Wednesday, December 7, 2016

Balik kampung!!!

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah berada di hujung 2016 kan? Sekejap je masa berlalu. Sempena cuti sekolah ni (eh, feeling anak dah bersekolah kononnya..haha) kami sekeluarga balik ke kampung Mr.F di Sungai Petani, Kedah. Bukan kami bertiga je tau, tapi ma, abah & cik eyra ikut sekali..haha..bukan apa. Sambil balik kampung jenguk saudara mara, sambil2 nak makan angin juga.

Kami balik sekejap je, Jumaat malam (2/12/2016) bertolak. Sampai di sana pukul 4 pagi. Alhamdulillah perjalanan lancar dan Aqeef pun tak muntah. Hari tu kami ke Bukit Tinggi, sampai je area Bentong dia muntah. Pergi KL baru2 ni pun sama. Muntah 2x. Kali ni ikut petua orang dulu2. Ambik kulit dr batang pokok pisang gala (ada orang panggil pisang benggala) ikat di pinggang macam tali pinggang tu. Tapi bismillah & selawat dulu, doa pada Allah semoga dengan ikhtiar tu dapat tahan dari muntah. Insyaallah berkesan. Untuk orang dewasa pun boleh ye.

Apa pandang2 ? Saye pakai 'tali pinggang hikmat' tau. Tak muntah atas ibu pun.

Hari Sabtu (3/12/2016) tengahari kami ke Penang. Naik feri..tapi hujan lebat la pulak..huhu..Hajatnya nak jalan2 di Penang tapi sebab hujan maka kami round2 kereta je dulu. Syukur hujan kejap je jadinya terus tuju ke Penang 3D Trick Art Museum. Tiket dewasa RM15, kanak2 4-12 tahun RM10.





Best jugak la muzium ni walau tak berapa besar tapi semua ruang diorang manfaatkan. Mula2 macam blur2 nak ambik gambar. Campur dengan segan jugak..haha..tapi lama2 syok pulak. Lagi best sebab pekerja2 muzium sangat friendly & diorang selalu offer nak tolong ambikkan gambar. Diorang pun rajin explain & tunjuk gaya pose yg sesuai. Tengok je la gambar2 yang saye tepek ni..hehe

Masa ni macam segan2 lagi nak bergambar..hehe

Tayar bas berpusing2..pusing2..pusing2


Boleh pulak berdiri atas tikar terbang..haha

Fly me to the moon!

Budak yang riang gembira. Dia tengok kami posing pastu dia gelakkan kami.. :p





Merasa jugak saye nak jadi besar..hihi



Posing yang 'menyeksakan' 


Kau dah kenapa ju on oii, nak muncul siang2 hari? Kan dah kena tarik rambut.


Realitinya kami tak pandai berenang, dalam gambar 3D pun tenggelam. Tak pandai berenang jugak..hahaha

Dah puas bergambar, kami ke Bukit Bendera. Kat sini pula bayaran untuk dewasa RM10, kanak2 4-12 tahun RM5. Naik train yang laju bukan main tu...kecut perut rasanya. Kat atas bukit ni kami jalan2 je sambil tengok pemandangan bandar Pulau Pinang dari atas, ambik gambar..itu je la. Lepas tu tengok hari dah petang, beratur la untuk naik train. Tapi kali ni kena beratur panjanggggg sangat. Aqeef pulak mula buat ragam. Nak main turun naik tangga la, nak menyusu la, nak berlari ke sana sini. Saya dengan cik eyra duk keluar masuk barisan sebab melayan dia. Kalau nak biar je dia buat konsert rock pulak kat situ. Sepanjang dalam train turun bukit tu pun dia menangis terjerit2. Nasib la siapa yg 1 gerabak dengan kami..tahan telinga je la dengar suara kuat si kecik ni..hehe.

Atas bukit bendera

Opps..sorry gambar gelap. Malas nak edit.

Ma & abah

Aqeef tengah happy lagi ni.

Aqeef & his mama (cik eyra)


Tengok betul2 muka saye..muka redha sebab budak ni dah start buat perangai. Orang lain dah beratur nak naik train. Kami duk merepek kat bawah tu..hehe

Ahad (4/12/2016) kami jalan2 ke rumah saudara mara je. Dari pagi sampai lewat petang baru tamat. Tapi hari tu memang kenyang perut. Ye la, gi sana dapat minum air, gi sini dapat makan nasik, gi sinun dapat makan laksa..ha..macam beraya pulak rasanya. Malamnya kami ke Pantai Merdeka, makan ABC Gunung Jerai. Saja je nak rasa sebab duk tengok dalam FB macam sedap kan..Ha dah rasa, ok la..biasa2 je cuma untungnya sebab besar gedabak, makan boleh share2.

Punya la susah nak posing dengan Aqeef ni. Habis segala gambar jadi candid je.


Suka sangat dengan view sawah padi belakang tu :)


ABC Gunung Jerai

Isnin (5/12/2016), dah balik ke Kuantan semula. Dalam pukul 5 petang sampai rumah.

Yang bestnya balik je dari Kedah, tiba2 Aqeef berjalan tak nak pimpin2 tangan dah, tak nak merangkak dah..haha..elok, laju je berjalan. Rupanya dia nak tunggu balik kampung dulu baru nak jalan lancar :D

Ok la..lain kali cerita lagi ye..wasalam.


