Friday, May 11, 2012

Jika kau merasa...

Jika kau merasa gelisah, ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu, pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu

Jika kau rasa sedih, ingatlah Allah sentiasa bersamamu, tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya, pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu

Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas sikapnya ingatlah Allah suka orang yang penyabar

Jika kau rasa bosan, ingatlah Allah, pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria

Jika kau rasa gembira, janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka duka gembira ceria tangis tawa

Jika kau merasa sunyi tiada teman, ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan mengadu yang kau sunyi

Jika kau merasa kosong, pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong

Jika kau merasa tidak dihargai, dicintai dan dikasihi, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya

Jika kau merasa miskin, kau pintalah kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu

Jika kau merasa penat, ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu untuk berbicara dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya, hanya sibuk dengan kerja harianmu

sumber:: facebook MARI BERKONGSI ILMU

Andai ku bercinta lagi..



-Andai ku bercinta lagi by Mojo-

Wednesday, May 9, 2012

Tapi Bagaimana??

Assalamualaikum..

Hye semua :)
Saye bukan nak bercerita panjang cuma nak share video klip "Tapi Bagaimana" dari kumpulan Spider ni. Hehe..senyum je saye tengok dari awal sampai habis. Sangat2 sweet & comel. Korang tengoklah sendiri ye ;)




Tuesday, May 8, 2012

Nite Zoo Story

Assalamualaikum..

Ni cerita yang hampir basi tapi belum betul2 basi lagi..hehe
Sabtu lepas, 5 May 2012 saye & family dah buat lawatan ke Night Zoo, Taman Teruntum, Kuantan. Sebenarnya Night Zoo ni dah dibuka dari Disember 2011 tapi baru sekarang ni la saye dapat melawat. Haha..dapat juga akhirnya, nasib baik tak kempunan.

Apa yang best kat Night Zoo ni ye? Hurm..actually haiwannye biasa2 je cuma yang specialnye sebab Night Zoo hanya dibuka setiap Jumaat & Sabtu je. Kemudian, setiap Sabtu akan ada persembahan pentas yang berbeza tema mengikut bulan. Untuk bulan May ni temanya ialah Dunia Animasi. Bayaran untuk masuk ke Night Zoo ni pun murah je, RM 2 untuk dewasa & RM 1 untuk kanak2 :)

Ok cukup saye buat promosi pasal Night Zoo ni. Sekarang cerita pasal aktiviti saye kat situ pula..hehe.. Saye & family sampai ke Night Zoo tu dalam pukul 9 malam. Tempat parking pun dah full, so kena la gerak slow2 untuk cari tempat. Dah dapat je parking terus beli tiket & masuk ke Night Zoo.

Masuk2 je dah nampak ramai pengunjung dah chop tempat untuk tengok persembahan pentas. Kite orang just duduk kat belakang je. Agak2 boleh nampak atas pentas tu ok la kan. Sambil2 jenguk sana sini saye ternampaklah ada kandang kuda. Owh..sini boleh tunggang kuda rupanye. Hehe..apa lagi, dalam hati ni mula lah sibuk nak naik kuda pulak. Tapi still rasa segan sebab tengok orang yang naik kuda just budak2 takpun mak & bapa budak yg naik dengan anak dia skali. Ajak cik eyra dia tak nak sebab pakai high wedges (alasan la tu..cakap je la takut..hihi). Kebetulan masa tengok2 kuda tu, terserempak pula dengan family ayah su saye. Dia pun dah naik kuda tu dengan anak dia. Jadi sembang2 sekejap dengan diorang.

Tunggu punya tunggu, persembahan pentas tu tak start2 lagi. Saye pun dah boring & asyik jeling2 kat kandang kuda tu. Tak boleh jadi ni kan, saye still nak tunggang kuda gak lebih2 lagi ayah su saye ni duk perli. Dia ingat saye takut nak naik kuda tu. Eh apa celop takut2 nih? (haish, cik og sila bersopan semula) Opps..sorry terkasar bahasa pula..hehe..Ok sambung cerita, saye pun pujuk2 gak cik eyra untuk naik kuda tu. Last2 akibat kebosanan (agaknye) dia termakan jugak pujuk saye tu..haha..

Sebelum tu kite orang just round2 dulu tengok haiwan2 yang ada. Dah puas round, baru balik ke kandang kuda tu. Bayar RM 5 sorang & tunggu turn untuk naik. Bila sampai giliran saye naik, dengan langkah brutal saye panjat atas kuda tu..haha.. Sangat hampeh ok. Saye tengok perempuan lain boleh je naik dengan ayu & sopan santun tapi kenapa saye tak boleh? Why? Why? Why? (stop it cik og!!!!)

Orait lepas berjaya duduk, penjaga kuda tu tanye saye....

Penjaga Kuda :: Kaki sampai tak ni?
Saye :: Err..sampai kot (tengok2 kaki, rasanye mencecah tali pemijak kaki tu)
Penjaga kuda :: Eh x sampai ni, tergantung je..kang awak tergolek jatuh pulak (gelak2 sambil adjust pemijak kaki tu)
Saye :: Oo..(ciss gelakkan saye ye!!!)
Penjaga kuda :: ok sekarang pegang sini. duduk tegak & pandang depan macam orang nak berkawad.
Saye :: Ok.. (hamboi banyaknye peraturan..haha..tak kisah la..masa untuk berangan jadi puteri zaman dulu dah tiba ** tahap perasan cik og dah kritikal ni**)

Tapi realitinya....

Seminit pun saye tak sempat berangan akibat keramahan melampau si penjaga kuda. Dari awal sampai habis time menunggang dia tak berhenti bercakap. So macam mana saye nak berangan :(
Sedar2 je dah kena turun. Huhu...lain kali saye nak beli sekor kuda. Nak bela kat rumah boleh?

Lepas saye turun dari kuda, cik eyra pula amik tempat. Dia pun alami nasib yang sama. Tak sempat berangan..haha.. Dah abis turn dia, kite orang pun chow..cari kedai makan, lepas kenyang terus balik rumah.

Apa2 pun tercapai jugak hajat nak menjenguk Night Zoo tu. Kalau tak, nanti orang bercerita saye blurr tak tau apa2 kan..hehe.. 1 more thing, zoo ni sangat sesuai dikunjungi oleh mereka yang ada anak2 kecil. Sebab budak2 mesti rasa seronok kat tempat macam ni kan.. Ok la..sebelum saye undur diri, sila lah menatap gambar2 di bawah tu. Tapi gambar tak clear sangat maklumlah guna kamera phone aje..hehe



Sini je tempat terang yang saye jumpa utk snap pic..haha



Ni cik eyra



Ma & abah :)



Tu dia Princess with the horse (haha..mata pun bersinar2 je tu)



The second princess (haha..sudah la tu..gi balik rumah pulak)


-TAMAT-