Thursday, December 9, 2010

Pew bndew niey??



Bocan gilerr larr... (Bosan gila la)

cyunk kowang..muahxx!!! (Sayang korang...muah!!)

Winduw nyew!! (Rindunya!!)

aop duk sniew da lamew kew? (awak duduk sini dah lama ke?)

Thankz 2 b my puwend.. (Thanks to be my friend..)


Pergh bahasa alien ke kat atas tu? Hik3..Well korang prnah tak berinteraksi dgn orang yg gune bahasa rojak camni? Senang cerita bahasa yg ade sindrom 'w' la. Hebat kan diorang ni. Perkataan yang ada 4 huruf boleh jadi 5-6 huruf. Fuh!! Bukan tu je, rasa macam tengah buat senaman mulut bila sebut ayat2 tu.Haha :D

Apa yg sy perhatikan budak2 yg lahir era 90 an la yg banyak guna bahasa ni. Walau tak semua (mujur adk sy tak terlibat, kalau tak mmg kupulas telinga die..haha), tp kebanyakannya dah mmg sedap menulis cara ni. Apa motif diorang sebenarnye ek? Nak meringkaskan @ nak memanjangkan lagi perkataan. Sy pun gune jugak bahasa rojak & blog sy ni pun bukan gune ayat formal or bahasa baku. Tapi rasanye bahasa yg sy gune ni boleh difahami lagi kan? ;)

Sejujur-jujurnya lah kan, bila sy baca ayat2 sindrom 'w' ni sy rasa nak tergelak pun ade, meluat pun ye jugak. Kenapa nak susah2 tambah huruf w tu. Tak ke terbelit2 lidah nak menyebut. Lagi satu, kalau dapat msg dr diorang ni, of coz kene baca byk2 kali baru faham. Dah la baca pun merangkak2. Tetibe rasa macam kite ni tak reti membaca lak.

Maybe diorang yg guna bahasa ni rasa comel kot (ye la tu). Konon2 nye cam budak2 pelat la. Adoi... tolong la dik, dah elok2 lidah tu boleh cakap dgn normal ni nak di pelatkan semula ke? Sy memang takde mood nak baca msg yg ade perkataan gini. Mujur la kawan2 takde yg terlibat dalam penggunaan slang ni (sebab x kawan ngan budak bwh umur kot..hehe). Tapi kalau cousins tu ade la. Adeh cukup malas sy nak baca ayt diorang. Hurm...tapi nak buat macam mane kan. Biasa la remaja, mesti nak ade identiti sendiri kan. Ingat lagi masa zaman umur belasan tahun dulu (hik3.. rasa cam dah tua lak bile ckp gini) sy ngan geng2 suke cakap gune 'f' language. Ala macam dalam citer Puteri Impian tu. Contohnye: Safayafa nakfak mafakanfan lafa! (Sy nak makan la!) Haha..amacam? Lagi berputar lidah kan. Silap2 tersembur air liur bile sebut (yekk, kotor la!)

Tp mase tu belum pakai hp, so xde la menulis pun nak gune 'f' language. Bila masing2 dah makin matang, bahasa tu ditinggal camtu je. Takde maknanya nak cakap panjang2 camtu. Tu semua untuk seronok2 je. So, diorang ni pun mungkin macam tu. Takkan la bila dah umur 30an nnt still nak guna bahasa 'comel' (comel ke gedik??) ni lagi kan. Haha..tak sesuai tau. Apa-apa pun, jangan sampai bahasa slanga yg bukan2 ni akan menghilangkan keindahan Bahasa Malaysia yg sebenarnya. Kalau nak guna pun biar berpada2. Kawal & biar ikut situasi..Hurm..takkan nanti nak tulis resume pun gune bahasa rojak. Confirm reject!! Haha..ok la korang. Jaa mata!! (see u again) V(^_^)V

No comments:

Post a Comment