Tuesday, June 20, 2017

Bollywood Raya

Assalamualaikum

Hai rajin pulak saye berblog hari ni..haha..ermm apa yang bollywood raya? Oh ye..tahun ni saye akan beraya dengan sari..ye sari. Bukan kain sari dibuat baju kurung tapi betul2 baju sari. Tak caya? Sila tengok gambar di bawah

Me and my bollywood hero

Ha..kan dah kata saye pakai sari tahun ni. Mr.F pulak pakai kurta. Hehe...err ok lah, tak baik menipu dalam bulan puasa ni. Yang sebenarnya ni gambar ahad lepas. Waktu buat video shooting untuk family day keluarga kami tahun ni. Untuk malam dinner family day nanti temanya ialah Bollywood Night. Sebab tu la saye bersari2 ni..hehe

Sebenarnya kain sari tu bakal dijadikan baju. Memang tak mungkin la saye nak pakai fesyen sari je malam dinner tu nanti. Cantik memang la cantik fesyen sari tapi saye tak yakin nak pakai. Kang nak berkejar & dukung Aqeef lagi..ha..mau melurut tercabut sari saye tu..hehe.

Lepas family day nanti saye akan update story malam Bollywood tu ye. Ok, sampai sini dulu. Wasalam.

Nostalgia raya zaman kanak kanak

Assalamualaikum

Salam Ramadhan..4 hari lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita dan Syawal pula menjelma. Ewah..agak puitis ayat di situ..hehe

Sempena Aidilfitri yang akan tiba tak lama lagi ni, teringin pula saye nak mengimbas kembali saat2 manis menyambut aidilfitri sebagai seorang kanak2 satu masa dulu. Sebagai seorang bayi 80an, maka zaman kanak2 saye ni tentulah di era 90 an ke awal tahun 2000an..hehe. Zaman2 ni masih jauh dari gajet2 canggih, tak macam zaman sekarang.

Ok lah agak2 apa perkara2 yang biasa saye lalui pada musim hari raya ye? Jom kite baca:

Balik Kampung
Yang ni memang wajib tiap tahun. Kalau tak balik kampung maka takde makna la hari raya saye..hehe. di pendekkan cerita, masa dulu saye tinggal di KL. Manakala kampung belah ma & abah dua2 di kuantan. Tiap kali nak raya memang kami balik kampung menggunakan bas ekspress. Dua tiga hari sebelum balik kampung, ma dah siap packing baju kami semua. Saye yang nampak beg pakaian bersusun tu dah melompat2 happy la sebab tau dah kami bakal balik kampung.

Punya la excited sampai saye reka sebuah lagu khas untuk balik kampung.. ala lagu macam pantun 4 kerat je.. yang lawaknye saye siap menyanyi2 lagu tu diikuti oleh cik eyra (adik saye) sebagai penyanyi iringan..haha. Kami menyanyi2 tanpa jemu. Makin dekat nak tiba hari balik kampung, makin kerap la lagu kami tu kedengaran dalam rumah..hahaha 😂

Baju Raya
Ni salah satu part paling excited jugak. Selalunya kalau baju kurung tu ma saye memang awal2 dah jahitkan. Kalau seluar jeans, skirt, dress tu semua kami beli awal jugak. Bila pakaian2 tu dah ada mula la tak senang. Sikit2 nak test pakai baju raya. Sikit2 nak test kasut raya..haha. Kalau malam raya tu, punya la excited sampai nak tidur pun susah. Sebab dalam kepala asyik terbayang konon kita la yang paling vouge esoknye. Dengan baju baru, kasut n stokin baru. Siap 'handbag' baru untuk letak duit raya. Tak sabar2 nak pakai. 😄

Biskut Raya
Buat biskut raya merupakan salah satu benda yang saye tunggu2 dulu. Walau tak reti buat sendiri...yelah, budak2 lagi kan tapi saye suka menolong mak saudara saye buat biskut raya. Kalau dah balik kampung tu, memang favourite saye menolong mak saudara yang saye panggil teh buat biskut2. Tapi kena tahan mata la. Sebab jenis teh ni dia suka buat biskut lepas bersahur. Maknanye lepas sahur je tak boleh tidur dah. Antara biskut yang saye suka tolong buat dan tolong makan ialah biskut dam, biskut sarang semut, conflake madu dan samperit. Kalau mem'baking' waktu malam lagi saye suka. Ada biskut pecah2 atau terhangit sikit tu gerenti masuk mulut dah..hehe..

