Saturday, December 26, 2015

Apple of my eye

Aqeef masa baru lahir. Usia tak sampai sehari lagi. 

Aqeef umur sehari. 

Yang ni dah umur 6 hari.

You're my honeybunch,  sugarplum
pumpy-umpy-umpkin,
you're my sweetie pie

You're my cuppycake,  gumdrop,
snoogums-boogums,
you're the apple of my eye

And I love you so,  I want you
to know that I'll always be right here

And I love to sing sweet songs to you
because you are so dear

Lagu cute ni ditujukan khas untuk buah hati pengarang jantung.. siapa lagi kalau bukan anak kesayangan saye.. Ahmad Aqeef Zhafran.. hehe

Waktu ni baru2 cukur rambut. Botak licin dia.. hehe

Dah pandai nak main sikit2. Tapi time ni tak berapa aktif lagi. Asyik tidur sebab jaundis still tinggi. 

Dah pandai senyum lebar. 

Kejap je rasa, lagi 3 hari nak masuk 4 bulan dah umur Aqeef. Kalau ditanya ada perubahan hidup tak sejak ada Aqeef. Memang ada, rasanya banyak sangat perubahan. Antaranya:


  • Tak boleh lagi bangun tidur lewat2. Zaman tu dah berlalu. Mata Aqeef ni macam dah ada set alarm. Dalam pukul 7 lebih je dia akan bangun. Jadi saye pun kena bangun la. Tak kira la hari kerja ke,  off ke, kena bangun awal jugak.
  • Multitasking. Haa.. ni mujurla dari zaman bujang lagi saye dah praktikkan. Sejak ada anak ni bertambah2 la skill multitasking ni.. haha.. mana taknye. Sambil hayun buaian anak sambil lipat kain. Sambil sikat rambut pun boleh kemas tempat tidur. Eh, camtu pun boleh? 
  • Tidur-tidur ayam. Ceh bab tidur lagi. Nampak sangat betapa tak cukup tidurnya saye.. asyik cakap pasal tidur je.. haha. Dulu kalau dah tidur, jangan berani2 la nak ganggu tidur saye yang tengah lena.  Memang angin la.. tapi sekarang ni saye sendiri yang rela tidur2 ayam. Memang dah tak boleh lena. Kalau tengah malam anak bunyi ekk sikit pun cepat je saye terjaga. 
  • Tak ada lagi istilah makan sambil menikmati makanan. Jangan harap nak makan sambil kunyah pelan2. Sekarang ni,  cara makan saye dah berubah. Yela,  kalau nak lengah2 macam dulu buatnya anak bertempik nak susu,  haa jawabnya makanan dalam pinggan tak sempat habis la. 
  • Selamat tinggal novel dan drama korea. Dulu masa terluang saye di isi dengan dua perkara ni. Sekarang ni, err ada ke masa terluang?  Haha.. memang takde kot. 
  • Shopping?  Dulu kalau nak shopping memang akan aim baju, kasut,  beg untuk diri sendiri. Tapi sekarang dalam kepala asyik terbayang nak shopping untuk anak je. Diri sendiri dah jatuh no dua. Tak pe Aqeef,  baju ibu dah tahap nak terkeluar dari almari dah sampai abah pun selalu perli ibu.. haha.. jadi kita shopping untuk Aqeef la pulak. 
  • Hati tisu. Ini memang sangat pelik. Dulu saye kan rock.. haha.. susah nak touching. Tapi sekarang ni kalau baca atau tengok berita kisah orang buang anak ke, kisah anak sakit ke. Saye macam sedih sangat. Entah la.. mungkin naluri keibuan baru nak muncul kot.. 
Budak kecik yang sayang sangat dengan tempat tidur dia. Kalau baringkan dia atas katil, happy bukan main.. hehe
Muka control hensem.. haha.. dah nak masuk 4 bulan ni pandai sangat dia buat muka comel. Kalau nak marah pun tak jadi haih.. 
Itu je ke pperubahannya.. banyak lagi,  tapi dah malas nak menaip.  Haha,  boleh gitu? Tapi walau hidup ibu &  abah dah tak sama macam dulu, Aqeef jangan risau sebab kami tak kisah malah kami suka. Yang penting Aqeef membesar dengan sihat dan baik. Jadi anak yang soleh. Berjaya dunia akhirat. Tu doa kami sejak Aqeef dalam perut ibu lagi. Ohh tetiba rasa touching pulak dengan ayat sendiri.. hehe.. sudah-sudah lah. Ok kita cerita lain kali pulak ye. Wasalam. 


Friday, October 30, 2015

Jaundis oh jaundis part 3

Dua hari selepas keluar wad, kami bawa Aqeef ke klinik kesihatan untuk check darah lagi.  Memang inilah rutin selagi kuning baby tak turun ke tahap yang memuaskan. Kata nurse,  kalau bacaan 130 ke bawah baru lah diorang tak panggil untuk check kuning lagi.

Kali ni bacaan naik sikit.  237.69. Kami tak tunjuk pun surat dari Htaa tu tapi doktor kat klinik ni kata tak perlu admit wad lagi. Saye dah agak risau. Takut bacaan naik lagi.

Dekat rumah pun kami dah pasang lampu 24 jam. Tidur pun dalam cerah. Lauk untuk saye makan pun dah tak boleh letak kunyit,  lada hitam, bawang putih semua. Kopi &  nescafe pun tak minum dah. Ubat2 herba lepas bersalin pun tak boleh makan lagi. Semuanya demi nak sembuhkan Aqeef dari jaundis. Memang waktu tu muka saye pucat je. Tapi hari2 saye pastikan makan buah oren sebiji atau beberapa biji anggur. At least ada juga vitamin dalam badan.

9.9.2015, bacaan naik lagi 242.82. Kami dah makin buntu. Ada orang cadangkan beli ubat kuning di kedai ubat cina tapi saye ada terbaca dekat blog,  kalau tak serasi, kuning jadi lagi tinggi.

10.9.2015 saye ke klinik lagi. Selalunya pergi dengan Mr. F tapi dia dah start kerja,  jadi pergi dengan ma. Bacaan kuning memang naik lagi, 247.95. Sementara tunggu giliran masuk bilik doktor, ma bersembang dengan pasangan suami isteri kat sebelah dia. Diorang pun datang check anak kuning jugak. Tapi kuning anak diorang dah turun. Ma tanya macam mana boleh turun. Rupanya diorang bagi anak makan ubat homeopati. Hari tu jugak kami pusing kat area Jaya Gading tu,  cari klinik homeopati.

Waktu beli ubat tu, owner klinik tu dah pesan,  katanya sehari lepas makan ubat tu kuning akan naik mendadak. Kemudian baru turun. Kami bagi Aqeef makan ubat tu ikut aturan. Esoknya pergi klinik, ajaib! Bacaan kuningnya statik. Sama macam semalam. Doktor suruh datang lagi esok.

