Tuesday, December 5, 2017

Suka duka si event planner

Assalamualaikum..

Pagi ni saye nak membebel sikit..heee..kepada yang membaca post ni harap bertabah.

Sepanjang lebih kurang 4 tahun dalam bidang event dan party planner ni macam2 jenis kerenah pelanggan yang kami (saye & eyra) jumpa. Adatlah kan. Dah masuk dalam dunia perniagaan memang kite akan hadap pelbagai sifat manusia.


Ada yang jenis senang sangat berurusan. Kalau jumpa jenis macam ni memang syukur sangat2. Ada yang baik sangat2. Layanan baik dan sopan je bila berurusan. Ada juga yang jenis tak berkira soal bayaran asalkan kerja yg diberi tu kami buat dengan baik. Ada juga jenis mudah sangat nak bayar payment. Kami minta deposit dia bagi full payment terus. Ada yang selepas tamat majlis, siap tapau kat kami makanan dan segala cenderahati. Ada juga yang sampai sekarang masih contact kami dan anggap kami macam kawan. Oh..ni semua list jenis customer idaman semua peniaga kan? 😍

Ok dah baca yang indah2 tu mari lah kite tengok apa yang tak indah pula. Ye betul..realiti hidup ni bukan yang bahagia dan seronok je semuanya. Mesti ada yang sedih, pilu, annoying kan?



Bab tak seronok ni saye list by number la ye..kalau buat dalam satu perenggan nanti korang mesti malas baca..haha..ok kat bawah ni la realiti 'tak indah' yang pernah kami hadap sebagai event planner:

1. Bincang sampai lebam last2 hilang di angin lalu - Yang spesies ni memang selalu sangat jumpa. Dia punya sembang tu nak buat event gah. Siap kata nak grand2. Kemudian minta quotation. Kami pun bertungkus lumus lah nak buat quotation. Yang ni pun bukan benda senang. Bukan sesuka hati boleh letak harga. Kalau barang yang dia nak kami tak ada, kami kena cari supplier, minta harga dengan diorang. Ok dah bagi quotation. Pastu minta ubah lagi dan lagi. Kami ok je. Tapi last2..krik3...bila tanya, jawapannya ' sorry I tak jadi ambil dengan u.bajet tak cukup'. Aduh2 πŸ˜– Yang minta quotation makin up2 harga dan tambah barang tu siapa? Takpe lah..jawapannya redha je. Think positive. Tu bukan rezeki kami.


2. Tanya harga, diam. Tanya lagi, diam - ok yang macam ni pelik sikit. Asyik pm tanya harga pakej. Kemudian bila dah bagi dia pun diam. Takde cakap terima kasih ke, ok takpe saye survey2 dulu ke..takde. Dua tiga bulan kemudian dia tanya lagi. Benda yang sama. Repeat lagi la bagi harga dan gambar itu ini. Pastu diam lagi. Tak lama kemudian, eh2 tanya lagi benda yang sama. Allah..sabar je lah hati 😡

3. Deal macam lain. Dah siap kerja kata kita tak ikut apa yang dia nak - Tiap kali deal dengan customer memang kami akan alert point penting apa yang dia nak. Setiap perbualan dalam whatsapp atau apa2 pun kami tak kan padam. Tapi ada juga jenis bila kami dah siap deco dia sengih2 tak kata ada problem ke apa dengan kerja kami tu. Tapi time kami nak pick up barang dan minta baki bayaran, dia buat muka tak puas hati. Siap nak minta diskaun. Katanya kami tak ikut apa yang dia nak. Amboi, naik darah sis tau 😑 Yang geramnya si tukang deal duk menyelit kat belakang kawan. Kawan dia yang ala2 bouncer tu datang cakap dengan kami. Bila tanya apa yang dia tak puas hati, katanya jumlah arch kami tak sama dengan dalam gambar contoh. Adeh..masa deal, kami cuma cakap arch tu sama design macam dalam gambar. 1 pcs rm80. Dia setuju. Takde pun kami kata nak bagi arch sama jumlah dengan gambar. Yang dalam gambar contoh tu ada 7 pcs arch kot. Logik tak harga 7 pcs arch rm80? Harga gitu pun dah cukup murah. Setakat balik modal. Tak untung mana pun sebab kesian diorang ni kata memang bajet dia ciput. Actually ni geng2 pelajar di 1 kolej. Tapi attitude tak menggambarkan orang terpelajar pun πŸ˜‘

