Monday, January 28, 2013

Kemesraan Yang Hilang

Assalamualaikum..
(Entry kali ni hanyalah luahan perasaan & pendapat semata2 yang mungkin berkaitan pengalaman hidup sendiri atau orang lain.)

Dalam kehidupan ni pasti ada mereka yang rapat dengan kita. Tak kiralah mereka tu tergolong dalam kaum kerabat (family) kita sendiri, suami atau isteri, sahabat, bf atau gf atau sesiapa saja asalkan masih seorang manusia. Semakin panjang usia perkenalan kita dengan orang tersebut, semakin banyaklah sikapnya yang kita tahu kan. Buruk baiknya pun semua dah ada dalam tangan, right? Hurm, but this is not a problem. Selagi mana kita sayangkan orang tu, semua baik buruknya kita terima seadanya.

Walau bagaimanapun, hubungan sesama manusia ni tetap ada pasang surutnya. Kalau ambil contoh alam ni, kita lihat aja cuaca. Simple example. Kadang2 hujan, mendung, cerah, ribut petir, taufan dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan relationship. Ada masa bahagia, sedih, dingin, bemasam muka, merajuk dan banyak lagi lah. Tu semua asam garam. Yang penting bukannya masalah tu tapi bagaimana cara kita nak tangani konflik2 yang melanda sebab tindakan itulah yang menentukan samada keadaan semakin baik atau sebaliknya.




Sebenarnya banyak faktor penyebab sesebuah hubungan tu jadi renggang. Tapi biarlah kita fokus pada yang satu ni saje. Ye, cukuplah 1 tapi impaknya memang besar iaitu kehadiran orang ketiga. Tak kisahlah dalam hubungan apa sekalipun orang ketiga ni memang boleh jadi parasit yang hebat. Bukan dalam percintaan je tapi relationship lain pun sama. Contohnya dalam persahabatan atau hubungan kekeluargaan. 

Masih belum nampak apa bahayanya si parasit ni? Ok lets talk about it! Bayangkan ada seseorang yang baru tiba-tiba masuk dalam kisah hidup kita. Dia rapat dengan salah seorang orang yang kita sayang contohnya our bff. It's ok kan sebab dia pun ada life sendiri. Tapi si parasit ni belum puas hati, dia pengaruhi bff tu sampai dia makin renggang dengan kita & bff lain. Kita dengan geng2 lain makin terasa yang bff sorang ni dah berbeza & makin jauh. Ke mana je nak berkepit dengan si parasit. Apa-apa je aktiviti dah tak nak join. Hidupnya hanya dengan si parasit ke sana sini. Apa yang mampu kita buat? Ok fine, biarlah asalkan dia bahagia walau keadaan dah tak sama macam dulu.

Tapi mampu lagi ke bersabar bila sampai ke satu tahap, kita ni bagaikan halimunan yang tak wujud lagi. Lalu berselisih bahu pun dah tak nampak, ada apa-apa acara pun dah tak nak duduk makan sekali. Geng dah berpecah belah hanya semata-mata untuk menjaga hati si parasit sedangkan kita dan dia dah kenal dan rapat sejak kecik lagi. Semua rasa sakit tu masih disimpan dan ditelan sendiri. Tapi semua tu tak berhenti sampai situ je. Luka dalam hati tu disiram pula dengan perahan limau. Ye, sakit sangat bila kita still nak selamatkan hubungan, nak buat apa2 aktiviti masih ajak dia. Tapi apa jawapannya? Macam2 alasan dia bagi dan kita cuba terima. Tapi lastly, pada tarikh yang sama rupanya dia dah ada rancangan lain dengan si parasit. Owh patutlah...dan bukan sekali terkena tapi dah berkali2 jadi macam tu..

Maybe nampak masalah tu simple2 je. Tapi masalah yang remeh macam tu akan jadi sesuatu yang besar jika dibiar lama2. Ye, kita makin renggang dan dah tak macam dulu. Kini apa dah jadi? Berjumpa pun dah tak bertegur sapa, nak bergurau senda macam dulu? Kirim salam je lah, semua tu dah jadi mimpi. Tapi tu semua masih boleh ditelan walaupun payah.

