Assalamualaikum...
Seperti yang dijanjikan di dalam entry lepas, aku nak ceritakan
pengalaman aku menginap di kondo berhantu di Johor Bahru. Ni bukan
cerita main2 ye sebab aku alami sendiri. Silalah baca dengan perasaan
teruja dan excited. Sebelum itu, ingin aku memarahi sebentar entry baru
cik Og yang mengenakan aku. Amboi, bukan main lagi dia ye. Mentang2 aku
tersilap cakap sikit terus buat entry pasal aku. Cilakak btol.
Hahaha..Takpa2, ini hari dia. Tunggulah nanti aku balas..Bhaahahahaha
Bhahahahaha(gelak jahat sikit).
Ok2, mari kita teruskan. Aku ni kalau dibiarkan makin melalut. Ceritanya
bermula apabila aku diminta bekerja sebulan di Johor Bahru(wahh, ayat skema gila).
Company mana aku kerja tu rasanya tak perlu ambik tahu kot sebab perlu
dirahsiakan.hehehe. So, aku ni dengan perasaan tak berapa semangat mana
pon naik la bas pergi ke Johor. Perjalanan nak ke Johor memang
memualkan. Ntah tak tahu la silap jalan yang bengkang bengkok ataupun
sebab pemandu bas yang bawak ntah apa-apa. Nasib baik la kat dalam tu
siap ada eyeBlue. Macam tablet tapi bergantung kat kepala kerusi.
Kiranya setiap sorang ada tab tu la. Boleh tengok movie, online, dengar
lagu mp3 dan sebagainya. Siap bagi earphone free lagi. Wah, dah rasa
macam VVIP naik bas pulak.haha. Bila sampai Johor, diorang bawa pergi
kat kondo yang tinggi melangit tu. Namanya Kondominium Dwi Mahkota. Nama
macam best kan? Memang pon sebab kondo tu sangat la mewah dan besar.
Nak masuk kat dalam tu pun bukan main payah lagi. Dekat pintu depan ada
security jaga. Jadi kita kena gunakan kad kunci baru palang terbuka. Dah
masuk kat dalam pulak, nak melepasi pintu lif pun ada pagar automatik
yang kena gunakan kad kunci jugak untuk buka. Dah naik kat atas, nak
buka rumah pon of course la kena gunakan kad kunci tu lagi sekali.
Nampak tak berapa banyak keselamatan kat kondo tu? Tapi kan, keselamatan
banyak mana pun tak guna jugak. Sebabnya memang selamat dari manusia
tapi dari makhluk halus?? jeng jeng jeng...
haa, ni la rupa kondo tu..nampak menakutkan tak? Memang pon :) Tapi
memang mewah. Kolam renang dia pon besar jugak. Siap ada tempat meluncur
dalam kolam tu... Nak dijadikan cerita, awal2 kitorang masuk rumah tu,
kawan aku ada dapat 1 flyers dari orang kat bawah. Dia cakap dia
sediakan perkhidmatan hantar makanan kat rumah2 di kondo ni. Diorang tu
student lagi. Nama makanan diorang yang paling aku ingat Nasi Goreng Dwi
Mahkota. Haah, nama makanan pon dah serupa dengan nama kondo ni ye tak?
huhu..Maka, kitrorang pon order la makanan tu sebabnya tak boleh nak
masak kat rumah. Tak sempat pon. Sebab balik dah lewat petang pastu nak
basuh baju lagi, ada latihan lagi. Bila masa nak masak kan? Jadi kami
beramai2 tempah makanan tu..Memang macam yang diorang bagitahu, diorang
hantar makanan betul2 depan rumah. Memang servis yang terbaik. Tak payah
susah2 nak turun cari makanan. Tapi rasa nasi goreng tu? Hurmmm, so
bad..Tak rasa apa2.. Macam tawar jer..redha jela kan. Nak makan sedap2
pulak cik eyra ni..haha..
Aku hidup macam biasa je dalam kondo tu. Mungkin sebab kitorang ni busy.
Balik rumah pon dah pukul berapa. Jadi, makhluk tu tak sempat nak usik
kitorang lagi. Tidur pun semua tidur mati sebab dah penat seharian
bekerja. Tapi, sebelum kejadian besar-besaran tu memang dah ada benda2
aneh berlaku. Mungkin kitorang tak sedar atau pura2 tak sedar. Aku tiap
kali duduk dekat ruang depan tu mesti aku akan pandang ruang balkoni
yang angin sepoi2 masuk tu. Dengan langsir warna putih yang terbang2
kena tiup angin tu memang menambahkan scary. Tapi, mungkin perasaan aku
je kot. Orang lain biasa je aku tengok. So aku pon buat bodo jela. Aku
jugak aku dengar cerita member sorang lagi ni mengamuk sebab masa dia
tengah mandi ada orang tutup lampu bilik air. Entah sapa la yang nak
buat dajal. Bila tanya mana ada orang tutup lampu dia mandi pon. Macam2.
