Thursday, July 13, 2017

Family Day & Dinner Bollywood Theme

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan saye akan update berkenaan Family Day dan dinner family kami tahun ni. Ok secara ringkasnye family sebelah ma saye memang ada buat kelab keluarga. Tujuannya supaya silaturrahim berkekalan walaupun generasi terdahulu dah tak ada satu hari nanti. Kelab kami ni dinamakan sebagai MohamadMariam Family Club (MFC). Mohamad tu merupakan nama allahyarham datuk saye iaitu bapa kepada ma. Manakala Mariam tu nenek saye iaitu ibu kepada ma. Haa..itu la sedikit sebanyak kisah MFC.

Tahun ni kami buat family day di Bukit Gambang Resort City. Tarikhnye 08.07.2017 hingga 09.07.2017.
Ni kali kedua kami buat family day kat sini. 2 tahun lepas dah pernah buat. Waktu tu tema Cowboy untuk dinner. Disebabkan bilik kat sini selesa, makanan sedap, servis pun bagus so kami repeat buat gathering di sini. Tahun lepas buat di tempat lain tapi agak mengecewakan.

Bagi kelancaran program memang kami ada ahli jawatankuasa yg dinamakan AJK Bertindak setiap kali buat family day + dinner. AJK ni lah yang akan uruskan bahagian booked hotel, pembahagian bilik, urusan tema, hias dewan, persembahan, hadiah2 dan lain2. Pendek kata dari A to Z memang atas tanggungjawab AJK Bertindak. Pengerusi just approve atau tolak je cadangan AJK..hehe.. Ahli2 lain hanya perlu hadirkan diri dan involve dalam setiap acara. Tak perlu pening2 nak uruskan majlis.

Wahh banyak pulak bagi explaination. Haa..kite layan gambar pulak la. Oh ye..tahun ni dinner kami tema Bollywood tau..hehe..semangat sorang2 ahli cari baju 😍

Pekerja resort tengah setup lcd

AJK tengah buat preparation dalam dewan. Kami datang awal. Dalam pukul 12 tengahari. Ahli2 lain datang dalam pukul 3 pm.

Buat arch. Seperti biasa saye dan cik eyra ditugaskan kerja deco2 ni πŸ˜‚

Box untuk gimik pelancaran

Sebahagian dari AJK. Saye takde sini. Time ni dah naik ke bilik. Nak bagi tidur Aqeef kononnye. Tapi budak kecik tu excited. Tak tidur2..haha πŸ˜…


Ketibaan ahli family πŸ˜ƒ


Ni memang acara wajib. Sampai je, check in pastu terjun kolam..hehe


Budak2 memang paling syok time acara mandi manda ni

Yeay, akhirnya dapat bermekap dah..hehe.. Punya la semangat, saye siap upah mua untuk mekap. Kalau ada orang Kuantan or Temerloh nak mekap boleh hire sis Juliana Jue ni. Cantik tau dia mekap.


Ahli keluarga menunggu green light untuk masuk ke dewan

Sambil tunggu tu masing2 snap gambar. Ni Aqeef dengan auntie Isya

Kanak2 ribena

Isya & Yaya

Gambar family: abah, ma, eyra, saye, Mr.F & aqeef


Abah & ma

Ok..dapat dah gambar sekeluarga tanpa aqeef buat perangai..haha

Gambar formal ahli keluarga

Gambar tak formal pulak

Acara dah mula

Aqeef & dua pupu sebayanye..Jauzaa. Dua2 budak ni asyik nak kehulu ke hilir je..hehe

Acara tukar hadiah..

Tukar2 hadiah lagi

Dan tukar hadiah lagi..

Ok malas dah nak tepek gambar..haha.. sebenarnya acara start dalam pukul 8.30 malam dan berakhir pukul 12 am. Macam2 acara la ada..hehe

Sebelum akhiri post ni saye nak share 2 video klip kami yg ditayangkan malam dinner tu. Ok wasalam 😎


Video AJK Bertindak MFC 2017


Video lagu raya MFC 2017





Monday, July 3, 2017

Kulit muka breakout? Jangan panic


Assalamualaikum

Apa anda rasa bila tiba2 kulit muka anda breakout? Oh no..mesti tension habis kan? Nak2 lagi masalah ni terjadi dalam beberapa minggu lagi sebelum tiba hari raya. Habislah..rasa awan2 mendung menyelubungi hidup setiap masa.

