Wednesday, June 29, 2011

Ujian

"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."

Satu ungkapan yang perlu sentiasa kita ingat bila diuji adalah kita bukan tuan dan kita juga bukan Tuhan.

Setiap kali diuji kita tidak berhak bertanya pada diri mahupun pada siapa sahaja kenapa kita dipilih untuk diuji. Hakikatnya itulah kehidupan. Tidak indah tanpa ujian. Sebagai contoh, bila tiba hari raya 3 ekor ayam daripada 10 ekor ayam dalam reban telah dipilih untuk disembelih. Ayam yang dipilih itu tidak berhak bertanya kenapa dia yang dipilih untuk disembelih, kenapa bukan ayam yang lain. Sebab dia bukan tuan. Hanya tuannya yang berhak membuat apa sahaja yang dikehendaki.

Sudah menjadi lumrah alam bila diuji kita akan mencari Tuhan. Sedangkan yang bukan islam pun akan sebut "Oh my God" dan perkataan-perkataan lain yang merujuk kepada "Oh Tuhan". Sebagai umat Islam kita akan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T setiap kali kita ditimpa musibah dan kesakitan kerana hanya Dia yang memahami hati kita, hanya Dia yang sentiasa ada tidak kira siapapun kita, dimana kita berada.

Ingatlah, kita bukan pemilik. Sampai waktu dan ketika kita mesti memulangkan kembali apa yang dipinjamkan sementara untuk kita. Allah jualah pemilik segala yang diciptakanNya. Terkadang kita merasa kitalah yang paling hebat diuji. Selepas satu ujian, menyusul pula ujian lain yang lebih berat. Sedangkan orang lain lagi berat diuji, bertimpa-timpa. Kenapa kita memikirkan kaki kita yang tidak berkasut sedangkan ramai lagi yang tidak berkaki? Fikirkan kembali dosa dan kesalahan yang pernah kita buat disebalik ujian yang ditimpakan untuk kita.

Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.

"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"

Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Bersyukurlah kerana diantara yang lain kita insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.


sumber::iluvislam.com

Wednesday, June 22, 2011

Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Sunday, June 19, 2011

Kehilangan :'(

Jumaat,17hb Jun 2011...tarikh yg membawa kesedihan dalam keluarga kami..
Salah seorang sepupu saye telah kembali menemui Maha Pencipta.
Rasa tak percaya dia akan pergi sekelip mata. Masih terbayang gelak tawa & keletahnya yang mesra dengan sesiapapun. Setiap kali terkenangkannya memang air mata yang akan mengalir. Bukan tidak redha tapi kami memang sedih, teramat sedih dengan pemergiannya.

Dia kemalangan..dilanggar waktu pulang dari tempat kerja (tengahari). Kemungkinan besar dia meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Allah pinjamkan dia sekejap untuk kami di dunia ini dan bila telah tiba saat yang dijanjikan, dia di panggil pulang kepadaNya. Walau dia telah tiada, tapi kenangan bersamanya tetap hidup dalam hati kami. Hanya doa yang dapat kami kirim padanya. Tanda kasih kami yang takkan pernah hilang untuknya.


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini mengenangkannya...
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi...
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa...
Ya Allah tempatkannya ditempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu....
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami...
Moga amanlah & bahagia kau di sana
Setangkai doa juga Fatihah ku kirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin...


*Al-Fatihah*




Tuesday, June 14, 2011

Full of hope




Planning tergendala...harapan hanya impian. Pernah tak perkara ni jadi pada korang? Dah beria-ia rancang something, last2 semua nye tak menjadi. Sedih kan?

Situasi ni memang dah selalu sangat terjadi pada saya & the geng. Kalau kami rancang sesuatu dengan sangat teliti & dalam jangka masa yang panjang, hasilnye mesti zero. Plan terabur macam pasir jatuh dari lori pasir (apa punya istilah ni cik og?). Oh sebelum tu lupa nak cakap siapa geng2 saye tu. Diorang ni adik & sepupu2 saye.

Ok berbalik pada citer, sebenarnya we all dah lama buat plan nak gi jalan2 & lepas tension kat satu tempat yang agak jauh. Macam2 tempat yang kami plan. Plan A, nak gi Bukit Tinggi tapi plan tu dah berkubur. Plan B, ke Singapore & resultnye sama macam plan A. Yang terbaru, plan C, go Genting Highland.

So plan C ni macam nak menjadi tapi punya la banyak halangannye. Nak pilih tarikh dah satu hal, kire bajet, itu, ini...hadoi...Sampai dah hampir2 bergaduh, ade yang merajuk, ade yang jauh hati. Macam2 la...

Tapi last2 keputusan dah di ambil. harap2 menjadilah plan kami kali ni. So nantikan saye update pasal percutian kami ke genting ni ye. (kalau tak tunggu pun saye tetap nak update..haha). Ok geng, chow dulu. Salam.




Monday, June 6, 2011

DJ Nourzey in da house!

