Monday, October 19, 2015

Jaundis oh jaundis part 1

Assalamualaikum..

First sekali nak cakap,  yeay!!! saye dah habis pantang.. hehe. Hari ni Aqeef dah berumur 51 hari. Oklah untuk kali ni saye nak flashback pasal Aqeef kena jaundis a. k. a kuning. Tengok tajuk pun dah tau kisah ni panjang kan sebab ni baru part 1..huhu..

1.9.2015,  hari pertama nurse Klinik kesihatan datang check ke rumah. Lepas check Aqeef,  dia kata baby ada kuning. Petang nanti dia suruh bawa ke klinik kesihatan. Jadi petang tu saye bawa Aqeef check kuning. Bacaannya tinggi,  249.66. Kena refer ke Htaa. Aduh, sedih betul. Baru sehari dia balik rumah,  dah nak kena masuk wad lagi.Tapi kali ni saye boleh temankan dia.

Balik rumah, kemas2 barang yang patut. Lepas tu pergi ke Htaa.  Tinggallah saye berdua dengan Aqeef kat wad tu. Orang lain tak boleh masuk, kalau suami datang nak bagi barang pun boleh masuk 10 minit je.

Macam2 perasaan ada waktu tu.  Dah la tak pandai lagi nak jaga baby,  ni kena jaga sendiri 100%. Tambah lagi badan memang lemah sangat2. Belum sempat berurut lagi kan.

Aqeef kena jalani rawatan fototerapi. Baring dalam baby cot, bawah lampu biru dengan matanya ditutup. Kami masuk bilik 5. Dalam bilik ni ada 2 katil je, maknanye hanya kami &  satu lagi pesakit lain je. Jadi ada privacy sikit berbanding bilik lain yang ada 6 katil. Roomate kami ni pun baru masuk,  awal beberapa minit je dari kami.

Malam tu Aqeef meragam. Dia tak nak baring dalam cot. Bila saye angkat &  dukung,  dia diam. Letak je terus nangis meraung2. Baby yang sebilik dengan kami rileks je. Tidur lena dalam cot. Dengan maknya sekali tidur lena. Saye? macam Aqeef jugak la.. berjaga sepanjang malam. Kalau dapat tidur pun,  paling lama setengah jam je, lepas tu dia terjaga dan nangis. Terpaksa la saye angkat dan susukan dia. Tapi kalau banyaknya duduk atas riba saye je,  macam mana kuning tu nak kurang. Sudahnya dengan saye sekali menangis. Tah la,  masa tu rasa tertekan sangat hadap situasi tu sorang2. Tambahan lagi sedih tengok anak dalam keadaan gitu.

Pukul 6 pagi doktor datang ambil baby, untuk check darah. Keputusan akan keluar tengahari. Sekali lagi sedih,  tengok tangan kecil tu ditampal kapas lepas ambil darah. Waktu siang dapat juga la Aqeef bertenang bawah lampu tu. Maybe sebab dah letih &  mengantuk sangat. Tengahari tu result keluar tapi mengecewakan. Bacaan kuning Aqeef turun sikit je. Kalau bawah dari 200 baru boleh keluar.

Pada hari tu ada sorang nurse masuk bilik kami,  dia tengok Aqeef tengah melalak dalam cot. Dia bagitau,  kalau anak nangis gitu bedungkan aje,  pastu angkat dan bagi susu atau tidurkan dulu.  Bila dah lena letak slow2 dalam cot &  buka bedung. Ok, tq nurse.. tips dia agak membantu. Sebelum ni tak terfikir nak buat gitu. Maklum la otak bercelaru.

Hari tu doktor yang datang check sangat2 friendly. Doktor india, perempuan. Dia tanya saye kenapa kuning turun sikit sangat,  anak tak nak duduk bawah lampu ke? Saye pun cerita la hal betul. Dia tak marah pun dengan senyum dia kata "Hye handsome boy,  you bully your mommy ha.. takmo macam ni la..kesian dia. you nak sihat kan, so dengar cakap your mom." Kemudian dia bagitau saye, cuba juga letak dalam cot, kena kuatkan semangat sebab kalau ikutkan sangat anak nanti lagi lambat keluar wad. Ok, kali ni saye kena jadi lebih tabah,  mission saye untuk discharge hari esoknya. Please Aqeef,  be strong!

Saye mula kuatkan hati,  kalau dia nangis sikit2 saye biarkan aje,  kalau dah kuat sangat baru angkat tapi saye pastikan bedung dia dulu. Ok,  kali ni dapat la dia tidur lama sikit dalam cot. Malam tu pun saye dah agak tenang, tak mo nangis2 dah.. hehe.

Pukul 6 pagi, macam biasa doktor ambil baby untuk check darah. Saye berdoa dalam hati.. harap result Aqeef kali ni bawah 200. Tengahari tu dah dengar 2-3 orang doktor bercakap sesama diorang. Saye dengar diorang kata bilik 5 sorang boleh discharge sorang lagi kena stay.  Ya Allah.. harap2 kami lah yang boleh discharge tu.

To be continue...

No comments:

Post a Comment