Tuesday, November 15, 2016

Puding roti berkhasiat untuk bayi setahun ke atas

Assalamualaikum

Wow tajuk bukan main panjang..hehe. Biar la tajuk panjang sikit kan, dah lama tak post apa2 entry. Ok, straight to the point. Beberapa hari lepas saye buat puding roti. Sebenarnya dah dekat seminggu mr.F request, tapi disebabkan bz yang amat dengan tempahan candy buffet terpaksa la pending dulu. Kalau nak cuci mata atau nak tempah candy buffet boleh la search instagram: catalyst_deco atau fb: Catalyst Deco Perancang Majlis..hehe

Oh, berbalik kepada kisah puding roti, style saye buat ni jenis yang tak perlu makan dengan kuah castard tau. Resepi ni turun temurun dari ma saye. Dulu masa saye kecik2 ma selalu buat sebab saye suka makan puding roti ni. Bila dah besar kena buat sendiri la pulak tapi saye ada ubah suai sikit resepi & tak sangka pulak jadi lagi sedap..hahaha (eh2 perasan pulak). Betul la sedap untuk tekak saye & family ;)

Ha, bila dah buat puding roti kali ni Aqeef pun join makan. Tak sangka la dia suka jugak. Tengok dia gemar kan, saye pun buatlah puding roti khas untuk dia pulak. Resepi lebih kurang cuma saye ubah bersesuaian untuk baby. Biar lebih berkhasiat. Sesiapa nak try boleh la ambil resepi di bawah ni:

Bahan2
6 keping roti gardenia
2 scoop susu dugro *
1 scoop susu pediasure *
2 sudu besar nestum *
1 biji telur ayam
2 sudu besar marjerin
1 1/2 cawan air suam
2 biji pisang emas
2 keping keju cheddar

Note: susu yang bertanda * boleh ditukar ikut susu yang anak anda minum. Nestum pun sama. Boleh juga nak diganti dengan oat.

Cara2
- Carik-carik roti, letakkan dalam bekas yang nak diguna waktu bakar puding nanti.
-Bancuh susu dengan air suam, masukkan sekali nestum.
-Tuang bancuhan susu ke atas roti. Biar susu diserap oleh roti.
-Sediakan bekas lain, masukkan marjerin dan kacau dengan sudu. Masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
-Sementara itu, anda boleh panaskan oven.
-Masukkan roti tadi ke dalam bekas yang berisi marjerin. Gaul agar sebati.
-Masukkan separuh adunan ke dalam bekas, potong pisang nipis2 dan susun ikut kreativiti di atas adunan tadi. Kemudian masukkan baki adunan tadi. Akhir sekali letakkan keju di bahagian permukaan puding.
-Bakar lebih kurang 20 minit dengan suhu 180 darjah celsius atau hingga masak keemasan.
- boleh makan panas2 atau sejukkan dalam peti ais.

Gambar dalam proses tak ingat ambik, dah siap baru snap..haha

Ni lah rupa dia..boleh makan terus ye. Tak perlu buat sos kastard

Selamat mencuba :)

P/s: saye dah try rasa..sedap. Cuma kurang manis. Tapi eloklah untuk anak kecik kan. Kalau nak maniskan lagi boleh banyakkan pisang atau tambah kismis.




Thursday, September 22, 2016

Bee party for little honey "bee"

Assalamualaikum

Dah hampir 3 minggu majlis birthday Aqeef baru nak update. Walaupun hari lahirnya 29.08 tapi kami buat majlis pada 03.09 sebab tarikh tu hari sabtu. Senang sikit buat hari cuti kan.

Majlis birthday ni buat kecil-kecilan dalam family je. Makanan pun simple2 untuk minum petang. Cuma decoration candy buffet je meriah sikit. Tu pun sebab saye dan cik eyra buat sendiri. Kalau nak tengok design2 lain boleh ke page fb kami Catalyst Deco. Hehe..

Kami pilih tema bee sebab rasa macam jarang orang buat tema ni. Satu lagi sebab saye suka dengan baju kostum lebah tu..haha. Bayangkan masa Aqeef dalam pantang lagi saye dengan cik eyra dah bincang2 nak buat tema bee untuk birthday Aqeef. Abah Aqeef? Dia ikut je..serah 100% kat ibu sebab ibu lagi pandai bab tema2 ni..cewah perasan..haha

Ok lah, sebelum tutup cerita saye selitkan beberapa gambar untuk tatapan semua.

Candy buffet bee theme untuk Aqeef :)

Ada cerita tak best di sebalik kek ni. Saye tempah kek tema bee. Tapi yg dibuat tema lady bug. Kemudian cream tu dibuat corak tajam2. Adoi..tak berkenan sungguh.

Disebabkan geram dengan rupa kek tu, saye & cik eyra ubah balik deco kek tu..ha..puas hati, akhirnya buat sendiri lebah2 guna fondant.

Cupcake ni buat sendiri je..hehe

Potong kek..mujur mood birthday boy baik je


Tok abah, tok ma, mama, ibu, Aqeef & abah

Dengan geng budak2

Aqeef & ibu

Esok hari baru Aqeef buka hadiah..sebab lepas acara je birthday boy penat sampai tertidur..hehe

Suka sangat dia..dengan bertambahnya mainan Aqeef maka bertambahlah kerja ibu utk mengemas.

Sekian ;)

Thursday, September 1, 2016

Happy birthday my little prince

Assalamualaikum

Agak terlambat dah entry ni..huhu.. Tak pe lah. Pada 29/08/2016 maka secara rasminya Ahmad Aqeef Zhafran dah pun berusia setahun. Yeay, happy birthday dear :')



Alhamdulillah, anak ibu dan abah membesar dengan sihat. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang usia. Dipanjangkan umur, jadi hamba Allah yang soleh, jadi anak yang baik. Berjaya di dunia dan akhirat.





We love you always. Ibu dan abah doakan semoga Aqeef membesar jadi anak yang membahagiakan kami, penyejuk hati & penenang jiwa. Amin :)