The sun is out, the sky is blue
There's not a cloud to spoil the view
But it's raining
Raining in my heart
The weatherman says fine today
He doesn't know that you are gone away
And it's raining
Raining inside my heart
I tell my self, my blues won't show
But I know that soon all my tears will flow come
A raining down, raining in my heart
Mungkin sy rasa sy sgt kuat semangat. I'm not the type of girl that will easily crying. Tp menangis dlm hati lg parah kan. Walau sy dh jangka hari ni akn tiba jugak. Walau sy dh cube bersedia tp akhirnya sy tetap rasa sedih. Mmg dah lumrah kehidupan, setiap pertemuan akn berakhir dgn perpisahan. Takkan ade apa yg kekal bersama di dunia ni.
Petang ni kawan sy Nurul dh blk kg. Family die dtg dgn 2 buah kereta. Tinggal la lg 4 org dlm umah ni. Mmg sedih sbb belum tentu kami semua akn jumpe lg selepas ni. Kalau ade pun keadaan x kan sama lagi. Masing2 akn ada life sndiri. Msti masa tu akn teringat semula saat pahit manis bersama. Dr zaman tinggal di kolej perwira sampai la ke rumah sewa. Macam2 peristiwa dh kami lalui bersama. Yg indah, yg lucu, yg perit & yg sedih. Semua tersimpan kemas dlm hati.
Masih ingat macam mana sama2 siapkan projek sarjana muda masa semester lepas. Walaupun tu projek individu tp kami selalu berbincang & cube mmbantu antara satu sama lain. Bukan lah byk sgt yg dapat dibantu tp cukup la dgn moral support yg di beri. Itu pun dh cukup baik sbgai sahabat.
Tinggal di rumah sewa ni, walau hanya 1 semester tp dah cukup beri pengalaman berharga. Masing2 belajar erti hidup sebenar. Masih ingat lagi waktu sama2 gotong royong cabut lalang belakang rumah, menggait buah mangga & ambil buah pisang dlm kawasan rumah kami. Seronok bkn main lg..waktu tu rasa seolah2 kami ni satu family yg ade hasil tanaman sndiri. Itu belum lagi waktu memasak. Ada masanya kami bergilir2 ambil tugas ni. Rasa seronok bila apa yg kite masak org lain makan dgn berselera walau kite tahu sbnarnya masakan kite x sehebat mana.
Banyak lagi kenangan yg terjadi..mungkin kalau nk di beritahu semua dah boleh buat sebuah novel. Apa2 pun life must go on. Lagipun dr awl lagi kami dah tahu smpai masanya kami akn berpisah juga. Yang penting ikatan persahabatan yg dah terjalin x di sia-siakan atau di khianati. Sampai bila-bila pun kami akan tetap berkawan. InsyaAllah..Amin..
No comments:
Post a Comment