Thursday, July 12, 2018

Family Day & Dinner tema melayu klasik 2018

Assalamualaikum..

Jarang betul update blog sekarang ni 😅 straight to the point... 7/7/2018 - 8/7/2018 family kami buat family day & annual dinner. Memang acara wajib setiap tahun. Selalunya beberapa hari atau seminggu selepas raya aidilfitri tapi tahun ni dah dekat nak habis raya baru boleh buat sebab ada perkara yg tak dapat dielakkan.

Acara tahun ni sama tempat dengan tahun lepas. Di Arabian Bay, Bukit Gambang resort. Sebab apa? Sebab malas nak mencari dah. Dekat sini memang dah tau bilik selesa, dewan besar, servis ok. Cuma kali ni macam padat sangat sebab tarikh event kami bertembung dengan banyak event besar dekat resort tu.

Tak nak cerita panjang, cuma nak ceritakan tema dinner malam tu Melayu Klasik. So dewan dah dihias ala2 zaman dulu. Bahagian pentas kami geng AJK hias sendiri. Konon2 dalam istana silam..hehe..

Malam tu memang semua sporting pakai baju ala zaman dulu. Ada yg jadi hulubalang, raja, pendekar, orang kampung, puteri dan macam2 lagi la. Saye jadi puteri la kononnya 😄 Dengan semangatnya panggil MUA datang mekap jugak macam tahun lepas. Sebab apa? Sebab tak pandai nak mekap sendiri, kalau simple2 boleh la. Satu lagi, sebab malas nak packing barang2 mekap..haha..boleh gitu?

Tahun ni Aqeef elok je perangai. Mood baik sampai habis majlis..hehe..dah besarkan jadi dah kurang buat ragam. Ok lah..cukup dah cerita sampai sini. Next time kita sembang2 lagi. Layankan gambar2 kat bawah ni ye.. Bye2 😁

Pentas yg dah siap kami hias.

Muka dah siap dimekap

Sebelum semua masuk dewan kami snap gambar dulu

Dengan hulubalang

Ni je gambar bertiga paling lawa. Yang lain kabur je sebab budak kecik tu tak duduk diam

Gambar berenam

See.. Haha.. Aqeef pakai tanjak nampak 1 mata je 😂

Bersilat kononnya

The whole family MFC

Barisan AJK Bertindak MFC

Tuesday, June 12, 2018

Aku rindu

Aku rindukan zaman kanak-kanakku
Aku rindu suasana pulang ke desa halaman
Saat itu, bangun pagiku dikejutkan oleh sahutan ayam jantan dan kicau burung
bau embun pagi yg segar seolah-olah terhidu dari luar jendela
Bangunlah aku menuju ke dapur
Terlihat ayah ibu dan sanak saudara sedang menjamah sarapan
Aku pun tumpang sekaki
Makan lempeng cicah kari

Aku rindu di tengahari

Cuaca panas berbahang di bawah atap zink
Tak lengah, terus ke telaga
Timba dibaling dan ditarik
Air jatuh ke kepala...segar dan sejuk tak terkata
Perut dah lapar, tikar dibentang diberanda rumah
Makan bersaing lagi sambil berbual
Biar cuma ada nasi, ikan selar kuning goreng, kuah singgang dan sambal belacan
Nasi tambah dua pinggan
Lebih-lebih lagi ditemani air limau kasturi yang baru dipetik dari belakang rumah nenda

Aku rindu saat petang menjelma

Rongga hidung terbau aroma arang dari dapur yang dibakar untuk menjerang air
Sampah-sampah daun kering pun dibakar
Asap biar masuk rumah 
Katanya elok untuk halau nyamuk
Kami si kanak-kanak riang dipanggil minum petang
Makanlah biskut empat segi cicah teh o panas
Buat alas perut sebelum bermain di padang
Saat dinanti tiba
Berlari riang di padang
Main sorok-sorok, polis sentri, galah panjang
Bergembiralah sepuasnya
Apabila matahari dah di ufuk barat
Pandai-pandai lah pulang sebelum senja datang kalau tak mau pijar telinga mendengar leteran bonda

Aku rindu saat malam yang sunyi dan ditemani bunyi cengkerik

Jangan harap untuk merayau di luar rumah
Main lah pondok-pondok atau baca buku di dalam rumah sahaja
Gila-gila, ujang dan gelihati menjadi majalah penghiburku di saat sudah bosan menanti mata mengantuk
Jam 10 malam, tilam usang ditarik
Dibentang diruang tamu
Maka tidurlah dulu
Lena pulas bermimpi indah
Kerana hari esok belum tentu sebahagia semalam

Aku rindu....

