Wahai my ONLY future husband. Sorry sebab I hantarkan surat ni kat you. I tulis surat ni adalah sebagai reply kepada surat you yang kerek terdahulu. I tak berniat sebenarnya nak tulis ni. Tapi, apakan daya, you dan kaum you kerek sangat dengan ego masing-masing. Biasalah, boysss.
You, I tak nak lah tulis intro panjang-panjang. So, apa kata kalau I direct to the point je yea.
First of all, I nak bagi tahu yang I paling paling paling paling paling sakit hati dengan cara kaum you mengurat kaum I. I tak faham. Kenapa bila lelaki nak tackle perempuan je, dia mesti gunakan ayat;
"Kita macam pernah jumpa lah. Tapi kat mana yea?"
You, bertahun-tahun I hidup balik-balik ayat tu yang I dapat. You ingat perempuan tak bosan ke, you? Cheesy punya pick up line (Ayat mengurat) baik tak payah, you. I rasa semua lelaki gunakan pick up line tu mungkin sebab lelaki zaman you dah tak ada idea nak mengurat dah. So, I memang faham kalau kenapa lelaki zaman you ramai yang tak couple dan kahwin lambat.
Sayang, I nak tanya you ni. Lelaki ni memang ada supplier nombor telephone ke? I pelik lah bila tiba-tiba ada orang call I kata nak berkenalan. Entah mana kaum you dapat no telephone I pun I tak tahu. Mesti mintak dengan orang lain. Tak ke you rasa mintak nombor telephone orang lain, dari orang lain adalah satu cara yang tak gentleman langsung?
Pula tu, bila call je, kata nak berkenalan. Tak pun cakap nak berkawan. Tapi kan, mana ada lelaki call perempuan semata-mata untuk berkenalan. Ni mesti nak mengurat punya lah. Macam lah I tak tahu.
Lagi satu kan kan you. I tak faham kenapa bila perempuan tu tak layan lelaki yang mengurat dia, lelaki tu akan cakap yang perempuan tu jual mahal dan sombong? But then, bila perempuan layan, sesedap hati je cakap yang perempuan ni murah dah mudah melayan. What the hell, you?
Dear ONLY you.
Tahukah you bahawasanya kaum lelaki you tu mudah perasan? Bila perempuan tegur and layan lelaki tu dengan baik je, mesti lelaki tu perasan kononnya perempuan tu suka dan nak tackle dia. Padahal perempuan tu just being nice. Can't you boys see that? Can't you?
Hunny, you bagi tau lah kat kawan-kawan lelaki you tu. Kasi tau dieorang, kalau betul-betul suka kat someone tu, mengurat lah habis-habis. InsyaAllah kalau niat iklas boleh je dapat. Dan masa nak mengurat tu, tak perlu lah ayat manis-manis. Ayat-ayat manis akan membuatkan kami (perempuan) berasa geli tau. Dan jangan risau lah kalau muka you all (Lelaki) macam longkang ke apa ke. Kita orang (Perempuan) boleh terima sebab kita orang ni bukan macam you all (Lelaki) yang hanya tengok luaran. Pantang nampak perempuan cantik, terus jadi ulat bulu yang berbulu-bulu. Tak guna.
Tapi kalau dah dapat perempuan selepas mengurat tu, tak payah lah nak touch and go. Masa belum dapat, sayang bagai nak gila. Tapi bila dah dapat, buat dono je. Masa tengah mengurat, rasa bahagia je main tarik tali. Tapi bila dah lama couple, rasa bosan. Semuanya sebab lelaki lah; mudah sangat bosan sengan sorang awek. Actually, you guys patut bersyukur sebab perempuan mudah terima segala kekurangan yang ada kat you all. Tapi you all, sibuk nak macam-macam dari perempuan. Lelaki memang mengada-ngada lah. Tak reti bersyukur langsung.
You, kenapa bila some girl tu dah reject some kaum lelaki, dieorang akan berdendam? Kacau pak we perempuan tu lah, stalk lah, apa lah. What? Everygirl in this world loves you? Diaorang kena terima you sebagai BF? Kalau tak you akan rosakkan seluruh hidup dia? You dan kaum you akan berdendam dengan dia kalau dia reject you? Bleeeh. Patut lah kaum you makin pupus. Agak-agaknya kalau kaum you sama banyak dengan kaum I, mesti huru hara dunia ni. Oh, oh. I cakap pasal kaum you tau. I tak cakap pasal you. I tau you baik. Dan setia.