3. Dah bayar deposit tapi nak cancel - Sebenarnya kalau belum bayar deposit kami tak kisah kalau customer nak cancel. Tapi once dah bayar, kami akan locked tarikh. Dan terus beli barang2 event dia. Tetiba dapat whatsapp 'sorry sis, saye nak cancel booked. Boleh refund deposit saye tak?'. What? Barang semua dah beli awak 😭 Dengan berat hati kami terpaksa bagi ayat sadis. 'Maaf ye, kalau cancel deposit akan burn sebab barang semua kami dah beli. Saye cuma boleh bagi pilihan untuk tukar tarikh event'. Sepanjang berniaga benda ni baru 2 kali jadi. Alhamdulillah sebab tak selalu dapat customer macam ni. Yang first tu ok2 je, dia teruskan majlis juga. Yang kedua ni tetap teruskan majlis tapi tetiba jadi kerek. Nak marah kami kot sebab tak boleh refund duit. Maaf sangat2 tapi memang kami tak boleh refund duit bukan sebab nak makan duit customer tapi duit tu dah diguna untuk beli barang2 majlis khas untuk awak. Orang lain belum tentu nak pakai barang2 tu. Jadi kami akan rugi berganda2. Rugi masa ke sana sini beli barang, rugi duit minyak, rugi tarikh sebab dah block untuk awak, rugi duit sebab barang2 tu terperap dalam stor dan rugi duit jugak sebab nak kena keluar duit sendiri untuk refund duit awak. 

4. Rakan niaga buat onar - ok, last problem ni bukan masalah customer tapi rakan niaga. Dalam bisnes selalunya kita tak berdiri sendiri kan. Mesti ada networking kita. Nak2 jadi event planner ni. Kita ada rakan niaga bahagian yang selalu kita akan sub job untuk dia. Atau dia yang sub job kepada kita. Contoh rakan bahagian catering, bakers, kanopi, pa system, supplier barang party dan sesama event planner. Alhamdulillah ada beberapa rakan yang memang betul2 jujur dan boleh dibuat kawan dalam meniaga. Tapi ada jugak jenis kawan makan kawan yang memang kami dah stop berurusan dengan dia. Jenis melambat2 kan payment kepada kite, padahal customer dah bayar kat dia. Sampai kami kata nak report polis dan viral baru la nak bayar. Ada jugak yg kami sub job pada dia tapi dia langsung tak ikut tema customer. Dah banyak kali mention apa yang customer nak tapi dia boleh pulak ignore je. Nak tak nak memang kami suruh tukar jugak apa yang dia dah buat, ikut pada tema customer.



Banyak lagi sebenarnya yang pahit2 dalam bidang ni. Tapi cukuplah yang kat atas ni aje saye senaraikan. Bidang ni kami yang pilih sebab minat yang mendalam. Ini kerja kami dan kami sukakannya. Cuma kena ingatlah kan, tiap apa pun kerja kita mesti ada cabarannya. Dan benda2 ni lah yang buat kita lebih kuat. Akan datang tak tau lagi apa cabarannya kan? Ok, ..moga kita semua berjaya dalam apa pun bidang yang kita ceburi...wasalam.

Wednesday, November 29, 2017

Cuti cuti ke langkawi

Assalamualaikum..

Cuaca tempat korang macam mana? Ada yang sedang alami banjir tak? Kat Kuantan ni redup je haa..harap2 kita semua dilindungi dari segala bencana alam.

