Monday, October 3, 2011

Sometimes...

Kadang2 kita lupa nak tanya khabar dia..

Kadang2 kita selalu ingat dia tak ingat kita..

Kadang2 kita selalu lupa segala kenangan bersama..

Kadang2 kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu..

Kadang2 kita hanya pandai berkata-kata daripada melakukannya..

Kadang2 kita tak sedar ada orang menyayangi kita..

Kadang2 kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita..

Kadang2 kita tak sedar yang kita telah buatkan seseorang kecewa..

Kadang2 kita tak sedar apa yang kita katakan itu kita lakukan..

Kadang2 kita tak tahu ada yang ambil berat tentang kita..

Kadang2 kita tak tahu yang dia tak suka kita..

Kadang2 kita tak tau pula yang serius itu memang benar serius..

Kadang2 kita tak respect pada orang yang banyak bantu kita..

Kadang2 kita hanya ingat seseorang bila kita memerlukannya..

Kadang2 kita akan lupa kawan apabila kita sedang gembira..

Kadang2 kita akan menyalahkan seseorang sekiranya kita ketinggalan sesuatu berita..

Kadang2 kita akan menyalahkan orang lain walhal kesalahan itu berpunca dari kita..

Kadang2 kita akan utamakan yang baru dari yang lama..

Kadang2 kita akan tersentap jika dia menegur kita..

Kadang2 kita cakap kita tak akan begitu tapi kita lakukan juga..

Kadang2 kita cuba lakukan yang terbaik tapi kita menyusahkan orang lain..

Kadang2 kita suka memerhati daripada menegur..

Kadang2 kita suka mengharapkan pertolongan tanpa meluahkannya..

Kadang2 kita sentiasa kelihatan happy padahal hanya kita yang tahu..

Kadang2 kita senantiasa tampak kesalahan orang lain daripada kesalahan diri kita..

Kadang2 kita senang lupa jasa seseorang akibat sesuatu pertelingkahan kecil sahaja..

Kadang2 kita selalu ingat kita saja yang betul..

Kadang2 kita sukar menerima pendapat orang lain..

Kadang2 kita selalu fikir sesuatu yang serius sebagai remeh-temeh..

Kadang2 kita terlalu singkat tanpa memikirkan apa kesudahannya..

No comments:

Post a Comment