Tuesday, May 21, 2013

Lelaki VS Perempuan


Assalamualaikum...

Sambil bersantai2 di petang hari apa kata kita tengok perbezaan antara otak lelaki dan perempuan. Di bawah ni ada satu ujian untuk membezakan antara otak 2 jantina yang berbeza ni. Jadi, jom kita cuba sama2 ujian ni ye. (Don't cheating ok!) ;)

Sila kira jumlah huruf F yang terdapat dalam ayat di bawah:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai? Berapa jumlahnya?
Baiklah jom tengok jawapannya....

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Jika jawapan anda 3, ternyata anda seorang lelaki. Tak puas hati? Cuba kira sekali lagi.

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Jawapan sebenarnya 6 kan? Hehe...

Perkara ini berlaku kerana otak lelaki tidak memproses  perkataan "OF". Jika dari permulaan tadi anda mengira jumlah F=6 ternyata anda memiliki otak perempuan.

Benar atau tidak? Cubalah buat sendiri ujian ni :)

Sumber rujukan :: http://psikotube.blogspot.com

Thursday, May 16, 2013

Kan dah kena marah

Assalamualaikum...

Sebelum apa2 nak tarik nafas bagi cool kejap. Tarik nafas................lepas...........tarik.................lepas. Ok dah boleh bercerita. Tadi tengah syok2 duduk goyang kaki di depan PC (hari ni tak bz sangat kat ofis. Bukan curi tulang tau) tiba2 ada panggilan masuk dekat hp saye. Saye tengok nombor 032*******... owh nombor KL ni. Nak jawab ke tak? Jawab je la, mana tau kot2 ada panggilan interview dari mana2 kan. Sekali bila jawab, hadoi...agen insurans rupanya. Macam ni la lebih kurang perbualan saye dan Si A (agen insurans).

Og   : Hello...
Si A : Hello, boleh cakap dengan Cik Norzaidatul Zailani (erkk masa bila la saye tukar nama ni, main hentam je sebut gitu)
Og   : Ye saye (malas nak betulkan nama yang dah silap disebut tu)
Si A : Maaf ye Cik, saye nak curi masa sikit. (huh intro ni macam kenal je) Ok saye Nazman dari %%$$ Insurans (hah kan dah agak! agen insurans..1 more thing dialek malay dia agak pelik. Kejap macam ala Chinese kejap macam Indian. Tapi nama Nazman. Hurm..whatever, kita kan 1 Malaysia. Masyarakat majmuk) Saye nak perkenalkan pelan syarikat kami kepada cik. Begini ye kami menyediakan bla bla bla bla bla blabla.....................................(laju giler cakap. non stop pulak tu sampai tak boleh mencelah)
Og   : Owh..tak apa lah saye tak berminat lagi buat masa sekarang ni.
Si A : Tak berminat? Takpe cik boleh dengar penerangan saye dulu secara percuma. Nanti cik boleh nilai samada berminat atau tidak. (Eh2 tak faham2 lagi dia)
Og   : Tak apa lah, saye tak ada masa ni. Saye ada banyak kerja nak kena buat. (Still jawab dengan sopan dan bibir tersenyum. Walau mamat ni tak nampak saye senyum)
Si A : Hurmm...begini cik, sekarang cik ada ambik apa2 pelan perlindungan tak?
Og   : Ada. Etika Takaful. (Sebenarnya saye baru je stop pelan ni. Tapi tak apa lah. Hentam je la alasan tu)
Si A : Etika ye, sebulan berapa bayarannya & berapa kadar perlindungan tu? (Eh sibuknya lah dia ni)
Og   : Sebulan bayar RM 20++. Kadar perlindungan tu tak ingat la.. (Malasnye nak layan)
Si A : Oo..RM50++ (orang kata RM20++ la. Kenapa sound trouble sangat mamat ni) Dengan perlindungan kami cik perlu bayar RM40++ je sebulan dan akan dapat bla bla bla bla......................(cakap laju2 lagi)
Og   : Tak apa lah. Saye tak berminat la encik..........( kesabaran nak hilang dah ni)
Si A : Ok kalau cik tak minat boleh tak perkenalkan beberapa nama yang berpotensi kepada saye. Tak kira la, kawan, husband (what??dari tadi cik2, takkan la tiba2 bersuami?), adik, kakak saudara mara pun boleh.
Og   : Tak adalah..diorang pun tak berminat. Masing2 dah ada masuk insurans.
Si A : Ala, cik bagi je nombor mereka, nanti saye yang akan terangkan mengenai pelan ni, bukan saye suruh cik (amboi2 nak memaksa. Ni yang pantang nenek moyang ni!). Lagipun cik rasa cukup ke dengan 1 pelan insurans je dengan keadaan Malaysia sekarang ni? (Apa kena mengena pulak?) Kami perlukan pandangan dan kerjasama cik untuk melihat potensi & kehendak rakyat sekarang ni. (Dah melalut apa pulak ni??)
Og   : Tak pe lah encik!!!!!! Saye tak berminat & saye tak ada sesiapa yang nak diperkenalkan! (Dah takde nada lembut. Time ni memang cakap tegas & suara kuat sikit)
Si A : Ooo..urmm..ok2..sorry ye sebab ganggu cik. Terima kasih sebab sudi mendengar bla...bla...bla...
Og   : (suka hati kau la) zzzzzzzzzzzzzz....tekan button off.