Sabtu, 12.9.2015, bacaan kuning naik mendadak jadi 326.61. Kami agak,  ubat homeopati tu baru mula bertindak. Doktor terkejut dan tak percaya. Dia suruh ke makmal semula. Check lagi sekali. Kesian Aqeef, dua2 tapak kaki kena cucuk. Resultnya makin naik, 328 pulak. Huh,  sudahnya doktor kata kalau anak nampak tak sihat atau demam terus pergi hospital. Dia tak suruh admit wad sebab bila check Aqeef macam tak ada masalah pun. Doktor tekan2 kulit dia & kata tak nampak kuning teruk sangat. Cuma yang pelik bacaan tinggi. Doktor cuma pesan, kalau anak demam terus refer ke hospital.

Isnin, 14.09.2015, hari tu Aqeef kena check untuk prolong jaundice. Tapi sebelum tu kena ambil darah macam biasa. Result memang menakjubkan, Alhamdulillah.. kuning Aqeef turun ke 259.42. Masih tinggi tapi lebih baik dari result hari sabtu lepas. Hari tu hari terakhir Aqeef check jaundis. Lepas ni datang untuk checkup usia sebulan & ambil result prolong jaundice.


Waktu checkup usia sebulan, result prolong jaundice dah keluar. Alhamdulillah, tak ada apa-apa masalah. Doktor tekan2 kulit Aqeef, dia kata kuning sikit2 je lagi ada.

Dalam usia 50 hari,  baru nampak kuningnya betul2 hilang. Macam tu lah kisahnya anak saye dengan masalah kuning. Apa2 pun,  syukur sebab tak ada apa yang serius. Ok lah sekian dulu. Wasalam.




Tuesday, October 20, 2015

Jaundis oh jaundis part 2

Waktu tengah menghadap makan tengahari, doktor India semalam masuk diikuti 2 doktor lain. Muka diorang ceria je. Sebelum diorang masuk tu sempat juga saye dengan roomate melawak. Kami kata rasa berdebar tunggu result ni macam time nak ambik result SPM.. hehe

"Hye mommies, kat bilik ni seorang boleh keluar,  sorang lagi kena stay ye.. jadi cuba teka siapa boleh keluar hari ni? " Doktor India tu buat kami lagi suspen. Saye geleng2 kepala je.. tak nak la berharap sangat.

" Ok yang boleh keluar ialah norziatun.  Bacaan bilirubin baby you 197“

Alhamdulillah.. tersenyum lebar saye. 'Aqeef, kita boleh balik dah!'

Doktor tu puji saye, katanya bagus,  sebab saye dah kuatkan hati untuk letak anak bawah lampu tu. Tak angkat2 dengan kerap.  Tapi dia kata saye kena bersedia sebab kuning ni boleh naik semula sebab anak saye dalam tempoh muda lagi. Kemungkinan untuk masuk wad semula tu ada.

Lepas doktor keluar, terus je saye call Mr. F, excited bagitau dah boleh keluar. Dia pun memang nak datang hospital,  nak bagi makan tengahari kat saye.

Balik je ke rumah,  macam2 petua untuk hilangkan kuning kami try.  Bagi Aqeef minum air sengkuang cina, perahan air anggur hitam. Saye pun makan juga buah2 tu. Dengan harapan zat buah tu masuk ke susu.

Esoknya 4.9.2015, dapat la saye berurut. Lega sikit badan ni.  Hilang rasa bisa2 & lenguh. Nurse klinik kesihatan pun datang, dia check anak & bagitau anak kuning lagi jadi petang tu kena check darah di klinik.

Bila bawa check,  resultnya bacaan 232.56. Kuningnya naik semula. Tapi doktor bagi chance. Dia suruh datang check lagi esok sebab semalam baru keluar wad,  takkan nak admit balik kan. Dekat rumah,  bagi lagi Aqeef minum air sengkuang cina & air anggur hitam. Kemudian mandikan dia dengan air daun belimbing buluh.

Esoknya check lagi,  bacaan makin naik. 261.63. Terus doktor buat surat,  kena masuk wad lagi. Waktu tu rasa air mata nak menitis dah. Dah terbayang keadaannya macam mana.

Petang tu kami masuk wad semula. Kali ni dapat bilik 4. ada 6 katil tapi 3 katil je yang ada orang. Kali ni saye macam lebih bersedia dan tak terkial-kial sangat dah dengan keadaan kat sini. Tengok akak katil sebelah lagi lah kesian,  anaknya dah 5 hari dalam wad. Masa tu tiba2 rasa bersyukur sebab ada orang lain yang lebih berat ujiannya dari saye.

Esoknya, Alhamdulillah.. Aqeef dah boleh discharge dengan bacaan 230.2. Kali ni doktor dah sediakan surat mengatakan kalau kuning Aqeef bawah dari 250 tak perlu admit wad.

Balik rumah je saye bagi tau ma, tak payah la kita bagi Aqeef minum air sengkuang cina  &  anggur hitam tu.  Mungkin tak serasi dengan dia kot sebab tu kuningnya tak turun pun. Cuma mandi dengan air daun belimbing buluh tu still kami buat.

To be continue...

Monday, October 19, 2015

Jaundis oh jaundis part 1

Assalamualaikum..

First sekali nak cakap,  yeay!!! saye dah habis pantang.. hehe. Hari ni Aqeef dah berumur 51 hari. Oklah untuk kali ni saye nak flashback pasal Aqeef kena jaundis a. k. a kuning. Tengok tajuk pun dah tau kisah ni panjang kan sebab ni baru part 1..huhu..

1.9.2015,  hari pertama nurse Klinik kesihatan datang check ke rumah. Lepas check Aqeef,  dia kata baby ada kuning. Petang nanti dia suruh bawa ke klinik kesihatan. Jadi petang tu saye bawa Aqeef check kuning. Bacaannya tinggi,  249.66. Kena refer ke Htaa. Aduh, sedih betul. Baru sehari dia balik rumah,  dah nak kena masuk wad lagi.Tapi kali ni saye boleh temankan dia.

Balik rumah, kemas2 barang yang patut. Lepas tu pergi ke Htaa.  Tinggallah saye berdua dengan Aqeef kat wad tu. Orang lain tak boleh masuk, kalau suami datang nak bagi barang pun boleh masuk 10 minit je.

Macam2 perasaan ada waktu tu.  Dah la tak pandai lagi nak jaga baby,  ni kena jaga sendiri 100%. Tambah lagi badan memang lemah sangat2. Belum sempat berurut lagi kan.

