Thursday, December 18, 2014

Majlis Nikah - 24/10/2014

Assalamualaikum..

Di sini saye nak bercerita tentang majlis nikah saye pulak (apa benda tah ayat pendahuluan saye ni, tak menarik betul..haha). Walau dah hampir 2 bulan berlalu tapi saye baru dapat update sebab busy(jawapan cliche) & sebab baru dapat gambar2 dr photographer pada bulan 12 ni.Oklah..majlis nikah berlangsung pada 24/10/2014, Jumaat. Selepas Isyak di rumah saye.

Menu malam tu ialah nasi putih, gulai lemak cili api nanas & ikan masin, lemak labu, ikan goreng, sayur goreng, sambal belacan. Macam biasa jugak, segala makanan ni dibuat di Kg. Tiram. Kat rumah kami hanya sediakan air je. Kali ni awal2 lagi dalam pukul 7.30 pm si tukang hantar makanan dah datang hantar ke rumah kami..hehe..Maybe takut jadi macam malam berinai tu, makanan sampai lambat. Disebabkan makanan dah sampai, jadi saye pun makan la dulu siap2.

Malam tu Kak Noti mekapkan saye tapi dia sampai lewat sikit. Tapi takpe lagi la sebab tetamu pun belum sampai. So, tengah duk bermekap tu saye dapat panggilan dari photographer. Alamak, diorang tak tau jalan nak ke rumah pulak. Saye malas nak cakap banyak jadi saye bagi hp kat abah je. Biar abah cakap ngan dia.

Time bermekap tu saye dengar rombongan pengantin lelaki dah sampai, tak lama lepas tu tok kadi pun sampai..alamak!! saye tak siap lagi. Kelam kabut jugak la saye. Time tu tengah pakai tudung. Ha, sekali Kak Noti & sorang lagi sepupu, Kak Aja bertungkus lumus belitkan tudung saye. Pastu makngah pulak pakaikan sarung kaki. Haha, kalau ikutkan saye punya gelabah, takde dah nak pakai2 sarung kaki tu. Nak kuar gitu je sebab diorang kat luar dah panggil suruh keluar.


Pengantin lelaki + rombongannya dah sampai


Sebahagian dari tetamu (semuanya family je ni..hehe)
Saye tak sempat pun nak feeling2 berdebar ke apa kat dalam bilik tu. Kelam kabut bersilat nak bersiap..haha..tapi time keluar & duduk kat pelamin tu automatik jadi sopan :p

Tengah2 nervous, tapi nampak kamera, so posing cepat2 :p

Dan lagi...

Dan lagiiii...nampak tak, walau kat mana kamera berada, mata saye tetap mengejarnya..haha :p
Maka bermulalah detik2 ijab kabul selepas jurunikah beri khutbah nikah dan siapkan semua prosedur. Saye dinikahkan oleh abah sendiri :) Tu salah satu impian saye dan Alhamdulillah tercapai. Lagipun jurunikah ni dah pesan awal2 waktu saye sign borang dulu. Dia kata kalau boleh biar ayah atau wali sendiri yang nikahkan, dia just bagi guide je..hehe

Jurunikah sedang bagi khutbah nikah & penerangan

Abah & Mr. F

Saye selalu tengok dalam TV dan tengok sepupu2 saye waktu nikah dulu. Mesti diorang menangis lepas akad sah. Paling kurang pun ada setitis dua air mata gugur. Tapi saye tak pulak macam tu. Kenapa ye? hehe..sebenarnya memang ada rasa sebak, happy, lega & macam2 lagi waktu tu tapi air mata tu macam bergenang dekat kelopak je pastu dia masuk balik..haha boleh macam tu? Yang betulnya saye dah set dalam kepala, takmo nangis2, kang tak lawa la dalam gambar. Lagi satu kang tertanggal contact lens yang saye pakai, ha..lagi haru kan. So duduk diam2 sudah.

Saat mendebarkan...

