Assalamualaikum..
Lama pulak rasanya saye tak update..sebenarnya banyak cerita nak post tapi macam biasa la..kalau dah peram2 akhirnya mood pun melayang..hehe
Ok..ni nak kongsi sikit tapi bukan la nak promote produk. Korang tau tak pasal ESP Shaklee? Mesti pernah dengar & ramai yang dah cuba produk Shaklee ni kan. Sebelum ni saye dengar & tengok tapi tak pernah ambil kisah pun. Sampai la akhirnya sepupu saye jadi ahli Shaklee. Dia pun mula la promote barang. Last2 saye pun terjebak jugak untuk try ESP ni..
Faktor utama yang buat saye berminat nak try bukan sebab nak kurus atau mencantikkan kulit ye tapi sebab utamanya adalah nak menambah berat badan. Hah nak menambah? Orang lain sibuk nak kurangkan saye pulak nak menambah..hehe..
Rupanya ESP ni boleh kurangkan berat atau tambah berat kita. Dengan syarat kita ambil dengan cara yang betul. Jadi sebelum apa2 baik kite tanya betul2 pada penjual tu. Jangan main bantai je ambik suka hati. Kang yang nak diet bertambah besar. Yang nak besar bertambah melidi pulak.
Saye amalkan ESP ni dah sebulan lebih & rasanya memang ada perubahan. Itu pun kadang2 ter'skip' jugak. Masa awal2 minum ESP ni, paling ketara saye rasa ialah dahaga sangat2 & kulit rasa kering. Ni mungkin effect sebab saye memang kurang minum air kot. Jadi semenjak hari tu saye minum air lebih banyak. (eh tiba2 ayat macam buku cerita kanak2 lak) Dalam 3 hari je jadi gini pastu kulit rasa dah ok & tak dahaga sangat dah..oh lupa nak cakap, tekak saye boleh terima ESP ni bila dicampur dengan Milo. Sedap, lebih2 lagi kalau bancuh suam2 sikit. *ESP ni tak boleh dibancuh dengan air panas mendidih tau. Kalau suam atau sejuk takpe.*
Perubahan2 lain yang saye alami lepas amalkan ESP ni ialah kerap rasa lapar & rasa berselera je tengok makanan. Jadi 'terpaksa' lah saye makan lebih kerap & banyak..hihi..Pastu masuk 3 minggu gitu saye rasa kalau pakai kain atau seluar macam dah ketat sikit kat pinggang. Sampai ke hari ni, dalam masa lebih kurang 1 bulan ++ ni saye berjaya naikkan ukuran pinggang sebanyak 1.5 inci. Yes!!! akhirnya berjaya jugak saye gemukkan diri walaupun tak nampak ketara pun perubahan. Eh kejap, kenapa cakap pasal pinggang bukan berat badan? Sebenarnya saye tak test timbang lagi. Kalau dah timbang boleh la saye bagitau berapa berat yang naik pulak ye.. :)
Jadi ni serba sedikit info kebaikan lain ESP Shaklee yang saye dapat kongsi :
1. Kulit menjadi lebih berseri dan awet muda
2. Menghilangkan parut
3. Memberi tenaga & badan menjadi lebih sihat (kurang letih)
4. Mengurangkan berat badan
5. Membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu
6. Membantu perkembangan fetus
7. Meningkatkan memori
dan banyak lagi kebaikan lain tapi saye tak senaraikan sebab saye bukan penjual Shaklee (hehe boleh gitu? padahal malas dah nak menaip)
jadi apa tunggu lagi..silalah dapatkan ESP anda dari pengedar2 yang sah (tiba2 je nak buat iklan pulak..haha) Ok lah..next time kite bercerita lagi..wasalam.
No comments:
Post a Comment