Ok..saye just nak flashback sikit kisah holiday baru2 ni di Sungai Petani, Kedah dan Langkawi. Lagipun boleh buat rujukan untuk akan datang. Secara tak langsung boleh juga jadi rujukan sesiapa yang nak ke destinasi yg sama.

24/11/2017 (jumaat)
Kami 1 family ( saye, mr.f, ma, abah, eyra, aqeef) bertolak dari kuantan ke SP (sg.petani) pada pukul 7 pagi. Dalam pukul 2 pm sampai ke SP. Terus cari motel yg kami dah book awal2. Nama motel ni Budget Family Motel. Murah dan selesa sangat2. Semalam hanya RM 85. Bilik luas dan bersih, 1 katil queen, 2 katil single. Ada tv, aircond, kipas dan peti ais.
Recomanded motel. (Gambar2 motel cedok dari google)

Besar kan? Memang selesa dan berbaloi sangat harganya.

Dah sampai tu rehat2 je lah. Petang keluar pergi rumah abang ipar sekejap.
Aqeef dengan muka selambanya minta nak tapau biskut dari paklong dia..haha..siap kata 'nak banyak sikit' πŸ˜…

25/11/2017 (sabtu)
Ikut plan asal, pukul 7 pagi nak gerak ke jeti kuala kedah. Tapi biasa la..tunggu turn nak mandi dan bersiap, pastu sarapan kat kedai dulu. Maka dalam pukul 9 lebih baru ke jeti kuala kedah. Dekat2 nak masuk area jeti ada la ulat tiket yg round dengan motor tanya dah beli tiket ke? Ok..pengajaran kat sini ye, jangan sesekali terperdaya dengan diorang walau nampak baik. Ulat tetap ulat πŸ˜‘ mr.f just tanya je dekat si ulat. Tempat parking kat mana? Ulat kata ikut dia. So, dia drop kami dan barang2 dekat kaunter tiket dulu. Pastu dia follow ulat tu. Punya la jauh mamat tu bawa. Parking dia jauh betul. Sekali dia minta bayaran rm120. Konon tempat dia ada security 😀

Panas je hati kena tipu kan..ok tiket feri beli sendiri je kat kaunter. Dapat tiket pukul 12 tengahari. Dewasa rm23.

Feri sampai, selamat la naik..mujur tak rasa pening sebab feri kecik. Dia jalan laju dan rasa tak melambung sangat. Cuma time dekat nak sampai langkawi je macam melambung sikit. Sepanjang jalan dalam feri tu mulut aqeef tak berhenti cakap. Sampaikan masa nak turun, orang yang sit depan tu tegur, ' oo..ni ke yang duduk bercakap dari tadi. Duk dengar suara..banyaknya dia bercerita' πŸ˜‚

Sebelum naik feri

Kami dapat no tempat duduk asing2

Peace..hehe..feri dah gerak

Aqeef tak duduk diam. Ajak bergambar pun asyik muka tak masuk dalam screen hp.

Dekat langkawi kami sewa kereta. Dah tempah myvi. Rm 80 sehari. Tapi sampai ke sudah. Tak naik myvi pun. Owner bagi kereta nissan almera sebab customer dia extend sewa myvi tu.

Dah dapat kereta, maka pergilah ke motel kami. Agak jauh dari jeti Kuah. Motel ni dekat Jalan Kedawang. Saye book family room melalui website booking.com. Untuk 3 hari 2 malam dapat RM190. Murah la kan. Ada 2 katil queen, aircond, kipas, tv. Parking pun senang. Pastu tepi2 motel ni banyak kedai makan sedap dan murah. Nama motel ni Gelam Inn Motel.

Gelam inn motel langkawi. (Gambar2 dari google jugak)

Ok ni gambar google. Bilik kami 2 katil macam ni. Tapi susunan barang beza sikit


Hari first di langkawi cuma pergi HIG complex. Borong coklat. Pastu ke Idaman Suri. Cuaca hujan jadi malas nak berjalan sangat.

