Aku rindu suasana pulang ke desa halaman
Saat itu, bangun pagiku dikejutkan oleh sahutan ayam jantan dan kicau burung
bau embun pagi yg segar seolah-olah terhidu dari luar jendela
Bangunlah aku menuju ke dapur
Terlihat ayah ibu dan sanak saudara sedang menjamah sarapan
Aku pun tumpang sekaki
Makan lempeng cicah kari
Aku rindu di tengahari
Cuaca panas berbahang di bawah atap zink
Tak lengah, terus ke telaga
Timba dibaling dan ditarik
Air jatuh ke kepala...segar dan sejuk tak terkata
Perut dah lapar, tikar dibentang diberanda rumah
Makan bersaing lagi sambil berbual
Biar cuma ada nasi, ikan selar kuning goreng, kuah singgang dan sambal belacan
Nasi tambah dua pinggan
Lebih-lebih lagi ditemani air limau kasturi yang baru dipetik dari belakang rumah nenda
Aku rindu saat petang menjelma
Rongga hidung terbau aroma arang dari dapur yang dibakar untuk menjerang air
Sampah-sampah daun kering pun dibakar
Asap biar masuk rumah
Katanya elok untuk halau nyamuk
Kami si kanak-kanak riang dipanggil minum petang
Makanlah biskut empat segi cicah teh o panas
Buat alas perut sebelum bermain di padang
Saat dinanti tiba
Berlari riang di padang
Main sorok-sorok, polis sentri, galah panjang
Bergembiralah sepuasnya
Apabila matahari dah di ufuk barat
Pandai-pandai lah pulang sebelum senja datang kalau tak mau pijar telinga mendengar leteran bonda
Aku rindu saat malam yang sunyi dan ditemani bunyi cengkerik
Jangan harap untuk merayau di luar rumah
Main lah pondok-pondok atau baca buku di dalam rumah sahaja
Gila-gila, ujang dan gelihati menjadi majalah penghiburku di saat sudah bosan menanti mata mengantuk
Jam 10 malam, tilam usang ditarik
Dibentang diruang tamu
Maka tidurlah dulu
Lena pulas bermimpi indah
Kerana hari esok belum tentu sebahagia semalam
Aku rindu....
~hasil ciptaan dan nukilan khas Mrs.Nourzey~
Sorry tetiba berpuisi..haha..dekat2 nak raya ni terkenang pulak zaman kecik2 dulu. Bestnya balik kampung. Sekarang raya balik kampung yang sama jugak..tapi suasana dah berbeza. Takde lagi rumah kayu, takde lagi benda2 yang saya sebut dalam nukilan tu. Semuanya dah moden.
Ohh ye..gambar kat atas tu tahun akhir kami sambut raya di rumah nostalgia tu. Lepas tu rumah dah diruntuhkan dan dibuat jadi rumah batu 100%.
Ok lah..alang2 dah post entry ni saye nak buat ucapan terus...Selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin 😊
No comments:
Post a Comment