Assalamualaikum..
(ok, kita boleh continue cerita part 2 kali ni..sebenarnya aku macam dah
malas nak taip cerita ni, tapi disebabkan aku dah buat part 1 terpaksa
la sambung juga..takkan la cerita ni tergantung pulak kan? lagi satu,
disebabkan sikap malas aku ni dah datang, jadi aku tak highlight atau
'tukar warna' part2 penting macam dalam Part 1..harap
memahami..haha..anda dah bersedia? tarik nafas panjang2 dan teruskan
membaca..hehehe :P )
Lepas aku bawak M pergi tandas tu, kitorang pon sambung tidur. Memang
dah penat gila la masa tu sebab kalau tak silap aku dah pukul 3 pagi
kot. Kami2 yang perempuan ni semua dah masuk bilik. Yang tinggal kat
ruang tamu masa tu cuma budak2 lelaki yang setia duk teman R dan juga
ustaz yang sedang melaungkan azan di dalam rumah tu. Masa tu aku yang
sedang mamai ni ingatkan dah subuh sebab dengar azan jelas sangat.
Hahaha.. Nasib baik aku tak buat gila pergi ambil wuduk pastu solat.
Lepas ustaz tu azan, dia ambil garam dan renjis kat semua bilik dan
ruangan di dalam rumah. Masa dia masuk kat dalam bilik pon aku macam
tengah mamai, yang pasti aku dengar R kejutkan suruh tutup kepala(sebab
kami2 ni mana la pakai tudung dah nak tidur ye tak? so ustaz nak masuk,
terpaksa la tutup kepala). Aku ni yang malas nak bangun terus tarik
selimut tutup satu badan aku(perangai apa la kau ni eyra)..haha. Apa
yang pasti aku rasa badan aku ni pon macam dah kena baling dengan garam
kasar tu jugak. Tapi aku ni kan dah mengantuk sangat. Jadi aku abaikan
je garam2 yang tercampak kat aku tu. Bila aku bangun tidur keesokannya,
aku tarik selimut bunyi macam berderai pasir jatuh dari selimut aku.
Bila aku check2, mak oii, penuh garam kasar kat selimut aku. Aku pandang
kiri kanan pulak, bukan selimut aku je, habis bantal , katil, bag baju,
tilam, apa2 jela lagi yang ada kat dalam bilik tu penuh dengan garam
kasar. Gila la, nak berjalan pergi tandas pon dah macam orang yang baru
lepas bersalin je gayanya. Lembap2 macam siput babi gitu. Aku berjalan
keluar ke ruang tamu, pergh tak nampak apa2 selain garam kasar di
merata2 tempat. Nak sapu pula tak boleh sebab ustaz tu cakap biarkan
garam tu 3 hari macam tu. Lepas tu baru boleh sapu. Ustaz tu ada pesan
lagi, keluar dari rumah ni secepat mungkin. Jangan duduk kat dalam rumah
ni dah. Rumah ni penuh dengan darah. Setiap orang yang duduk dekat
dalam rumah ni memang akan ada yang ditimpa malang atau mati. Jadi, kena
keluar secepat mungkin.
Agak-agak korang la kan, apa perasaan korang kalau dengar rumah yang
korang duduk teruk sampai macam tu sekali? Of course la meremang bulu
roma bagai kan? Kitorang yang nak pergi mandi ni pun sampai terketar2
tahu tak. Tapi terpaksa la, takkan nak biar badan busuk seharian kan?
Lepas dah siap packing2 baju masuk kat dalam bag, kitorang pon pergi
kerja(terpaksa juga pergi). Sebab kalau nak duduk kat dalam rumah tu
mana boleh. Bahaya ok!. Jadi baik kami keluar pergi jaga booth kami tu
sambil separuh lagi pergi cari rumah sewa untuk menginap. Tetapi, lepas
cari punya cari tak jumpa2 juga, akhirnya terpaksa kami bermalam di
kondo yang budak2 lelaki ni sewa. Sebab diorang tak bagi balik ke kondo
tu lagi dah. Takkan nak tidur kat dalam tu lagi ye tak? Terpaksa la
tidur kondo budak2 laki ni. Apa yang malang lagi kami terpaksa tidur
dengan baju kerja jer. Dah la 1 apa pon tak bawak kan. Nak cuci muka ke
gosok gigi ke semua tak boleh(keadaan dah darurat pon aku nak fikir lagi
semua2 tu..haha) Diorang pulak tidur mana? Terpaksa campakkan diorang
di surau dan ada yang di ruang tamu. Lantak la mereka2 itu, janji kami
boleh tidur(hahaha...agak kurang ajar di situ)..Eh, cop2! Bukannya kami
paksa ok tapi diorang yang sukarela nak bagi. Nak buat macam mana,
keadaan dan terdesak. Hehe. Aku ingatkan malam tu lepas keluar dari
kondo tu tak ada la kisah seram lagi, rupa2nya salah tekaanku ini. Masa
aku tidur tu tak ada apa2 yang pelik pun, cuma bila aku bangun pagi aku
tengok2 tangan belah kiri aku terluka. Padahal sebelum tidur tak ada
apa-apa pun. Dah la luka tu terguris dalam tau, macam kena benda tajam.
