Thursday, March 1, 2018

Vacation to Cameron Highland

Assalamualaikum

Sebelum mood hilang dan lupa segala kejadian jom lah kite menaip kat sini dulu..hehe πŸ˜‚

Minggu lepas kami sekeluarga buat short vacation ke Cameron Highland. Tak rancang beria pun. Selalu kalau rancang beria2 ni last sekali tak jadi.

22/02/2018
Pukul 6.30 pagi bertolak dari Kuantan ke Cameron Highland. Kami lalu ikut Sungai Koyan. Jalan tak berapa cantik. Pecah-pecah so kereta memang melambung2. Kemudian ada kawasan jalan runtuh. Hadoi..seram nak lalu tapi terpaksa redah sebab takde jalan lain dah. Takkan nak patah balik kan?

Masa berhenti rehat dekat R&R Temerloh. Nampak truck bomba. 

Aqeef malu2 tapi nak jugak bergambar atas truck bomba

Sampai Cameron dalam pukul 12.30 tengahari dan terus pergi ke Kg. Taman Sedia sebab ambil bilik kat situ. Patutnya check in pukul 2 petang tapi lepas call owner, bagitau dah sampai situ, jadi dia kata dah boleh check in sebab bilik dah siap. Memang best biliknye. Selesa, besar, kemas, bersih dan murah. Bayangkan kami dapat harga RM 300 untuk 3 hari 2 malam. Bilik 2 katil king tau 😍 Sesiapa nak booking bleh ke page fb ni Ammara Dahlia Homestay Sorry lupa nak ambil gambar bilik πŸ˜…

Dah masuk dalam bilik terus mencekik..haha..kami bawak bekal nasi ayam. Masak dari rumah so save la bajet. Petang tu dalam pukul 4 lebih baru keluar. Pergi petik strawberry dekat Opah Strawberry dekat Kg. Taman Sedia jugak. Ni lah aktiviti yang Aqeef tunggu2. Kami tak petik banyak pun..saja bagi Aqeef je lepas gian petik strawberry. Lepas tu ingat nak makan scone tapi dekat Opah tak buat hari tu. Pergi kedai sebelah pulak tutup. Jadi cancel lah niat nak makan scone.

Aqeef & tokma

Tengok muka senyum lebar budak dapat petik strawberry

TokMa & tok abah buat2 candid..hehe

Mama@ cik eyra 

Kami...risau betul saye tengok Aqeef duk pegang gunting tu

Muka bangga Aqeef dapat makan strawberry hasil petik sendiri

Aqeef, tokma & tok abah duk rehat kejap. Nak makan scone tapi takde

Pergi cafe sebelah, tak buka pulak. So bergambar kat luar je la..

Next pergi ke Taman Pertabalan Tanah Rata. Disebabkan bukan hujung minggu, jadi parking senang dapat dan orang pun tak berapa ramai. Memang best sebab nak bergambar pun mudah. Oh ye..sebelum tu kami singgah Brinchang. Beli topi beanie dan sarung tangan untuk Aqeef sebab kesian tengok tapak tangan dia sejuk macam ais. Beanie tu satu set dengan kain mafla. Nak pulak dia pakai kain tu..hehe..Dekat Taman Pertabalan tu saye, cik eyra dan Aqeef je lah yg beria bergambar sana sini. Ma, abah & Mr.F duk santai2 sambil makan pisang goreng. Dah puas duk rehat2 kat situ, dalam pukul 6 lebih kami balik bilik.


Muka sedih sambil kata "buah ni buruk sangat" Adoi..tepuk dahi ibu dengar πŸ˜‚

Ibu & Aqeef

Bergambar sakan..abah sibuk gi beli pisang goreng πŸ˜†

Tak tau apa yang kelakar..hehe

Merenung nasib ke apa ni?

Main menyorok pulak dah

Aqeef & mama

Bergaya bukan main lagi

Aqeef dengan gayanye sendiri

We love CH

Tak sempat snap budak ni dah nak berlari

Ambik gambar celah pokok bunga kononnye

Tak tau berapa kali Aqeef minta snap gambar dia dekat menara jam ni

Macam lagu Aisyah katanye.. ( Aisyah, projector band)

Abah baru muncul

Ok bergambar 1 family pulak

Selfie la pulak

Sementara Aqeef berlari2, ibu & abah bergambar kejap

Aqeef dah mula malas posing

Jom la balik

Malam bantai makan nasi ayam siang tadi je. Malas nak keluar. Tapi kami panaskan dulu sebab ada bawa mini rice cooker. Malam tu Aqeef tidur awal. Pukul 8. Penat sangat kot. Pastu dalam pukul 2 lebih bangun buat perangai. Menangis2. Katanya nak lampu 'white'. Adoi..dia dah cukup tidur kot. Sibuk suruh buka lampu. Pujuk ke marah ke semua tak jalan. Last2 buka jugak la lampu. Pastu siap makan roti sekeping dengan 2 biji cupcake kecik. Pastu baru nak tido. Time tu dah dekat pukul 5. Ting tong abis kepala semua orang. Kecuali dia yang sedap terpukang tidur..haha πŸ˜‚

23/02/2018
Pagi tu macam tak larat nak buka mata. Dengan sejuknya, dengan tak cukup tidurnya. Tapi mana boleh duk terperap je kan,rugi la..hehe..jadi semua bangun mandi dan siap2. Tempat pertama, tuju ke Brinchang dulu. Sarapan kat situ kemudian terus menuju ke Pasar Kea Farm. Tapi...tak singgah sebab parking full. So tukar plan pergi Lavender Garden dulu. Masa ni cuaca cerah sangat. Agak panas tapi tak berpeluh2 macam dekat kawasan tanah rendah ni πŸ˜‚Kat sini jalan2 dan ambil gambar je. Tiket dewasa rm10. Kanak2 tak ingat sebab Aqeef free lagi. Tapi rm10 tu rasa berbaloi jugak sebab bunga2 memang cantik dan banyak jugak props2 yang menarik untuk bergambar.