Ketupat palas dan kuih traditional
Bab ketupat memang saye tak pandai la nak tolong. Tapi saye suka menempel kat sebelah ma. Ralit tengok ma & tok saye anyam daun dan masukkan pulut dalam daun tu..Masa zaman saye kecik2 dulu sempat la merasa ketupat palas homemade ni. Sekarang memang kami beli je sebab tak sempat dah nak buat2 ni..huhu..

Kuih traditional yang dibuat pula selalunya muruku dan kuih loyang. Yang ni memang ma & adik beradik dia gotong royong buat sama2. Bila dah siap, diorang masukkan dalam tin biskut. Pastu agih2 la setin sorang. Bawak balik rumah masing2. Kami yang bebudak ni tak tolong la cuma tolong menyibuk je 😆

Ketupat palas
(Gambar dari google)


Kad Raya
Masa zaman dulu dalam bulan puasa je masing2 sibuk la beli kad raya. Termasuk la saye. Saye suka beli kad yang saiz kecik dan ada gambar comel2. Contohnya gambar anak kucing dengan ketupat 😂 Bila dah beli sibuk pula menulis. Selalunya saye beri kepada kawan2 & sepupu2 kamcing. Nak lagi best dalam kad tu siap letak duit 10 sen. Konon2 bagi duit raya. Bila orang balas balik & letak duit jugak, rasa macam wow sangat..haha

Satu lagi trend dulu2, kad2 raya yang dah diterima tu mesti dijadikan hiasan. Gantung2 dekat dinding rumah. Tak pun sangkut kat ranting yang diletak dalam pasu. Makin banyak kad tu makin best la. Yang kelakar, nanti tetamu datang sambil2 makan kuih sambil2 belek kad yang dibuat hiasan tu.

Kad digantung pada ranting kayu. Style hiasan raya popular tahun 90an (gambar dari google)


Bunga Api, Mercun dan Pelita
Dulu2 bila balik kampung time raya, ni lah benda yang saye rasa nikmat sekali..main mercun & bunga api dengan sepupu sepapat. Seronok teramat. Tapi sebelum tu, selalunya kakak sepupu saye pasang pelita dulu. Ada la dalam 6 buah pelita. Letak mana2 sudut yang sesuai. Bila dah lip lap sana sini baru la best nak main bunga api & mercun kan?

Pelita tahun 90an. Masa ni tiang utk sangkut pelita kena buat sendiri. (Gambar ehsan google)

Tapi sebenarnya saye ni penakut nak main mercun. Saye berani main mercun telur naga, mercun roket & mercun bawang je..haha..itu pun kalau mercun roket, lepas pasang je, sementara sumbu nak terbakar saye dah lari sejauh yg boleh. Kalau mercun telur naga tu pulak lepas nyala je sumbu dia saye terus baling. Orang lain tunggu sumbu pendek baru baling sebab nanti mercun tu meletup kat udara. Baru cantik.

Main bunga api! Tapi ni bunga api besi. Mahal ni. Kadang2 je dapat main 😅 (gambar dari google)

Duit Raya
Bab ni memang kegemaran semua kanak2 kan? Hihi..tu yang jadi salah satu penyebab semangat nak beraya. Saye bertuah sebab dilahirkan dalam family yg ada ramai pak & mak saudara. Yelah, ma saye ada 12 beradik. Abah pulak 6 beradik. Jadi tiap kali raya dah dapat kumpul duit banyak2 dalam family. Tapi lumrah budak2 ni mesti nak jugak pergi beraya keliling kampung. Jadi selalunya tengahari raya pertama tu saya & sepupu2 akan pergi beraya dekat kampung. Gigih berjalan kaki dari satu rumah ke rumah lain. Tapi hasil yg dapat selalunya tak sampai rm10 pun 😂

Tapi kan, sebelum pergi beraya tu selalunya mak2 kami dah warning. Diorang pesan pergi rumah orang tu jaga perangai, kalau tuan rumah tak bagi duit raya jangan nak minta2. Kalau dah bagi ucap terima kasih, duit tu simpan terus. Jangan buka sampul tu depan tuan rumah. Disebabkan kami anak yang baik maka kami ikut semua pesanan. Haha...

Itulah sebahagian dari kenangan raya saye dulu. Memang seronok tapi takkan berulang dah. Suasana pun dah berbeza. Masing2 dah dewasa. Jadi meriahnya raya tu dah lain kan. Ok lah korang. Dikesempatan ni saye nak ucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Dan Batin ☺