Saja je nak suruh saye naik angin kan. Tu mujur la saye tak marah2 terus. Cuma tinggikan suara sikit je. Saye bukan la anti sangat dengan penjual insurans ni. Saye tau dah memang itu cara diorang cari rezeki. Tapi kot ye pun jangan la melampau sangat caranya. Kalau dah dua tiga kali orang kata 'tak nak' tu faham2 je la dia memang tak berminat. Ni siap paksa2 lagi & yang paling tak boleh tahan, boleh pulak paksa suruh berikan no.tel kenalan kita. Tak payah la ye, kalau kawan2 dan kaum kerabat saye ni dato' datin, jutawan, hartawan, boleh la jugak nak kenalkan. Ni semuanya jenis rakyat jelata biasa2 je. Eiiii...sabo je la kan.





  


Popular Murahan?

Assalamualaikum & morning :)

You all semua dah breakfast ke? Hehe geli pulak guna 'you all-you all' ni kan. Ha..ni nak berceloteh sikit, bukan nak mengutuk & mengata cuma nak meluahkan pandangan je. Apa pendapat korang dengan fenomena yang melanda youtube baru2 ni ye? Fenomena apa? Korang perasan tak kalau buka youtube sejak akhir2 ni terlalu banyak video2 'si pencari populariti' di upload. Dulu bukannya tak ada, tapi tak la banyak sangat. Sekarang ni makin menjadi2 jadi pulak. Dah macam cendawan tumbuh selepas hujan je saye tengok. 

Contoh terhangat sekarang ni gwiyomi (aksi comel la konon), video parody yg pelbagai (Bobo lah Boby la *eh ada ek Boby? :p), artis suam2 kuku yg teringin femes di youtube (malas nak sebut nama)  & macam-macam lagi la. 

Sebenarnya kehadiran diorang di youtube ni ada baik & buruknya. Yang baik mungkin la diorang ni dapat jadi popular sekelip mata walau sebelum ni orang pandang sebelah mata je. Lagi? Kita juga dapat hiburan free waktu on9. Sedang2 stress buat kerja tu pergi klik youtube sekejap & tengok video2 diorang ni, so dapat la gelak2 barang seminit dua kan. Tapi keburukannya? Err tak terasa ke bila buat video2 tu korang sedang perbodohkan diri sendiri? Lagi satu, dari elok2 orang tak kenal kau tiba2 tak pasal2 orang kenal & kutuk berbakul2. Saja2 je dapat caci maki free kan. 

 


Tapi apa2 pun salute jugak la kepada mereka ni sebab berani ambil risiko & sometime kreatif jugak kan. Diorang ni buat benda yang ramai orang tak terfikir & tak berani untuk buat. Apa2 pun risiko tanggung sendiri kan.

Macam mana pun tu memang hak diorang untuk buat video tu semua. Suka hati dia la kan, tapi tak ke rasa semacam nak cari populariti murahan? Hurm..fikir la sendiri ye, nak buat video sekadar untuk suka2 dan untuk hiburan tak salah tapi jangan la sampai menjatuhkan air muka sendiri & jadi bahan kutukan orang. Kesian la dekat orang yang mengutuk tu, habis pahala dia korang ambil nanti kan..hehe.. Ok lah, sampai sini saja...maaf andai terasa. Tak berniat untuk mengata cuma nak cakap je (^_^)Y



p/s : Saye suka video2 Mat Lutfi. Walaupun lawak tapi dalam masa yang sama ada isi & mesej berguna. Barulah orang kata lawak berilmu kan. (^_^)

Thursday, May 9, 2013

Dah Muncul!!!

Assalamualaikum :)

I'm back!!!! Hehe...
Macam ni lah cik og ni kan. Kejap ada tapi lama pulak takde...Asyik hilang je..
Ni dah hampir 3 bulan baru muncul balik kat blog ni. Hadoi...nasiblah kan..

Kenapa saye menghilang ye? Sebenarnya saye tersangat-sangatlah bz menguruskan kehidupan & aktiviti2 yg melibatkan diri saye ni (ayat takleh blah je)..hehe tapi betul la ni. Saye tak tipu pun. Baru dua tiga hari ni je saye rasa jadual kehidupan saye kembali normal. Atas sebab tu lah saye kembali menulis di sini.

Ok, kite nak bercerita pasal apa ye? Hurm...hurm...hurm.........................zzzzzzzzzzzzzz (-,-") Tetiba otak blurr je. Tadi berkobar2 sangat nak buat entry..haha.. Ok lah. Nanti kalau idea tu muncul semula saye akan post entry. Ni tah hilang ke mana tah idea tu. (Itu la..lama sangat tak karang cerita, otak dah karat..hehe)