Friday, May 20, 2011

Your eyes

Tahukah korang yang warna mata manusia ni terbahagi kepada 7 jenis? Warna2 tu ialah biru, coklat, kelabu, hijau, hazel, merah & amber. Di bawah ni ade sedikit info tentang warna mata. Jom kite semak :)


1. Coklat



  • Warna paling dominan di banyak bahagian dunia terutamanya di Asia Timur, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Selatan dan Timur Tengah.
  • Kelihatan seperti warna hitam
  • Turut dikenali sebagai honey eyes dan sering disalah tafsir sebagai amber.


2. Kelabu



  • Jumlah melanin yang lebih rendah berbanding mata biru.
  • Paling kerap ditemui di Rusia, Sweden, Finland dan sebahagian kecil India.


3. Biru



  • Jenis melanin yang hadir ialah eumelanin.
  • Paling kerap wujud di Eropah Utara dan Eropah tengah serta Eropah Selatan dan Asia Tengah seperti Afghanistan.

4. Hazel



  • Campuran coklat dan hijau atau kelabu dan coklat keemasan.
  • Paling kerap ditemui di Eropah, Timur Tengah, Amerika, Asia Tengah dan sebahagian Asia Selatan.
*Ha, yang ni mata saye (^_^)V (sibuk je cik og nih, ade yg tanye ke? huh)

5. Hijau



  • Warna hazel yang kaya dengan hijau cerah dan coklat di tengah.
  • Jumlah melanin rendah sehingga sederhana.
  • Paling kerap ditemui di Eropah Utara dan Tengah.

6. Amber



  • Warna kuning keemasan dan warna coklat muda / warna tembaga
  • Juga dikenal sebagai 'mata serigala'

7. Merah



  • Mata albino.
  • Jumlah melanin yang amat rendah, menyebabkan salur darah pada mata lebih jelas kelihatan.

Sumber rujukan:
-http://masyarakat.dunyahalal.com

-http://www.kaskuserz.com





No comments:

Post a Comment