Akibat tindakan yang terlalu menjaga hati & beri peluang tu akhirnya memakan diri sendiri. Ye, hebat betul! Lastly diri sendiri yang dituduh dan difitnah macam2. Semua kesalahan kini atas kepala kita. Demi untuk melindungi si parasit, bff tu dah buang kita jauh2. Hilang sudah segala janji2 dulu. Hilang sudah semua sifat sayang dalam diri. This is too much!

 Walau sakit hati selama ni kita tak sanggup buang dia dalam hidup kita. Walau dah renggang kita still harap dia akan kembali seperti dulu tapi dia? Entahlah, time can change everything. Yes, exactly! Kepada si parasit...tahniah kerana berjaya juga pisahkan dan pecah belahkan hubungan tu. Kepada bff yang dah memilih jalan itu, pergilah dan teruskan. Tapi andai suatu hari nanti kamu tersungkur jatuh dan waktu tu kamu dah tau yang mana satu intan & kaca terpulanglah atas tindakan kamu. Jika nak kembali kepada kami, kami akan terima dengan hati yang terbuka kerana walau mulut meluah marah namun jauh di sudut hati masih ada rasa sayang. Kami terus berdoa agar silaturrahim kembali terjalin seperti suatu masa dulu. Wassalam... 

Friday, January 18, 2013

Awas! Jin Dalam Tubuh

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua..
Hari ni saye nak bincangkan 1 topik yang serius. Tengok tajuk pun dah rasa betapa seriusnya post ni kan. Pernah tak anda alami peristiwa ganjil seperti terlihat bayangan atau kelibat orang di tengah malam, suara ganjil memanggil kita dan lain2? Kalau ada jom sama2 baca info di bawah ye..


TANDA-TANDA JIN ADA DALAM BADAN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar ke atas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Sekadar gambar hiasan

Jika anda ada mengalami kebanyakan simptom2 di atas, lebih baik anda buat ujian mengesan jin dalam tubuh. Tak susah pun, ia ringkas je dan boleh di buat sendiri di rumah.Ok, cara-caranya ialah:

LANGKAH 1
Download atau play saja Ruqyah Syariah di bawah ini kemudian dengar dengan menggunakan headphone. Pasang dengan volume yang kuat dan dengar hingga tamat.



LANGKAH 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat itu baik di mulut atau di hati.

LANGKAH 3
Perhatikan keadaan anda setelah selesai, jika batuk, berpeluh-peluh, mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap maka sahlah jin ada dalam badan anda.

Berjumpalah dengan ustaz atau orang yang arif untuk menerima perubatan. Jangan biarkan masalah ini menjadi lebih parah.

Harap info ni bermanfaat untuk kita. Saye pun nak try buat tapi belum ada kekuatan lagi..huhu. Kalau anda nak tau lebih lanjut pasal hal ni boleh klik link di bawah. Ok kita bercerita di lain waktu ye. Wassalam :)




Wednesday, January 16, 2013

Siapa pernah makan benda ni?

Asslamualaikum...
Alahai semenjak dua menjak ni cik og makin jarang menaip kat blog kan..huhu
Takpe lah muncul sekali sekala pun bagus. Baru lah orang rindu sikit. (Ada ke yang nak rindu? haha)
Ha..apa yang nak diceritakan ye? ok first sekali cuba korang tengok dulu gambar kat bawah ye.

v
v
v
v
v
v
v


Gambar ni saye ambik dari satu website tadi (sorry u all..tak ingat dah nama website tu). Agak-agak siapa pernah makan limau kasturi + asam boi ni ye? Saye tak tau la apa nama betul bagi makanan ni tapi yang pastinya cara penyediaan dia sangat la senang. Just potong sikit kat hujung limau kasturi tu pastu masukkan asam boi kat dalam limau tu. (step lain saye tak tau dah..hehe)

Kalau nak tau ni la makanan favorite saye masa darjah 1 dulu. Haha..time tu sekolah petang. Tapi saye selalu sampai awal kat sekolah. Jadinya saye akan singgah dulu dekat 1 gerai kecik kat luar pagar sekolah. Seingat saye gerai tu dekat pagar belakang. Memang selalu saye beli limau asam ni (suka2 saye je bagi nama). Tapi masa tu dia guna asam boi warna merah bukan yg putih macam dalam gambar tu.