Ni lah yang terjadi pada saye baru2 ni. Akibat gatal nak tukar sabun muka & nak try krim muka baru.. ha rasa lah kejap azabnye. Kisahnye macam ni. Dalam awal bulan 6 lepas, konon nak tukar angin. Saye try lah satu sabun muka dari Jepun. Saye dah habis habisan research so rasa sabun ni meyakinkan. Saye pun beli lah di shopee. Kemudian kebetulan krim muka saye nak habis dah so macam berkenan sangat nak try 1 krim muka ni keluaran korea. Kalau saye sebut kat sini confirm korang kenal jenama ni sebab bedak compactnye memang popular. Tanpa ragu2 saye pun beli di lazada..cewahh

Start awal bulan 6 saye pun pakai la sabun dan krim ni dengan harapan berbunga2 agar kulit lebih flawless di hari raya. Hari demi hari pakai, apa yang saye perasan sabun ni macam sangat2 la keras dan kesat. Lepas cuci muka, kulit rasa macam hilang minyak. Tapi disebabkan yakin, so pakai je la. Yang krim pulak saye rasa tak best jugak. Sebab lepas 3-4 kali pakai rasa macam gatal merenyam je kulit muka.

Ada la 5 kali je pakai krim tu lastly saye stop sebab tak tahan dah kulit rasa gatal. Jadinya pakai sabun je la. Masalahnya saye perasan kulit saye jadi kering dan menggelupas pulak. Oh no, ni masalah apa ni? Krim ke sabun. Akhirnya saye stop pakai sabun pulak. Kemudian tiba la episod sedih dan pilu. Kulit yang tak pernah bermasalah dah breakout. Jadi macam mana? Kulit menggelupas, gatal sangat2, rasa tegang, kalau berpeluh macam pedih2. Kalau kena panas nampak merah2 dan gatal campur pedih. Pastu kulit tak licin bak telur dah..bila sentuh rasa kasar & ada bintik2. Yang bintik2 tu kalau sekali tengok tak nampak sebab dia just ada dalam kulit. Dia tak timbul betul2 keluar dari kulit. Haa..paham ke tak ni? πŸ˜‚

Saye search2 google, akhirnya jumpa kesan racun skincare yang macam berkaitan dengan masalah kulit saye ni. Iaitu berkenaan bahan yang bernama tretinoin. Iaitu sejenis bahan untuk mengubat jerawat dan ada juga diletak dalam krim pemutih. Ia akan menghakis lapisan kulit sikit demi sedikit. Kesan2 nye adalah kulit menggelupas, merah, kering, pedih, gatal2. Kulit juga akan menjadi lebih sensetif kepada cahaya matahari. Yup, sangat2 serupa simptomnya. Tapi saye tak tahu la sabun atau krim yang merosakkan kulit saye ni.

Lepas tu apa saye buat? Nak menangis di bucu katil sambil sumpah seranah ke krim dan sabun durjana ke? Hehe..buang masa je kan. Ok marilah kite berkongsi sedikit ilmu. Apa yang saye buat untuk mengembalikan kulit yang sihat selepas breakout. Di bawah ni saye sediakan tips apa yang perlu dibuat jika kulit anda rosak seperti yang saye alami 😌 oopss sebelum tu, saye ingatkan, ni berdasarkan apa yang saye buat ye. Bukan saranan dari mana2 pakar.

1. Jangan panik
Pertama sekali jangan panik bila kulit anda bermasalah. Bertenang dan fikir dengan waras sebab bila panik, kita akan stress, bila stress maka...makin buruk la keadaan.

2. Berhenti guna skincare bermasalah
Yang ni penting. Bila dah tau muka anda rosak akibat skincare yang anda guna, sila stop guna bahan tersebut serta merta. Jangan la terlalu husnudzon sangat. Kata tak apa lah. Try dulu sebulan, maybe healing crisis je. Jangan! Sebab skincare yang baik tidak akan menyebabkan kulit anda sengsara semata2 untuk cantik flawless.