Alhamdulillah..dah selesai :)




 Dah selesai nikah, kena buat sesi lefaz sakinah pula..ni pun memang jurunikah dah bagitau siap2 dan dia dah sediakan lafaz tu semua. Tinggal nak kena baca je. Time ni pun macam rasa terharu & sedih. Sekali lagi kena tahan air mata. Tapi saye suka..hehe, dulu memang ada impian nak buat lafaz sakinah ni tapi rasa macam tak kan tercapai sebab selalunya dekat Johor je yang amalkan lafaz sakinah ni. Tapi tak sangka jurunikah saye tu memang dah tetapkan ada acara ni untuk pengantin yang dia uruskan :)

Pesanan ibu kepada anak

Ucapan terima kasih anak kepada ibu

Penyerahan mas kahwin

Lafaz penyerahan  & terimaan mas kahwin (eh2 terbalik pulak gambar ni dengan yang atas..haha)

Doa pengantin lelaki (kami replace acara cium dahi dengan cara ni) :)

Sign borang..menggeletar tangan. Rasanya sign saye tu ada iras2 cacing kerawit dah..hehe

Ok, sarung cincin pulak

With my family..4+1=5 :)

Abg sulung  & kakak ipar Mr.F

Kakak & kakak ipar kedua Mr.F
Dengan ma, tok & mak2 saudara..


Dengan adik & sepupu sepapat as dayang2 malam tu..hehe

Dengan dayang2 lagi

Sepupu2 lagi

Sepupu kecik + anak sepupu (yang lelaki semua kena kuarantin kat rumah tok. kalau ada diorang jadi kecoh yang amat)

Last pic..dengan sepupu saye kak oty merangkap mak andam malam tu.
Dah selesai semua, ambik gambar banyak2 lepas tu pergilah ke khemah untuk acara makan2 pulak. Lepas tu..haih banyak nye lepas tu. Acara pun selesai. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tunggu kenduri besar pulak untuk keesokan hari.

Sekian dulu..wasalam :)






Tuesday, December 2, 2014

Syoknya zaman kanak-kanak

Assalamualaikum..

Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak dulu. Sesiapa pun kalau ditanya mesti rasa nak jadi macam budak2 semula kan. Happy je, tak payah fikir pasal kerja, duit, bayar itu, bayar ini. Yang dia tau makan, main, tidur..hehe..

Tapi zaman kanak-kanak dulu rasanya lebih adventure kot dari sekarang sebab budak2 sekarang banyak terdedah dengan permainan komputer, gadjet & teknologi. Permainan dia pun kebanyakannya ada dihujung jari. Touch2 je. Budak dulu2 (amboi macam dah tua sangat je saye ni kan..hehe) permainan dia semuanya real2 je. Nak main masak2 kena ada 'kuali', 'pinggan', 'mangkuk'. Nak main perang2 kena ada 'pistol' & 'senapang'. Nak main cikgu2 kena ada 'murid', 'papan hitam'. Ha...seronok sangat.

Lagi satu, kanak2 ni selalunya imaginasi & kreativiti dia memang tak tercapai oleh akal orang dewasa kan..hehe. Ingat lagi dulu2, saye suka sangat main susun2 bantal kusyen. Ala zaman 90 an dulu rumah selalunya pakai kusyen kayu & rotan pastu ada bantal dia kan. Ha, time tu saye dengan cik eyra suka sangat susun bantal2 tu buat macam rumah. Kadang tu siap ada atap lagi. Best sangat la duduk dalam 'rumah kecik' tu. Dah puas main rumah2, kami susun bantal tu berlapis2 sampai jadi tinggi lepas tu duduk atas tu..haha..kemudian terbalik & jatuh ke lantai. Ha, part tu paling syok. Mujur ma & abah tak marah main macam tu dengan syarat lepas main tu kemas macam sediakala. Kalau tinggal sepah2 memang kena bebel. 

Kemudian apa lagi ye? Ha...kalau balik kampung saye memang suka sangat main pasir dengan sepupu. Masa kecik2 dulu saye & family stay dekat KL. Jadi sesekali balik kampung dekat Kuantan memang syok la. Dengan pasir tu macam2  kami boleh buat. Nak buat kek, air milo, susu..wah semua boleh. Kadang2 kami bina kota & istana pasir. Feeling main istana pasir dekat tepi pantai..haha..siap ade kolam semua. Masa tengah asyik mengorek tanah tu kadang2 ada jugak la terjumpa cacing..time tu buat dek je..campak cacing tu jauh2 pastu sambung buat pembinaan..takde langsung rasa geli..haha.