Dear my ONLY husband.
Hunny, you jaga sikit mata you tu. I tau yang lelaki suka pandang perempuan. I tak kisah pun kalau skali skala you nak cuci mata pandang perempuan cantik sebab lelaki memang dasar macam tu. Tapi jangan salah kan I kalau I pun pandang lelaki. Ah, awal-awal lagi I dah tau mustahil you tak kisah kalau I pandag lelaki. You pandang perempuan boleh. Tapi I pandang lelaki tak boleh. Kenapa yea, you?
Lagi satu. Kenapa its okay kalau you borak dengan perempuan tapi bila I borak dengan lelaki je, you kata I curang. I borak sebagai kawan. Tapi you tu lelaki. Gatal. Kalau dah borak, mesti dengan perempuan cantik. Lelaki kalau dah dengan perempuan cantik mustahil borak-borak tak ada makna. Huh. Tambahan pula you, perlu ke bila ada someone suka kat I, si lelaki tu pergi bagi tahu seluruh dunia sampaikan bila I jalan depan budak-budak lelaki, deorang akan kenen-kenen kan I dengan orang yang sukakan I tu? I rimas tau.
You, I perasan yang you nak cari isteri(s) baik-baik. Tapi perangai you entah macam apa-apa. Nak jadi imam konon. Sembahyang solo pun banyak tinggal. Nak imam apanya. Doa. Doa apa you reti baca? Doa masuk tandas? You, kita mungkin akan mandi bersama. Tetapi doa masuk tandas tu tak perlulah you lead kan. I pun reti lah.
Hubby. Dalam banyak-banyak benda yang I paling tak puas hati adalah bila lelaki bercakap bab kahwin lebih dari satu. Kononnya sayang sangat kat I so you kawin lebih dari satu so I boleh masuk syurga? Oh pehlis larh. Lelaki memang macam tu. Asal tanya kenapa perlu kahwin lebih dari satu, mesti kasi jawapan "Supaya Isteri pertama boleh masuk syurga dan dapat payung emas di syurga. Hey, banyak lagi cara kaum hawa boleh masuk syurga tau. Asalkan bersolat, puasa, jaga maruah dan metaati suami, sure masuk syurga. Tak payah nak kahwin 2-3-4. Nak kasi isteri pertama masuk syurga konon. Padahal nak menggatal. You ingat kaum I tak tahu? Kaum I tahu semua tu you. Kami comel with the brain tau.
Sebelum kahwin, kaum you asyik rosakkan kaum I. Mintak MMS gambar tak pakai tudung lah. Gambar tak pakai baju lah. Selepas tu, mintak yang bukan-bukan. Tapi bila nak kahwin, sibuk nak cari yang perfect, yang baik-baik dan dara. Kenapa you? Nasib baik lah teruna lelaki tak boleh di tengok. Kalau boleh, memang kantoi lah semua lelaki kat dunia ni tak teruna. Kan? Dan you pulak, you teruna tak you?
Akhir kata dari I, kalau nak mengurat kaum I tu, kasi lah cara kretif sket. Ubah sikit teknik tu. Guna kan inovasi dan kretiviti. Hantar lagu ke. Hantar bunga ke. Tengok lah sikit cerita korea tu. Belajar la dari dieorang. Dieorang tu bukan je hot, hensem, malah romantik. Macam Kim Hee Chul, Kim Hyun Joong dan Lee Min Ho. Btw Hubby you tau, nasib baik kaum perempuan ni tak gila lelaki hensem. Kalau tak, jangan harap ah lelaki Malaysia akan ada awek. Dah lah tak handsome. Tak romantik pula tu.
Well you. The most fragile part in a girl body is her heart. So, take a good care of it. Its nice to see. Nice to hold. But once broken, considered for ever! Ingat tau nasihat I ni. Nasihat iklas dari your future wife. Jaga diri elok-elok sebelum jumpa I."
Sumber : http://theotherkhairul.blogspot.com/2010/10/surat-cinta-nasihat-dari-wife-masa.html
p/s: Just nak share...suke lak sy bc 'surat cinta' ni. Mntak izin share yer tuan punye karya =)