Wednesday, November 29, 2017

Cuti cuti ke langkawi

Assalamualaikum..

Cuaca tempat korang macam mana? Ada yang sedang alami banjir tak? Kat Kuantan ni redup je haa..harap2 kita semua dilindungi dari segala bencana alam.

Ok..saye just nak flashback sikit kisah holiday baru2 ni di Sungai Petani, Kedah dan Langkawi. Lagipun boleh buat rujukan untuk akan datang. Secara tak langsung boleh juga jadi rujukan sesiapa yang nak ke destinasi yg sama.

24/11/2017 (jumaat)
Kami 1 family ( saye, mr.f, ma, abah, eyra, aqeef) bertolak dari kuantan ke SP (sg.petani) pada pukul 7 pagi. Dalam pukul 2 pm sampai ke SP. Terus cari motel yg kami dah book awal2. Nama motel ni Budget Family Motel. Murah dan selesa sangat2. Semalam hanya RM 85. Bilik luas dan bersih, 1 katil queen, 2 katil single. Ada tv, aircond, kipas dan peti ais.
Recomanded motel. (Gambar2 motel cedok dari google)

Besar kan? Memang selesa dan berbaloi sangat harganya.

Dah sampai tu rehat2 je lah. Petang keluar pergi rumah abang ipar sekejap.
Aqeef dengan muka selambanya minta nak tapau biskut dari paklong dia..haha..siap kata 'nak banyak sikit' πŸ˜…

25/11/2017 (sabtu)
Ikut plan asal, pukul 7 pagi nak gerak ke jeti kuala kedah. Tapi biasa la..tunggu turn nak mandi dan bersiap, pastu sarapan kat kedai dulu. Maka dalam pukul 9 lebih baru ke jeti kuala kedah. Dekat2 nak masuk area jeti ada la ulat tiket yg round dengan motor tanya dah beli tiket ke? Ok..pengajaran kat sini ye, jangan sesekali terperdaya dengan diorang walau nampak baik. Ulat tetap ulat πŸ˜‘ mr.f just tanya je dekat si ulat. Tempat parking kat mana? Ulat kata ikut dia. So, dia drop kami dan barang2 dekat kaunter tiket dulu. Pastu dia follow ulat tu. Punya la jauh mamat tu bawa. Parking dia jauh betul. Sekali dia minta bayaran rm120. Konon tempat dia ada security 😀

Panas je hati kena tipu kan..ok tiket feri beli sendiri je kat kaunter. Dapat tiket pukul 12 tengahari. Dewasa rm23.

Feri sampai, selamat la naik..mujur tak rasa pening sebab feri kecik. Dia jalan laju dan rasa tak melambung sangat. Cuma time dekat nak sampai langkawi je macam melambung sikit. Sepanjang jalan dalam feri tu mulut aqeef tak berhenti cakap. Sampaikan masa nak turun, orang yang sit depan tu tegur, ' oo..ni ke yang duduk bercakap dari tadi. Duk dengar suara..banyaknya dia bercerita' πŸ˜‚

Sebelum naik feri

Kami dapat no tempat duduk asing2

Peace..hehe..feri dah gerak

Aqeef tak duduk diam. Ajak bergambar pun asyik muka tak masuk dalam screen hp.

Dekat langkawi kami sewa kereta. Dah tempah myvi. Rm 80 sehari. Tapi sampai ke sudah. Tak naik myvi pun. Owner bagi kereta nissan almera sebab customer dia extend sewa myvi tu.

Dah dapat kereta, maka pergilah ke motel kami. Agak jauh dari jeti Kuah. Motel ni dekat Jalan Kedawang. Saye book family room melalui website booking.com. Untuk 3 hari 2 malam dapat RM190. Murah la kan. Ada 2 katil queen, aircond, kipas, tv. Parking pun senang. Pastu tepi2 motel ni banyak kedai makan sedap dan murah. Nama motel ni Gelam Inn Motel.

Gelam inn motel langkawi. (Gambar2 dari google jugak)

Ok ni gambar google. Bilik kami 2 katil macam ni. Tapi susunan barang beza sikit


Hari first di langkawi cuma pergi HIG complex. Borong coklat. Pastu ke Idaman Suri. Cuaca hujan jadi malas nak berjalan sangat.

26/11/2017 (ahad)
Hari kedua, bangun awal2 dan bersiap. Kemudian pergi ke underwater world. Tempat ni wajib pergi sebab dah janji nak tengok ikan dengan aqeef. Yang masuk cuma saye, mr.f dan aqeef. Yang lain2 ke Coco Valley Duty Tax Free. Kan sebelah2 je tempatnya..hehe..ok harga tiket rm36 dewasa. Kanak2 3 tahun ke bawah free. Aqeef nak berdukung je. Dia seriau tengok ikan besar2 sangat πŸ˜‚

Aqeef siap2 nak gi tengok ikan 

Ibu dan abah ikut style aqeef. Ambik gambar mulut terlopong 😁

Tengok muka tak keruan dia..sebab ada ikan besar kat belakang..haha

Keluar dari underwater world terus cari tokma. Rindu macam setahun tak jumpa πŸ˜…

Pin pin πŸ“’ lori lolipop nak lalu😁

Dah settle kat situ kami pergi ke MH Saujana. Kat sini abah nak borong minyak gamat dan minyak akar seruntun. Pastu pergi makan. Gigih la cari kedai Restoran Nasi Campur Kak Yan. Tapi tengok full house sangat. Siap ada bas persiaran 3 buah. Adehh..cancel. So, makan je dekat gerai berhampiran. Murah dan sedap jugak.

Beli lori kat pantai cenang..muka senyum meleret

Lokasi seterusnya Rams. Sini pinggan mangkuk dan barang2 perhiasan kaca cantik2 jugak. Coklat pun banyak. Beli2 lagi. Kemudian balik motel..berehat. Malam keluar ke Dataran Lang. Tapi hujan renyai2. Saye dan mr.f tunggu dalam kereta je sebab aqeef dah tidur. Tak dapat la bergambar dengan helang besar.

Dataran Lang..saye tengok muncung paruh helang je la..tak keluar dari kereta

Hujan renyai2 ni


27/11/2017 (isnin)
Hari last..check out dalam pukul 8 pagi. Dapat tiket feri pukul 9 pagi. Kali ni naik feri besar. Rasa macam pergerakan feri ni lambat berbanding yang kecik. Ke perasaan je? Hehe..Kali ni agak melambung2. Mujur aqeef tidur sepanjang jalan.

Bye2 langkawi. Lain kali aqeef datang borong coklat lagi 😘

Settle percutian ke langkawi..dari jeti kuala kedah kami ke tanjung dawai beli ikan masin. Pastu singgah rumah paklong aqeef kejap. Dan gerak balik ke kuantan.

Pukul 12 tengah malam baru sampai sebab singgah beli belon di KL.

Alhamdulillah perjalanan selamat. Cuma next time kalau boleh tak nak pergi bercuti hujung tahun. Sebab tak dapat buat banyak aktiviti. Ok sekian dulu kali ni ye..wasalam 😘





No comments:

Post a Comment