Lagi satu, malam sebelum kejadian ada member mimpi baby kecil
berlumuran darah kat atas katil bilik dia. Tapi dia tak ada inform pon
kat siapa2 lagi. Maybe fikir mainan tidur je.. Dan, kitroang pernah lagi
sekali order nasi goreng Dwi Mahkota tu. Tapi dia bagi kiroeang nasi
hampir2 pukul 12 malam..Maksudnya dalam pukul 11 lebih sebab dia cakap
ada berlaku masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Kitorang ni
memang dah kebulur tahap babun dah masa tu. Akhirnya dia bagi diskaun
harga sebab dia terlambat. Tapi yang musykilnya bukan ke dia duduk
tingkat atas rumah kiroang(buat
pengetahuan, kondo tu ada 22 tingkat..aku duduk tingkat 21..dan mereka2
ni kata diorang yang memasak makanan ni duduk tingkat 22) jadi, apa yang masalah teknikalnya?
Haish, macam panjang je entry aku ni. Ke nak kena buat part 2 ni?
Hahaha..ok lah, aku sambung cerita lagi. Hari kejadian pon tiba, masa tu
aku dengan geng2 aku still kat tempat kerja lagi. Tapi yang group 1
lagi ni dah balik awal sebab sampai shift petang jer. Masa kitrang kat
tempat kerja lagi, diorang yang kat rumah dah telefon panik2 cakap suruh
beli garam kasar..garam kasar? lain macam je dengarnya kan..makanya
kitorang beli garam kasar tanpa banyak soal. Lepas beberapa minit,
diorang bagitahu ada member kat rumah tu dah kena rasuk. Apa lagi ,
kitorang ni laju je kemas2 nak balik. Nak tahu apa benda yang jadi kat
rumah tu. Lepas balik rumah, tengok2 A(bukan nama sebenar)
dah duduk tercongok atas sofa. Muka dia tunduk kat bawah. Tak lama
lepas tu dia dah start mengilai sambil bertindak agresif..Habis orang
yang dekat2 dia semua kena sepak. Dia jerit2 "jangan kacau tempat aku! Ni tempat aku! Dia ni hak aku!".
Masa tu terpaksa panggil rakan2 kerja lelaki yang lain sebabnya kitorang
dah macam ketakutan giler. Bile budak2 laki tu semua datang. Separuh
kena ikot R(bukan nama sebenar)
pergi cari mana2 ustaz. Separuh lagi pulak kene stay kat rumah sebab
takut apa-apa jadi. Separuh lagi pulak kene tolong berubat memandangkan
masa kejadian tu si R telefon mcam2 ustaz smua ada hal. Tak dapat
datang. Memang dugaan betul. Last2 M(bukan nama sebenar)
telefon suami dia. Suami dia ustaz tapi ustaz tu ada kat Sabah ke apa
ntah masa tu. Dia call suami dia and then suami dia bagi arahan nak buat
apa pada sorang rakan lelaki menggunakan telefon. Korang faham tak?
Maksudnya perubatan jarak jauh melalui telefon jer. Pada masa tu, yang
lelaki tu nama S(bukan nama sebenar)
dah ikot apa2 yang ustaz tu ajar. Tak lama lepas tu A dah nampak ok.
Kitorang pon bawak dia masuk bilik dan suruh beberapa orang jaga dia kat
situ sambil baca la yasin or sura2 sikit. M isteri ustaz ni pulak tiba2
duduk berteleku sambil pegang kepala dia. Macam orang sakit kepala je
gayanya. Dah la aku duduk sebelah dia masa tu. So aku ni dah rasa dia
macam lain macam sebab muka macam nak menangis. Pastu bila orang
panggil2 nama dia pon dia tak menyahut. Dalam masa yang sama, suami dia
ni telefon. Dia angkat telefon tu tapi tak cakap apa2. Dalam sekelip
mata dia baling telefon dia kat lantai. tiba2 je macam benci dengan
suami dia tu. Masa tu aku terus panggil lelaki yang tolong berubat A tu
tadi. Suruh tengokkan isteri ustaz ni sebab lain macam jer. Bila lelaki
yang nama S tu angkat telefon M yang jatuh kat lantai tu, suara suami
dia masih ada lagi kat telefon. "Ustaz, saya rasa M ni macam dah lain macam je ni"
lelaki S tu bagitau kejadian yang berlaku kat ustaz a.k.a suami M tu.
Ustaz tu suruh baringkan M dan tekan bahagian kepala M sambil baca ayat
yng ustaz tu ajar melalui telefon.