Aqeef kena jalani rawatan fototerapi. Baring dalam baby cot, bawah lampu biru dengan matanya ditutup. Kami masuk bilik 5. Dalam bilik ni ada 2 katil je, maknanye hanya kami &  satu lagi pesakit lain je. Jadi ada privacy sikit berbanding bilik lain yang ada 6 katil. Roomate kami ni pun baru masuk,  awal beberapa minit je dari kami.

Malam tu Aqeef meragam. Dia tak nak baring dalam cot. Bila saye angkat &  dukung,  dia diam. Letak je terus nangis meraung2. Baby yang sebilik dengan kami rileks je. Tidur lena dalam cot. Dengan maknya sekali tidur lena. Saye? macam Aqeef jugak la.. berjaga sepanjang malam. Kalau dapat tidur pun,  paling lama setengah jam je, lepas tu dia terjaga dan nangis. Terpaksa la saye angkat dan susukan dia. Tapi kalau banyaknya duduk atas riba saye je,  macam mana kuning tu nak kurang. Sudahnya dengan saye sekali menangis. Tah la,  masa tu rasa tertekan sangat hadap situasi tu sorang2. Tambahan lagi sedih tengok anak dalam keadaan gitu.

Pukul 6 pagi doktor datang ambil baby, untuk check darah. Keputusan akan keluar tengahari. Sekali lagi sedih,  tengok tangan kecil tu ditampal kapas lepas ambil darah. Waktu siang dapat juga la Aqeef bertenang bawah lampu tu. Maybe sebab dah letih &  mengantuk sangat. Tengahari tu result keluar tapi mengecewakan. Bacaan kuning Aqeef turun sikit je. Kalau bawah dari 200 baru boleh keluar.

Pada hari tu ada sorang nurse masuk bilik kami,  dia tengok Aqeef tengah melalak dalam cot. Dia bagitau,  kalau anak nangis gitu bedungkan aje,  pastu angkat dan bagi susu atau tidurkan dulu.  Bila dah lena letak slow2 dalam cot &  buka bedung. Ok, tq nurse.. tips dia agak membantu. Sebelum ni tak terfikir nak buat gitu. Maklum la otak bercelaru.

Hari tu doktor yang datang check sangat2 friendly. Doktor india, perempuan. Dia tanya saye kenapa kuning turun sikit sangat,  anak tak nak duduk bawah lampu ke? Saye pun cerita la hal betul. Dia tak marah pun dengan senyum dia kata "Hye handsome boy,  you bully your mommy ha.. takmo macam ni la..kesian dia. you nak sihat kan, so dengar cakap your mom." Kemudian dia bagitau saye, cuba juga letak dalam cot, kena kuatkan semangat sebab kalau ikutkan sangat anak nanti lagi lambat keluar wad. Ok, kali ni saye kena jadi lebih tabah,  mission saye untuk discharge hari esoknya. Please Aqeef,  be strong!

Saye mula kuatkan hati,  kalau dia nangis sikit2 saye biarkan aje,  kalau dah kuat sangat baru angkat tapi saye pastikan bedung dia dulu. Ok,  kali ni dapat la dia tidur lama sikit dalam cot. Malam tu pun saye dah agak tenang, tak mo nangis2 dah.. hehe.

Pukul 6 pagi, macam biasa doktor ambil baby untuk check darah. Saye berdoa dalam hati.. harap result Aqeef kali ni bawah 200. Tengahari tu dah dengar 2-3 orang doktor bercakap sesama diorang. Saye dengar diorang kata bilik 5 sorang boleh discharge sorang lagi kena stay.  Ya Allah.. harap2 kami lah yang boleh discharge tu.

To be continue...

Tuesday, September 15, 2015

Lahirnya permata hati

Assalamualaikum..
Rasanya lama betul saye tak bercerita di blog ni..bukan tak nak menaip tapi kesempatan dan mood yang takde.. hehe. 

Sekejap je masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah masuk 17 hari saye bersalin. Bila diingat balik macam tak percaya je. Tapi kena percaya jugak la bila tengok si kecik ni ada kat sebelah. Ok betul2 ni bukannya mimpi.. hehe.. 

Jadi entry saye kali ni cuma nak throwback detik2 nak bersalinkan anak ni. Manalah tau bila dia besar nanti bleh dia baca kisahnya ni dekat blog ibu dia ni kan. 

4.00 am, 28/08/2015 (Jumaat) - saye terjaga dari tidur,  rasa lenguh2 pinggang semacam je.. ala2 senggugut. Tapi tak la kuat mana pun dan datang sesekali je. Saye pun sambung tidur balik. Dalam pukul 5 pagi terjaga lagi. Rasa sakit perut sangat & terus ke tandas. Masa tu duk terfikir,  saye ni ada salah makan ke? Kemudian tak ada apa yang pelik dah. Saye pun pergi kerja macam biasa je. Kat ofis,  rasa sakit pinggang tu datang lagi,  makin sakit dan kerap. Berselang seli dengan sakit perut macam nak buang air.  Saye mula terfikir,  dah nak bersalin ke ni? 

Hari tu nak buat kerja pun takde mood.  tapak tangan asyik berpeluh walau duk dalam aircond. Waktu rehat pun tak selera makan nasi. Saye beli roti dengan milo kotak je. Lepas rehat rasa makin sakit..pastu pergi toilet tetiba nampak ada darah.. oh no.. ni confirm nak bersalin dah. Terus kemas beg &  bagitau kat officemate,  nak balik dulu sebab rasa sakit nak bersalin dah. 

Mujur hari tu mr. f off day. Jadi balik rumah terus kemas2 barang & pergi hospital. Sebelum ke htaa sempat lagi singgah makan nasi kukus.. hehe.. tu pun makan sikit je.  Takde selera campur sakit kan. 

Sampai di htaa,  terus ke bahagian bersalin risiko rendah,  daftar kat situ dan tunggu giliran untuk diperiksa. Lama jugak kena tunggu,  dekat sejam baru tiba giliran. Doktor check bukaan baru 1cm..contraction pun x kuat lagi. Doktor kata boleh balik dulu,  lagipun saye mengandung anak sulung.  Selalunya anak sulung ni jalan lambat buka 
.  Kata doktor lagi, mungkin esok lusa baru bersalin,  atau boleh jadi seminggu lagi. Amboi.. seminggu? Tak larat saye nak menanggung sakit ni lama2. Doa saye dalam hati,  biarlah bersalin secepat mungkin. Jadi petang tu saye balik la ke rumah. 

Tidur malam tu langsung tak lena,  sakit makin menjadi2. Saye tengok jam, dalam 7 minit sekali sakit tu datang. Mr. f pun tak boleh nak tidur dah. Dengan dia sekali berjaga bila tengok saye gelisah je.  Last2 dia ajak saye bersiap ke htaa. Dalam pukul 3 pagi,  saye, mr. f &  ma pergi ke htaa.