~hasil ciptaan dan nukilan khas Mrs.Nourzey~



Sorry tetiba berpuisi..haha..dekat2 nak raya ni terkenang pulak zaman kecik2 dulu. Bestnya balik kampung. Sekarang raya balik kampung yang sama jugak..tapi suasana dah berbeza. Takde lagi rumah kayu, takde lagi benda2 yang saya sebut dalam nukilan tu. Semuanya dah moden. 

Ohh ye..gambar kat atas tu tahun akhir kami sambut raya di rumah nostalgia tu. Lepas tu rumah dah diruntuhkan dan dibuat jadi rumah batu 100%. 
Ok lah..alang2 dah post entry ni saye nak buat ucapan terus...Selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin 😊

Saturday, April 28, 2018

Kayuh basikal di malam hari

Assalamualaikum..
Lama betul tak jenguk blog, kesian dia terabai. Jadi hari ni marilah kita update..

Malam semalam ada free time, jadi pergilah Kuantan Parade beli barang sikit. Kemudian dah lapar, pergi ke Serambi Teruntum. Makan dekat gerai Key Original Sup Gearbox. Orang Kuantan yang belum try makan kat sini boleh la pergi. Memang recommended. Sup dia sedap, masakan panas pun sedap- sedap. Kami sekeluarga 5 orang order lain2 masakan semuanya marvelous, Aqeef tak termasuk sebab dia rembat nasi ibu & abah je..hehe. Harga pun boleh dikatakan murah, dengan portion yang banyak sampai tak larat nak habiskan.

Ok..dah habis buat iklan tak berbayar..hehe, Aqeef ni dia siap makan awal jadi time orang lain duk makan lagi dia dah start merengek manja macam awek cendol 😅 "ibu jom lah...ibu jom la kita pergi sana. Aqeef nak main kereta" Ala- ala kesiannya dia. Sebenarnya sebelum ni pernah singgah sini tapi datang beli bungkus bihun sup je. Dia ternampak la ada tempat sewa mainan kereta bermotor tu. Time tu nak cepat jadi kata kat dia lain kali kita main. Malam tu dia tuntut janji la..haha.

Aqeef tengah manja2..nak pujuk ibu bawa dia ke tempat mainan

Dah siap makan, maka pergilah dekat tempat kereta mainan tu, tapi saye ragu2 jugak, betul ke dia nak main ni? Sebab Aqeef ni lain sikit. Dia tak suka mainan yang berbunyi kuat. Dekat rumah ada abah dia beli helikopter & train yang pakai bateri pun dia tak nak main. Bila tak on bunyi baru dia nak main. Kalau pergi pasaraya selalukan ada mainan budak2 yang kena masuk coin, lepas tu dia pun bergerak2 sambil keluar lagu tu kan? Dah berapa kali saye test tanya " Aqeef nak main tu tak?" Kalau budak lain dapat offer gitu mesti terus lompat naik atas mainan tu. Tapi dia tak nak. Jawapan dia "Tunggu aqeef besar". Fuh..jimat sungguh duit ibu & abah.

