Thursday, July 13, 2017

Family Day & Dinner Bollywood Theme

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan saye akan update berkenaan Family Day dan dinner family kami tahun ni. Ok secara ringkasnye family sebelah ma saye memang ada buat kelab keluarga. Tujuannya supaya silaturrahim berkekalan walaupun generasi terdahulu dah tak ada satu hari nanti. Kelab kami ni dinamakan sebagai MohamadMariam Family Club (MFC). Mohamad tu merupakan nama allahyarham datuk saye iaitu bapa kepada ma. Manakala Mariam tu nenek saye iaitu ibu kepada ma. Haa..itu la sedikit sebanyak kisah MFC.

Tahun ni kami buat family day di Bukit Gambang Resort City. Tarikhnye 08.07.2017 hingga 09.07.2017.
Ni kali kedua kami buat family day kat sini. 2 tahun lepas dah pernah buat. Waktu tu tema Cowboy untuk dinner. Disebabkan bilik kat sini selesa, makanan sedap, servis pun bagus so kami repeat buat gathering di sini. Tahun lepas buat di tempat lain tapi agak mengecewakan.

Bagi kelancaran program memang kami ada ahli jawatankuasa yg dinamakan AJK Bertindak setiap kali buat family day + dinner. AJK ni lah yang akan uruskan bahagian booked hotel, pembahagian bilik, urusan tema, hias dewan, persembahan, hadiah2 dan lain2. Pendek kata dari A to Z memang atas tanggungjawab AJK Bertindak. Pengerusi just approve atau tolak je cadangan AJK..hehe.. Ahli2 lain hanya perlu hadirkan diri dan involve dalam setiap acara. Tak perlu pening2 nak uruskan majlis.

Wahh banyak pulak bagi explaination. Haa..kite layan gambar pulak la. Oh ye..tahun ni dinner kami tema Bollywood tau..hehe..semangat sorang2 ahli cari baju 😍

Pekerja resort tengah setup lcd

AJK tengah buat preparation dalam dewan. Kami datang awal. Dalam pukul 12 tengahari. Ahli2 lain datang dalam pukul 3 pm.

Buat arch. Seperti biasa saye dan cik eyra ditugaskan kerja deco2 ni 😂

Box untuk gimik pelancaran

Sebahagian dari AJK. Saye takde sini. Time ni dah naik ke bilik. Nak bagi tidur Aqeef kononnye. Tapi budak kecik tu excited. Tak tidur2..haha 😅


Ketibaan ahli family 😃


Ni memang acara wajib. Sampai je, check in pastu terjun kolam..hehe


Budak2 memang paling syok time acara mandi manda ni

Yeay, akhirnya dapat bermekap dah..hehe.. Punya la semangat, saye siap upah mua untuk mekap. Kalau ada orang Kuantan or Temerloh nak mekap boleh hire sis Juliana Jue ni. Cantik tau dia mekap.


Ahli keluarga menunggu green light untuk masuk ke dewan

Sambil tunggu tu masing2 snap gambar. Ni Aqeef dengan auntie Isya

Kanak2 ribena

Isya & Yaya

Gambar family: abah, ma, eyra, saye, Mr.F & aqeef


Abah & ma

Ok..dapat dah gambar sekeluarga tanpa aqeef buat perangai..haha

Gambar formal ahli keluarga

Gambar tak formal pulak

Acara dah mula

Aqeef & dua pupu sebayanye..Jauzaa. Dua2 budak ni asyik nak kehulu ke hilir je..hehe

Acara tukar hadiah..

Tukar2 hadiah lagi

Dan tukar hadiah lagi..

Ok malas dah nak tepek gambar..haha.. sebenarnya acara start dalam pukul 8.30 malam dan berakhir pukul 12 am. Macam2 acara la ada..hehe

Sebelum akhiri post ni saye nak share 2 video klip kami yg ditayangkan malam dinner tu. Ok wasalam 😎


Video AJK Bertindak MFC 2017


Video lagu raya MFC 2017





No comments:

Post a Comment