Thursday, October 25, 2012

My First Mexican Bun

Assalamualaikum semua :)

First of all saye nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Esok dah nak raya kan, jadi korang dah buat persiapan ke? Atau dah dalam perjalanan balik ke kampung? Saye masih di sini, dalam pejabat dan sedang menaip2 untuk entry kali ni..hehe (senyum dalam paksa sebab kena kerja lagi hari ni)

Ok, tanpa lengah lagi saye nak share beberapa keping gambar mexican bun yang saye dan cik eyra buat pada hari Ahad hari tu. Sebenarnya ni first time kami buat mexican bun a.k.a papa roti. Tak sangka pulak menjadi & sangat2 sedap (puji sendiri ke??haha). Resepi ni kami dapat dari blog PeriukTanah. Kalau korang nak try boleh klik link yang saye bagi tu. Kat sana ada resepinya ;)

Ha, ini lah gambar2 hasil kerja kami yang sangat memuaskan hati sendiri..hehe

Roti yang baru siap diletak inti


Dah letak topping & sedia utk dibakar


Baking process, wangi jer bau roti time ni. Tak sabar nak 'ngap'..hehe


Tarrra!!!!! roti dah siap. Jom makan :)

p/s:: Rasa macam nak jual mexican bun pulak. Boleh tak?? *semua benda nak dijadikan bisnes, hadoi =.="



Friday, October 12, 2012

Bisnes bisnes bisnes

Assalamualaikum semua :)

Nak promote sikit ni...hehe. Actually saye & cik eyra baru je launched perniagaan kami iaitu Ogira Collection pada awal bulan ni. 

Kami ada menjual pelbagai pakaian muslimah seperti blouse, kemeja, jubah & baju kurung. Selain tu kami juga menjual pelbagai jenis pakaian bayi & kanak2.

Ni antara koleksi jualan kami :

Jumper with hooded

Hairband

Hairband

Dress

Crochet Hat

Cotton Blanket/Bath Towel

Jumper

Kaftan

Blouse

Kurung Moden

Jubah
  Kalau berminat atau nak tengok barang2 lain yang lebih cun & menawan boleh lah jenguk blog kami :


atau page facebook :


Ok sekian iklan dari saye..hehe..Wasalam :)


Monday, October 8, 2012

Anak Zombie!!!!!

Assalamualaikum...

Hai, semua...First of all saye nak tanya. Korang pernah tengok zombie kecik tak? Hah, saye dapat tengok kelmarin ( hari Sabtu) tau. Bukan dalam movie tapi ni yang real punya. Tak percaya ye? Takpe2 saye akan tunjukkan buktinya. Ok korang saksikan sendiri gambar di bawah ni:

...............................................................................
........................................................................
..................................................................
............................................................
......................................................
.................................................
............................................
.........................................
.....................................
................................
...........................
........................
.....................
..................
..............
..........
.......
.....
...
..
.

'Zombie kecik' tengah makan pisang goreng

Tengok. Betulkan apa saye cakap. Ok ni ada satu lagi gambar dia :

Inilah zombie yang  baru berumur 4 tahun

Hehe..sebenarnya zombie kecik ni adalah manusia biasa. Ini anak sepupu saye, Aliff. Budak bertuah ni memang tersangat aktif. Kalau korang nak tau apa benda yang putih2 dekat muka & badannya tu, sebenarnya bedak badan. Nak tau macam mana boleh jadi gitu? Ha, ni kisahnya...

Pada waktu tu di rumah tok, abah saye nak solat Asar & si Aliff ni pun sibuk2 lah nak mengikut aki dia( Aliff panggil abah saye 'aki'). Time abah ambik wuduk pun dia follow. Konon ambik wuduk juga. Bila bentang sejadah dia pun sama bentang sejadah. Lepas tu dia siap tutup pintu bilik lagi. Konon tak nak orang lain ganggu dia nak beribadat la.

Time tu kami yang lain2 ni tengah bersembang di meja makan yang tak jauh dari bilik tu. Tengah syok bersembang, adik saye (cik eyra) kata nak gi jenguk dalam bilik tu. Dia kata takut Aliff ni buat something sebab ada dengar bunyi pelik dari dalam bilik. Bila cik eyra buka pintu bilik je.......

Wahhhh!!! tergamam kita orang semua. Lantai bilik tu dah penuh dengan bedak & si Aliff ni tengah berdiri sambil pegang botol bedak tu. Muka & badan dia waktu tu memang dah macam ikan bersalut tepung.Tak nampak rupa orang dah.Time tu abah saye baru selesai solat & tengah berdoa. Bolehnya abah bertahan duk dalam bilik tu dengan budak ni. Tapi kan..masa tu kita orang ingat nak marah dia, tapi sorang pun tak jadi marah, nak tergelak ada la. Cuma cover2 la kan. Tak nak gelak depan dia, masing2 cuba tunjuk serius jugak supaya dia tau apa yang dia buat tu salah.

Sebenarnya macam2 lagi kisah budak Aliff ni. Dia memang terlebih aktif & nakal. Penat melayannya. Tapi dalam masa yang sama dia ni sebenarnya cerdik. Lagipun bila ada dia mesti rasa best sikit sebab ada je bahan untuk gelak. Kalau takde rasa sunyi pulak..hehe. Ok la you all next time kita story lagi ye. Saye nak tidur dulu.. Gud nite :)