Ha..berbalik ke cerita asal. Sampai di tempat mainan tu saye tanya la, aqeef nak naik yang mana? Tadi excited, bila sampai situ dia dah start keras je..macam tak nak je..penjaga kat situ datang pastu siap buka switch 1 kereta, lampu kereta terbuka siap bunyi enjin mengaum2 lagi konon nak tarik minat aqeef tapi...dia silap, saye tau dah aqeef mesti lagi tak mau bila dengar bunyi gitu 😅. Dia duk terselit belakang mama (cik eyra) katanya "mama tutup la kereta tu". Adeh..pastu dia kata nak main motor. Saye tunjuk motor skuter minion kat situ tapi dia geleng. Tau tak apa yang dia nak sebenarnya? Dia nak main basikal yang berkembar tu..haha 😂

Tepuk dahi la ibunya...memang masa datang sini dulu dia ada nampak orang main basikal tu. Tak sangka pulak dia minat nak naik, ingatkan dia nak main mainan kereta tu. Nak cakap tak boleh macam kesian pulak sebab muka dia berharap sungguh. Tanya kat penjaga mainan tu dia kata sewa setengah jam rm20. Hulur je la duit, maka ibu & abah terpaksa la berkayuh basikal malam2 demi anaknya. Aqeef dah terjerit2 happy la..seronok sangat sebab space untuk budak2 memang ada kat tengah2. Siap ada tempat letak kaki & stereng kecik. Dia feel dia la yang kayuh & control basikal tu.

Aqeef paling happy malam tu




Suka hati sangat la aqeef dapat naik basikal besar. First time kan..kalau kat rumah naik basikal dia sorang2 ni ibu & abah ada sekali. Muka dia punya happy tu macam tak tergambar, senyum lebar. Tak apa lah ibu & abah lenguh kaki pun takpe asalkan anak gembira 😂 Dia punya seronok tu sampai tidur malam pun gelak2..mimpi naik basikal la tu.

Tapi best jugak, lama dah tak kayuh basikal, last masa zaman sekolah menengah..ha punya la berkurun dah kan. Lain kali boleh la datang berkayuh kat sini lagi..hehe

Ok lah, tu saje..next time cerita lagi..bye2..wasalam.


Thursday, March 1, 2018

Vacation to Cameron Highland

Assalamualaikum

Sebelum mood hilang dan lupa segala kejadian jom lah kite menaip kat sini dulu..hehe 😂

Minggu lepas kami sekeluarga buat short vacation ke Cameron Highland. Tak rancang beria pun. Selalu kalau rancang beria2 ni last sekali tak jadi.

22/02/2018
Pukul 6.30 pagi bertolak dari Kuantan ke Cameron Highland. Kami lalu ikut Sungai Koyan. Jalan tak berapa cantik. Pecah-pecah so kereta memang melambung2. Kemudian ada kawasan jalan runtuh. Hadoi..seram nak lalu tapi terpaksa redah sebab takde jalan lain dah. Takkan nak patah balik kan?

Masa berhenti rehat dekat R&R Temerloh. Nampak truck bomba. 

Aqeef malu2 tapi nak jugak bergambar atas truck bomba

Sampai Cameron dalam pukul 12.30 tengahari dan terus pergi ke Kg. Taman Sedia sebab ambil bilik kat situ. Patutnya check in pukul 2 petang tapi lepas call owner, bagitau dah sampai situ, jadi dia kata dah boleh check in sebab bilik dah siap. Memang best biliknye. Selesa, besar, kemas, bersih dan murah. Bayangkan kami dapat harga RM 300 untuk 3 hari 2 malam. Bilik 2 katil king tau 😍 Sesiapa nak booking bleh ke page fb ni Ammara Dahlia Homestay Sorry lupa nak ambil gambar bilik 😅

Dah masuk dalam bilik terus mencekik..haha..kami bawak bekal nasi ayam. Masak dari rumah so save la bajet. Petang tu dalam pukul 4 lebih baru keluar. Pergi petik strawberry dekat Opah Strawberry dekat Kg. Taman Sedia jugak. Ni lah aktiviti yang Aqeef tunggu2. Kami tak petik banyak pun..saja bagi Aqeef je lepas gian petik strawberry. Lepas tu ingat nak makan scone tapi dekat Opah tak buat hari tu. Pergi kedai sebelah pulak tutup. Jadi cancel lah niat nak makan scone.