3. Rehatkan kulit
Macam saye, selepas stop pakai sabun dan krim tu, saye rehatkan kulit. Tak pakai sebarang skincare. Cuci muka guna air je. Ada orang tunggu sampai seminggu atau dua minggu. Tapi saye 'puasa' 3 hari je..hehe. Lepas tu saye cuci muka guna oat yang dikisar halus. Buat ala2 scrub. Tapi krim2 muka memang tak tepek lagi. Cuma saye sapukan minyak zaitun atau aloe vera gel je di wajah. Sebab tak tahan perit. Kulit dah kering sangat kan. Sesekali saye sapu lotion talc cosmoderm dekat kulit. Lega juga rasa gatal2 tu. Haa..satu lagi jangan garu2 kulit yang gatal. Sebab kalau garu nanti makin buruk kulit yang dah bermasalah tu tau. Bersabarlah, tahan jari2 tu dari menggaru.


4. Guna pencuci yang 'lembut'
Puas saye fikir nak pakai pencuci muka apa pulak sebab kulit dah jadi sangat kering dan sensitif. Tiba2 terfikir pasal jenama cosmoderm. Jadi search2 dekat websitenya. Jumpalah pencuci muka gentle cosmoderm. Tiubnya warna biru. Ianya sesuai untuk kulit sensitif. Haa..apa lagi. Berdesup terus pergi cari kat farmasi. So dah jumpa, saye pun pakai. So far, pencuci ni ok. Sangat lembut dan tak berbuih. Lepas cuci muka rasa lembab je. Jadi rutin saye tiap hari, cuci muka dengan pencuci muka cosmoderm gentle tiap pagi dan malam. Lepas tu lap lembut2. Apply pula minyak zaitun atau aloe vera gel. Bedak compact terpaksa dilupakan sekejap. Tak boleh pakai sebab nanti terserlah kulit yang tengah menggelupas. Malam2 sebelum tidur ada waktunya saye sapu laneige water sleeping mask.

5. Bebaskan wajah dari alat solek
Sepanjang muka tengah breakout ni memang saye tak pakai alat mekap. Kecuali lipstick sebab bibir tak breakout kan..hehe. Bayangkan la masa hari raya pun saye tak berbedak langsung. Apatah lagi nak sapu blusher atau eyeshadow. Nak kulit cepat sembuh? So kena lah bersabar sikit kan. Tapi Alhamdulillah sebab dalam masa lebih kurang dua minggu kulit saye dah makin kurang menggelupas, gatal2 pun dah kurang. Masa hari raya pertama tu kulit dah tak sesadis awal2 dulu. Tapi saye kena kerja keras lagi sebab misi saye, untuk dinner family day 8.7.2017 ni saye nak kulit saye dah sihat. Nak balas dendam bermekap..haha πŸ˜‚

6. Pakai masker
Pada hari raya ke 7 tetiba dapat idea. Why not saye pakai masker yougurt? Sebab yougurt kan elok untuk kulit. Maka pergilah beli yougurt pulak. Gigih betulkan. Lepastu terbaca pulak kat fb, ada orang buat masker guna tepung beras. Ha..maka terhasil la masker tepung beras campur yougurt. Saye baru pakai semalam. Hasilnye..wah memang kulit lebih lembut, anjal, dan paling saye suka sebab rasa lembab & kulit gelupas makin hilang. Ada 10% je lagi kot. Saye pun saja2 try pakai bedak compact semalam. Ohh..sukanye, sebab dah tak nampak pelik lagi bila pakai bedak. 😍
Lepas ni tiap malam nak tepek masker tu..hehe

Itu saja tips2 saye. Harap dapat membantu anda yang ada masalah serupa macam saye. Kat bawah ni ada gambar2 saye waktu muka tengah breakout, waktu proses penyembuhan & waktu dah hampir pulih. Tapi gambar specific time breakout tu tak ada. Maklum lah muka tengah bermasalah, tak sanggup nak snap gambar..hehe.. pengajarannya hati2 memilih produk muka. Sebab tersilap pilih merana lah kulit.