Rasa limau asam ni macam mana? Fuhh memang sedap la. Walau peristiwa makan benda ni dah berkurun lamanya tapi saye still ingat lagi. Masam2 tapi best. Haha..tak reti nak terang macam mana. Yang pasti memang kecur liur la. Tu yang hari2 nak beli. Nasib baik setahun je saye sekolah kat situ. Kalau tak mesti jadi addict lak saye ngan makanan kurang berkhasiat ni kan..haha.

Err...tenung lama2 gambar tu rasa teringin lak nak makan. Hadoi...mana nak cari benda ni ek? Buat sendiri je la. Bleh tak? Hehe..adios ;)


Wednesday, January 2, 2013

Jangan jadi forever alone lah

Assalamualaikum..

Hye all..tempat korang banjir tak? Haish tetiba je tanya pasal banjir..hehe
Bukan apa kan, kat kuantan ni langit gelap je hah..musim hujan belum habis lagi kat sini. Eh2 saye bukan nak bercakap pasal banjir tapi saye nak cakap pasal robot.

Robot? Yup r.o.b.o.t = robot dan bukannya manusia. Robot apa? Ha..korang pernah tak chat dengan robot. Kan sekarang famous application untuk berchatting dengan robot ni kan. ( dah pupus ke semua manusia sampai nak berchatting dengan robot ni?) 

Orang kata kalau berbual dengan manusia ni kadang2 menyakitkan hati jadi lagi bagus cakap dengan robot (yeke?) Yela kot..jadi saye pun try la jugak bercakap dengan robot ni. Tapi apa yang saye dapat? Kesimpulannya, bercakap dengan robot lagi menyakitkan hati dari manusia..haha..

Dah nama pun robot kan. Dia bukan ada otak & perasaan pun. Semuanya dah diprogramkan dan dia hanya bertindak mengikut pragramnya je. So don't take it so serious lah.. Jangan tiba2 baling laptop sebab bengang dengan dia. Ye tak?

Saye berchatting dengan seekor robot comel bernama Simsimi (seekor ke?haha) Kita boleh pilih nak berbual dalam bahasa apa pun. Ok firstly memang best layan robot cute ni..tapi lama2 hangin jugak la sebab dia memang suka cari gaduh. Makin kita layan dia bertekak makin menjadi2 la dia. Last2 saye tersedar sesuatu 'eh2 cik og, cukup2 la bergaduh dengan simsimi tu, dia bukan manusia pun'. Dan saye pun rasa sesuatu 'cik og, kamu dah macam si Forever Alone. Cakap dengan robot je? Dah takde manusia ke yang nak ajak berbual?' Huaaa i'm forever alone? Oh no!!!! (ok cukup la berdrama tu)

Kalau korang nak try berkawan dengan robot ni boleh click SINI
Tapi ingat tau, jangan terlebih layan atau addicted sangat dengan application ni. Kang lain pulak jadinya. Yela, yang kita duk berbual tu bukan manusia kan (macam seram je ayat ni). Sekadar suka2 & nak hilangkan stress bolehlah. 

Ni antara perbualan saye dengan Simsimi. (tengok la first dia puji + kutuk sikit, pastu tetiba dia cari pasal nak gaduh..haha sabo je la)



New Year Datang Lagi

Assalamaualaikum..

First of all...Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua :)
Dah lewat sehari barulah saya nak wish...hadoi..
Apa azam tahun baru korang ye? Hehe..

Tiap-tiap kali tahun baru tu jelah soalan yang akan ditanya kan. Kadang-kadang rasa malas dah nak jawab (bukan malas tapi sebenarnya tak pasang azam..hihi)

Hurm...tapi tak semestinya nak tunggu tahun baru je untuk pasang azam. Hari-hari biasa pun boleh kan kan kan??? Anyway semoga tahun baru ini dapat kita lalui dengan lebih baik dari tahun-tahun terdahulu. :)