Monday, February 28, 2011

Sayonara....



Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

p/s: best pulak saye dengar lagu ni. Korang dah dengar ke? Tak silap saye ni lagu baru nyanyian Dina Nazir & Zizan Raja Lawak. Tajuknye Selamat Tinggal.. Kalau nak dengar sila la search di Youtube..lagu ni ade di sane (hehe..sila cari sendiri ye. Saje je nak suruh exercise skit..hik3)


Friday, February 18, 2011

Too choosy

1,2,3 jam dah berlalu.. tapi still tak ada apa2 hasil lagi. Ape nak jadi ni cik og? Dari tadi tak sudah2 memilih. Tapi satu pun takde yang berkenan. Hadoi...baru saye sedar saye ni pemilih sangat rupenye...

Sebenarnye sorang kawan ni minta tolong saye untuk design tag 'terima kasih' dari pengantin. Tak pasti pulak untuk siapa. Maybe untuk kawan or family die. Sebab yg pasti bukan untuk die. Kerja utk buat tag ni takde la banyak sangat. Kalau ikutkan tak sampai sejam boleh siap. Tapi bagi saye yg tak berapa expert dalam photoshop ni agaknye bagi sejam lebih boleh siap la kerja tu.

Masalahnye dari pukul 2 lebih tadi sampai la skang ni satu habuk pun tak siap lagi. Dari tadi saye tak abis2 pilih design background untuk tag tu. Nak pilih A...rase corak tak menarik, pilih B rase warna pudar, C pulak rase tak sesuai, D, E, F bla bla bla.....hadoi...tak dapat2 gak buat pilihan.
Kekadang rase geram gak ngan diri sendiri. Ngape la awok jadi cerewet gitu benor hah cik og? (Kan dah kuar loghat pahang saye)

Maybe bukan sekarang je sikap ni ade dalam diri.Dari dulu dah ade, cume tak perasan sangat je. Patutlah saye ni jarang shopping. Slalunya kalau keluar jalan2 ngan member, diorang dah borong sakan, tapi saye satu ape pun tak beli. Bukan kedekut nak belanja tapi mata ni susah sangat nak berkenan kat barang-barang yg ade kat kedai tu. Bukan jugak bermakna saye pilih barang branded sebab kalau membeli saye tak kisah pulak kalau barang tu takde jenama skali pun. Tapi kalau dah berkenan memang saye akan beli terus & takkan pilih lama2 dah. Cuma nak tunggu jumpa yang berkenan tu la seksa skit. Kekadang tak jumpe terus...huhu...

Berbalik pada topik asal...hurm..saye dah penat memilih ni. Jap lagi bila fed up terus saye tutup laptop pulak. Hadoi..kalau macam ni gayanye memang tak boleh bukak kedai design kad la. Nak buat satu design pun dah berjam2. Kalau 10 kad camne lak? Korang ade petua camne nak kurangkan sikap terlalu memilih ni tak ? Penat la ade perangai gini...huk3 :(


Si chumel yg rajin :)

Hihi..dengar tajuk pun orang dah tau tu tajuk sorang yang perasan giler. Orait saye la si perasan tu..haha. Amacam baik tak saye? Ngaku je diri sendiri perasan (mood cik og sangat baik hari ni..hihi)

Owh...korang nak tau tak saye skang sedang happy ni. Rase macam tengah berada kat taman bunga sambil ditemani rama2 berterbangan & burung2 berkicauan ( pergh over betul imaginasi cik og) Ok...sape nak tau kenapa saye happy sangat ni? Wah ramainya yang angkat tangan (err...ade ke???). So, saye bagi tau la kat korang semua ye ;)

Ehem ehem...sebenarnye kan....saye.....saye......(ciss tetibe gagap lak, pang sebijik baru tau!!!) Ok fine, saye skang ni dah ade kat rumah. Haha...seronok giler sebab dapat kerja half day hari ni. Bukan senang kan nak dapat kebenaran dari supervisor nih..hehe.. Tak payah susah2 nak mintak sebab die sangat baik hati..bagi half day kat saye & geng2 wonderpets saye tu.

Nape kite orang dapat half day? Ha...citernye gini, hari Rabu lepas saye & 4 lagi student praktikal ( geng wonderpets) kena overtime. Kite orang keje sampai kul 7.30 pm. Tu semua sebab nak bersedia untuk acara semalam. Semalam kite orang kena buat bengkel photoshop. Bayangkan kami berlima ni kena organize bengkel tu & pesertanya adalah kakitangan jabatan. Alhamdulillah semuanya berjalan ngan lancar semalam.

So, sebagai balasan terhadap kesungguhan & ketekunan kami, supervisor kami ni bagi la kami balik awal hari ni. Kul 12.30 tadi dah cabut dari ofis. Owh memang heaven betul rasenye.. Tapi yang tak berapa heaven nyer bila dapat tau kite orang kene stay back smpai malam pada rabu depan. Ok...fine...wonderpets kan, kena la bekerja keras utk selamatkan keadaan...huhu..


