Assalamualaikum & morning :)
You all semua dah breakfast ke? Hehe geli pulak guna 'you all-you all' ni kan. Ha..ni nak berceloteh sikit, bukan nak mengutuk & mengata cuma nak meluahkan pandangan je. Apa pendapat korang dengan fenomena yang melanda youtube baru2 ni ye? Fenomena apa? Korang perasan tak kalau buka youtube sejak akhir2 ni terlalu banyak video2 'si pencari populariti' di upload. Dulu bukannya tak ada, tapi tak la banyak sangat. Sekarang ni makin menjadi2 jadi pulak. Dah macam cendawan tumbuh selepas hujan je saye tengok.
Contoh terhangat sekarang ni gwiyomi (aksi comel la konon), video parody yg pelbagai (Bobo lah Boby la *eh ada ek Boby? :p), artis suam2 kuku yg teringin femes di youtube (malas nak sebut nama) & macam-macam lagi la.
Sebenarnya kehadiran diorang di youtube ni ada baik & buruknya. Yang baik mungkin la diorang ni dapat jadi popular sekelip mata walau sebelum ni orang pandang sebelah mata je. Lagi? Kita juga dapat hiburan free waktu on9. Sedang2 stress buat kerja tu pergi klik youtube sekejap & tengok video2 diorang ni, so dapat la gelak2 barang seminit dua kan. Tapi keburukannya? Err tak terasa ke bila buat video2 tu korang sedang perbodohkan diri sendiri? Lagi satu, dari elok2 orang tak kenal kau tiba2 tak pasal2 orang kenal & kutuk berbakul2. Saja2 je dapat caci maki free kan.
Tapi apa2 pun salute jugak la kepada mereka ni sebab berani ambil risiko & sometime kreatif jugak kan. Diorang ni buat benda yang ramai orang tak terfikir & tak berani untuk buat. Apa2 pun risiko tanggung sendiri kan.
Macam mana pun tu memang hak diorang untuk buat video tu semua. Suka hati dia la kan, tapi tak ke rasa semacam nak cari populariti murahan? Hurm..fikir la sendiri ye, nak buat video sekadar untuk suka2 dan untuk hiburan tak salah tapi jangan la sampai menjatuhkan air muka sendiri & jadi bahan kutukan orang. Kesian la dekat orang yang mengutuk tu, habis pahala dia korang ambil nanti kan..hehe.. Ok lah, sampai sini saja...maaf andai terasa. Tak berniat untuk mengata cuma nak cakap je (^_^)Y
p/s : Saye suka video2 Mat Lutfi. Walaupun lawak tapi dalam masa yang sama ada isi & mesej berguna. Barulah orang kata lawak berilmu kan. (^_^)
No comments:
Post a Comment