26/11/2017 (ahad)
Hari kedua, bangun awal2 dan bersiap. Kemudian pergi ke underwater world. Tempat ni wajib pergi sebab dah janji nak tengok ikan dengan aqeef. Yang masuk cuma saye, mr.f dan aqeef. Yang lain2 ke Coco Valley Duty Tax Free. Kan sebelah2 je tempatnya..hehe..ok harga tiket rm36 dewasa. Kanak2 3 tahun ke bawah free. Aqeef nak berdukung je. Dia seriau tengok ikan besar2 sangat πŸ˜‚

Aqeef siap2 nak gi tengok ikan 

Ibu dan abah ikut style aqeef. Ambik gambar mulut terlopong 😁

Tengok muka tak keruan dia..sebab ada ikan besar kat belakang..haha

Keluar dari underwater world terus cari tokma. Rindu macam setahun tak jumpa πŸ˜…

Pin pin πŸ“’ lori lolipop nak lalu😁

Dah settle kat situ kami pergi ke MH Saujana. Kat sini abah nak borong minyak gamat dan minyak akar seruntun. Pastu pergi makan. Gigih la cari kedai Restoran Nasi Campur Kak Yan. Tapi tengok full house sangat. Siap ada bas persiaran 3 buah. Adehh..cancel. So, makan je dekat gerai berhampiran. Murah dan sedap jugak.

Beli lori kat pantai cenang..muka senyum meleret

Lokasi seterusnya Rams. Sini pinggan mangkuk dan barang2 perhiasan kaca cantik2 jugak. Coklat pun banyak. Beli2 lagi. Kemudian balik motel..berehat. Malam keluar ke Dataran Lang. Tapi hujan renyai2. Saye dan mr.f tunggu dalam kereta je sebab aqeef dah tidur. Tak dapat la bergambar dengan helang besar.

Dataran Lang..saye tengok muncung paruh helang je la..tak keluar dari kereta

Hujan renyai2 ni


27/11/2017 (isnin)
Hari last..check out dalam pukul 8 pagi. Dapat tiket feri pukul 9 pagi. Kali ni naik feri besar. Rasa macam pergerakan feri ni lambat berbanding yang kecik. Ke perasaan je? Hehe..Kali ni agak melambung2. Mujur aqeef tidur sepanjang jalan.

Bye2 langkawi. Lain kali aqeef datang borong coklat lagi 😘

Settle percutian ke langkawi..dari jeti kuala kedah kami ke tanjung dawai beli ikan masin. Pastu singgah rumah paklong aqeef kejap. Dan gerak balik ke kuantan.

Pukul 12 tengah malam baru sampai sebab singgah beli belon di KL.

Alhamdulillah perjalanan selamat. Cuma next time kalau boleh tak nak pergi bercuti hujung tahun. Sebab tak dapat buat banyak aktiviti. Ok sekian dulu kali ni ye..wasalam 😘





Tuesday, November 14, 2017

Aqeef warded

Assalamualaikum...

Lama dah tak menulis kat sini. Hari ni saye nak share kejadian kelmarin. Aqeef kena masuk wad 1 malam sebab muntah-muntah. Kejadiannya macam ni...

Hari ahad, 12.11.2017. Dia sihat dan lincah macam biasa. Cuma tengahari tu dia makan nasi sikit je. Dalam pukul 2 lebih saye, ma, abah, eyra dan aqeef ke rumah tok di Kg. Tiram. Sampai sana, aqeef jumpa geng2 nya dia pun sibuk la main sekali. Main dalam rumah je. Entah bila masa tiba2 budak2 ni keluar main dekat beranda. Aqeef pun ikut sekali. Tak sampai berapa minit dia nangis. Saye keluar ambik dia. Budak2 tu kata dia jatuh. Dah pujuk2 bagi susu, dia pun diam. Pastu aktif macam biasa. 