Pagi tu pun ambil masa yang agak lama untuk sampai giliran saye buat checkup. Pagi tu agak geram jugak dengan sorang doktor & sorang nurse yang bertugas. Yang lain ok je. Saye tau lah tu waktu pagi sangat2, maybe sebab mengantuk &  letih,  dia buat kerja dengan sangat2 lambat. siap ambil selimut nak balut2 badan dia. Ya Allah,  kite ni dah lah menahan sakit.  Tengok cara dia lagi la sakit rasanya. Lastly dia suruh saye balik rumah. Dia kata bukaan baru nak masuk 2cm. Lambat lagi. Tapi ada sorang lagi doktor bagi choice pada saye. Dia kata puan boleh masuk wad atau balik. Takpe la,  saye pilih balik rumah sebab macam malas nak menghadap doktor tadi. Waktu nak pulangkan buku merah saye,  tak pasal2 sorang nurse ni bagi ceramah free.  Dia kata, "ni puan,  saye nak bagi tau sikit. kalau sakit sikit2 ni tak payah datang hospital lagi ye.  kalau dah sakit sampai takde selang masa. sakit sangat2 baru datang sini." Boleh pulak macam tu ye? Sedangkan time checkup dekat klinik kesihatan,  nurse &  doktor kat sana selalu pesan,  kalau dah ada tanda2 utk melahirkan walau sikit,  terus ke hospital je. Ni nak kena tunggu nak bersalin sangat2 baru boleh gi hospital.

29/08/2015(Sabtu)- pagi tu saye balik lagi ke rumah. Makan sarapan macam biasa dan pergi berehat. Tengahari tu sakit kat pinggang makin menjadi2.Saye dah tak boleh duduk diam. makanan yang saye makan tengahari tu habis keluar balik. Saye muntah. Diorang ajak saye ke hospital tapi saye tolak. Teringat pagi tadi.. saye kata biar dulu. Kalau tak tahan sangat baru pergi.

Kebetulan hari kebangsaan dah nak tiba. Jalan depan htaa tu jadi busy &  tak boleh lalu sebab diguna untuk rehearsel sambutan Hari Merdeka. Kami ambik keputusan pergi rumah tok di Kg. Tiram. Kalau saye dah sakit sangat & nak ke htaa boleh pergi dari sana sebab lebih dekat.

Maka,  duduk la saye menunggu di rumah tok. Waktu tu saye ada la hirup sup sayur & makan nasik sikit sebab dah lesu sangat.  tak sampai sepuluh minit,  muntah jugak.  Memang perut saye dah tak mampu terima makanan langsung. Pukul 6.30 ptg saye ajak balik ke rumah. Baru separuh jalan,  saye rasa sakit yang dah tak tertanggung lagi.Bila dah macam tu,  family ambik keputusan untuk bawa saye ke Htaa je,  tak jadi balik ke rumah.

Sampai di Htaa dalam pukul 7 pm. Mujur tak ada pesakit lain pun waktu tu. Jadinya,  tak payah tunggu lama terus je tiba giliran saye untuk checkup. Datang sorang doktor pasang mesin check ctg.. tak perlu tunggu lama,  bacaan contraction memang dah cantik. Check bukaan dah 6cm. Doktor tu keluar dan panggil doktor pakar. Doktor pakar datang,  sekali lagi check bukaan kemudian terus dia pecahkan air ketuban.

Lepas air ketuban dah pecah,  sakit makin menjadi2 dan terus datang rasa nak teran. Doktor pakar tu tak tunggu lama,  dia terus arahkan saye dimasukkan ke dalam labour room. Sorang nurse datang bawa wheelchair.  saye duduk atas kerusi tu dan ditolak ke labour room. Sampai je,  nurse tadi suruh salin pakaian dan baring atas katil. Mesin ctg dipasang semula.  Waktu baring tu Mr. F masuk.  Memang di Htaa,  suami boleh temankan isteri bersalin. Rasanya ada lah dalam 5 minit je mr. f masuk bilik tu, sakit saye dah sampai ke kemuncak. Automatik je saye mula push. Ada sorang doktor je dengan saye time tu. Dia larang saye push. Katanya belum sampai masa. Tapi masuk sorang lagi doktor. Dia check bacaan ctg saye dan kata "ok2 dah boleh dah ni". Sekelip mata diorang bersiap. Seingat saya ada 2 doktor biasa,  sorang doktor pakar dan 3 nurse yang nak menyambut kelahiran baby saye.

Bermulalah aktiviti push,
 push & push. Tapi baby tak keluar2. Sebenarnya saye salah push ditambah pula dengan rasa kering tekak sangat2. Time tu saye rasa nak bagitau diorang bleh tak bagi saye air segelas,  nak minum sikit. Tapi giler lah kalau buat macam tu. Tengah nak bersalin sibuk nak minum air.. haha..

Lastly,  doktor pakar tu decide untuk vakum. Saye dengar dia kata kalau biar lama lagi takut jantung baby lemah. Diorang bersiap alat2 untuk vakum. Suami saye diarahkan keluar dulu. Bila alat dah tersedia  doktor pakar tu bagitau,  "Puan,  saye nak bantu puan untuk keluarkan baby, tapi puan kena push sekuat hati jugak ye. Kalau tak berjaya juga saye terpaksa operate".

Dengar perkataan operate,  saye terus nekad nak push sekuat2nya kali ni. Dahla laluan baby nak keluar tu dah ditoreh,  nak tambah lagi dengan luka operate ke? Tidak!!! No, no, no. Kena buat elok2  ni. Terus datang semangat.. hehe..

"Ok puan,  kalau rasa sakit,  push sekuat hati ye". Saye angguk je. Bila sampai masa, saye terus push. Dua orang doktor tu bagi kata semangat. "Push puan.. ye betul.. macam tu.. puan boleh.. you can do it puan". Doktor pakar tu pulak lebih tegas.. bukan main kuat suara dia. "Teran puan.. jangan lemah sangat,  kuat lagi.. lagi!!!"  Nurse2 yang ada tu ramai2 bertakbir "Allahuakhbar, Allahuakbar,  Allahuakbar"

Kali ni saye teran sekuat hati,  rasanya sampai kehujung nyawa. Dalam hati saye ikut sama bertakbir. Sampai satu tahap saye rasa hilang nafas dan segala bunyi pun saye tak dengar,  senyap sunyi. Tiba2 rasa hilang semua kesakitan.  Saye buka mata.. dan ternampak doktor pegang sorang baby. "Allah" tu je perkataan yang mampu saye ucap. Kemudian mata saye mula lali. Diorang keluarkan uri ke jahit luka ke saye tak peduli dah.  Rasa mengantuk sangat2. Yang pasti sayup2 saye dengar tangisan anak saye.

