Saturday, July 31, 2010

Jom karaoke !!

Jom nyanyi2 bersama sy..hihi..lagu ni best gak walaupun jarang dpt dengar (atau sy yg ketinggalan?) Cube la dengar k, sambil2 tu nk nyanyi pun buleh je sbb ada liriknye skali tu ;)


Align Center

Hah lagu kat bawah sgt bermakna buat sy. Ececeh...bukan main ek. Huhu...bukan ape rasa2 nya dah hmpir 5 tahun kot sy cari lagu ni (lebih kurang la), tapi still x jumpa. Sy pun heran bile cari kat internet mmg xjumpe langsung pasal lagu ni. Macam tak pernah wujud je. Skali tup2 hari ni lagu nih dpt sy dgr balik. So excited ok..(credit to cik eyra) Nak tau nape sy xjumpe lagu nih dr dulu lagi? Haha...sebabnya sy salah info pasal tajuk & penyanyi. Mane nak jumpe kalau dah salah tajuk & penyanyi kan. Pakcik google pun xleh nak bantu :p



p/s: xde kerja ke sy yg dok bersenang -lenang karaoke kat cni? padahal esok ade test teori utk lesen memandu..hurm xpe2 pas ni sy study okeh. Ganbatte kudasai!! =)


Sunday, July 25, 2010

Senior vs junior

Hyep!!..pekabo semua, sihat? hehe... ape sy nak membebel malam ni ek? oww ye..tgk pd tajuk kat atas tu pasal senior vs junior kan..tapi ape2 hal pun sila jgn pikir ni pasal pergaduhan ke buli membuli antara senior & junior ke. Takde kene mengena ok..hihi..

Ok la yg sebenarnye sy just nak share pasal program selangkah ke FTMM anjuran Kelab IT UTHM semalam (24/7/2010), bersamaan ngan hari Sabtu. Sy merupakan salah sorang AJK yg terlibat utk xtvt ni.

Orait di pendekkan citer program ni bertujuan utk mengeratkan silaturrahim antara pelajar junior dengan pelajar senior, khususnye utk fakulti kami iaitu FTMM (Fakulti Teknologi Maklumat & Multimedia). Objektif lainnya adalah utk perkongsian maklumat & pengalaman pelajar senior kpd junior.

So, sy pendekkan lg citer (asyik cut citer je...hadoi!!). Program ni start kul 8 pg & abis sekitar 2 ptg gitu.. So ape xtvtnyer...ha..ada ucapan dr pengerusi majlis, president club, perkenalkan barisan Majlis Tertinggi & Exco club pastu pembahagian kumpulan. Satu kumpulan ada 10 pelajar junior & dipantau oleh 4 fasi (apehal ayt sy sangat skema mlm nih? hoho!) Sy bertugas sebagai salah sorang fasi & perlu jage bebudak kumpulan 2. Ooh..lupe nk ckp..ade 9 kumpulan semuanye..

Lepas dh bagi group we all pun dok lah dlm kumpulan & start sesi ice breaking. Utk pengetahuan u all's ni first time sy jd fasi tau...huhu.. Memula tu cam xleh bayang je cmne lah sy nak handle bebudak tu. Mampu ke x ni? Udah la saiz diorang tu ade yg lg besar dr sy..(mendongak je sy nk ckp ngan diorang) Tapi semuanyer terjawab gak..lega weh!! Alhamdulillah,mampu gak sy jlnkan tugas tu rupenye. Paling best sbb bebudak tu pun sporting & friendly je.. geng fasi sy pun orait je..kire leh bekerjasama lah..

Lepas sesi ice breaking tu ade xtvt treasure hunt lak. So, time xtvt ni sy kene follow bebudak nih memburu harta karun (hik3, harta karun la sgt ;p). Mujur la 1 group ade 4 fasi. 2 fasi kene gi jaga check point. Jd tinggal 2 fasi je lah kene guide anak buah. Kalo la sy sorang2 nk guide budak2 group 2 nih mau pitam ctu je kot. Diorg nih aktif yg amat. Rasenye kalau ade anugerah group paling kecoh mmg group kami la yg menang..hehe.

Apa2 pun mmg bestlah walaupun group sy xmenang treasure hunt tu sbb diorg nih berlari bukan main laju tp time jawab soklan kat checkpoint asyik sangkut jer...(hadoi la, x dpt akak nk nolong dek oii!).. Ngan xtvt nih sekurang-kurangnye kami leh saling kenal mengenal & perturunkan ilmu yg bergune kat junior2 nih...

