Monday, September 25, 2017

Ragam budak 2 tahun

Assalamualaikum

Tak ada apa nak share. Saja je nak buat coretan sikit tentang perangai Aqeef yang dah nak masuk umur 2 tahun 1 bulan ni. Akan datang mesti rindu ragam dia masa kecik2 ni kan. So boleh la flashback baca kat blog..haha

Ok sekarang ni mulut dia sangat banyak bercakap. Masuk je umur 2 tahun memang kemahiran bercakap dia sangat awesome 😅 Dah pandai buat ayat panjang 3 ke 4 patah perkataan. Dah pandai bercerita. Berlakon ( dia kan drama king sikit..haha). Dah pandai menyanyi..tapi lirik kelaut la. Kadang2 dia reka sendiri je..asalkan keluar suara berlenggok. Kira menyanyi la tu.

Dia makin aktif. Tak duduk diam pun. Ada je 'kerja' dia. Kalau kita buat kerja pun bukan main rajin nak tolong. Tapi selalunya kalau dia tolong tu kerja yang boleh siap dalam 10 minit akan jadi 20 minit..haha 😂

Favourite dia...biasa la...lori. Dekat rumah ni dah tak tau berapa ratus buah lori mainan ada. Dia siap hafal dah nama segala lori & jentera berat. Lori simen, lori sampah, lori pasir...macam2 lagi la. Selalu dia suka berlakon bercakap guna hp. Ayat dia selalunya macam ni:
Ayat 1:
'Hello, abah..abah keje? Balik keje, beli loyi (lori)ye.. loyi DIY'

Tempat favourite dia memang kedai MR.DIY. Kat kuantan ni kan banyak kedai tu. Lambang kedai MR.DIY ni dari jauh pun dia kenal.

Ayat 2:
'Hello diy? Hantar loyi. Haa.. loyi campah (sampah) ye. Bye'

Tengok! Siap boleh 'call' kedai MR.DIY. Suruh hantar lori kat dia. Tapi jenis lori tu berubah2 la. Kadang2 mintak lori sampah. Ada time mintak lori minyak, lori pasir..macam2..haha.

Macam2 ragam budak tengah membesar ni kan? Tapi bila dia dah makin besar mesti kita rindu telatah dia waktu kecik. Sebab tu la kadang2 rasa nak je snap gambar dia hari2. Nak simpan buat kenangan..haha..last2 memory phone pun boleh full 😂

Ok lah. Kat bawah ni ada saye tepek beberapa gambar dan video gelagat Aqeef. Wasalam.. 😁

Main gelongsor dekat Gio Mall. First time saye saja biarkan dia main sendiri. Panjat tangga dan menggelongsor sendiri. Boleh pun. Selama ni takut2 nak main.

Monyet kesayangan aqeef. 

Monyet ni lah pesakit dia kalau time dia jadi doktor.

Abah dia baru belikan flashcard. Ok kad favourite dia ialah kad doktor. Sampai tidur pun nak kena pegang kad tu..hehe

Suka sangat bergambar dengan gambar gajah ni. Kat mana2 jumpa pun nak kena gi bergambar. Siap posing ala model lagi.

Jangan ajak dia selfie..kalau tak macam ni lah hasilnya. Mesti nak jelir lidah 😒

Tuesday, September 5, 2017

Happy 2nd birthday

Assalamualaikum

Pertama sekali saye ucapkan salam aidiladha untuk semua yg beragama Islam. Alahai lewatnya bagi ucapan kan. Ok next, happy 2nd birthday to my dearest son Ahmad Aqeef Zhafran bin Ahmad Fauzi. Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah. Moga berjaya di dunia dan akhirat..amin... ucapan ni pun terlewat seminggu..huhuhu

Sebenarnya majlis birthday Aqeef kali ni saye awalkan 2 hari. Tarikh lahir dia 29 Ogos. Tapi kami buat majlis pada 27 Ogos. Sebab itu je tarikh yg sesuai. Kali ni kami buat majlis outdoor di Taman Pasif, Kuantan. Temanya pula royal prince. Alhamdulillah cuaca baik dan semua berjalan lancar walaupun agak terkejar2 nak prepare persiapan. Aqeef pun mood baik hari tu. Time orang nyanyikan lagu happy birthday kat dia bukan main tergelak2 lagi. Tak tau apa yang lawak 😂

Oklah malas cakap banyak. Kita layan gambar2 sekitar majlis hari tu aje ye 😁

Candy buffet..time ni angin kuat sangat. Berserabut nampak backdropnye..

Tempat duduk tetamu..

Close up sikit

Prince Aqeef tengah melawat kawasan 😆

Aqeef bz tengok kek. Takmo pandang camera

Aqeef n ibu

Tokma, aqeef n mama

Candid! Tok abah bz benor. Tak ambik gambar pun dengan aqeef time potong kek 😅

3 princes dan sorang prince

Happy birthday to you...aqeef 😍

Kak yaya bagi hadiah ape tu? Aqeef duk intai2 dah 😂

We are cousins..alamak ada si aqeef sibuk menyelit..haha

Geng dari kecik..semua dah dukung anak 😁

Bagi can lah kat ibu2 ni posing kejap...haha

Geng bujang..ada yang berkenan nak buat menantu tak? Hehe

Kek ni kami tempah plain je..bunga, topper dab corak manik kat tepi kek tu kami tambah sendiri

Uncle2 & abang kesayangan aqeef

Aqeef dengan nenek dan kak yaya


Sebahagian tetamu

Ok..itu aje..secara ringkasnya Alhamdulillah impian nak buat majlis outdoor untuk aqeef dah berjaya. Tahun depan belum pikir nak buat kat mana. Oh ye..orang kuantan, kalau ada yang berkenan nak buat candy buffet boleh search fb kami ye Catalyst Deco Perancang Majlis 😊Ok itu je kali ni. Next time sembang2 lagi...wasalam. 😘