KULIT BREAKOUT: Ingat lagi gambar ni? Masa shooting video ni kulit tengah breakout giler2. Waktu ni pakai lipstik dan minyak zaitun je. Bedak tak pakai. Itu pun kalau zoom gambar nampak kulit menggelupas. Satu lagi, nampak kulit macam banyak garis2 halus kan? Sebab kulit dah kering sangat so nampak lebih tua dari usia.

PROSES PENYEMBUHAN: Waktu hari raya pertama. Tak pakai bedak jugak. Just apply aloe vera gel dan lipstick. Tapi kulit dah ok sikit. Takde kering sangat sampai nampak macam orang tua..huhu..

HAMPIR SEMBUH: Ni gambar semalam. Sapu aloe vera gel kemudian try pakai bedak compact. Ok dah hampir lulus. Bedak tak bercapuk dah πŸ˜™


Nota:

1. Kebaikan aloe vera gel untuk kulit
πŸ˜‰ melembabkan kulit
πŸ˜‰ merawat jerawat
πŸ˜‰ melawan masalah penuaan kulit
πŸ˜‰ mengurangkan strect mark
πŸ˜‰ merawat sunburn

2. Kebaikan minyak zaitun untuk kulit
😚 membersih mekap
😚 mencegah kedutan kulit
😚 melembabkan kulit
😚 menghilangkan gatal kulit
😚 memperbaiki kulit rosak
😚 menghilangkan sel kulit mati
😚 menganjalkan kulit
😚 meredakan iritasi

3.kebaikan yougurt untuk kulit
😍 sebagai pelembab dan pencerah kulit
😍sebagai scrub
😍 mengubati jerawat
😍memudarkan noda wajah
😍 mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
😍meratakan warna kulit
😍 anti penuaan kulit
😍 melawan infeksi kulit
😍 memulihkan kulit sunburn

4. Kebaikan tepung beras untuk kulit
πŸ˜€ mencerahkan wajah
πŸ˜€ menghalus dan melembabkan kulit
πŸ˜€ mengatasi minyak berlebihan di kulit wajah
πŸ˜€ menanggalkan sel kulit mati
πŸ˜€ memudarkan bekas jerawat
πŸ˜€ menjadikan kulit lebih bersih

Sekian 😊

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

Salam Aidilfitri. Dah seminggu raya baru nak beri ucapan..hihi

Korang beraya di mana tahun ni? Saye macam biasa beraya di Kuantan juga dan macam tahun2 lepas juga, raya pertama di rumah tok2 saye. Raya kedua rumah saye pula buat open house. Time buat open house ni orang yang paling happy ialah Aqeef.  Bukan main suka lagi sebab ada ramai orang datang kat rumah. Siap jadi penyambut tetamu paling mesra lagi..haha..Last2 dalam pukul 3 petang dah tertidur kepenatan. Pukul 6 lebih pun tak nak bangun lagi.

Ok la malas nak cerita banyak. Kita layan gambar je ye. Oh ye..macam tahun lepas jugak, saye masih tak berjaya ambik gambar keluarga dengan posing yang ok. Aqeef ni memang tau, kalau ambik gambar dia sorang bukan main pandai posing. Bila nak ambik family potret, hiah! Start la macam2 aksi dia. Cubaan nak ambik gambar masa raya kedua pun fail. So redha je la kan.


 Masa ni mood baik je..bukan main lagi posing 

Nak ambik gambar family kononnye..dan2 Aqeef buat perangai

Nak berlari2....tak nak ambik gambar πŸ˜‚

Ni je lah posing paling senonoh pun


 Gambar 1 family pun asyik kelaut je..haha 

Yang ni ok la sikit

Aqeef dengan 2 pupu & mak sepupu


Aqeef dengan pak & mak sepupu & 2 pupu

Saye dengan sepupu sepapat

Sebelum tetamu datang, tuan rumah posing dulu

Percubaan ambil gambar family gagal lagi

Ada gaya kumpulan nasyid tak? πŸ˜…

Aqeef happy sampai ke tetamu terakhir. Ni gambar dengan pak sepupunye