Lastly sedikit pesanan sy, x kira lah kita ni senior atau junior kite ttp seorang manusia biasa yg bergelar student. Yang senior tu pernah gak merasa jd junior & yg junior lak akan merasa jd senior 1 hr nnt. So, tak perlu lah nk bermusuh, buli-membuli atau saling tunjuk lagak. Baik kite saling berbaik, jalinkan silaturrahim & tolong-menolong. Itukan lebih molek, betul tak? Hurm...ape2 pun korang layan je lah gambar xtvt kami kat bawah ni ek..=)

Ha...ni geng2 fasi yg havoc tp cool...hihi.



Ini la group sy. Kumpulan 2 yg sgt happening. Kalau korang nk kenal mana satu fasi meh sy bg tau. 1) Sy la yg berbaju pink tu ;p 2) Lelaki yg berbaju ungu. 3) Girl yg seblah baju ungu tu. 4) Lelaki yg berdiri paling kiri.



Ha..I like this pic hehe..gabungan fasi ngan peserta...



One more pic..semua jd sawan time bergambo...hehe


p/s: makin lama sy makin syg kat UTHM nih...tp sy tau 1 hr nnt sy akn tinggalkan gak semua ni.. hurm sgt sedih kalau nk difikirkan. Tapi xpe..selagi ada masa sy akn kutip seberapa byk peluang & pengalaman berharga yg ada depan mata. Moga satu hr nnt semua ni akn jd memori yg indah utk dikenang =)

Thursday, July 22, 2010

Dup Dap Dup Dap

Huhu....berdebar nyer rasa...
Memang nak...tapi kekadang rasa tak nak
Tapi itu keputusan sendiri...xde sape2 paksa
Dan itu juga tindakan yg dah di ambil
Bila dah nekad sy xkan patah balik lagi..xnak jd cam waktu dulu..
Separuh jalan pastu tarik diri....kemudian rasa menyesal sendiri
Kali ni taknak mengalah dah...
So..first step sy dah ambik hari ni....kemudian just follow the next step...sampai settle..
Hurm....sy sgt teruja nih...hehe..second step sy akn ambik ahad ni...
Apa-apa pun aja-aja fighting!!!....

p/s: ni luahan perasaan sy yg sgt tulus utk.....ambik lesen kereta...hehe..hari ahad (25/7/2010) nak kene dgr seminar memandu..hoho..semangat nih(agak2 korang over x luahan hati sy tu...?..hihi ;p)

Kata seindah Bahasa

Salam...
Tiba2 sy terasa nak update blog mlm ni...hehe..bukan ape just nak share sedikit kata-kata indah yg sy ambik dr byk sumber ni (mintak halal wahai pemilik mutiara kata utk sy share dgn org lain)..x igt dah dr blog mana-mana sbb sy mmg suka mengumpul kata2 yg sedap di dengar ni...sejak bila sy ada hobi ni xtau la...sedar2 je dh byk mutiara kata dlm Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris yg dah ada dlm simpanan sy... yg di bawah ni adalah sebahagian dr nyer...so hayati lah..moga2 akan beri sedikit ketenangan atau semangat pd u all ok =)

Lihatlah di sekeliling kamu & teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup & usiamu jgn mudah berputus harapan. Senyum yg kau berikan & air mata yg kau titiskan....simpan jadikan tauladan, segala yg kau pandang & dengar...simpan buat pedoman.

Jangan berbangga dengan pujian teman kerana di sebalik pujian terdapat satu kejian.

Bercintalah dgn pelajaran, bertunanglah dgn mengulangkaji, berkahwinlah dgn peperiksaan & berbulan madulah dgn kejayaan.

Sehaluan tapi tak sejalan adalah lebih baik dr sejalan tapi tak sehaluan

Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan dirimu dibuai oleh syaitan krn ia suka kpd org yg berkhayal

Pandanglah kecantikan hanya satu keindahan & bukan utk diagung-agungkan. Begitu juga jgnlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas kurniaan kpd kita. Kerana kedua-duanya adalah anugerah Tuhan.

"I always knew looking back on the tears would make me laugh, but I never knew looking back on the laughs would make me cry."

Just because it's not what you were expecting, doesn't mean it's not everything you've waiting for..

