Tuesday, March 8, 2011

Kenangan Terindah

Oo...lala..saye baru balik bercuti dari tepi pantai..hehe percaya tak? Ok, korang percaya separuh dah la sebab separuh lagi adalah rekaan semata-mata. Pergi tepi pantai tu memang betul, tapi bercuti tu cuma khayalan saye je lah. Yang sebenarnye saye join program SMK Alor Akar(SMKAA), Kuantan.Diorang buat Kursus Kepemimpinan Pemimpin Muda. So saye jadi salah sorang fasilitator untuk program ni.

Macam mana saye boleh terlibat?? Ha, ade la kisahnye..hehe. Sebenarnye cikgu yang buat event ni kawan pada member saye. So die ajak member saye jadi fasi & member saye ajak saye & sorang lagi member kami untuk join dia. (ape benda saye citer ni, korang paham tak?) Lebih kurang gitulah kisahnya. Kursus ni selama 3 hari 2 malam. Dari Jumaat (4/3/2011) sampai Ahad (6/3/2011). So, hari Jumaat kami bertiga kerja half day lah. We all ambik teksi ke SMKAA & dari sane naik bas skolah ngan peserta2 lain untuk bertolak ke Amansari Beach Resort, Pantai Sepat.


Amansari Beach Resort



Muka happy..macam nak gi bercuti lak :)



Posing lagi!!!


Fasi yang terlibat seramai 8 orang. 4 lelaki & 4 perempuan. Cikgu pengiring adalah dalam 5 orang. Student lak seramai 102 orang. Student ni semuanya pengawas dari form 2 sampai form 5. Budak2 tu tinggal dalam dorm. Cikgu & fasi lak dapat chalet. Tapi memang best la sebab satu chalet 3 orang. Kebetulan geng saye memang bertiga..hehe..senyum je kite orang time tu.


Muka2 fasi yg berkarisma (haha start poyo dah)



"Hye..adik2. Panggil saye kak norzie"


Apa yang menariknya kelapan-lapan fasi ni dari latar belakang berbeza. Semua dari IPT lain2 & berkenalan time hari Jumaat tu la. Memang tak pernah bekerjasama pun sebelum ni. Tapi Alhamdulillah sebab kami dapat jadi team yg baik & ngam akhirnye :) Hurm..pasal xtvt, macam2 gak la yang kami buat. Hari Jumaat ade sessi bagi2 kumpulan, ice breaking & kerja berkumpulan. Sabtu pulak ade kerja berkumpulan gak, Explorace, sukaneka & malam kebudayaan. Hari Ahad pagi2 kami berjogging, kerja berkumpulan & acara penutup. Apa2 pun memang have fun sangat ngan budak2 ni. Diorang sporting & bagi kerjasama yang baik. Memang pecah perut gak la tengok gelagat diorang ni...hehe.. Tetibe teringat lak zaman skolah. Tapi bila bergaul ngan geng2 cikgu ni terasa diri pun macam cikgu gak time tu..hihi..



Tu dia para peserta kursus....



Semangat diorang ni buat pembentangan ;)



Fokus - fokus...hehe



Tu dia...cam hantu dalam citer cina dah...hik3



Pos gediks (abaikan je la)



owh...tambah lagi sorang ahli gediks...:p



Masa untuk membuli...hihi (nyanyi negaraku. semangat2 !!)



Time explorace ni..baca ikrar lak.



Happy lak budak nih kene berbedak ngan tepung...kui3



Sila makan tepung tu ye adik2!!!! ;)



Acara baling belon...



Fasi yang gilak!!!



Muka tak puas hati lepas kene baling tepung (jaga la korang!!!)



Time malam kebudayaan (group saye nih, tgh buat sketsa)



Boria!!!!



Nasyid satu Malaysia....



Hamboi, sampai bertumbuk..hehe..



Majlis Penutup



Serius dalam bekerja (cewahh!!)