Tuesday, February 15, 2011

Pesanan buat diri



"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu.Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

sumber rujukan:http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1691-titipan-buat-wanita.html

p/s: saye tertarik dengan artikel ni. sekurang-kurangnya ia boleh beri peringatan buat saye juga. Tak salah kalau saye nak share ngan korang kan (^_^)

Monday, February 14, 2011

Am I cool enough??



Am I cool enough? Pernah tak korang soal diri sendiri dengan soalan ni? Jawapan dah tentu2 ade pada korang sendiri, betul tak? Hurm... ape yang akan korang buat untuk mengawal rase marah dari menguasai diri korang ek? Ok di sini saye ade sediakan tips untuk membuat korang cool semula setelah rasa marah. Tips ni saye tak cedok dari mana2 pakar motivasi pun tapi ianya dari pengalaman saye sendiri. Senang kata, ni lah benda yang saye buat kalau dah rasa marah & geram sangat2. So, selamat mencuba (^_^)


Tips atasi marah cara cik og:

1. Diam - benda yang paling senang dibuat masa tengah marah ialah diam. Ni boleh mengelakkan pertengkaran dengan orang yang menyakitkan hati kite atau dengan orang lain. Ye la, kadang2 kalau tengah marah, orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa kemarahan kite tu kan. Tak pasal- pasal kecik lak hati dia sebab kene sebijik ngan kite yang tengah berapi nih.

2. Kawal nafas - bile tengah marah selalunya jantung kite berdegup lebih cepat, darah pun rasa menyirap ke kepala. Jadi ade baiknya kite duduk, tarik nafas dalam2, cube bertenang & kawal fikiran. Lebih baik kalau kite beristighfar banyak2. Lepas tu mesti kite akan rasa lebih tenang.

3. Luahkan - Kalau still rase bengang jugak baik kite luahkan aja rasa marah tu pada seseorang. Bukan la hamburkan kemarahan pada die tapi kite ceritakan la masalah & perasaan kite yang tengah sakit ni pada die. Tapi jaga2 skit, jangan lak kite luahkan pada orang yang tengah bad mood. Tak pasal2 kite lak yang kena sound. Lagi tambah masalah kan...huhu..

4.Lepaskan saje - Ok, kite jugak boleh lepaskan aje kemarahan kite tu. Bile tengah sakit hati mesti rasa nak jerit, nak tumbuk, terajang kan? Hah...ape kata buat je semua tu. Tapi biar dengan cara yang betul la. Jangan pula sakitkan diri sendiri atau orang lain. Banyak benda yang boleh kite buat. Contohnye, menyanyi kuat2, main game tembak - tembak, bersukan macam main tenis, paint ball & banyak lagi la.

5. Menulis - Ini cara yang paling mudah & tak melibatkan sesiapa pun. Apa kata tulis je segala apa yang ada dalam perasaan tu kat sehelai kertas. Lepas tu kite baca balik. Tak kisah la berapa kali kite nak baca 'hasil karya' kite tu. Bila dah puas baca, koyak kan je, atau renyukkan kertas tu. Pastu buang dalam tong sampah. Nak lagi dramatik? Bakar je kertas tu. Hah...gerenti puas hati punye =)

6. Just cry - Kalau tak hilang gak kemarahan tu, menangis je. Menangis tak bermakna kite lemah. So, keluarkan je air mata korang tu. Tapi sebaiknya jangan la menangis depan orang. Malu je kan...Yang penting lepas puas menangis, kite jangan kenang lagi benda yang menyakitkan hati tu. Anggap je ia dah pergi dari diri kite bersama air mata yang mengalir tadi. Mungkin lepas tu kite akan rasa lebih lega.

7. Mengadu pada Nya - Semua step tu dah dibuat, tapi still tak berganjak juga kemarahan tu. Ape kata cuba yang last ni. Ambil wuduk, solat, mengaji & berdoa padaNya. Berdoalah agar diredakan kemarahan kite & moga ditenangkan semula hati kite yang tengah panas. InsyaAllah perasaan kite akan normal seperti biasa.

Ok...rasanya cukup lah tu. Hehe...terasa macam pakar motivasi lak hari ni. Hurm...saye duk bagi tips ni bukan sebab apa. Sebenarnya saye sendiri yang tengah panas hati tadi. Tapi sekarang dah ok...cool..yup I'm cool now. Jadi tak salah la saye nak berkongsi tips dengan korang kan. Orait saye nak undur diri dulu. Akhir kata Salam Maulidul Rasul saye ucapkan kepada semua umat Islam =)

Friday, February 11, 2011

Love???




14 Februari pastinya menjadi tarikh yg dinanti-nanti bagi loving couple seluruh dunia. Ada apa pada tarikh tu? Betul ke hari tu adalah hari berkasih sayang? Kalau hari-hari lain tak boleh tunjukkan kasih - sayang ke?