Siap ada darah lagi cuma darah tu macam dah kering(yela, sebab aku
bangun pagi baru perasan..means malam tu lagi tangan aku dah berdarah).
Bila aku pikir2 balik macam mana pula boleh berdarah. Sedangkan belah
kiri aku tu cuma ada M jer.Lagipun dia tidur agak jauh dari aku. Satu
lagi, belah kanan aku cuma dinding jer. Aku ni pulak tidur tersangat la
sopan, mana ada aku tidur ganas. Tak mungkin la aku calarkan tangan aku
sendiri. Satu lagi yang pasti aku tidur mengiring sebelah kanan masa tu.
Sebabnya aku tak nak tidur mengadap M yang kat sebelah kiri aku tu. So,
mana datangnya luka tangan aku ni? Sangat pelik dan aneh! Aku macam
malas nak fikir masa tu jadi aku biarkan jela.(tapi sampai sekarang pon
kalau aku perhatikan tangan kiri aku tu betul2, still ada lagi kesan
luka tu..seram tak? seram tak? serammmm takk?..hoho)
Makanya, lepas tidur semalaman tu, kami terpaksa balik semula ke kondo
seram tu untuk ambil baju2 kami. Lepas ambik bag laju2, kami buat deal
dengan tuan rumah(actually bukan tuan rumah, dia cuma peguam kepada tuan
rumah tu dan dia yang handle pasal rumah yang kitorang sewa ni). Bila
aku fikir balik, aku macam bengang je dengan dia sebab dia bagi kondo
sram tu pada kitorang, tapi disebabkan muka dia yang hensem tu(eh, betul
ni, dia muda dan hensem lagi..aku tak tipu..haha) trus aku tak jadi
marah dia..choi!!..haha..dan satu lagi, sebab kitorang buat pertukaran,
dia kena duduk kat kondo berhantu tu seminggu dan dan kitorang duduk kat
kondo yang dia duduk tu seminggu..haa, pertukaran jenis apa ni? Jenis
nak balas dendam! Biar dia rasakan pulak duduk kondo tu..haha. takda
lah, kami buat pertukaran atas dasar suka sama suka. Lagipun kami duduk
sekejap jer dalam beberapa hari sebab nak cari tempat tinggal lain. Tapi
agak kesian kat diorang sebab peguam hensem & kwan2 serumahnya kena
bersihkan kondo yang dah macam tongkang pecah tu sedangkan kondo yang
dia duduk bukan main cantik dan kemas lagi. Aku pernah teman R naik
kondo seram tu sekali lagi sebab nak ambil barang2 yang tertinggal. Aku
duduk kat luar pintu kondo je sebab aku tak nak masuk. Aku ni kan
pemalu(cehh, geli mendengarnya).Tapi aku sempat la pandang kondo yang
bekas aku duduk tu. Pergh, bukan main kemas lagi kondo tu. Lagi cantik
dari yang kitorang duduk sebelum ni. Pastu dia siap pasang surah2
Al-Quran lagi kat dalam kondo tu. Mesti diorang takut kan duduk dalam
tu? Hehe. Tapi aku memang rspect habis la mamat2 tu. Memang boleh jadi
calon suami mithali. Rajin gila mengemas oiii. Kalah budak2 perempuan.
Ok, sekarang nak cerita kisah kondo ke-2(iaitu rumah peguam tu yang
kitorang pinjam sekejap). Sangat cantik daripada kondo yang first tu.
Siap ruang balkoni mengadap laut dan boleh nampak Singapore dari
balkoni. Sumpah pemandangan yang cantik. Kat bilik yang aku duduk tu dah
boleh rasa macam cerita Fairy Tales sebab bila aku bangun pagi terus
nampak laut. Siap ada burung menyanyi2 kat palang bilik tu. Sungguh
fairy tale! Hahaha..pssstt, tapi sebenarnya dalam fairy tale tu pon ada
kisah seram juga. Nak tahu? Kadang2 kalau nak mandi, pintu bilik air tak
boleh buka pastu ada air bunyi kat dalam tu macam ada orang mandi.
