tak? Kalau korang memang jenis layan drama korea macam saye ni mesti korang akan tengok kan..hehe..

Well, boleh tahan gak drama The Fugitive:Plan B ni. Mula-mula tengok memang kurang faham gak. Berbelit2 je nampak jalan cerita dia. Maklumla drama ni berkisar tentang penyiasatan. Tapi disebabkan pelakon utamanya ialah Rain Bi, so saye tetap setia di depan kaca tv..hehe..

Saye tak nak cerita panjang2 la. Kesimpulannya, tengoklah sendiri drama tu ye geng ;)
Oh ye..kalau korang nak tau serba sedikit pasal drama The Fugitive:Plan B ni klik la SINI. Ok la, saye undur diri dulu ye (^_^)


Ni dia pelakon2 dlm The Fugitive:Plan B




My bf, Rain Bi (wekkk!!! cik og perasan giler, sila lari cepat!!!)

Monday, September 26, 2011

Berdua Bersatu



Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

p/s::I'm falling in love with......this song. ahaks ;p (gedik lah cik og) Apa-apa pun lagu ni memang best.Berdua Bersatu dari kumpulan Forteen. Macam mana lagunya? Ha...cari sendiri..hik3.

Saturday, September 24, 2011

Sedih

Kadang2 kenapa kita boleh rasa sedih tanpa sebab?
Kadang2 kenapa kita jadi sensitif hanya dengan perkara2 kecil?
Kadang2 kenapa kita tak faham dengan perasaan kita sendiri?

p/s::mood-sad without reason =.=


Wednesday, September 7, 2011

raya!!!!

Assalamualaikum semua
Selamat Hari Raya Aidilfitri..mohon maaf zahir batin..
Dah masuk raya ke 11, baru saye ada kesempatan untuk jenguk ke sini. Cerita sepanjang raya ni ada banyak sangat tapi bila dah diperam terlalu lama, kemalasan pun muncul (bagus punye alasan ye cik og)

Jadi hari ni saye cuma nak buat ucapan hari raya je la. Lain kali bila rajin baru kite berceloteh panjang ok ;)