Lepas baju saye disalin,  doktor bagi saye minum milo suam. Rasa bertenaga sikit. Kemudian datang doktor pakar kanak2. Dia bagitau,  anak saye terpaksa ditahan di nicu untuk pemantauan sebab wktu lahir dia tak menangis.  Lepas diberi oksigen baru dia menangis. Tak lama lepas tu datang nurse bawa anak saye.. ala comelnye... mata dia terkelip2 pandang saye.  Sekejap je,  tak sampai 2 minit,  nurse tu ambik balik.  Dia kata kena bawa baby ke nicu dah.

Itulah kisah kelahiran putera kami yang bernama Ahmad Aqeef Zhafran. Panjang lebar kisahnye,  dah macam cerpen.. hehe.. Apa pun Alhamdulillah sebab semuanya selamat dan dipermudahkan Allah. Ok lah next entry saye akan ceritakan berkenaan Aqeef terkena jaundis @ demam kuning pula ye.  Wassalam.


Friday, May 22, 2015

Misteri..ada sesuatu atas atap

Assalamualaikum..

Hari ni saye nak kongsi kisah misteri yang terjadi pada hari Ahad lepas (17/05/2015). Ni kisah benar tau bukan rekaan. Malam, sekitar pukul 10.30 malam, saye ke dapur untuk potong buah jambu batu. Waktu tu cik eyra ada kat ruang tamu, ma dalam bilik menjahit (bilik tu dalam kawasan dapur), abah dalam bilik tidur dan Mr.F takde, dia kerja malam tu. Tengah khusyuk memotong jambu tu tiba2 saye dengar bunyi macam jaring besi kena gegar. Saye terdiam kejap dan terfikir bunyi apa tu?. Sebenarnya bahagian dapur rumah saye tu baru je renovate & tak siap sepenuhnya lagi. Kami sambung buat beranda dan stor. Beranda tu sepatutnya separuh dinding batu & separuh lagi jaring besi. Jadi jaring tu belum dipasang. Ada bersandar elok je jaring2 tu dekat tempat jemur kain. Tak nak fikir bukan2, saye anggap je tu bunyi kucing main panjat2 jaring tu.

Dah siap potong jambu, saye ke ruang tamu semula, sambung buat kerja dengan cik eyra. Malam tu kami tengah prepare tempahan deco barang2 candy buffet dari customer. Oh, lupa nak bagitau, saye dan cik eyra ambil tempahan buat candy buffet. Kalau nak tau lebih lanjut boleh visit FB kami: Catalyst Deco Perancang Majlis. Eh-eh, terbuat iklan pulak..hihi

Ok sambung cerita, tak lama kemudian saye ke dapur lagi untuk ambik bahan2 kerja, waktu tu saye nampak abah ada dekat pintu dapur. Dia berdiri diam & macam tengah cuba dengar sesuatu. Saye tanya kenapa? Abah jawab, macam terdengar something kat luar. Saye kata, tadi pun ada dengar bunyi macam jaring besi kena gegar. Dia tak sedap hati dan keluar pergi periksa. Tapi tak jumpa apa2 pun.

Saye pun sambung semula buat kerja di ruang tamu sambil tengok TV. Tak lama lepas tu abah datang suruh kami perlahankan volume TV. Ingatkan bising sebab ma & abah nak tidur dah, rupanya tak. Diorang tengah 'menyiasat' kat dapur. Last2 saye dengan cik eyra dah takde mood nak buat kerja. Kami pun join sekali duduk kat dapur. Waktu tu kami syak ada orang panjat atap. Sebab memang terdengar bunyi atap kena pijak. Manalah tau kan, sebab stor dekat belakang tu baru je siap. Kot2 ada yang nak check barang dalam tu.

Waktu kami tengah jadi 'Detective Conan' tu, sambil cakap pun berbisik2 sebab tak nak bagi 'orang luar' tu dengar,tiba2 "prakkk,prakk, prakkk". Dengar lagi bunyi atap zink dipijak. Memang jelas sangat2 dan bunyi tu datang dari arah stor. Tiba2, Olaf (kucing kami) yang tengah tidur kat depan TV pun bangun dan datang berlari2 ke dapur. Dia terus naik atas meja makan dan pandang ke bumbung. Kemudian pandang kami..lama. Dan pandang bumbung semula. Dia macam nak bagitau sesuatu tapi mulut dia senyap je. Kami dah makin cuak. Abah nak keluar, tengok. Tapi kami larang..yela kan, ni dah lewat malam lagipun buatnya jadi apa2 macam mana?

Last2 abah panjat meja makan & cuba intai dari celah zink. (Area meja makan tu takde siling, sebab tu juga boleh dengar jelas kalau ada apa2 atas atap). Puas intai, takde nampak apa2 pun. Lepas tu abah ketuk2 atap zink tu..takde respon jugak. Senyap je. Abah kata mungkin haiwan kot. Yela, maybe musang sebab biasa jugak musang naik kat atas atap, cari buah.

Tapi...sekarang belum musim buah lagi. Rambutan baru berputik & kecik sangat2. Lagipun dah takde dahan rambutan yang berjuntai atas atap. OMG...dah datang risau semula. Waktu berfikir2 tu bunyi tu datang balik. Yang peliknya, tetap berlegar di kawasan yang sama je. Nak kata manusia, takkan la bodoh sangat, tuan rumah dah sedar, kenapa dia tak blah lagi. Siap pijak atap dengan bunyi kuat2 lagi. Jangan2..jeng jeng jeng..mula la nak fikir yang misteri2 pulak.

Abah ambik lada hitam dan baca ayat2 Al-Quran pada lada hitam tu. Ayat apa? Saye pun tak pasti sebab abah baca dalam hati. Kemudian abah baling lada hitam ke arah atap tu. Ada terdengar bunyi pijakan tu sekejap kemudian bunyi kami terdengar dari arah bilik menjahit pulak. Wah..laju giler dia lari. Masalahnya tak bunyi berlari pun. Takkan melompat atau terbang??? Ah sudah!!!

Lepas tu, kami tunggu2..bunyi tu dah hilang, jadi kami decide nak masuk tidur. Tu pun cakap sambil bisik2 lagi. Drama sungguh 1 family ni..hehe. Baru je selangkah dua, eh..bunyi tu datang lagi. Dekat tempat yang sama sebelum baling lada hitam. Bunyi makin kuat pulak tu. Oh ye..cik eyra ada cakap, waktu jadi 'detective' tu dia macam terdengar bunyi nafas kuat kat telinga dia. Kami pening dah, ni orang ke, haiwan ke, hantu syaitan ke apa? Kenapa minat sungguh duk berjoget atas atap tu?