Aqeef & tokma

Tengok muka senyum lebar budak dapat petik strawberry

TokMa & tok abah buat2 candid..hehe

Mama@ cik eyra 

Kami...risau betul saye tengok Aqeef duk pegang gunting tu

Muka bangga Aqeef dapat makan strawberry hasil petik sendiri

Aqeef, tokma & tok abah duk rehat kejap. Nak makan scone tapi takde

Pergi cafe sebelah, tak buka pulak. So bergambar kat luar je la..

Next pergi ke Taman Pertabalan Tanah Rata. Disebabkan bukan hujung minggu, jadi parking senang dapat dan orang pun tak berapa ramai. Memang best sebab nak bergambar pun mudah. Oh ye..sebelum tu kami singgah Brinchang. Beli topi beanie dan sarung tangan untuk Aqeef sebab kesian tengok tapak tangan dia sejuk macam ais. Beanie tu satu set dengan kain mafla. Nak pulak dia pakai kain tu..hehe..Dekat Taman Pertabalan tu saye, cik eyra dan Aqeef je lah yg beria bergambar sana sini. Ma, abah & Mr.F duk santai2 sambil makan pisang goreng. Dah puas duk rehat2 kat situ, dalam pukul 6 lebih kami balik bilik.


Muka sedih sambil kata "buah ni buruk sangat" Adoi..tepuk dahi ibu dengar 😂

Ibu & Aqeef

Bergambar sakan..abah sibuk gi beli pisang goreng 😆

Tak tau apa yang kelakar..hehe

Merenung nasib ke apa ni?

Main menyorok pulak dah

Aqeef & mama

Bergaya bukan main lagi

Aqeef dengan gayanye sendiri

We love CH

Tak sempat snap budak ni dah nak berlari

Ambik gambar celah pokok bunga kononnye

Tak tau berapa kali Aqeef minta snap gambar dia dekat menara jam ni

Macam lagu Aisyah katanye.. ( Aisyah, projector band)

Abah baru muncul

Ok bergambar 1 family pulak

Selfie la pulak

Sementara Aqeef berlari2, ibu & abah bergambar kejap

Aqeef dah mula malas posing

Jom la balik

Malam bantai makan nasi ayam siang tadi je. Malas nak keluar. Tapi kami panaskan dulu sebab ada bawa mini rice cooker. Malam tu Aqeef tidur awal. Pukul 8. Penat sangat kot. Pastu dalam pukul 2 lebih bangun buat perangai. Menangis2. Katanya nak lampu 'white'. Adoi..dia dah cukup tidur kot. Sibuk suruh buka lampu. Pujuk ke marah ke semua tak jalan. Last2 buka jugak la lampu. Pastu siap makan roti sekeping dengan 2 biji cupcake kecik. Pastu baru nak tido. Time tu dah dekat pukul 5. Ting tong abis kepala semua orang. Kecuali dia yang sedap terpukang tidur..haha 😂

23/02/2018
Pagi tu macam tak larat nak buka mata. Dengan sejuknya, dengan tak cukup tidurnya. Tapi mana boleh duk terperap je kan,rugi la..hehe..jadi semua bangun mandi dan siap2. Tempat pertama, tuju ke Brinchang dulu. Sarapan kat situ kemudian terus menuju ke Pasar Kea Farm. Tapi...tak singgah sebab parking full. So tukar plan pergi Lavender Garden dulu. Masa ni cuaca cerah sangat. Agak panas tapi tak berpeluh2 macam dekat kawasan tanah rendah ni 😂Kat sini jalan2 dan ambil gambar je. Tiket dewasa rm10. Kanak2 tak ingat sebab Aqeef free lagi. Tapi rm10 tu rasa berbaloi jugak sebab bunga2 memang cantik dan banyak jugak props2 yang menarik untuk bergambar.


