Thursday, May 16, 2013

Kan dah kena marah

Assalamualaikum...

Sebelum apa2 nak tarik nafas bagi cool kejap. Tarik nafas................lepas...........tarik.................lepas. Ok dah boleh bercerita. Tadi tengah syok2 duduk goyang kaki di depan PC (hari ni tak bz sangat kat ofis. Bukan curi tulang tau) tiba2 ada panggilan masuk dekat hp saye. Saye tengok nombor 032*******... owh nombor KL ni. Nak jawab ke tak? Jawab je la, mana tau kot2 ada panggilan interview dari mana2 kan. Sekali bila jawab, hadoi...agen insurans rupanya. Macam ni la lebih kurang perbualan saye dan Si A (agen insurans).

Og   : Hello...
Si A : Hello, boleh cakap dengan Cik Norzaidatul Zailani (erkk masa bila la saye tukar nama ni, main hentam je sebut gitu)
Og   : Ye saye (malas nak betulkan nama yang dah silap disebut tu)
Si A : Maaf ye Cik, saye nak curi masa sikit. (huh intro ni macam kenal je) Ok saye Nazman dari %%$$ Insurans (hah kan dah agak! agen insurans..1 more thing dialek malay dia agak pelik. Kejap macam ala Chinese kejap macam Indian. Tapi nama Nazman. Hurm..whatever, kita kan 1 Malaysia. Masyarakat majmuk) Saye nak perkenalkan pelan syarikat kami kepada cik. Begini ye kami menyediakan bla bla bla bla bla blabla.....................................(laju giler cakap. non stop pulak tu sampai tak boleh mencelah)
Og   : Owh..tak apa lah saye tak berminat lagi buat masa sekarang ni.
Si A : Tak berminat? Takpe cik boleh dengar penerangan saye dulu secara percuma. Nanti cik boleh nilai samada berminat atau tidak. (Eh2 tak faham2 lagi dia)
Og   : Tak apa lah, saye tak ada masa ni. Saye ada banyak kerja nak kena buat. (Still jawab dengan sopan dan bibir tersenyum. Walau mamat ni tak nampak saye senyum)
Si A : Hurmm...begini cik, sekarang cik ada ambik apa2 pelan perlindungan tak?
Og   : Ada. Etika Takaful. (Sebenarnya saye baru je stop pelan ni. Tapi tak apa lah. Hentam je la alasan tu)
Si A : Etika ye, sebulan berapa bayarannya & berapa kadar perlindungan tu? (Eh sibuknya lah dia ni)
Og   : Sebulan bayar RM 20++. Kadar perlindungan tu tak ingat la.. (Malasnye nak layan)
Si A : Oo..RM50++ (orang kata RM20++ la. Kenapa sound trouble sangat mamat ni) Dengan perlindungan kami cik perlu bayar RM40++ je sebulan dan akan dapat bla bla bla bla......................(cakap laju2 lagi)
Og   : Tak apa lah. Saye tak berminat la encik..........( kesabaran nak hilang dah ni)
Si A : Ok kalau cik tak minat boleh tak perkenalkan beberapa nama yang berpotensi kepada saye. Tak kira la, kawan, husband (what??dari tadi cik2, takkan la tiba2 bersuami?), adik, kakak saudara mara pun boleh.
Og   : Tak adalah..diorang pun tak berminat. Masing2 dah ada masuk insurans.
Si A : Ala, cik bagi je nombor mereka, nanti saye yang akan terangkan mengenai pelan ni, bukan saye suruh cik (amboi2 nak memaksa. Ni yang pantang nenek moyang ni!). Lagipun cik rasa cukup ke dengan 1 pelan insurans je dengan keadaan Malaysia sekarang ni? (Apa kena mengena pulak?) Kami perlukan pandangan dan kerjasama cik untuk melihat potensi & kehendak rakyat sekarang ni. (Dah melalut apa pulak ni??)
Og   : Tak pe lah encik!!!!!! Saye tak berminat & saye tak ada sesiapa yang nak diperkenalkan! (Dah takde nada lembut. Time ni memang cakap tegas & suara kuat sikit)
Si A : Ooo..urmm..ok2..sorry ye sebab ganggu cik. Terima kasih sebab sudi mendengar bla...bla...bla...
Og   : (suka hati kau la) zzzzzzzzzzzzzz....tekan button off.

Saja je nak suruh saye naik angin kan. Tu mujur la saye tak marah2 terus. Cuma tinggikan suara sikit je. Saye bukan la anti sangat dengan penjual insurans ni. Saye tau dah memang itu cara diorang cari rezeki. Tapi kot ye pun jangan la melampau sangat caranya. Kalau dah dua tiga kali orang kata 'tak nak' tu faham2 je la dia memang tak berminat. Ni siap paksa2 lagi & yang paling tak boleh tahan, boleh pulak paksa suruh berikan no.tel kenalan kita. Tak payah la ye, kalau kawan2 dan kaum kerabat saye ni dato' datin, jutawan, hartawan, boleh la jugak nak kenalkan. Ni semuanya jenis rakyat jelata biasa2 je. Eiiii...sabo je la kan.





  


No comments:

Post a Comment