Abah buka lampu bahagian beranda dapur & stor. Dia bunyi lagi "prakk, prakk, prakk". Kemudian senyap. Kami dah duduk bersila ala2 nak buat kenduri doa selamat dekat dapur. Mata pun makin berat dah. Si olaf pun bagus, join sekaki. Duduk jugak dengan tuan dia tanpa keluarkan sebarang bunyi. Macam faham2 je dia. Kalau tak malam2 gini jangan harap dia nak diam gitu. Mesti merengek nak minta bancuh susu.

Tak lama lepas tu abah tutup lampu dapur pulak...huaa lagi seram, duduk dalam gelap. 'Benda' atas atap tu berjoget lagi. Ewah..tiap kali kami buat sesuatu mesti dia berbunyi. Nak bagitau dia still ada kot. Last2 kami cadang pasang je ayat rukyah. Abah keluarkan hp dan pasang..tapi bukan ayat rukyah, abah pasang rakaman doa penawar dari Ustaz Kazim Elias. Time doa tu dipasang bunyi atap dipijak tu berbunyi lagi. Tiba2 dengar bunyi orang bersiul..perlahan tapi meleret dan mendayu2. Dengar bunyi tu 2 kali. Mak aihh..naik bulu roma. Saye tak pasti orang lain dengar ke tak. Yang pasti saye dengan cik eyra dengar. Tak lama lepas tu dengar bunyi suara perempuan pulak. Kejap je. Dia macam mengeluh sakit. Tu pun 2 kali. Time tu dah buka lampu semula sebab abah nak gi toilet, ambik wuduk..abah nak buat solat hajat.

Waktu abah solat, tinggal la saye, ma & cik eyra je kat dapur. Lepas doa tu tamat, dan-dan je benda tu berbunyi semula kat atas atap. Eh, dia ni tak reti2 nak lari ke? Last2 kami pasang ayat rukyah pulak. Dia senyap semula. Mata kami pun makin mengantuk. Esoknya nak kerja pulak kan, jadi masuk tidur je lah. Biarlah dia nak berjoget ke apa kat atas tu. Tak kuasa dah nak layan. Ayat rukyah tu kami set je supaya 'repeat'. Biar terpasang sampai pagi..Malam tu semua tidur di bilik saye..hihihi..saye, ma & cik eyra atas katil. Abah kat bawah. Risau jadi apa2 kan..baiklah tidur 1 bilik je.


Esoknya saye tanya ma, pagi2 ada lagi ke bunyi tu, sebab ma bangun lagi awal, sebelum subuh dah bangun. Ma kata benda tu still ada berbunyi. Lagipun bateri hp dah habis, jadi ayat rukyah tu tak terpasang sampai pagi la. Benda tu betul2 hilang lepas azan Subuh je. Habis azan, tak berbunyi dah dia..Haih kalau la duk tunggu je dia berhenti berbunyi, alamatnya tak tidur langsung la. Apa bendanya tu? Still lagi jadi misteri. Sebab malam2 berikutnya dah takde. Mungkin ada la makhluk Allah yang sengaja nak menguji atau tersesat kot. Wallahualam..

Gambar hantu yang tak seram langsung (ingat nak cari imej yg gempak sikit, tapi diri sendiri tengok pun rasa seram, jadi gambar ni cukuplah ye..hehe)

Thursday, April 23, 2015

Makin pemalas

Assalamualaikum..

Tengok tajuk pun orang dah tau.. tajuk tu ditujukan pada diri saye sendiri. Pemalas ke? A'a memang saye makin malas nak menaip dan bercerita di blog. Kadang-kadang ada benda nak dikongsi tapi macam 'eh, malas la nak taip, eh2 tunggu dulu la'. Lepas tu macam biasa la, cerita pun dah jadi basi. Mungkin sebab hormon orang mengandung ni yang buatkan saye jadi pemalas nak mengarang (hihi..hormon jugak yang kena, kesian dia).

Ok, apa perkembangan terbaru saye ye? Haha, bajet best je, macam la ade orang nak ambik tau pun. Alhamdulillah sekarang kandungan saye dah masuk 5 bulan 1 minggu. Fasa morning sickness dah berlalu slow2 sejak masuk minggu ke 19. Nak kata hilang terus tu tak jugak, sekarang ni pun sekali sekala waktu nak gosok gigi pagi2 tu still datang loya2. Nak2 kalau malam tu saye tidur dengan perut lapar. 

Bab selera makan, macam dah makin ok berbanding awal2 dulu. Time tu memang sadis, tengok gambar makanan ke iklan makanan dalam tv ke terus rasa macam 'eii menyampahnya'. Lepas tu terus rasa nak muntah. Takde selera memanjang, tu yang berat turun berkilo2. Sekarang ni terbalik pulak, tiap masa asyik fikir makanan je, kadang2 perut tak lapar mana, tapi asyik rasa nak makan itu, nak makan ni..haha over. Tapi tak ada la melayan sangat tekak ni. Kang melampau2 pulak jadinya. Kena set dalam fikiran..ni semua nafsu & godaan syaitan je ni!!! (ye la tu )

Eh, tapi betul la, saye takde lagi mengidam yang bukan2. Kalau ade pun boleh dikira dengan jari je rasa teringin sangat2 nak makan something. Sampai salah sorang sepupu saye ada cakap saye ni pregnant macam takde perasaan je. Takde nak minta & teringin2 nak makan macam orang lain ke? Dia kata time ni la kalau nak makan & mintak apa2 sebab semua orang akan layan. Haih, kecik hati I tau, kata takde perasaan. Mana dia tau saye takde teringin2 nak makan itu ini? Ada memang ada, tapi takkan saye  nak heboh kat semua orang. Lagi pun kalau teringin2 ni saye still bleh consider untuk tangguh. Takde lah tetiba pukul 2 pagi terjaga dari tidur & rasa nak makan ayam golek. Pastu merengek2 suruh Mr.F gi cari time tu jugak, takpun suruh ma panggang ayam time2 tu jugak. Hah, tu memang nak kena debik sebijik. Mengada2 namanya tu.

Masalah2 lain..setakat ni tak ada lagi. Sakit2 belakang & pinggang sekali sekala tu adalah. Nak2 kalau saye aktif sangat buat kerja. Kulit muka, Alhamdulillah tak bermasalah cuma rasa makin gelap je. Mr.F pun duk tanya kenapa saye makin hitam..haih, sabo je la.Dia kalau tak tanya soalan yang menaikkan darah memang tak sah, pastu sambil tanya duk tersengih2 bagi tambah lagi temperature. Salah satu sebab selain perubahan hormon (ok fine, hormon lagi yang disalahkan..) maybe sebab saye tak pakai apa2 produk penjagaan muka dah sekarang ni, 1 je saye guna iaitu sabun pencuci muka. Apa2 krim takde pakai dah. Takut effect kat baby. Biarlah berkorban jadi gelap sikit kan buat masa ni. Ala nanti dah lepas bersalin saye akan berusaha kembalikan warna asal kulit..hehe. 