Lepas ketuk dan cuba buka pintu banyak kali sebenarnya tak ada orang pon
kat dalam tu. Malam2 pula ada bunyi suara budak yang tengah riang ria
main guli ke apa ntah. Tapi kalau fikir mana ada budak dalam rumah ni?
Nak dengar suara anak2 jiran jauh sekali. Tu kondo mahal kot, tak munkin
kondo ni boleh dengar suara jiran rumah sebelah. Kondo kalis bunyi tau.
Tak faham betul aku. Jadi kitorang memutuskan untuk tidak melayan
anasir2 tu. Nak tengok kondo yang cantik tu? Kondo tu cantik tapi aku
ambik gambar tak cantik. Harap maklum..hoho(aku tak tahu la kenapa aku
boleh ambik gambar gegar2..spoil betul)
nampak tak dalam picture tu? pemandangan kat balkoni tu kalau tengok
betul2 nampak Singapore tau..huhu..maaf lah. sepatutnya aku ambik
picture kat dalam kondo tu. Tapi aku pergi bantai ambik gambar
pemandangan je..kehkehkeh(ampunkan patik!)
sekarang kita cerita pasal 'nasi goreng dwi mahkota'..nak order nasi ni
pelik sikit..sebab kalau order siang2 memang dia takkan layan. bila
malam baru dia akan reply semua pertanyaan orang. mereka2 ni cakap
diorang tu study lagi, jadi siang2 kene study..malam baru buat
perkhidmatan makanan ni..ok,lah aku cuba terima jawapan tu..tapi, kenapa
pulak bila malam baru nak reply sedangkan reply tu tak susah pon? satu
lagi? aku dapat tahu tingkat atas kondo tu cuma tingkat 22 dan tingkat
tu tak ada orang duduk sebab tingkat tu la yang paling seram sekali. dan
mereka2 yang masak nasi kitorang tu cakap tinggal kat tingkat atas
kami? tingkat mana lagi kalau bukan tingkat 22 tu? masa hari terakhir
kitorang order(yang dapat makanan lewat tu) kan dia bagitahu ada
teknikal problem..tu yang sampai lewat kat rumah kitorang..abes kalau
dah 1 tingkat je je beza rumah kami ni, apa lagi teknikal problemnya?
aku tak faham sebab ada orang cakap mereka2 tu duduk luar(bukan duduk
kondo tu)..tapi kalau duduk luar boleh ke masuk jual kat dalam tu
sedangkan nak masuk dalam kondo tu sikit punya susah..banyak halangan
dan security melainkan mereka ada access card. dan nak ada access card,
mereka mestilah tinggal di dalam kondo tu jugak.. ada yang cakap mereka
ni tinggal kat tingkat 22.sebab tu nama nasi goreng tu pun 'nasi goreng
dwi mahkota'..tapi kalau tingkat 22 tu kan mana ada orang duduk?..TAK
FAHAM LA AKU!!
kesimpulannya, kejadian kondo tu memang misteri.sampai sekarang pon aku
macam fobia je nak pergi tempat yang aku tak kenal ni. hahaha. apa yang
pasti, 'benda' alah tu ikot aku sampai aku balik kuantan. masa kejadian
kat johor tu, aku memang dah tak sihat. demam2 dan paling teruk aku
sakit tekak sampai tak ada suara dan batuk teruk.bila aku balik kuantan
pun penyakit aku tu tak sembuh2.last2 pergi berubat dan memang sah pada
aku ada 'benda tu'.patut la sakit aku tak sembuh2..sebenarnya dari kat
johor aku dah bagitahu member keje aku..aku cakap sakit aku ni macam
lain macam jer.sebab kalau aku tak sembuh lebih dari seminggu biasanya
ada 'something'. bukan sakit biasa.jadi, betul lah tekaan aku, lepas
berubat tu baru aku sihat sepenuhnya. dah hilang batuk2 teruk aku dan
sakit tekak tu.
so macam mana story aku ni? berminat nak beli dan jadikan novel seram
tak? Hahaha..merepek je aku ni. ok, lah..semput aku taip cerita panjang2
macam ni.ada banyak lagi kisah seram. nanti kalau aku rajin aku cerita
la ye..adios amigos! :)