Dari dulu lagi saye tak pernah ambil tahu pasal hari yang dipanggil Valentine ni. Masa zaman budak2 dulu, lagi lah tak ambil peduli. Tapi bila dah meningkat remaja dan masuk ke alam sekolah menengah saye mula dapat tengok bila tiba 14 Februari, mesti ada kawan-kawan yang meniaga bunga, coklat, kad ucapan kat sekolah. Diorang buat penghantaran dari kelas ke kelas. Time ni mulalah si girlfriend belikan untuk boyfriend, macam tu juga sebaliknya. Ada juga secret admire yang belikan hadiah2 ni untuk yang diminatinya.

Saye hanya jadi pemerhati & tak pernah berminat untuk ambil tahu hal ni. Bila dah melangkah ke alam kampus, barulah saye berminat untuk tahu. Tapi minat saye bukan untuk meraikan tapi lebih kepada mencari makna sebenar 'Hari Istimewa' ni.

Akhirnya saye dapat jawapan sebenarnya & rasa bersyukur sangat sebab tak pernah meraikan atau teringin untuk meraikan tarikh ni. Di sini ada sedikit perkongsian tentang makna sebenar Hari Valentine dalam Islam. Bukanlah tujuan saye nak bersyarah atau nak berceramah sebab saye sendiri masih banyak kekurangan. Niat saye hanya nak berkongsi sedikit ilmu je. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua lebih-lebih lagi tarikh 14 Februari dah nak menjelang beberapa hari lagi =)


SEJARAH VALENTINE

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.


sumber rujukan: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/valentineday.htm


Tuesday, February 8, 2011

I do, but.....

Korang pernah tak alami situasi ni:
Korang ade impian & nak sangat2 capai nye. Tibe2 impian tu jadi kenyataan. Korang memang happy sangat. Tapi malangnye ade halangan muncul. So korang terpaksa lepaskan aje peluang yang tibe tu. Mesti sedih sangat kan...

Tu lah yang saye rasa skang ni. Opps..mesti korang pening kan. Ape yang saye membebel2 ni kan. Ok biar saye cerita. Sebenarnye saye dapat satu event invitation kat facebook. Saye ignore je sebelum ni. Invitation tu dari lecturer saye. Tetibe hari ni saye rase nak tengok lak event ape sebenarnye tu.

Bila dah tengok....Oh My God...Rase nak jerit ade, rase nak nangis pun ade. Nape la invitation ni tak datang sem lepas. Kenapa mesti tahun ni. Korang tahu tak, saye dijemput untuk hadiri Second International Workshop on Soft Computing & Data Engineering. Event tu berlangsung selama 3 hari, pada bln 4. Yang paling buat saye rasa sangat2 nak menjerit, sbb workshop tu dibuat di Hannam University, Daejeon Korea.

Ha..tengok!! camne saye tak jerit. Kalau lah dapat gi sane, memang macam bulan jatuh ke riba la. Saye memang nak sangat gi Korea. Ni memang peluang baik, sambil blaja sambil melancong. Free lak tu. Tapi nak kata ape kan. Saye skang tengah praktikal. Mana boleh memonteng. Bulan 4 lak tu. Time tengah genting. Masa tu saye nak kena present projek & buat segala report. So terpaksa la lupakan je impian tu. Maybe ni bukan rezeki saye...huhu. Terima je la hakikat ni cik og...





Friday, February 4, 2011

Happy with you!!

Hye all...makin jarang saye update blog skang ni kan. Nak buat macam mana. Bukan tak nak tapi busy sangat2 ( kena mengaku gak walau cam nyampah je ngan statement camni..huhu). Ok saye bukan nak citer pasal kisah busy2 ni tapi nak citer pasal keseronokan semalam.

Owh yeah!! udah lama tak enjoy dengan geng2 poning nih. Hehe..bukan senang nak berkumpul semula sejak masing2 ade karier sendiri (ye la tu..). Tapi memang betul la, bila dah besar ni susah nak jumpe dah. Tak macam dulu2, time skolah. Hari2 tengok muke yang sama sampai naik jemu.

Semalam, 3/2/2011 we all berpicnic kat Pantai Sepat, Kuantan. Sebenarnye semua nih tak dirancang pun. Cousin saye apis yang amik kos photography kat UITM nak wat photoshoot utk assignment die. Modelnye sepupu kite orang gak. Pastu kami yang lain nih cume teman diorang je sambil bergedik2 buat photoshoot sendiri..hehe..

Memang fun abis la..susah nak digambarkan dengan kata2 (haha..kata je la malas nak type cik og!!) Orait korang tengok la gambar2 kat bawah ni ek..mesti korang boleh rasa keseronokan yang kami alami tu =)


Tu dia, 2 buah kereta yg membawa kami ke Pantai Sepat



Model utk cover majalah mane tah..haha (mood: perasan gilerr)



Berposing sebelum makan!!



Perut dah kenyang..so senang hati la =)



Kesengalan makin menjadi-jadi



Hampir bertukar jadi zombi lak...adeh, macam2 la..


Posing gaye bebas :P



Lalalalala~~~ terkenang zaman kanak2 ;)



Kita bersaudara (tetibe je..haha)



Can see the future....



Last skali....pose feeling ala model dr saye (model payung ke??haha)