Checkup masa 19 minggu hari tu pun, Alhamdulillah..semuanya ok. Berat pun dah naik. Tapi yang geramnya kena ambil darah untuk test thyroid sekali lagi. Sebab apa? Sebab result yg sebelum ni dah tak valid, result dah lama sangat. Patut checkup ke dua saye kena ambil result tu. Tapi disebabkan saye lupa nak tanya & pihak klinik pun tak perasan saye ada buat test darah masa checkup pertama, jadi result tu diperam je. Masa checkup ketiga tu baru doktor perasan & dia suruh buat repeat test.

 Lagi nak cerita apa ye..haa..baby kat dalam ni dah mula bergerak2. Saye mula perasan sejak minggu ke 18. Tapi time tu macam konfius2 sebab rasa macam angin je. Kadang2 rasa macam ada rama-rama nak terbang. Makin lama rasa tu makin jelas, siap berdenyut2.Rasa tendang2 takda pun, maybe awal lagi kot. Kadang2 bila waktu baring terlentang, saye rasa macam ada something yang keras bergerak & rasa macam berat je benda tu. Saye try sentuh 'benda' tu. Eh2 memang dapat rasa keras & macam jelas je rasa dekat permukaan kulit. Tu baby ke? Saye rasa ye, tapi dia macam tak suka saye baring macam tu..kalau mengiring baru selesa dan dia takkan muncul dekat dengan kulit macam tu..haha..tapi kadang2 saye sengaja je baring terlentang. Saje nak suruh dia muncul :p

Ok, dah la bercerita..terasa sangat mak2 topik saye sekarang ni. Akan datang pun mesti sama jugak..haha..Oklah, kalau rajin, saye akan bercerita lagi..wasalam :)

Thursday, February 12, 2015

Alhamdulillah..rezeki dari Allah

Assalamualaikum..

Lama jugak saye tak jenguk blog ni..Last update awal bulan lepas. Kemudiannya saye terus jadi pemalas walau banyak cerita nak diletak..hehe

Oklah, disebabkan malam ni rajin sikit maka bolehlah menaip kat sini. Sedar tak sedar, dah nak masuk 4 bulan saye berkahwin. Rasa macam kejap je. Nak2 bila tengok post kat blog ni. Eh-eh..post sebelum ni pun memang kisah majlis kahwin je. Memang baru kejap je kan? (Haha..padahal diri sendiri yang tak update blog) Mujurla bukan blogger famous pun. Saye menaip hanya utk suka2 & sebenarnya lebih kepada buat catatan untuk diri sendiri. Yela, kadang2 sampai satu masa rasa nak imbau balik kisah2 lama, jadi boleh la jenguk blog sendiri kan..hehe 

Dan...sedar tak sedar lagi (haih,berapa kali tah baru nak sedar) saye dah jadi mommy to be :)
Memang tak sangka sangat2 Allah nak bagi secepat ni. Alhamdulillah syukur sangat2 sebab ramai lagi pasangan suami isteri lain yang masih mengharap untuk mendapatkan anak tapi masih belum ada rezeki. Tapi kandungan saye still belum lepas trimester pertama. Baru 11 minggu. So memang kena banyak berhati2 lagi. Yela..orang kata, dah lepas trimester pertama baru la berada dalam zon selamat sikit kan.

Buku merah pun baru buat semalam dekat Klinik Kesihatan Jaya Gading, Kuantan. Kat klinik ni, kita kena book tarikh dulu. Dah dapat tarikh baru boleh buat buku merah & first checkup. Sebelum ni saye dah minta Mr.F tlg book jadi semalam terus buat checkup. Itu pun lama jugak la makan masa. Dari pukul 8.30 pg ke 12.00 tengahari baru settle. Apa2 pun bagi saye ok je la, sebab staff kat situ pun baik2. 

First time pergi buat checkup ni memang terkial2 jugak la, cuma buat muka tak malu sikit, tanya sana sini dan maniskan muka dengan senyuman..hihi. Lagi satu, disebabkan berat badan saye kurang dari 45kg, tak pasal2 saye kena cucuk ambik darah 2 kali. First dah ambik 2 botol untuk ujian talasemia & HIV. Kemudian bila jumpa doktor, dia tengok berat kurang, kena jugak la cucuk sekali lagi. Ambik darah untuk check ada masalah tiroid atau tak. Tapi nurse sebelum tu dah pesan siap2. Dia kata awak kena ambik darah 2 kali ni sebab berat kurang. Time tu macam redha je la. Takkan nak hentak2 kaki kata tak nak pulak. Mujur tak kena marah sebab berat badan tu..hehe..diorang pun faham bila saye kata memang tak selera makan & muntah2. Tambah pulak demam dah dua hari sebelum checkup tu. 

Satu lagi kisah, masa check dengan nurse, boleh pulak dia suspek saye mengandung kembar..haha..Masa tu dia just tekan-tekan perut & tetiba kata "Eh, betul ke 11 minggu ni macam dah besar je". Pastu berkali2 dia calculate semula, dah memang itu jugak la jawapannya..11 minggu. Kebetulan keturunan belah ma saye memang ada kembar. Terus dia suspek " Jangan2 kembar ni, sebab saye rasa besar je ni.." Dalam kepala saye dah macam2 fikir. Macam mana la rupa saye kalau ade 2 baby dalam perut ni. Agaknya nak berjalan pun tak larat heret kaki dah. Pastu bila dah keluar nanti macam mana nak jaga. Dah la anak first kan..pengalaman takde. Haru biru jadinya..haha.. Tapi dalam masa yang sama ada jugak rasa, eh2 best jugak kalau anak kembar..hihi..

Tapi jangkaan nurse tadi tak tepat sama sekali...Bila scan dekat doktor, nampak 1 je. Lama jugak doktor tu duk cari2 kot nampak 2, sebab nurse tadi dah refer case saye yang katanya size janin lebih besar dari usia kandungan. Tapi rupa2 memang satu je.Saye tanya kat doktor "tadi nurse cakap baby saye besar, betul ke?" Jawab doktor tu "Takde la normal je ni, puan jangan risau" Ha..lega hati saye. Itu la first time saye scan baby, sebelum ni memang takde pun. Dapatlah tengok jantung dia berdenyut2, bentuk kepala dia, bentuk kaki dia..walau tak berapa jelas bentuknya & tak berapa faham tapi excited la jugak hehe..Pastu dah balik rumah, sikit2 nak tengok gambar scan tu..haha dah macam tak betul. Saye sorang ke macam ni, ke orang lain pun sama?

