Assalamualaikum..
Dah sekian lama baru dapat buat entry terakhir tentang majlis kahwin saye..haih rasa macam ala2 nak basi dah. Tapi nak update jugak la..hehe
Lebih kurang pukul 9 pagi saye dah siap2 mandi & dalam pukul 10 gitu mak andam saye dah datang. Oh ye..majlis pada hari tu kami buat di Kg. Tiram pulak, di rumah tok saye. Waktu mak andam tengah mekapkan saye, hp saye berbunyi, dan seperti biasa photographer tak tau jalan lagi..hadoi asal saye mekap je mesti call pasal sesat jalan.Saye malas nak pening2 terus bagi hp kat cik eyra. Pandai2 la siapa2 kat luar bilik tu tolong tunjuk jalan dekat photographer.
|
First sekali, gambar pintu gerbang tajaan cik eyra..hehe |
|
Persiapan akhir touch up photo booth |
|
Flower girl merangkap geng bunga telur |
Hampir pukul 11 saye dah siap mekap & rombongan pengantin lelaki pun memang dah sampai. Diorang park dekat rumah ayah long saye dulu, selang beberapa buah rumah dari rumah tok. So, nanti diorang berarak dari situ je. Photographer pun dah sampai akhirnya.
|
Lepas siap mekap |
Saye bajet dalam pukul 12 dah boleh berarak, tapi tergendala sikit sebab pasukan kompang belum sampai..Jadi acara terlewat sikit la..tapi mujur terlewat sikit je, dalam 12.30 gitu rombongan pengantin lelaki dah start berarak.
|
Rombongan pengantin lelaki dah start berarak |
|
Aik tetiba saye muncul..haha.. |
|
Geng kompang yang laku macam goreng pisang panas hari tu..banyak betul tempahan diorang. Tu yang lambat sampai..hehe |
Jadi macam biasa la, lepas berarak, kami duduk kat pelamin & ada acara merenjis. Naik lenguh pinggang jugak la nak tunggu habis acara ni..hehe..lepas settle, terus ke acara makan beradap sambil tengok persembahan tarian "joget pahang" dari sepupu2 saye.
|
Makan2 sambil tengok persembahan tarian |
|
Persembahan sepupu2 junior |
|
Persembahan geng senior :p |
Lepas tu buat apa lagi ye? Ha, sambung balik acara bergambar dan bergambar lagi. Kemudian acara potong kek. Haa, yang ni memang kelakar sikit. Masa Kak noti & cik eyra buka kotak kek tu, tetiba saye tengok diorang macam terpinga2. Pastu saye datang, tanya kenapa. Jawab diorang:
Eyra: Semalam masa dapat kek ni, elok je kan? Ada nama pengantin atas kek. Tapi ni, bukak je kotak, nama dah takde.
Kak noti : Macam mana bleh hilang ek? Tapi ni macam ada kesan atas kek ni.
Og : Ish pelik la..ada orang ambik ke?
Memang hairan betul. boleh pulak bahagian nama tu hilang. Kek tu jenis fondant. Bahagian nama tu pun dia buat asing..letak sekeping fondant yang dah ditulis nama dekat atas kek. Kalau dah hilang sekeping tu maknanya ada yang ambik la kan. Tapi fikir punya fikir, last2 dapat dah jawapan. Ni mesti kerja Alif, anak sepupu kita orang. Sebab memang kek tu di simpan dalam peti ais kat rumah dia..haha..takde keje orang lain dah ni. Mujur la nampak cacat sikit je kek tu.
|
Bukti kecurian dekat kek ni..nampak kesan2 kuning atas kek tu kan? Ha, situ sepatutnya ade sekeping fondant yang ditulis nama pengantin. |
|
Potong kek..walau kek dah tak berapa sempurna, hentam je la..malas nak fikir banyak2..hehe |
|
Keluarga pengantin lelaki |
|
Keluarga saye (yang belah abah). Family belah ma tak dapat nak bergambar sekali gus sebab ramai sangat..hehe |
|
Geng mak2..tak semua ada ni |
|
Geng ayah2..ni lagi lah, 3 orang je sempat panggil utk bergambar. |
|
Sepupu sepapat. Masing2 tengah cop props. Pengantin pun sama sibuk nak berebut..haha |
|
Ok, posing style sopan2 gitu |
|
Posing ala zombie menerkam pulak |
|
Dengan ex-office mate. Laylee & husband |
|
Ex housemate time dekat UTHM...Nurul & family. |
Ok, dah habis acara potong kek. kami berposing lagi.Last2 dalam pukul 3 lebih gitu kami dah pergi photoshoot outdoor. Kalau ikutkan photographer, dia nak buat dalam pukul 4 petang. Tapi kami malas dah nak tunggu, so biarlah settle awal sikit kan. Kami angkut sekali 'dayang2' untuk buat outdoor photoshoot..hehe. Tempat yang kami pilih ialah Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Senang, dekat je. Masa decide tempat hari tu sengaja saye pilih tempat terdekat. Malas saye pilih jauh2 sebab dah tau, mesti hari kenduri tu saye dah rimas dengan baju & mekap. Nak2 hari dah petang kan.
Ok, kat bawah ni gambar2 dekat Taman Pertanian..malas pulak saye nak letak caption untuk gambar2 ni..hehe..tengok je la ye..
Lepas snap2 gambar semua, maka selesai sudahlah acara dalam majlis saye. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & cuaca pun baik je sepanjang hari. Tamatlah sudah cerita. Tapi sebelum tu saye nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis saye selama 3 hari berturut2 tu. Dan terima kasih juga kepada yang memberi sumbangan tak kira dalam apa bentuk sekalipun. Semoga rezeki anda semua melimpah ruah & hidup diberkati Allah. Ok itu saja entry majlis perkahwinan dari saye. Pasni takde sambungan dah..hehe..Wasalam.