Tuesday, May 31, 2011

Saya belajar.....

Saya belajar, bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya. Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cinta…

Saya belajar, bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya…

Saya belajar, bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat, sebenarnya adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali…

Saya belajar, bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat melakukan banyak hal dan kami selalu memiliki waktu terbaik…

Saya belajar, bahawa persahabatan sejati senantiasa bercambah, walau dipisahkan oleh jarak yang jauh. Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati…

Saya belajar, bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan, bukan bererti bahawa dia tidak menyayangi saya…

Saya belajar, bahawa sebaik-baiknya sahabat itu, mereka pasti pernah melukai perasaan saya… dan untuk itu saya harus memaafkannya…

Saya belajar, bahawa saya harus belajar memaafkan diri sendiri… kalau tidak mau dikuasai perasaan bersalah terus menerus…

Saya belajar, bahawa bukan masalah berapa buruknya patah hati itu, dunia tidak pernah berhenti hanya gara-gara kesedihan saya…

Saya belajar, bahawa saya tidak dapat merubah sahabat, tapi semua itu bergantung pada diri mereka sendiri…

Saya belajar, bahawa persekitaran dapat mempengaruhi peribadi saya, tapi saya harus bertanggung jawab untuk apa yang saya telah lakukan…

Saya belajar, bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda, tapi kadang dari sudut pandang yang berbeza…

Saya belajar, bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki, tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya…

Saya belajar, bahawa tidak ada yang segera atau serba cepat di dunia ini, semua memerlukan proses dan pertumbuhan, kecuali saya ingin sakit hati…

Saya belajar, bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya…

Saya belajar, bahawa saya punya hak untuk marah, tetapi itu bukan bererti saya harus benci dan berlaku bengis…

Saya belajar, bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan dengan orang yang saya sayangi…

Saya belajar, bahawa orang-orang yang saya kasihi sering diambil segera dari kehidupan saya…


sumber::Hidup untuk belajar, I love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW (facebook)

No comments:

Post a Comment