Pagi ni saye nak membebel sikit..heee..kepada yang membaca post ni harap bertabah.
Sepanjang lebih kurang 4 tahun dalam bidang event dan party planner ni macam2 jenis kerenah pelanggan yang kami (saye & eyra) jumpa. Adatlah kan. Dah masuk dalam dunia perniagaan memang kite akan hadap pelbagai sifat manusia.
Ada yang jenis senang sangat berurusan. Kalau jumpa jenis macam ni memang syukur sangat2. Ada yang baik sangat2. Layanan baik dan sopan je bila berurusan. Ada juga yang jenis tak berkira soal bayaran asalkan kerja yg diberi tu kami buat dengan baik. Ada juga jenis mudah sangat nak bayar payment. Kami minta deposit dia bagi full payment terus. Ada yang selepas tamat majlis, siap tapau kat kami makanan dan segala cenderahati. Ada juga yang sampai sekarang masih contact kami dan anggap kami macam kawan. Oh..ni semua list jenis customer idaman semua peniaga kan? 😍
Ok dah baca yang indah2 tu mari lah kite tengok apa yang tak indah pula. Ye betul..realiti hidup ni bukan yang bahagia dan seronok je semuanya. Mesti ada yang sedih, pilu, annoying kan?
Bab tak seronok ni saye list by number la ye..kalau buat dalam satu perenggan nanti korang mesti malas baca..haha..ok kat bawah ni la realiti 'tak indah' yang pernah kami hadap sebagai event planner:
1. Bincang sampai lebam last2 hilang di angin lalu - Yang spesies ni memang selalu sangat jumpa. Dia punya sembang tu nak buat event gah. Siap kata nak grand2. Kemudian minta quotation. Kami pun bertungkus lumus lah nak buat quotation. Yang ni pun bukan benda senang. Bukan sesuka hati boleh letak harga. Kalau barang yang dia nak kami tak ada, kami kena cari supplier, minta harga dengan diorang. Ok dah bagi quotation. Pastu minta ubah lagi dan lagi. Kami ok je. Tapi last2..krik3...bila tanya, jawapannya ' sorry I tak jadi ambil dengan u.bajet tak cukup'. Aduh2 😖 Yang minta quotation makin up2 harga dan tambah barang tu siapa? Takpe lah..jawapannya redha je. Think positive. Tu bukan rezeki kami.
2. Tanya harga, diam. Tanya lagi, diam - ok yang macam ni pelik sikit. Asyik pm tanya harga pakej. Kemudian bila dah bagi dia pun diam. Takde cakap terima kasih ke, ok takpe saye survey2 dulu ke..takde. Dua tiga bulan kemudian dia tanya lagi. Benda yang sama. Repeat lagi la bagi harga dan gambar itu ini. Pastu diam lagi. Tak lama kemudian, eh2 tanya lagi benda yang sama. Allah..sabar je lah hati 😵
3. Deal macam lain. Dah siap kerja kata kita tak ikut apa yang dia nak - Tiap kali deal dengan customer memang kami akan alert point penting apa yang dia nak. Setiap perbualan dalam whatsapp atau apa2 pun kami tak kan padam. Tapi ada juga jenis bila kami dah siap deco dia sengih2 tak kata ada problem ke apa dengan kerja kami tu. Tapi time kami nak pick up barang dan minta baki bayaran, dia buat muka tak puas hati. Siap nak minta diskaun. Katanya kami tak ikut apa yang dia nak. Amboi, naik darah sis tau 😡 Yang geramnya si tukang deal duk menyelit kat belakang kawan. Kawan dia yang ala2 bouncer tu datang cakap dengan kami. Bila tanya apa yang dia tak puas hati, katanya jumlah arch kami tak sama dengan dalam gambar contoh. Adeh..masa deal, kami cuma cakap arch tu sama design macam dalam gambar. 1 pcs rm80. Dia setuju. Takde pun kami kata nak bagi arch sama jumlah dengan gambar. Yang dalam gambar contoh tu ada 7 pcs arch kot. Logik tak harga 7 pcs arch rm80? Harga gitu pun dah cukup murah. Setakat balik modal. Tak untung mana pun sebab kesian diorang ni kata memang bajet dia ciput. Actually ni geng2 pelajar di 1 kolej. Tapi attitude tak menggambarkan orang terpelajar pun 😑
3. Dah bayar deposit tapi nak cancel - Sebenarnya kalau belum bayar deposit kami tak kisah kalau customer nak cancel. Tapi once dah bayar, kami akan locked tarikh. Dan terus beli barang2 event dia. Tetiba dapat whatsapp 'sorry sis, saye nak cancel booked. Boleh refund deposit saye tak?'. What? Barang semua dah beli awak 😭 Dengan berat hati kami terpaksa bagi ayat sadis. 'Maaf ye, kalau cancel deposit akan burn sebab barang semua kami dah beli. Saye cuma boleh bagi pilihan untuk tukar tarikh event'. Sepanjang berniaga benda ni baru 2 kali jadi. Alhamdulillah sebab tak selalu dapat customer macam ni. Yang first tu ok2 je, dia teruskan majlis juga. Yang kedua ni tetap teruskan majlis tapi tetiba jadi kerek. Nak marah kami kot sebab tak boleh refund duit. Maaf sangat2 tapi memang kami tak boleh refund duit bukan sebab nak makan duit customer tapi duit tu dah diguna untuk beli barang2 majlis khas untuk awak. Orang lain belum tentu nak pakai barang2 tu. Jadi kami akan rugi berganda2. Rugi masa ke sana sini beli barang, rugi duit minyak, rugi tarikh sebab dah block untuk awak, rugi duit sebab barang2 tu terperap dalam stor dan rugi duit jugak sebab nak kena keluar duit sendiri untuk refund duit awak.
4. Rakan niaga buat onar - ok, last problem ni bukan masalah customer tapi rakan niaga. Dalam bisnes selalunya kita tak berdiri sendiri kan. Mesti ada networking kita. Nak2 jadi event planner ni. Kita ada rakan niaga bahagian yang selalu kita akan sub job untuk dia. Atau dia yang sub job kepada kita. Contoh rakan bahagian catering, bakers, kanopi, pa system, supplier barang party dan sesama event planner. Alhamdulillah ada beberapa rakan yang memang betul2 jujur dan boleh dibuat kawan dalam meniaga. Tapi ada jugak jenis kawan makan kawan yang memang kami dah stop berurusan dengan dia. Jenis melambat2 kan payment kepada kite, padahal customer dah bayar kat dia. Sampai kami kata nak report polis dan viral baru la nak bayar. Ada jugak yg kami sub job pada dia tapi dia langsung tak ikut tema customer. Dah banyak kali mention apa yang customer nak tapi dia boleh pulak ignore je. Nak tak nak memang kami suruh tukar jugak apa yang dia dah buat, ikut pada tema customer.
Banyak lagi sebenarnya yang pahit2 dalam bidang ni. Tapi cukuplah yang kat atas ni aje saye senaraikan. Bidang ni kami yang pilih sebab minat yang mendalam. Ini kerja kami dan kami sukakannya. Cuma kena ingatlah kan, tiap apa pun kerja kita mesti ada cabarannya. Dan benda2 ni lah yang buat kita lebih kuat. Akan datang tak tau lagi apa cabarannya kan? Ok, ..moga kita semua berjaya dalam apa pun bidang yang kita ceburi...wasalam.