Wednesday, August 9, 2017

Himalaya Bonnisan tambah selera makan anak

Assalamualaikum

Hari ni saye nak buat testimoni sikit berkenaan supplement penambah selera makan yang viral baru2 ni. Haa..pernah dengar tak nama Himalaya Bonnisan? Tak pernah? Saye pun tak pernah selama ni..hehe

Selalunya kalau vitamin untuk tambah selera makan anak yang saye tau ialah appeton atau champs. Macam mana boleh terjebak nak beli Himalaya Bonnisan ni? Ok ceritanya macam ni....

Aqeef memang jenis susah nak makan. Bak kata orang putih, picky eater. Memang menguji kesabaran kalau nak suap makanan. Kena berkejar2. Dah dapat kejar nak suap dalam mulut dia ketap bibir lah, geleng kepala la. Cakap tak nak lah. Puas pulak pujuk nak suap makanan tu. Bila dah berjaya masuk mulut, eh eh, dia luah balik. Huaaa..maka menangis la si tukang suap sebab tension πŸ˜‚

Kalau makan nasik, budak2 lain baya dia bleh habis semangkuk. Dia kalau makan lebih dari 3 suap tu kira hebat dah. Minum susu formula? Lagi lah dia tak nak. Just BF dengan susu dutchlady perisa strawberry je yang dia nak. Last2 berat badan susah nak naik, kadang2 turun. Jadinya memang tiap2 bulan la jadi pelanggan tetap dekat klinik kesihatan.

Macam2 vitamin dah saye bagi. Yang klinik kesihatan, yang beli sendiri. Semua tak jalan jugak. Buntu dah nak cari jalan supaya dia suka makan. Pada suatu hari (amboi..ayat!) Sepupu saye Azi ada tag saye di FB tentang himalaya bonnisan ni. Saye pun macam tertarik la, tapi tak nak beli lagi sebab nak Aqeef habiskan dulu vitamin dia yang dah sedia ada.

Tengok vitamin dia dah tinggal sikit baru la saye gi cari. Tapi time tu kisah himalaya bonnisan ni dah viral. Pergi farmasi sana sini semua tak de dah. Nak beli kat lazada pun semua seller habis stock. Mak aih..menyesal tak beli awal. Last2...ting! Datang idea nak cari kat shopee. Yesss..mujur ada tu pun stock tinggal 2 je. So cepat2 la order. Dalam 2 hari encik posmen pun hantar bonnisan ni kat rumah.

Malangnye....bagi Aqeef makan dia tak nak pulak 😣
Dia tak suka kot rasanya yang macam berangin sikit. Suap je dalam mulut terus dia sembur2. GrrΕ•r...geram betul. Esoknya saye try lagi. Kali ni lepas picit syringe terus cepat2 suap air. Ok sempat la dia telan. Lepas 10 minit saye saja la offer dia makan jemput pisang. Eh dia angguk la padahal sebelum tu tak mo makan. Bagi sebiji, tak lama lepastu dia cakap 'nak lagi'. Ok bagi sebiji lagi. 'Nak lagi'. Wah 😍 last2 dekat 5 biji jugak dia makan. Hebat ni!

Itu pun bagi Bonnisan ni tak ikut sukatan sebenar. Kalau ikut betul umur Aqeef yang nak masuk 2 tahun kena makan 5ml, 3 kali sehari. Macam mana nak bagi 3 kali kalau tahap mengamuknye macam nak kena injection. Tapi bila injection tak pulak menangis πŸ€”

Tapi takpe lah. Saye bagi bila perlu je. Maksudnya kalau nampak selera makan dia macam down je saye akan bagi. Setakat ni Alhamdulillah nampak perubahan. Selera makan dia macam dah bertambah sikit. Takde dah berlari2 menyorok sebab tak nak makan. Formula milk pun dah pandai minum. Rupa-rupanya dia nak minum bila campur milo. Kalau bagi putih je tak nak. Tapi dulu saye pernah beli susu formula perisa coklat. Tak nak jugak. Tapi susu putih campur milo nak. Eh, macam2. Tak pe lah Aqeef. Janji Aqeef dah nak makan & minum susu. Syukur sangat dah.

Kepada yang ada masalah anak picky eater boleh la try Himalaya Bonnisan ni. InsyaAllah selera makan anak akan pulih 😊




7 comments:

  1. Akk bg mkn bonnisan ni selepas atau sebelum makan..tq akk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bagi selepas makan atau selepas minum susu 😊

      Delete
  2. Assalamualaikum,start dr umur brapa ye bole mkn bonnisan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..umur sebulan dah boleh makan.Tapi kena ikut dos yg disyorkan. Kalau nak tau lebih lanjut boleh buat pertanyaan dekat page facebook Himalaya Healthcare Malaysia😊

      Delete
  3. sya bagi ank sya yg umur 6thn makan bole x..

    ReplyDelete
  4. Sis ok kn himalayaa ni...ank2 xnk mkn nii😒😒

    ReplyDelete