Monday, January 28, 2013

Kemesraan Yang Hilang

Assalamualaikum..
(Entry kali ni hanyalah luahan perasaan & pendapat semata2 yang mungkin berkaitan pengalaman hidup sendiri atau orang lain.)

Dalam kehidupan ni pasti ada mereka yang rapat dengan kita. Tak kiralah mereka tu tergolong dalam kaum kerabat (family) kita sendiri, suami atau isteri, sahabat, bf atau gf atau sesiapa saja asalkan masih seorang manusia. Semakin panjang usia perkenalan kita dengan orang tersebut, semakin banyaklah sikapnya yang kita tahu kan. Buruk baiknya pun semua dah ada dalam tangan, right? Hurm, but this is not a problem. Selagi mana kita sayangkan orang tu, semua baik buruknya kita terima seadanya.

Walau bagaimanapun, hubungan sesama manusia ni tetap ada pasang surutnya. Kalau ambil contoh alam ni, kita lihat aja cuaca. Simple example. Kadang2 hujan, mendung, cerah, ribut petir, taufan dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan relationship. Ada masa bahagia, sedih, dingin, bemasam muka, merajuk dan banyak lagi lah. Tu semua asam garam. Yang penting bukannya masalah tu tapi bagaimana cara kita nak tangani konflik2 yang melanda sebab tindakan itulah yang menentukan samada keadaan semakin baik atau sebaliknya.




Sebenarnya banyak faktor penyebab sesebuah hubungan tu jadi renggang. Tapi biarlah kita fokus pada yang satu ni saje. Ye, cukuplah 1 tapi impaknya memang besar iaitu kehadiran orang ketiga. Tak kisahlah dalam hubungan apa sekalipun orang ketiga ni memang boleh jadi parasit yang hebat. Bukan dalam percintaan je tapi relationship lain pun sama. Contohnya dalam persahabatan atau hubungan kekeluargaan. 

Masih belum nampak apa bahayanya si parasit ni? Ok lets talk about it! Bayangkan ada seseorang yang baru tiba-tiba masuk dalam kisah hidup kita. Dia rapat dengan salah seorang orang yang kita sayang contohnya our bff. It's ok kan sebab dia pun ada life sendiri. Tapi si parasit ni belum puas hati, dia pengaruhi bff tu sampai dia makin renggang dengan kita & bff lain. Kita dengan geng2 lain makin terasa yang bff sorang ni dah berbeza & makin jauh. Ke mana je nak berkepit dengan si parasit. Apa-apa je aktiviti dah tak nak join. Hidupnya hanya dengan si parasit ke sana sini. Apa yang mampu kita buat? Ok fine, biarlah asalkan dia bahagia walau keadaan dah tak sama macam dulu.

Tapi mampu lagi ke bersabar bila sampai ke satu tahap, kita ni bagaikan halimunan yang tak wujud lagi. Lalu berselisih bahu pun dah tak nampak, ada apa-apa acara pun dah tak nak duduk makan sekali. Geng dah berpecah belah hanya semata-mata untuk menjaga hati si parasit sedangkan kita dan dia dah kenal dan rapat sejak kecik lagi. Semua rasa sakit tu masih disimpan dan ditelan sendiri. Tapi semua tu tak berhenti sampai situ je. Luka dalam hati tu disiram pula dengan perahan limau. Ye, sakit sangat bila kita still nak selamatkan hubungan, nak buat apa2 aktiviti masih ajak dia. Tapi apa jawapannya? Macam2 alasan dia bagi dan kita cuba terima. Tapi lastly, pada tarikh yang sama rupanya dia dah ada rancangan lain dengan si parasit. Owh patutlah...dan bukan sekali terkena tapi dah berkali2 jadi macam tu..

Maybe nampak masalah tu simple2 je. Tapi masalah yang remeh macam tu akan jadi sesuatu yang besar jika dibiar lama2. Ye, kita makin renggang dan dah tak macam dulu. Kini apa dah jadi? Berjumpa pun dah tak bertegur sapa, nak bergurau senda macam dulu? Kirim salam je lah, semua tu dah jadi mimpi. Tapi tu semua masih boleh ditelan walaupun payah.

Akibat tindakan yang terlalu menjaga hati & beri peluang tu akhirnya memakan diri sendiri. Ye, hebat betul! Lastly diri sendiri yang dituduh dan difitnah macam2. Semua kesalahan kini atas kepala kita. Demi untuk melindungi si parasit, bff tu dah buang kita jauh2. Hilang sudah segala janji2 dulu. Hilang sudah semua sifat sayang dalam diri. This is too much!

 Walau sakit hati selama ni kita tak sanggup buang dia dalam hidup kita. Walau dah renggang kita still harap dia akan kembali seperti dulu tapi dia? Entahlah, time can change everything. Yes, exactly! Kepada si parasit...tahniah kerana berjaya juga pisahkan dan pecah belahkan hubungan tu. Kepada bff yang dah memilih jalan itu, pergilah dan teruskan. Tapi andai suatu hari nanti kamu tersungkur jatuh dan waktu tu kamu dah tau yang mana satu intan & kaca terpulanglah atas tindakan kamu. Jika nak kembali kepada kami, kami akan terima dengan hati yang terbuka kerana walau mulut meluah marah namun jauh di sudut hati masih ada rasa sayang. Kami terus berdoa agar silaturrahim kembali terjalin seperti suatu masa dulu. Wassalam... 

No comments:

Post a Comment