Sedar tak sedar dah berada di hujung 2016 kan? Sekejap je masa berlalu. Sempena cuti sekolah ni (eh, feeling anak dah bersekolah kononnya..haha) kami sekeluarga balik ke kampung Mr.F di Sungai Petani, Kedah. Bukan kami bertiga je tau, tapi ma, abah & cik eyra ikut sekali..haha..bukan apa. Sambil balik kampung jenguk saudara mara, sambil2 nak makan angin juga.
Kami balik sekejap je, Jumaat malam (2/12/2016) bertolak. Sampai di sana pukul 4 pagi. Alhamdulillah perjalanan lancar dan Aqeef pun tak muntah. Hari tu kami ke Bukit Tinggi, sampai je area Bentong dia muntah. Pergi KL baru2 ni pun sama. Muntah 2x. Kali ni ikut petua orang dulu2. Ambik kulit dr batang pokok pisang gala (ada orang panggil pisang benggala) ikat di pinggang macam tali pinggang tu. Tapi bismillah & selawat dulu, doa pada Allah semoga dengan ikhtiar tu dapat tahan dari muntah. Insyaallah berkesan. Untuk orang dewasa pun boleh ye.
Apa pandang2 ? Saye pakai 'tali pinggang hikmat' tau. Tak muntah atas ibu pun.
Hari Sabtu (3/12/2016) tengahari kami ke Penang. Naik feri..tapi hujan lebat la pulak..huhu..Hajatnya nak jalan2 di Penang tapi sebab hujan maka kami round2 kereta je dulu. Syukur hujan kejap je jadinya terus tuju ke Penang 3D Trick Art Museum. Tiket dewasa RM15, kanak2 4-12 tahun RM10.
Best jugak la muzium ni walau tak berapa besar tapi semua ruang diorang manfaatkan. Mula2 macam blur2 nak ambik gambar. Campur dengan segan jugak..haha..tapi lama2 syok pulak. Lagi best sebab pekerja2 muzium sangat friendly & diorang selalu offer nak tolong ambikkan gambar. Diorang pun rajin explain & tunjuk gaya pose yg sesuai. Tengok je la gambar2 yang saye tepek ni..hehe
Masa ni macam segan2 lagi nak bergambar..hehe
Tayar bas berpusing2..pusing2..pusing2
Boleh pulak berdiri atas tikar terbang..haha
Fly me to the moon!
Budak yang riang gembira. Dia tengok kami posing pastu dia gelakkan kami.. :p
Merasa jugak saye nak jadi besar..hihi
Posing yang 'menyeksakan'
Kau dah kenapa ju on oii, nak muncul siang2 hari? Kan dah kena tarik rambut.
Realitinya kami tak pandai berenang, dalam gambar 3D pun tenggelam. Tak pandai berenang jugak..hahaha
Dah puas bergambar, kami ke Bukit Bendera. Kat sini pula bayaran untuk dewasa RM10, kanak2 4-12 tahun RM5. Naik train yang laju bukan main tu...kecut perut rasanya. Kat atas bukit ni kami jalan2 je sambil tengok pemandangan bandar Pulau Pinang dari atas, ambik gambar..itu je la. Lepas tu tengok hari dah petang, beratur la untuk naik train. Tapi kali ni kena beratur panjanggggg sangat. Aqeef pulak mula buat ragam. Nak main turun naik tangga la, nak menyusu la, nak berlari ke sana sini. Saya dengan cik eyra duk keluar masuk barisan sebab melayan dia. Kalau nak biar je dia buat konsert rock pulak kat situ. Sepanjang dalam train turun bukit tu pun dia menangis terjerit2. Nasib la siapa yg 1 gerabak dengan kami..tahan telinga je la dengar suara kuat si kecik ni..hehe.
Atas bukit bendera
Opps..sorry gambar gelap. Malas nak edit.
Ma & abah
Aqeef tengah happy lagi ni.
Aqeef & his mama (cik eyra)
Tengok betul2 muka saye..muka redha sebab budak ni dah start buat perangai. Orang lain dah beratur nak naik train. Kami duk merepek kat bawah tu..hehe
Ahad (4/12/2016) kami jalan2 ke rumah saudara mara je. Dari pagi sampai lewat petang baru tamat. Tapi hari tu memang kenyang perut. Ye la, gi sana dapat minum air, gi sini dapat makan nasik, gi sinun dapat makan laksa..ha..macam beraya pulak rasanya. Malamnya kami ke Pantai Merdeka, makan ABC Gunung Jerai. Saja je nak rasa sebab duk tengok dalam FB macam sedap kan..Ha dah rasa, ok la..biasa2 je cuma untungnya sebab besar gedabak, makan boleh share2.
Punya la susah nak posing dengan Aqeef ni. Habis segala gambar jadi candid je.
Suka sangat dengan view sawah padi belakang tu :)
ABC Gunung Jerai
Isnin (5/12/2016), dah balik ke Kuantan semula. Dalam pukul 5 petang sampai rumah.
Yang bestnya balik je dari Kedah, tiba2 Aqeef berjalan tak nak pimpin2 tangan dah, tak nak merangkak dah..haha..elok, laju je berjalan. Rupanya dia nak tunggu balik kampung dulu baru nak jalan lancar :D
Ok la..lain kali cerita lagi ye..wasalam.
No comments:
Post a Comment