The hardest part about moving forward is not looking back..

p/s: Sumber kata-kata diperoleh dari pelbagai blog & website

Tuesday, July 13, 2010

Terus Terang



Best gak lagu ni...layan je lah ek =)

Merenung bulan



Terleka aku melihat kemesraan
Mereka berpasang-pasangan
Bersenda keriangan
Bertanya aku pada diri sendiri
Mengapa kutersisih
Diulit mimpi sedih

Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan

Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti
Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan

Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga
Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan

Buah & Kamu

Tetibe je sy jadi rajin nak update...hehe..maybe sebab baru buka sem & tak bz lagi.. Kali ni jom kite tengok buah kegemaran dan kaitannya dengan personaliti diri kite. Just utk suka2 je tapi mana tau ada yg mengena kan..ok lah sila pilih buah kegemaran anda ek ;)


1. Jenis Limau



Kamu cenderung kpd warna- warna cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar. Rakan2 kamu gemar merujuk sesuatu masalah atau perkara kpd kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan & kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat & pandangan kamu. Orang luar sukar utk menilai & mengenal diri kamu yg sebenar. Mereka boleh mengenal kamu dengan lebih rapat tetapi ia memakanl masa yg lama. Kadangkala kamu mengambil masa yg singkat utk bersendiri kerana kamu gemar berehat & bersendiri dalam tempoh yg singkat. Rakan2 kamu akan berasa senang & tenang bila meluangkan masa bersama kamu. Kamu tergolong dalam individu yg gemar bergembira & mengguna waktu terluang sebaik mungkin bagi melakukan perkara yg menyeronokkan kamu.


2.Buah- Buahan Tropika



Kamu sukakan pengalaman2 yg baru. Kamu gemar mencuba dan merasa pelbagai jenis buah-buahan sebanyak & sekerap yg boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah denganmu kerana cara hidup kamu yg terlalu aktif. Kamu tidak suka sesuatu yg boleh menyakitkan emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu seorang yang tenang berbanding kamu. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yg akrab denganmu. Teman2 beranggapan kamu individu yg mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada org sekeliling. Simbol kamu ini menunjukkan kamu seorang yg suka mengambil berat & gemar berseronok.


3. Buah Ladang



Kamu bukan saja kuat pd diri sendiri malah kamu juga menjadi tunjang kekuatan bagi individu sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dr tekanan hidup & kamu sendiri tidak mudah mengalah. sikap pentingkan diri sendiri tidak ada dlm kamus hidupmu. Kamu juga cenderung berdikari & tidak bergantung harap kpd individu lain utk hidup. Ramai yg beranggapan kamu berpengetahuan luas & itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu & berusaha buat yg terbaik dlm hidupmu. Kejayaan pasti jadi milik kamu dlm setiap apa yg kamu lakukan.


4. Jenis Tembikai



Seorang yg murah hati & gemar menghulurkan bantuan kepada yg memerlukan. Bagi diri kamu, wujudnya satu kepuasan apabila dpt membantu org lain. Kamu berhati2 dlm memilih tumbuhan utk ditanam di sekitar kediaman kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu seorang yg romantik. Kamu berusaha gigih utk mengatasi kegagalan & kekecewaan dlm hidup. Kamu melambangkan diri kamu sbg individu yg berhati2.


5. Buah- Buahan Ceri




Kamu gemarkan parti dan keseronokan. Kamu suka menggembirakan org lain. Kamu juga mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yg peramah. Kamu akan berusaha melakukan apa saja utk menjadikan sesiapa saja sbg temannu biarpun dgn cara yg pelik. Kamu bercitarasa unik sehingga makanan pilihan kamu juga dari perisa yg lain dari yg lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya pelbagai personaliti dlm diri kamu. Walau bagaimanapun kamu seorang yg unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu menunjukkan kamu seorang yg berpesonaliti.


6. Jenis Kekacang



Kamu ni moody lah!! Kadangkala mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadianmu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yg benar, kamu akan berdegil dengan pendirianmu itu. Orang yg berada disekelilingmu akan sentiasa berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan kamu adalah individu yg setia. Kamu sanggup mengetepikan teman2 mu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih kamu. Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan masa yg agak lama.

* So apa buah pilihan korang? Sy suke jenis limau & ada gak buah tropika...hurm nampak gaya ada yg betulnya & ada yg tak kena pun...hehe..




Monday, July 12, 2010

Jahatnya Kamu !!!



Hurm...awal2 sy nak warning..entry ni agak sarat dengan unsur2 emotional..tgh marah ni..huhu.. Ok..korang penah tak chat ngan org yg korang tak kenal kat mana2 la..ym, fb, google talk..apa2 je lah. Benda ni normal lah pd yg slalu chat kan. Sy pun biasa gak tp tak la slalu. Tengok mood la gak.