Bila tiba masa nak balik terasa sayu lak. Walau hanya 3 hari tapi memang bagi kesan juga rupanya. Semuanya memang betul2 kenangan yang terindah & berharga (huk3...touching lak)



Ngan group saye (SKUAD BEES)



Gaya kurang formal dari geng fasilitator



Peserta kursus SMKAA


p/s: Terima kasih pada SMKAA sebab bagi kepercayaan pd kami utk bimbing student2 tu. One more, saye sangat suke dengan cenderahati yg diberi. Pendrive 4 gb!! Walau x semahal mana, tapi valuenye sangat tinggi buat kami ;)

Thursday, March 3, 2011

Kaifa Haluk Ya Nafsy?



Kaifa Haluk Ya Nafsy?
Apa khabar wahai diriku?

Apa warnamu hari ini?
Sudah lama aku tidak memperdulikan keadaan dirimu

Masihkah dirimu seperti dahulu?
Masihkah Allah menjadi kecintaan utamamu?
Masihkah nikmat iman menyertaimu?

Apa khabar wahai diriku?
Rindu rasanya aku ingin merasakan lazatnya saat melihatmu menangis saat mengingat maksiat-maksiat yang mengiringi hari-harimu

Apa khabar wahai diriku?
Bagaimana amal-amalmu kelmarin?
Apakah masih sama seperti hari ini?
Apakah kau menjadi diri yang puas dengan prestasi amalmu yang tak pernah meningkat?

Wahai hatiku.....
Bagaimana denganmu?
Apakah kau masih sibuk dengan impian-impian dunia dan melalaikan bekal akhiratmu?
Berapa banyak bahasa Allah yang kau baca hari ini?
Atau bahasa manusia menyempitkan perkataanmu hingga kau terlena?

Apa khabar wahai diriku?
Berapa amanah yang kau sia-siakan hari ini?

Apa khabar wahai diriku?
Apa yang memberatkan langkahmu?
Apa yang menghalangimu untuk menambah imanmu?

Wahai diriku.....
Betapa kau menjadi manusia yang angkuh
Betapa dirimu selaku hanyut dalam tidur malammu yang panjang tanpa menemui Rabb mu

Wahai diriku.....
yang tak sanggup melawan panasnya api dunia
Apakah panasnya jahannam sanggup kau tahan, wahai diriku?

Apa yang membuatkan hatimu mudah dikotori?
Apa yang membuat lidahmu begitu mudah menyakiti?
Apa yang menghalang dirimu untuk mendapatkan cinta Allah?

Wahai diriku.....
Cinta mana yang kau kejar?

Wahai diriku......
Kebahagiaan mana yang kekal untukmu?

Wahai diriku yang egois....
Wahai diriku yang penuh maksiat....
Wahai diriku yang tak pernah bersyukur....
Wahai jiwa yang tamak.....
Tuhan mana yang kau kira memberimu rezeki?

Wahai diriku.....
Syurga Tuhan mana yang kau harapkan?
Apa kau begitu memuja keindahan dunia yang fana?

Wahai diriku....
Yang merasa "cantik", nikmat mana yang telah kau syukuri?

Jawablah wahai diri....

Jawablah wahai diri....


sumber: Facebook (Muslimah Sholehah)






Tuesday, March 1, 2011

Kata Mama

Align Center

Mamaku ada berkata
Jangan resami burung lelayang
Mencabar awan yang tinggi
Tak jejak bumi

Mamaku turut berkata
Gerak hatimu harus kau nilai
Kerana perbuatanmu
Menjadikanmu

Sumbangkah andainya aku
Sampaikan oh padamu
Apakah kau merasa
Seperti kucuba
Merubah dirimu

Mamaku ada berkata
Cuba ikuti akan sang lebah
Sengatnya hanya diguna
Bila terpaksa

Mamaku turut berkata
Gerak hatimu harus kau nilai
Kerana perbuatanmu
Menjadikanmu

Sumbangkah andainya aku
Berpesan oh padamu
Apakah kau merasa
Seperti ku cuba
Merubah dirimu

Namun ku
Tetap menyintai
Menerima
Dirimu sebegini

p/s: Lagu Kata Mama ( Amy Mastura)