Monday, December 3, 2012

Belajar Erti Redha



Assalamualaikum..

Dalam dunia ni, tak semua perkara mampu kita miliki. Walau kita rasakan ianya memang tertulis untuk kita, namun perancangan Allah tak ada siapa pun dapat jangka.

Jika kita cuba sedaya upaya sekalipun, kalau dah tertulis ia bukan untuk kita maka ia tetap hilang. Sebaliknya jika ia memang untuk kita, walau bagaimana kita cuba tolak ia tetap datang juga.

Jadi jalan yang terbaik adalah belajar menerima takdir yang tersurat. Kerana pasti ada hikmahnya yang kita sendiri tidak ketahui.

****************************************************************
Saye bukan nak bersyarah atau buat ceramah agama. Jauh sekali nak bertazkirah kerana saye hambaNya yang masih perlu banyak belajar dalam mencari ilmu dan sering membuat kesilapan.

Saye cuma nak luahkan apa yang tersirat dalam hati sekali gus mengingatkan diri sendiri. Tak perlu terlalu mengejar 'sesuatu yang tak pasti'. Bukan tak perlu berusaha tapi jangan menaruh harapan terlampau tinggi . Kerana jika terlalu menaruh harapan, kita sendiri yang akan sakit nanti jika harapan itu tak jadi kenyataan.

Rasanya dengan cara ini, iaitu sentiasa mengingatkan diri bahawa kita boleh merancang & berusaha tetapi takdir Allah itu yang terbaik, saye kurang merasa kecewa jika apa yang saye harapkan tak menjadi kenyataan. Kerana saye tahu 'PERANCANGAN ALLAH SEMUANYA INDAH' :)

"Ya Allah, jika suatu saat aku kehilangan harapan & tujuanku,
Berikan aku keyakinan bahawa takdirmu adalah lebih baik
daripada apa yang aku inginkan dan impikan.
Kau damaikan hatiku untuk menerima takdirmu
kerana aku yakin dan percaya
perancanganMu yang terbaik dan terindah untuk diriku"