Biar gambar menceritakan segalanya (err...ayat orang malas nak menaip). Hehe..actually semenjak 'bersenang lenang' kat rumah ni, angin malas update blog makin menjadi-jadi lah. Maybe sebab broadband agak slow. Maklumlah selama ni guna wireless kat RTM kan..memang hebat la laju je..so sekarang ni padan muka kamu cik og, guna la broadband kamu yang lem......(ok tak baik kutuk2, terima je seadanya)

Haish, ni ape story pasal internet lak. Panjang lebar plak tu. Kata tadi malas. Huh, takpe2 kite return balik ke garisan mula (apa makin merepek nih??) Hurm...korang2 cube tengok gambar kat bawah ni. Amacam, saye ada gaya DJ tak? Hik3..ada kan kan kan ;)



DJ Og (hik3...ok saye tipu je)

Sebenarnya gambar ni di ambil pada sabtu lepas (4/6/2011). Waktu tu saye & dua lagi member saye jadi tetamu jemputan untuk rancangan Sembang Siswa di Pahang FM. Agak huru hara jugak la konti malam tu. Mula-mula tu kami malu2 kucing gak. Bila DJ tanya 3-4 patah, sepatah je kami jawab. Tapi dalam 5 minit camtu, bila DJ tanye 2-3 patah, 6-7 patah kami jawab.


Muka excited + nervous mula2 masuk konti (with intan)



Senyum2 kambing with muni :p



Yang depan tu Dj sebenar..hehe..DJ Nuar. Dia memang sporting ;)


Apa-apa pun memang best la. Satu pengalaman juga untuk kami. Terima kasih ye Pahang FM sebab jemput kami. Err...tak nak panggil saye masuk konti lagi ke? best lak bercerita kat dalam tu. (ceh, bajet artis ke?)

Ok la..saye chow dulu. Amboi, banyak gak saye membebel.Sampai 5 perenggan hah..Orait semua saye undur diri dulu...Salam :)













Berakhir sudah..

Sampai di sini saja jalan hidup bersama...
Mungkin kau ketemu yang lebih dariku..
Namun kau tak kulupa
Abadi selamanya...

Salam...semua. Harap sihat lah hendaknya ye :)
Diam tak diam..pejam celik, pejam celik..akhirnya kisah saye di RTM Pahang berakhir sudah.
Rasa masa pantas sangat berlalu. 6 bulan rupenye bukan tempoh yg lama. (20/12/2010-3/6/2011) Pelbagai kenangan dah ditempuhi. Happy, sedih, marah, lawak, enjoy, stress. Semua cukup lengkap. Tapi itu semua memang jadi pengalaman yang berharga.

Jumaat lepas, 3/6/2011 tarikh akhir saye bergelar pelajar latihan industri di Jabatan ni. Semua berakhir dengan sempurna. Alhamdulillah..presentation akhir saye tak ada apa2 masalah, kemudian dapat pula sijil & cenderahati dari pihak RTM.

Apa-apa pun memang saye nak berterima kasih sangat2 pada semua warga RTM Pahang sebab sudi terima saye (sob3...terharu nih). Banyak sangat benda baru yang dapat saye belajar. Memang sampai bila2 pun saye takkan lupe u all.

p/s:: Mereka yg paling ada dalam kenangan saye ialah staff unit ICT & geng2 praktikal saye, Muni, Sherry, Jeff, Qawi & Intan. (Nak upload gambar tapi internet sgt slow la..huk3)


Wednesday, June 1, 2011

The 3 friends

A woman came out of her house and saw three old men with long white beards sitting in her front yard. She did not recognize them. She said "I don't think I know you, but you must be hungry. Please come in and have something to eat."

"Is the man of the house home?", they asked.

"No", she replied. "He's out."

"Then we cannot come in", they replied.

In the evening when her husband came home, she told him what had happened.

"Go tell them I am home and invite them in!"

The woman went out and invited the men in.

"We do not go into a House together," they replied.

"Why is that?" she asked.

One of the old men explained: "His name is Wealth," he said pointing to one of his friends, and said pointing to another one, "He is Success, and I am Love." Then he added, "Now go in and discuss with your husband which one of us you want in your home?"

The woman went in and told her husband what was said. Her husband was overjoyed. "How nice!", he said. "Since that is the case, let us invite Wealth. Let him come and fill our home with wealth!"

His wife disagreed. "My dear, why don't we invite Success?"

Their daughter-in-law was listening from the other corner of the house. She jumped in with her own suggestion: "Would it not be better to invite Love? Our home will then be filled with love!"

"Let us heed our daughter-in-law's advice," said the husband to his wife.

"Go out and invite Love to be our guest."

The woman went out and asked the three old men, "Which one of you is Love? Please come in and be our guest."

Love got up and started walking toward the house. The other two old men also got up and followed him. Surprised, the lady asked Wealth and Success: "I only invited Love, Why are you coming in?"

The old men replied together: "If you had invited Wealth or Success, the other two of us would've stayed out, but since you invited Love, wherever He goes, we go with him. Wherever there is Love, there is also Wealth and Success!!!"


source:: http://www.iluvislam.com/english/lifestyle/luv-a-teen/522-wealth-love-and-success.html