Lain-lain benda, Alhamdulillah normal setakat ni..harap akan datang pun takde apa2 masalah. Cuma bab nak naikkan berat badan ni pening jugak ni. Nak pulun makan banyak pun memang betul2 takde selera. Bab loya jangan cerita la..mula2 dulu rileks je. Masuk minggu ke 6 saye dah start loya & mabuk2 sampai  sekarang. Kadang2 nak cuci pinggan pun boleh nak muntah. Tengok ikan, ayam, daging & bahan mentah lain pun nak muntah. Bau nasi menggelegak pun tak boleh. Tengok gambar masakan, gulai, kari pun tak boleh...sabo je la. Tapi takpe la..at least saye still boleh telan makanan & ada tenaga nak pergi kerja. Ha...panjang berjela pulak saye membebel..hehe..ok la..lain kali pulak saye bercerita...Wasalam :)


Friday, January 9, 2015

Walimatul urus - 25/10/2014

Assalamualaikum..

Dah sekian lama baru dapat buat entry terakhir tentang majlis kahwin saye..haih rasa macam ala2 nak basi dah. Tapi nak update jugak la..hehe

Lebih kurang pukul 9 pagi saye dah siap2 mandi & dalam pukul 10 gitu mak andam saye dah datang. Oh ye..majlis pada hari tu kami buat di Kg. Tiram pulak, di rumah tok saye. Waktu mak andam tengah mekapkan saye, hp saye berbunyi, dan seperti biasa photographer tak tau jalan lagi..hadoi asal saye mekap je mesti call pasal sesat jalan.Saye malas nak pening2 terus bagi hp kat cik eyra. Pandai2 la siapa2 kat luar bilik tu tolong tunjuk jalan dekat photographer.

First sekali, gambar pintu gerbang tajaan cik eyra..hehe

Persiapan akhir touch up photo booth

Flower girl merangkap geng bunga telur

Hampir pukul 11 saye dah siap mekap & rombongan pengantin lelaki pun memang dah sampai. Diorang park dekat rumah ayah long saye dulu, selang beberapa buah rumah dari rumah tok. So, nanti diorang berarak dari situ je. Photographer pun dah sampai akhirnya.


Lepas siap mekap

Saye bajet dalam pukul 12 dah boleh berarak, tapi tergendala sikit sebab pasukan kompang belum sampai..Jadi acara terlewat sikit la..tapi mujur terlewat sikit je, dalam 12.30 gitu rombongan pengantin lelaki dah start berarak.

Rombongan pengantin lelaki dah start berarak




Aik tetiba saye muncul..haha..

Geng kompang yang laku macam goreng pisang panas hari tu..banyak betul tempahan diorang. Tu yang lambat sampai..hehe

Jadi macam biasa la, lepas berarak, kami duduk kat pelamin & ada acara merenjis. Naik lenguh pinggang jugak la nak tunggu habis acara ni..hehe..lepas settle, terus ke acara makan beradap sambil tengok persembahan tarian "joget pahang" dari sepupu2 saye.

Makan2 sambil tengok persembahan tarian

Persembahan sepupu2 junior

Persembahan geng senior :p

Lepas tu buat apa lagi ye? Ha, sambung balik acara bergambar dan bergambar lagi. Kemudian acara potong kek. Haa, yang ni memang kelakar sikit. Masa Kak noti & cik eyra buka kotak kek tu, tetiba saye tengok diorang macam terpinga2. Pastu saye datang, tanya kenapa. Jawab diorang:

Eyra: Semalam masa dapat kek ni, elok je kan? Ada nama pengantin atas kek. Tapi ni, bukak je kotak, nama dah takde.
Kak noti : Macam mana bleh hilang ek? Tapi ni macam ada kesan atas kek ni. 
Og : Ish pelik la..ada orang ambik ke?

Memang hairan betul. boleh pulak bahagian nama tu hilang. Kek tu jenis fondant. Bahagian nama tu pun dia buat asing..letak sekeping fondant yang dah ditulis nama dekat atas kek. Kalau dah hilang sekeping tu maknanya ada yang ambik la kan. Tapi fikir punya fikir, last2 dapat dah jawapan. Ni mesti kerja Alif, anak sepupu kita orang. Sebab memang kek tu di simpan dalam peti ais kat rumah dia..haha..takde keje orang lain dah ni. Mujur la nampak cacat sikit je kek tu.

Bukti kecurian dekat kek ni..nampak kesan2 kuning atas kek tu kan? Ha, situ sepatutnya ade sekeping fondant yang ditulis nama pengantin.

Potong kek..walau kek dah tak berapa sempurna, hentam je la..malas nak fikir banyak2..hehe

Keluarga pengantin lelaki

Keluarga saye (yang belah abah). Family belah ma tak dapat nak bergambar sekali gus sebab ramai sangat..hehe

Geng mak2..tak semua ada ni

Geng ayah2..ni lagi lah, 3 orang je sempat panggil utk bergambar.

Sepupu sepapat. Masing2 tengah cop props. Pengantin pun sama sibuk nak berebut..haha


Ok, posing style sopan2 gitu

Posing ala zombie menerkam pulak


Dengan ex-office mate. Laylee & husband


Ex housemate time dekat UTHM...Nurul & family.




Ok, dah habis acara potong kek. kami berposing lagi.Last2 dalam pukul 3 lebih gitu kami dah pergi photoshoot outdoor. Kalau ikutkan photographer, dia nak buat dalam pukul 4 petang. Tapi kami malas dah nak tunggu, so biarlah settle awal sikit kan. Kami angkut sekali 'dayang2' untuk buat outdoor photoshoot..hehe. Tempat yang kami pilih ialah Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Senang, dekat je. Masa decide tempat hari tu sengaja saye pilih tempat terdekat. Malas saye pilih jauh2 sebab dah tau, mesti hari kenduri tu saye dah rimas dengan baju & mekap. Nak2 hari dah petang kan.

Ok, kat bawah ni gambar2 dekat Taman Pertanian..malas pulak saye nak letak caption untuk gambar2 ni..hehe..tengok je la ye..














Lepas snap2 gambar semua, maka selesai sudahlah acara dalam majlis saye. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & cuaca pun baik je sepanjang hari. Tamatlah sudah cerita. Tapi sebelum tu saye nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis saye selama 3 hari berturut2 tu. Dan terima kasih juga kepada yang memberi sumbangan tak kira dalam apa bentuk sekalipun. Semoga rezeki anda semua melimpah ruah & hidup diberkati Allah. Ok itu saja entry majlis perkahwinan dari saye. Pasni takde sambungan dah..hehe..Wasalam.