Tadi sy ada lah chat ngan sorang mamat ni. Dia mmg dah dlm senarai friend sy tp selama ni mmg tak penah chat pun. Dia tak penah tegur sy, sy lagilah tak penah tegur die. Tapi tetibe lak die nak say hai td. Sy lak ngan baik hati nye balas msg die..ye lah tak nak la dikata sombong lak kan..huhu..

Memula tu ok je..sembang cam biasa..dia pun sopan je.. Tapi tu semua dusta belaka huh!..kejap je dah mula tunjuk belang sebenar. Dia dh mula tanye "dah berpunye ke belum". Ha...ni start nak menggatal lah ni..tapi takpe relaks..ayat camni mmg biasa ditanye kalau chat kan..so sy x amik hal gak & tak jawab pun soalan die tu..

Hurm...ingatkan dah abis takat tu rupenye ade lg...die mintak no phone la plak..ni pun biasalah kan.. sy pun cam biasa akan kata " tak boleh la. sy xbg no. kat org yg sy xkenal".. selalunye kalau org lain bile kite kata camtu & beri alasan yg munasabah die takkan mintak dah kan. Tapi die ni sangatlah degil. Sy dah bg alasan munasabah, munasarawak semua tak jalan gak. Still mintak & mintak lagi.. ayat sy yg tolak ngan sopan tu rupenye tak buatkan die faham last2 sy jawab "sy kata xleh tu maknanye xleh la." Korang rasa ayt sy tu kurang ajar sgt ke? Rasanya x pun..ye tak? Tapi tau tak apa jawapannye. Ni die:

X: xleh takpe la... orang cantik memang camtu..tak ke mana pun..bla bla bla... (malas sy nak igt balik apa yg dia bebelkan tu)

Wah die merapu2 membebel tak puas ati. Pehal la mamat ni? Ok sy cube think positif sbb die tujukan ayt tu kat "orang cantik". Sy tak rasa sy cantik pun jadi ayt tu bukan utk sy la.. Orait2 takmo melenting..huhu..

Tapi lepas tu semua ayt die dah mula macam nak cari gaduh..die mmg saja nak sakitkan hati sy kot. Kalau die ada depan mata mau sy lempang die sampai jadi lempeng. huh! Last2 sy keluarkan gak aura brutal sy ngan kata "sy sepak awk nak tak?" Pastu sy stop chat ngan die..(Huh, pueh hati den) Lepas2 ni sy takkan layan die dah..die dah masuk dlm senarai blacklist.

Kekadang tu pelik gak ngan manusia ni kebanyakannya lelaki (sorry to say).Baru kenal tak sampai sejam dah mintak no phone. Dia tak terfikir ke mesti la orang takkan bg punye. Ingat senang2 je nak jaja no.phone kat sape2..Hadoi.. dah tu nak marah2 kite lak bile tak dapat.

Korang pun mesti penah alami benda camni kan.. kekadang nyampah pun ada gak ngan chatters jenis camni. Tak matang langsung. Bukan semua yg ada kat alam siber ni jahat kan.. tapi di sebabkan ada yg jenis camni merosakkan nama org lain. So kepada adik2 sekalian berhati2 la bila nak berkawan di alam siber ni. Macam2 ragam manusia kat cni..jgn mudah nak percaya & feeling2 kat kawan siber kamu. Buat cam akak ni ha brutal jep(ceh..tetiba berakak-akak)...hehe..tapi jgn la brutal tak tentu pasal kan. Kang lain lak jd nye.

Kebanyakannye yg ada dlm dunia siber ni tak ikhlas pun, saja nak main2 & lebih teruk lg nak main-mainkan perasaan org lain..tapi bukan semua lah camtu. Ada gak yg betul2 ikhlas kawan. So, renung-renungkan dan selamat beramal..(ayya..terpinjam trademark Prof. Izzi Hj. Ali lak..hehe)

Cuti..cuti..cuti..

Hai...hehe..I'm back.. kejap je rasanye bile dok umah.. hurm biasalah bila cuti mmg kita rasa kejap je kan. Bila time gi klas rasa cam lambat je waktu berlalu. Sedar tak sedar sy dah pun di semester baru. So ini juga merupakan semester akhir sy. Yey!! gembira nyer...tak sangka dah last sem pun, sy kira2 nya senior tahap gaban la kat UTHM ni..haha (dah start perasan la tu). Ok, walaupun gembira sebenarnya ada macam2 rasa gak lah bila last sem ni kan. Sedih ada risau pun ada gak. Hurm...sedih sbb tak lama lg akn berpisah dr kengkawan & tinggalkan UTHM yg sy sayangi ni. Risau sbb akn bermulalah kehidupan sbg seorang yg dewasa lak, I mean kene start cari kerja & tak boleh nak bersuka2 cam zaman bergelar student lg..huhu..