Cik eyra potong kek birthday dulu pagi tu. Cantikkan view? Ni laman Ammara Dahlia Homestay je


Happy belated birthday mama...kata Aqeef

Awal2 masuk Lavender Garden

Tokma & tok abah

Dekat panda lagi..banyak betul patung panda kat sini

Mr. F kena paksa posing πŸ˜†

Aqeef dengan labu besar

Kata Aqeef " ibu jadi angel" Ye..angel pakai spek mata..haha

Geram tengok bunga2 ni

Aqeef jadi rama2 pulak

Duduk kejap

Castle apa tah ni

Aqeef kalau bab posing bagi kat dia

Selfie la kejap

Tengok budak tu...sibuk nak turun berlari

Banyak sangat tempat cantik untuk bergambar

Kesian mama nak ambik gambar sorang asyik kena kacau dengan Aqeef πŸ˜…

Ok..orang tu kena paksa posing lagi ni..haha

Gambar berenam

Laju buai ku laju

Sesekali pose sorang2

Dengan dwarf

Kena sabotaj. Penat sengeh rupanya gambar orang belakang kabur 🀣

Dekat luar lavender garden..Aqeef still aktif berlari2

Dah selesai kat situ kami ke cactus valley pulak. Kat sini pun boleh ambil gambar sambil2 tengok macam2 jenis cactus. Pastu ada jugak la beli cactus sikit. Yang kecik2 tu murah aje. Rm2 satu pasu.

Aqeef kagum tengok cactus besar2

Kami dah malas posing, ambik gambar Aqeef je

Next pergi beli strawberry dan jagung pulak. Mula2 dah beli dekat lain tapi pusing sekali lagi ke pasar Kea Farm..hehe..kali ni dapat la beli dekat situ. Tapi Mr.F je yang pergi beli. Yang lain dah tak larat. Dah settle, masa untuk balik ke bilik. Masak nasi dan panaskan rendang segera adabi. Sedap jugak makan panas2. Ok..save bajet lagi.. 😁 Dekat luar cuaca hujan dah. Dan memang petang sampai malam hujan je. Cuma malam tak lebat sangat.

Malam tu keluar makan dekat Brinchang. Disebabkan hujan dan suhu memang lebih sejuk jadi bila bercakap je asap keluar kepul2 ikut mulut..haha..feeling kat oversea kejap la. Malam kedua ni mujur Aqeef tak buat perangai. Dapat la tidur dengan aman. Eh, kawasan Kg. Taman Sedia ni memang betul2 aman damai bila waktu malam tau. Sunyi sangat.

24/02/2018
Pagi ni sarapan dalam bilik je. Beli nasi lemak dekat area Kg Taman Sedia. Kemudian kemas2 dan siap untuk balik. Dalam perjalanan turun, singgah dekat ladang teh dulu. Makan scone. Tapi..not recommended. Sedap lagi makan dekat Opah strawberry dua tahun lepas. Harga pun lagi murah, siap panaskan dalam microwave. Kat ladang teh ni 1 set ade 2 pcs. Harga rm13.70 kalau tak silap. Takde panaskan pun. Rasa dia muak semacam.

Pagi2 bangun je masuk dalam almari. Konon tengah naik lori

Scone 

Aqeef dah menguap2

Dalam pada loya pun Aqeef tak meragam

Segar je rasa dekat ladang teh ni

Muka takde mood

Di saat2 akhir sebelum Aqeef muntah πŸ˜…

Dah siap makan, turun ke ladang. Ambik gambar kejap je sebab Aqeef duk menguap2 pastu muka letih je. Ingat dia mengantuk sangat sekali masuk dalam kereta....huaaaa...dia muntah 😭 Mujur belum gerak. Dah bersihkan semua, bagi pakai minyak angin, pastu suap makan sikit. Rasanya perut dia masuk angin sebab tak sarapan. Masa pagi tu dia makan sikit. Pastu naik kereta, jalan ada pusing2 sikit. Pening la kot. Dah settle, nampak muka dia pun dah ok, baru kami gerak. Alhamdulillah tak muntah dah.

Kami balik ikut Tapah sebab takut nak lalu area jalan runtuh tu. Biar jauh sikit asal selamat. Sampai kat KL, sempat singgah kejap kat Kenanga Wholesale City. Borong baju Aqeef je kat situ. Kemudian perjalanan diteruskan untuk balik ke Kuantan. Alhamdulillah perjalanan selamat. Ok, itu saja untuk kali ni. Next time cerita lagi..bye2








No comments:

Post a Comment