Masa dekat kampung jugak, saye suka mandi bunga. Tapi bukan sebarangan bunga tau..selalunya saye & sepupu2 mandi bunga tahi ayam. Haha..time tu deria bau kami ni tak berfungsi dengan baik kot sampai tak terbau 'wangi' bunga tu. Ataupun sebenarnya dah terpukau dengan bunga yang comel berwarna warni tu. Ala waktu tu suka sangat nak feeling2 puteri. So, puteri kena la mandi bunga (imaginasi budak2 kan). Jadi bunga tahi ayam je la yang berlambak & tumbuh melata tepi jalan. Kalau bunga lain kang bunga yang orang tanam. Nanti kalau petik, tuan dia marah. Jadi ambik je la bunga tu, bawak masuk dalam bilik air & letak dalam besen. Pastu cedok air slow2 dengan gayung & curah atas kepala. Wow, memang 'harum' la 'puteri2' tu. Eh lupa nak bagitau, kami memang mandi 2-3 orang la time tu, ala budak2 kan biasa la mandi ramai2. Ha..pastu duduk la dalam bilik air dekat sejam sampai orang kat luar dah bising2.

Macam-macam lagi benda yang dibuat zaman kanak2 dulu. Tapi kalau nak dicerita semua, mau jadi novel pulak entry ni..hehe..Kesimpulannya zaman kanak2 memang syok. Sekian terima kasih. ;)




Main masak-masak : Orange Cheese Cake

Assalamualaikum..

Malam semalam rasa terlebih rajin pulak. Jadi disebabkan kerajinan tu maka terciptalah orange cheese cake (main hentam je letak nama ni) hehe..

Sebenarnya cik eyra dah lama ajak saye buat kek ni. Tapi disebabkan bz (yela tu) tambah pulak takde mood (sebenarnya malas..haha) jadi hasrat nak buat kek ni dipendam aje lah. Kek oren ni selalunya kami buat waktu raya. Memang sedap & simple je. Tapi takde lah topping2 ni. Semalam saje je nak test letak topping cheese. Eh eh sedap la pulak. Rasa ala2 kek cheese leleh dah cuma takde cheddar cheese je. Kalau ada mesti rasa dia sebijik macam kek cheese leleh (amboi ye2 je kan).

Ok lah kepada sesiapa yang nak try, boleh salin resepi kat bawah ni ye.

Orange Cheese Cake:

Bahan (Kek)
150 gram tepung gandum
150 gram marjerin
150 gram gula castor (boleh kurangkan kalau taknak manis)
1 sudu teh baking powder
2 biji telur
2 biji oren sunkist (perah, ambil jus sahaja, kalau oren jenis banyak air, ambil 1 biji 1/2 pun dah ok)
sedikit pewarna kuning

Bahan (topping)
250 gram cream cheese
1/2 tin susu pekat manis

Cara-cara buat kek
1. Putar marjerin dengan gula kastor hingga sebati dan sedikit kembang.
2. Masukkan telur sikit demi sedikit dan putar lagi.
3. Masukkan tepung dan baking powder, stop putar. Kaup balik adunan menggunakan sudip kayu sahaja.
4. Setelah adunan sebati, masukkan sedikit pewarna kuning.
5. Masukkan ke dalam loyang dan bakar dalam oven selama lebih kurang 30-40 minit.
(tips: anda perlu potong kek kepada dua bahagian setelah ia masak atau bahagikan kek kepada 2 bahagian sebelum dibakar.

Cara-cara buat topping
1. putar cream cheese dan susu pekat manis sehingga adunan sebati.
2. Sapu krim ini ke bahagian kek pertama. kemudian lapiskan dengan kek kedua.
3.Sapu topping ke atas lapisan kek kedua.
4.Hias kek mengikut kreativiti.
5. Masukkan sebentar kek ke dalam peti sejuk.
6.Siap untuk di makan :)














 Selamat mencuba ;)