Opps...sebenarnye nak citer pasal cuti sy baru2 ni. Cuti akhir sem pendek. Adalah dalam 2 minggu kami bercuti. Ok la tu kan...(bersyukur dgn nikmat yg diberi...hihi) Dapatlah nak rehat jap..ye tak?

Ha tengok betapa tenangnye sy posing kat tepi umah tu....hehe...Orait.. bila dok umah ni macam2 xtvt lah sy buat kan, lebih2 lagi my lil sister pun ade so bertambah kreatif la otak kami bila bergabung, cam lagu Stacy ngan Adam tu Bergabung...Meletup..haha

Antara xtvt yg sy buat time cuti tu adalah seperti yg tersenarai di bawah ni: (ceh.. cam note kuliah la plak)

1. Bersantai di pantai
Haha....yg ni mmg cukup best..masa hr Sabtu (3/7/2010) cam biasalah my mom buka kedai
half day je. Petang Sabtu kite org akan lepak kat umah tok sampai malam..tu mmg dah jd xtvt
wajib. Dalam kul 3 lebih camtu dah tutup kedai pastu disebabkan sy ngan adik lapar jd we all
gi lah jalan2 cari makan dulu. Ingat nak makan nasi tapi sebab dah agak petang rasa malas lah
pulak. So kami pun pergi Peramu. Kat situ mmg ada satu gerai yg best. Macam2 makanan
ada..dari keropok lekor sampai ke yg dicelup tepung, sata, otak-otak...byk lagi la. Sedap lak tu.
Kita org pun pilih la apa yg patut, tapi xjadi makan kat ctu disebabkan ramai sgt org. Rasa
rimas la plak. Jadi kami sekeluarga pun terus cadang makan tepi pantai la...hehe...
Tu dia Taman Gelora a.k.a Pantai Selamat jd tmpat pilihan..yes memang seronok. Makan2,
sembang2, tgk pantai sambil minum air fresh oren...Wui sgt best. Hilang segala stress..hehe.
Dalam kul 6 camtu kite org pun balik lah..tapi xde sesi mandi2 pantai pun.. cume ada sesi
snap2 gambar je..


Ini saye (ada sape2 tanye ke? kui3)


Ini cik eyra, adik sy (baru perasan gmbar ma ngan abah lupe nak snap. Ish3)


2. Puff kah itu???
Ha...ni plak kisah sy ngan adik yg nak jd chef..hehe.. teringin nak buat cream puff la plak. Sy
ada amik resepi cream puff kat internet pastu nampak resepi tu mmg senang giler lah. Sbb tu
teringin nak cuba. Kite org lak mmg suka bab mencuba resepi2 baru ni. So dengan bersemangatnye segala bahan kami sediakan (chewah!!!)


Tu dia antara bahan2 nye. Siap ngan buku resepi tu..hehe. Jadi kite org pun ikut la bulat2 apa yg ada dlm resepi tu..nak buat yg terbaiklah kengkunun nyer..Hurm ape yg jadi ek? Kite tengok gambar seterusnya ye..


Ok ni rupa doh puff yg sedia utk dibakar dalam oven.. Oleh sebab time tu musim World Cup so puff kami pun bulat2 cam bola...haha (ada kena mengena ke?) Yg peliknye puff ni sy bakar kul 5 pm tapi kul 7 pm baru siap. Giler lama...xmasak2. Sy pun tak tau mana silapnye...huhu..



Hurm....akhirnye sampai la proses nak masukkan krim lak. Ye...tu die gambar proses memasukkan krim ke dalam puff tu. Pastu...siap!! Mana gambar hasilnyer? Malas lah nak tunjuk. Pelik semacam je jadinyer..dah rupe laddu disumbat tempoyak..haha.. takde seni pun rupe puff tu. Tapi bila makan sy ngan adik buat2 puji la..sedapnye...hehe (kes nak sedapkan hati sendiri la tu). Lepas tu kite org membebel sape la yg cipta resepi tu.. tak jadi pun...haha.. kesian pemberi resepi tu. Lepas ni kompem kami tak buat dah puff dengan resepi yg sama.


Tu la...antara xtvt2 sy time cuti. Kalau ikutkan byk lg tapi tetiba je sy diserang virus malas nak menaip...haha...kene scan & remove dulu virus ni baru leh menaip & bercerita semula k. Bye2..;-)