Saturday, October 18, 2014

Cara Pakai Contact Lens Dengan Betul

Assalamualaikum..

Saye pernah buat entry berkenaan first time pakai contact lens dulu kan. (Klik sini) 
Kononnya lepas tu nak buat entry tips penjagaan & cara pakai contact lens..last2 hampeh tak buat pun..hehe

Lepas majlis bertunang bulan 1 yang lepas, saye memang tak sentuh dah contact lens ni. Bukan apa, sebenarnya saye rasa lebih mudah pakai cermin mata. Kalau bab selesa memang selesa lagi pakai contact lens tapi kalau busy & tak banyak masa, baik guna cermin mata. Mudah & selamat.

Disebabkan majlis kahwin dah dekat, maka saye kena pakai contact lens lagi. Jadi semalam saye dah start pakai semula la. Ingatkan susah nak masuk dalam mata sebab dah lama tak pakai kan, tapi mujur mudah je..hehe

Ok, di bawah ni saye bagitau secara ringkas cara penjagaan & memakai contact lens :)

1. Contact lens yang baru dikeluarkan dari bekas (yang belum pernah diguna) hendaklah direndam dulu dalam solution, minimum 6 jam.

2. Sebelum pakai contact lens, cuci tangan bersih2 dengan sabun/ hand soap kemudian bilas & lap kering. Selepas tu keluarkan contact lens dari bekas dan sila pastikan tiada habuk di contact lens tu. Kalau ada, letak kat tapak tangan, titiskan solution ke atas contact lens & gosok perlahan2.

3. Seterusnya, letak contact lens di hujung jari telunjuk. Pastikan contact lens tidakdi dalam kedudukan terbalik. Gunakan jari tengah (tangan yang tak pegang contact lens) untuk tarik kelopak mata atas. Jari tengah (tangan yang pegang contact lens) tarik kelopak mata bawah. Luaskan mata secara rileks, pandang lurus ke cermin di depan anda dan masukkan perlahan2 contact lens ke mata.




Letakkan contact lens ke atas jari telunjuk seperti ini.


Pastikan contact lens tak terbalik. Kalau kedudukan betul, contact lens nampak elok je macam mangkuk separa bulat. 


Cara nak masukkan contact lens ke dalam mata.
A- Jari tengah tarik kelopak mata bawah
B - Jari telunjuk pegang contact lens dan nak di masukkan ke mata
C - jari tengah (tangan lain) tarik kelopak mata atas.

4. Bila contact lens dah masuk, pejamkan mata sekejap dan kedipkan mata perlahan2 supaya kanta tu dapat berada pada anak mata dengan kedudukan selesa.

5. Jika penggunaan kali pertama, kita kena pakai dalam tempoh 4 jam sahaja. Hari seterusnya 6 jam, kemudian tambah ke 8 jam. Dan hari2 seterusnya boleh dipakai 10 jam. Maksimum 12, kalau pakai lebih dari tu nanti akan mudaratkan kesihatan mata kita.

6. Kalau rasa mata kering, anda boleh titiskan mata dengan eye-mo atau apa2 penitis mata yang sesuai. 

7. Untuk keluarkan contact lens pula, pertama sekali sila cuci bersih tangan anda. Kemudian tanggalkan dari mata dengan cara 'mencubit' keluar contact lens. Cubit perlahan je tau dengan jari ibu dan telunjuk.



Cara untuk keluarkan contact lens

8. Oh ye, lupa nak bagitau tiap kali kita guna contact lens, sila keluarkan air solution bekas rendaman contact lens tu. Bilas sikit bekas tu guna air solution juga. Bila nak masukkan semula contact lens dalam bekas, sila bersihkan dulu contact lens tu dengan cara  gosok perlahan2 gunakan air solution. 

9. Simpan semula contact lens dalam bekas. Jangan lupa letak air solution dalam bekas tu ye.

10. Perlu ingat, jangan sesekali cuci contact lens atau bekasnya dengan air lain selain solution.

Ok, itu je sedikit sebanyak tips dari saye. Harap dapat membantu mereka yang first time nak pakai contact lens. :)



Saturday, October 11, 2014

Wedding Preparation Part 2 - Baju Nikah

Assalamualaikum..
Majlis saye tinggal lagi 13 hari. Rasa kejap je masa berlalu kan. Punya la lama saye nak keluarkan entry wedding preparation part 2 ni..hehe..sebenarnya bahan2 terpaksa di'peram' sebab sibuk sangat2. Tak sempat nak jenguk blog. 

Ok, kali ni saye nak ceritakan tentang baju nikah. Macam biasa, baju saye dijahit oleh ma dan dihias oleh saye sendiri. Saye buat baju mini kurung je dengan kain beralun. Untuk baju saye gunakan kain prada lace & untuk kain saye gunakan chiffon. Lepas tu baju tu saye hiaskan dengan manik2. 

Untuk majlis nikah, saye pilih warna off white sebab saye suka tema yang simple & nampak suci gitu untuk majlis ni. Segala manik2 dan batu permata pun saye pilih warna senada dengan baju supaya tak nampak menyerlah sangat. Dan sengaja saye gunakan prada lace untuk baju nikah supaya nampak kelainan sikit. Untuk veil pun saye DIY sendiri je. Beli 2 meter kain chiffon dan buat tudung halfmoon. Kemudian hias dengan prada lace yang sama dengan baju & manik2.

Ok, di bawah ni gambar2 baju yang sempat saye snap tapi alamak!! Gambar kain tak de pun..hehe..tula kan, duk excited dengan baju sangat.

 Ni dia baju saye..

 Ok kita zoom in lagi ke arah manik2

 Rupa keseluruhan baju, tapi ni belum siap jahit manik lagi

 Kerja saye selalu tergendala dengan 'budak' sekor ni. Oh, lupa nak bagitau kami ada bela anak kucing kacukan Persian sejak awal bulan 9 dan kami namakan dia Olaf.

 Bila mengantuk je dengan slumber ''budak' ni panjat riba untuk tidur. Tak peduli lah kita tengah buat kerja pun

 Apa pandang2 nak gaduh? 

 Walau selalu diganggu Olaf time menjahit manik..akhirnya siap jugak. Fuhh!! 

Ok, ni gambar veil saye yang baru siap ditampal prada lace. Gambar yang dah siap mana? Haha tunggu hari nikah je la :p

Anggaran kos baju nikah :
Kain Prada Lace 2 meter : RM60 x 2 = RM120
Chiffon 5 meter : RM 7 x 5 = RM35
Lining 4 meter : RM 4 x 4 = RM16
Manik : RM50
Lain2 (zip, benang) : RM20
Total : RM241

Veil Halfmoon:
Chiffon 2 meter : RM11 x 2 =RM22
Jahit tepi : RM4
Prada lace & manik : lebihan dari baju sahaja.
Total : RM26

Tudung Halfmoon:
(tak ada dalam gambar)
Chiffon  2 meter : RM 7 x 2 = RM14
Jahit tepi : RM4
Total : RM18

Ok, itu saja untuk kali ni. Nanti saye sambung part lain pulak ye. Wasalam :)