Dua hari selepas keluar wad, kami bawa Aqeef ke klinik kesihatan untuk check darah lagi. Memang inilah rutin selagi kuning baby tak turun ke tahap yang memuaskan. Kata nurse, kalau bacaan 130 ke bawah baru lah diorang tak panggil untuk check kuning lagi.
Kali ni bacaan naik sikit. 237.69. Kami tak tunjuk pun surat dari Htaa tu tapi doktor kat klinik ni kata tak perlu admit wad lagi. Saye dah agak risau. Takut bacaan naik lagi.
Dekat rumah pun kami dah pasang lampu 24 jam. Tidur pun dalam cerah. Lauk untuk saye makan pun dah tak boleh letak kunyit, lada hitam, bawang putih semua. Kopi & nescafe pun tak minum dah. Ubat2 herba lepas bersalin pun tak boleh makan lagi. Semuanya demi nak sembuhkan Aqeef dari jaundis. Memang waktu tu muka saye pucat je. Tapi hari2 saye pastikan makan buah oren sebiji atau beberapa biji anggur. At least ada juga vitamin dalam badan.
9.9.2015, bacaan naik lagi 242.82. Kami dah makin buntu. Ada orang cadangkan beli ubat kuning di kedai ubat cina tapi saye ada terbaca dekat blog, kalau tak serasi, kuning jadi lagi tinggi.
10.9.2015 saye ke klinik lagi. Selalunya pergi dengan Mr. F tapi dia dah start kerja, jadi pergi dengan ma. Bacaan kuning memang naik lagi, 247.95. Sementara tunggu giliran masuk bilik doktor, ma bersembang dengan pasangan suami isteri kat sebelah dia. Diorang pun datang check anak kuning jugak. Tapi kuning anak diorang dah turun. Ma tanya macam mana boleh turun. Rupanya diorang bagi anak makan ubat homeopati. Hari tu jugak kami pusing kat area Jaya Gading tu, cari klinik homeopati.
Waktu beli ubat tu, owner klinik tu dah pesan, katanya sehari lepas makan ubat tu kuning akan naik mendadak. Kemudian baru turun. Kami bagi Aqeef makan ubat tu ikut aturan. Esoknya pergi klinik, ajaib! Bacaan kuningnya statik. Sama macam semalam. Doktor suruh datang lagi esok.
Sabtu, 12.9.2015, bacaan kuning naik mendadak jadi 326.61. Kami agak, ubat homeopati tu baru mula bertindak. Doktor terkejut dan tak percaya. Dia suruh ke makmal semula. Check lagi sekali. Kesian Aqeef, dua2 tapak kaki kena cucuk. Resultnya makin naik, 328 pulak. Huh, sudahnya doktor kata kalau anak nampak tak sihat atau demam terus pergi hospital. Dia tak suruh admit wad sebab bila check Aqeef macam tak ada masalah pun. Doktor tekan2 kulit dia & kata tak nampak kuning teruk sangat. Cuma yang pelik bacaan tinggi. Doktor cuma pesan, kalau anak demam terus refer ke hospital.
Isnin, 14.09.2015, hari tu Aqeef kena check untuk prolong jaundice. Tapi sebelum tu kena ambil darah macam biasa. Result memang menakjubkan, Alhamdulillah.. kuning Aqeef turun ke 259.42. Masih tinggi tapi lebih baik dari result hari sabtu lepas. Hari tu hari terakhir Aqeef check jaundis. Lepas ni datang untuk checkup usia sebulan & ambil result prolong jaundice.
Waktu checkup usia sebulan, result prolong jaundice dah keluar. Alhamdulillah, tak ada apa-apa masalah. Doktor tekan2 kulit Aqeef, dia kata kuning sikit2 je lagi ada.
Dalam usia 50 hari, baru nampak kuningnya betul2 hilang. Macam tu lah kisahnya anak saye dengan masalah kuning. Apa2 pun, syukur sebab tak ada apa yang serius. Ok lah sekian dulu. Wasalam.
No comments:
Post a Comment