Cik eyra potong kek birthday dulu pagi tu. Cantikkan view? Ni laman Ammara Dahlia Homestay je


Happy belated birthday mama...kata Aqeef

Awal2 masuk Lavender Garden

Tokma & tok abah

Dekat panda lagi..banyak betul patung panda kat sini

Mr. F kena paksa posing 😆

Aqeef dengan labu besar

Kata Aqeef " ibu jadi angel" Ye..angel pakai spek mata..haha

Geram tengok bunga2 ni

Aqeef jadi rama2 pulak

Duduk kejap

Castle apa tah ni

Aqeef kalau bab posing bagi kat dia

Selfie la kejap

Tengok budak tu...sibuk nak turun berlari

Banyak sangat tempat cantik untuk bergambar

Kesian mama nak ambik gambar sorang asyik kena kacau dengan Aqeef 😅

Ok..orang tu kena paksa posing lagi ni..haha

Gambar berenam

Laju buai ku laju

Sesekali pose sorang2

Dengan dwarf

Kena sabotaj. Penat sengeh rupanya gambar orang belakang kabur 🤣

Dekat luar lavender garden..Aqeef still aktif berlari2

Dah selesai kat situ kami ke cactus valley pulak. Kat sini pun boleh ambil gambar sambil2 tengok macam2 jenis cactus. Pastu ada jugak la beli cactus sikit. Yang kecik2 tu murah aje. Rm2 satu pasu.

Aqeef kagum tengok cactus besar2

Kami dah malas posing, ambik gambar Aqeef je

Next pergi beli strawberry dan jagung pulak. Mula2 dah beli dekat lain tapi pusing sekali lagi ke pasar Kea Farm..hehe..kali ni dapat la beli dekat situ. Tapi Mr.F je yang pergi beli. Yang lain dah tak larat. Dah settle, masa untuk balik ke bilik. Masak nasi dan panaskan rendang segera adabi. Sedap jugak makan panas2. Ok..save bajet lagi.. 😁 Dekat luar cuaca hujan dah. Dan memang petang sampai malam hujan je. Cuma malam tak lebat sangat.

Malam tu keluar makan dekat Brinchang. Disebabkan hujan dan suhu memang lebih sejuk jadi bila bercakap je asap keluar kepul2 ikut mulut..haha..feeling kat oversea kejap la. Malam kedua ni mujur Aqeef tak buat perangai. Dapat la tidur dengan aman. Eh, kawasan Kg. Taman Sedia ni memang betul2 aman damai bila waktu malam tau. Sunyi sangat.

24/02/2018
Pagi ni sarapan dalam bilik je. Beli nasi lemak dekat area Kg Taman Sedia. Kemudian kemas2 dan siap untuk balik. Dalam perjalanan turun, singgah dekat ladang teh dulu. Makan scone. Tapi..not recommended. Sedap lagi makan dekat Opah strawberry dua tahun lepas. Harga pun lagi murah, siap panaskan dalam microwave. Kat ladang teh ni 1 set ade 2 pcs. Harga rm13.70 kalau tak silap. Takde panaskan pun. Rasa dia muak semacam.

Pagi2 bangun je masuk dalam almari. Konon tengah naik lori

Scone 

Aqeef dah menguap2

Dalam pada loya pun Aqeef tak meragam

Segar je rasa dekat ladang teh ni

Muka takde mood

Di saat2 akhir sebelum Aqeef muntah 😅

Dah siap makan, turun ke ladang. Ambik gambar kejap je sebab Aqeef duk menguap2 pastu muka letih je. Ingat dia mengantuk sangat sekali masuk dalam kereta....huaaaa...dia muntah 😭 Mujur belum gerak. Dah bersihkan semua, bagi pakai minyak angin, pastu suap makan sikit. Rasanya perut dia masuk angin sebab tak sarapan. Masa pagi tu dia makan sikit. Pastu naik kereta, jalan ada pusing2 sikit. Pening la kot. Dah settle, nampak muka dia pun dah ok, baru kami gerak. Alhamdulillah tak muntah dah.

Kami balik ikut Tapah sebab takut nak lalu area jalan runtuh tu. Biar jauh sikit asal selamat. Sampai kat KL, sempat singgah kejap kat Kenanga Wholesale City. Borong baju Aqeef je kat situ. Kemudian perjalanan diteruskan untuk balik ke Kuantan. Alhamdulillah perjalanan selamat. Ok, itu saja untuk kali ni. Next time cerita lagi..bye2