Bila buat macam tu, terus M tu jadi lain macam. Tak sedarkan diri terus sambil dia angkat badan nak bangun. Aku tolong pegang M masa tu. Aku tak tahu nak explain macam mana kejadian masa tu. Jadi, masa tu ustaz tu suruh cakap kat makhluk tu keluar daripada badan M ni. Masa S cakap macam tu, tiba2 lampu satu rumah terpadam dan pintu rumah bahagian depan bergegar. Aku bangun tiba2 sebab ingatkan nak buka pintu(aku ingat group R dengan lelaki2 tu balik sebab diorang kan pergi cari ustaz2 yang berhampiran).tetapi aku tiba2 tersedar, kalau diorang balik mesti diorang bagi salam. tak mungkin diorang gongcangkan pintu tu kuat2. Aku duduk semula dan pegang M. Masa tu M dengan A dah kena rasuk dengan teruk. Diorang sama2 mengilai. M mengilai kat ruang tamu dan A mengilai kat dalam bilik. Aku ambil telefon aku masa tu dan nak tolong suluh lampu sebab masa tu telefon yang lelaki S ni pegang terjatuh or apa ntah. Aku tak pasti. Tapi aku tiba2 teringat kalau berlaku kejadian macam ni kita tak boleh keluarkan sebarang cahaya. Silap2 benda tu datang pada kita pulak. Aku terus letakkan balik phone aku. Dan masa yang sama, S dapat bercakap balik dengan ustaz. Dia bagitahu kejadian kat sini makin teruk. Lampu terpadam dan pintu rumah bergegar.Kemudian ustaz tu suruh sebut "kalau tak puas hati pergi jumpa ustaz!". Ayat tu S ulang 2 kali. Dengan tiba2 pintu rumah dan kembali senyap dan lampu satu rumah ada semula. Lepas dah pulihkan M, dia cakap dia sakit kepala. Aku tolong la picit kepala dia tapi rasa panas sangat. Macam nak terbakar je tangan aku ni. Betul ke dia ni dah ok? Macam ragu2 jer. Aku pon bagitahu pada S balik pasal ni. Dia pon rasa lain macam. Lepas bagitahu ustaz dan ustaz suruh baca potongan ayat, rupanya M ni tak sedarkan diri lagi sekali. Nampak gaya 'benda' tu suka main2 kan kitorang. Sekejap dah ok sekejap tak ok. Lepas semuanya betul2 kembali pulih, aku bawak M masuk bilik tidur aku(selama ni aku tak tidur kan dalam bilik tu sebab aku rasa berdebar semacam..aku ni kalau rasa berdebar atau aku pandang tempat tu pelik je tu tandanya tempat tu memang ada something wrong!).tapi sebab malam ni memang TERPAKSA jadi aku terpaksa teman M tidur kat bilik tu. Nak letak dia tidur bilik dia sendiri tak boleh sebab budak2 bilik dia sendiri dah macam lost(ada yang nangis2 la ape la macam dah tanda2 nak kena rasuk+ ketakutan yang melampau) . jadi, aku ni terpaksa buat2 berani.
Masa tengah kemas2 tempat tidur tu, aku dengar bilik air kat dalam bilik aku ni bising gila. Macam ada orang campak2 barang kat dalam tu. Siap langgar2 pintu tandas tu lagi. Aku berpandangan dengan sorang lagi kawan aku ni. Tapi kitorang cuba abaikan sebab kalau bising2 takut ganggu M yang baru nak terlelap. Lepas tu M ni pulak tiba2 bangun cakap dia nak pergi tandas. Masa tu aku ni dah telan air liur. Tandas tu tadi dah la bunyi semacam jer. Tapi aku cuba kuatkan semangat. Aku pegang M dan bawak pergi tandas. Sampai depan tandas ni, aku bukak lampu, masa tu jugak la lampu ni tak hidup2. Hai, dia main lampu pulak. Baru aku tahu kenapa ada member kat rumah ni kena kacau kat tandas(dia cakap ada orang tutup lampu dia masa dia tengah mandi**cerita yang aku bagitahu di atas)..jadi, aku suruh member sorang lagi bagitahu dekat R nak kluar pergi kat tandas luar. Kitorang terpaksa inform sebab masa tu ustaz yang R panggil dah datang tengah 'scan' rumah. Lepas dapat kebenaran, kitorang bawak M pergi tandas dekat luar.

>>>>>>>>>>>>>>>>>TO
BE
CONTINUE<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Hi Assalam. Sy aisyah. boleh tak whatsapp sy di no ni 0164471961. sy nk tnya pasal rumah ni... TQ
ReplyDeleteWasalam.. Sorry x perasan komen. Nak tanya apa2 boleh tanya sini sis 😊
DeleteAssalam.. Mne sambungan nye?
ReplyDeletehttps://miss-nourzey.blogspot.com/2014/03/misteri-kondo-benrhantu-part-2.html?m=1
ReplyDeleteWasalam.. Maaf. Tak perasan komen. Boleh tekan link di atas