1. Jenis Limau
Kamu cenderung kpd warna- warna cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar. Rakan2 kamu gemar merujuk sesuatu masalah atau perkara kpd kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan & kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat & pandangan kamu. Orang luar sukar utk menilai & mengenal diri kamu yg sebenar. Mereka boleh mengenal kamu dengan lebih rapat tetapi ia memakanl masa yg lama. Kadangkala kamu mengambil masa yg singkat utk bersendiri kerana kamu gemar berehat & bersendiri dalam tempoh yg singkat. Rakan2 kamu akan berasa senang & tenang bila meluangkan masa bersama kamu. Kamu tergolong dalam individu yg gemar bergembira & mengguna waktu terluang sebaik mungkin bagi melakukan perkara yg menyeronokkan kamu.
2.Buah- Buahan Tropika
Kamu sukakan pengalaman2 yg baru. Kamu gemar mencuba dan merasa pelbagai jenis buah-buahan sebanyak & sekerap yg boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah denganmu kerana cara hidup kamu yg terlalu aktif. Kamu tidak suka sesuatu yg boleh menyakitkan emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu seorang yang tenang berbanding kamu. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yg akrab denganmu. Teman2 beranggapan kamu individu yg mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada org sekeliling. Simbol kamu ini menunjukkan kamu seorang yg suka mengambil berat & gemar berseronok.
3. Buah Ladang
Kamu bukan saja kuat pd diri sendiri malah kamu juga menjadi tunjang kekuatan bagi individu sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dr tekanan hidup & kamu sendiri tidak mudah mengalah. sikap pentingkan diri sendiri tidak ada dlm kamus hidupmu. Kamu juga cenderung berdikari & tidak bergantung harap kpd individu lain utk hidup. Ramai yg beranggapan kamu berpengetahuan luas & itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu & berusaha buat yg terbaik dlm hidupmu. Kejayaan pasti jadi milik kamu dlm setiap apa yg kamu lakukan.
4. Jenis Tembikai
Seorang yg murah hati & gemar menghulurkan bantuan kepada yg memerlukan. Bagi diri kamu, wujudnya satu kepuasan apabila dpt membantu org lain. Kamu berhati2 dlm memilih tumbuhan utk ditanam di sekitar kediaman kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu seorang yg romantik. Kamu berusaha gigih utk mengatasi kegagalan & kekecewaan dlm hidup. Kamu melambangkan diri kamu sbg individu yg berhati2.
5. Buah- Buahan Ceri
Kamu gemarkan parti dan keseronokan. Kamu suka menggembirakan org lain. Kamu juga mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yg peramah. Kamu akan berusaha melakukan apa saja utk menjadikan sesiapa saja sbg temannu biarpun dgn cara yg pelik. Kamu bercitarasa unik sehingga makanan pilihan kamu juga dari perisa yg lain dari yg lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya pelbagai personaliti dlm diri kamu. Walau bagaimanapun kamu seorang yg unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu menunjukkan kamu seorang yg berpesonaliti.
6. Jenis Kekacang
Kamu ni moody lah!! Kadangkala mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadianmu. Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yg benar, kamu akan berdegil dengan pendirianmu itu. Orang yg berada disekelilingmu akan sentiasa berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan kamu adalah individu yg setia. Kamu sanggup mengetepikan teman2 mu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih kamu. Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan masa yg agak lama.
* So apa buah pilihan korang? Sy suke jenis limau & ada gak buah tropika...hurm nampak gaya ada yg betulnya & ada yg tak kena pun...hehe..
No comments:
Post a Comment