Wednesday, January 25, 2012

DIA Sentiasa Ada

“Setiap orang, akan ada sesuatu yang dia simpan. Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan. Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.

Siapa pun dia, segembira mana pun dia. Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum, pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka. Pasti ada sesuatu yang pernah mengguris hatinya, pasti ada sesuatu yanh pernah membuat dia menangis. Pasti ada. Kerana dia juga manusia.

Makanya, bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, hanya kamu yang melalui, dan hanya kamu yang mengerti, kamu silap dan kamu salah. Ada orang lain yang pernah melaluinya. Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan. Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui. Ada. Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu, Kamu yang tak pernah nampak.

Jangan selalu menganggap bahawa kamulah yang paling susah, paling sakit diuji, paling berat diduga. Ada. Ada insan lain yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.

Sudahlah, kesat air matamu, Walau serumit mana situasi kamu. Pujuk hatimu. Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada. Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-kali mempersia harapan kamu. Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA, DIA tak akan sekali-kali mengkhianati kepercayaan kamu.”

sumber :: AkuIslam.com (facebook)

Sunday, January 22, 2012

Main masak-masak

Assalamualaikum...
Rindunye saye nak membebel kat blog ni. Baru hari ni tertunai hajat. Tengok la berhabuk sana sini dah. Lama benor tak update.. sejak-sejak bekerja terabai betul blog saye ni kan..huhu..

Ok kita lupakan soal blog berhabuk, sekarang ni saye nak cerita pasal hari ni yang dipenuhi dengan aktiviti masak-memasak. Tengahari tadi abah beli ikan siakap & dia nak makan ikan masak steam. Tapi kite orang memang tak tau buat ikan masak steam tu sebab belum pernah try lagi. So saye pun apa lagi, google la resepi ikan siakap masak steam tu. Cari punya cari dapat la resepinye & kami (saye, ma, abah & cik eyra) berpakat la masak ikan ni..& hasilnye.......

Tarrrraaa!!!!!!!!


Ni lah dia ikan siakap masak steam

Rasanye boleh tahan la untuk orang yang first time masak menu ni kan..next time cuba lagi sebab kali ni bahan2 nye tak lengkap pun..hehe

Malamnye pula, saye dengan cik eyra ambil alih dapur. Kite orang tak benarkan ma masuk dapur. Konon2 nye nak buat suprise la..hihi.. Lepas tung-tang-tung-tang dekat dapur maka hasilnye ialah......


Nasi goreng + homemade 'kfc' + cheezy wedges

Amacam ok tak? hehe..nasi goreng tu cik eyra yang masak, homemade kfc tu saye yang buat & cheezy wedges tu ' uncle kfc' yang buat :p

Sangat puas hati makan hari ni. Bangga pun ade sebab masak hari ni menjadi je. Skill memasak dah meningkat nampak gayenye haha ( udah cik og, jangan bangga diri lebih-lebih pulak).

p/s: Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnye. (seronoknye saye dapat cuti 3 hari)
;)