Jumaat,17hb Jun 2011...tarikh yg membawa kesedihan dalam keluarga kami..
Salah seorang sepupu saye telah kembali menemui Maha Pencipta.
Rasa tak percaya dia akan pergi sekelip mata. Masih terbayang gelak tawa & keletahnya yang mesra dengan sesiapapun. Setiap kali terkenangkannya memang air mata yang akan mengalir. Bukan tidak redha tapi kami memang sedih, teramat sedih dengan pemergiannya.
Dia kemalangan..dilanggar waktu pulang dari tempat kerja (tengahari). Kemungkinan besar dia meninggal dalam perjalanan ke hospital.
Allah pinjamkan dia sekejap untuk kami di dunia ini dan bila telah tiba saat yang dijanjikan, dia di panggil pulang kepadaNya. Walau dia telah tiada, tapi kenangan bersamanya tetap hidup dalam hati kami. Hanya doa yang dapat kami kirim padanya. Tanda kasih kami yang takkan pernah hilang untuknya.
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini mengenangkannya...
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi...
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa...
Ya Allah tempatkannya ditempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu....
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami...
Moga amanlah & bahagia kau di sana
Setangkai doa juga Fatihah ku kirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin...
*Al-Fatihah*

No comments:
Post a Comment