Dalam pukul 4.45 pm kami pun nak balik. Saye dukung aqeef ke kereta. Elok nak buka pintu kereta tetiba aqeef cakap 'sakit'. Saya tanya sakit apa? Tak sempat jawab terus dia muntah. Dah basuh muka dan bagi minum air masak kami masuk kereta. Masa tu tak fikir apa2 sangat. 

Tak sampai 10 minit dalan kereta dia muntah lagi..banyak..masa ni dia dah menangis2. Nak singgah klinik tapi baju dia semua dah kotor. Kami pun tak prepare plastik ke apa2 untuk tadah muntah dia. 

Sampai rumah muntah lagi..dan kejap2 muntah. Kami ke klinik dalam pukul 5 lebih. Waktu tu dah 6 kali dia muntah. Sampai dah takde apa yang boleh keluar. Cuma air je. Dia dah nampak letih sangat sampai tertidur. Mujur tak ramai pesakit dekat klinik. Tunggu kejap je dah sampai giliran.

Masuk bilik doktor, aqeef terjaga. Terus menangis2. Doktor nak check pun susah. Bukan main lagi dia tepis tendang2 doktor. Doktor check perut dia..tak kembung. Demam ada sikit. Doktor kata dia bagi ubat muntah, masuk ikut punggung. Tapi kalau muntah melarat kena ke hospital.

Keluar je dari bilik doktor dia terus diam. Haih aqeef..macam2. Kemudian nurse panggil ke bilik lain pulak. Untuk masukkan ubat. Kali ni sekali lagi dia menangis. Meronta2, menjerit semua la.. Dah masukkan ubat, keluar dari bilik tu senyap semula.

Ingatkan dah masuk ubat muntah tu dia lega la..tapi hilang sekejap je. Kat rumah memang dia letih. Nak tidur je. Tapi kejap2 bangun nangis2 dan muntah. Kesian sungguh. Makan semua tak nak. Minum air je. Tu pun dalam 5 ke 10 minit keluar balik.

Kami pun dah tak tau punca. Nak kata salah makan takde bagi makan bukan2. Cuma suspek sebab jatuh. Tapi kami pun tak tau dia jatuh macam mana. Sebab bukan depan mata. Check kepala dia takde pulak lebam ke apa2. Last2 decide ke hospital IIUM Kuantan. 

Dalam pukul 9.30 malam sampai. Mujur terus dapat rawatan sebab tak de pesakit lain. Macam biasa la dia menangis2. Doktor check, dia kata tekak merah. Tapi doktor kata punca muntah bukan sebab jatuh. Kalau dia jatuh dan tak boleh berdiri atau terus muntah memang itu penyebabnya. Tapi aqeef lepas jatuh, dia ok je.Nangis kejap..main macam biasa. Doktor kata kena warded sebab air dalam badan dah hilang banyak. Tapi sebelum tu kena check darah. Takut ada masalah penyakit lain. 

Dan macam biasa la..nangis, jerit2. Lebih2 lagi waktu nurse cucuk tangan. Sementara nak tunggu result darah dan doktor bahagian kanak2 datang, mulut dia asyik kata 'bukak, buang2, tak nak ni...' Dia suruh buang jarum dan balutan tangan. Nurse memang dah siap2 pasang jarum untuk drip air nanti. Sepanjang waktu tu 2x jugak la dia muntah.

Kemudian doktor kanak2 dah datang dan saye cerita la apa yang jadi semua. Dia kata result darah tak ada masalah. Dia check aqeef dan kata, mata dia dah cengkung dan bibir kering sangat. Jadi kena warded dalam sehari atau dua hari. Masa tu redha je la. Kalau kat rumah pun kita bukan boleh buat apa. Kalau duk hospital dapat jugak masuk air dalam badan. 

Maka masuklah aqeef dalam ward. Cantik ward nya. Tapi kosong je. Termasuk kami, ada 3 pesakit je. Satu partition ada 4 katil. Depan kami ada 1 pesakit. Baby dalam umur 8 bulan. Dekat partition lain ada satu pesakit. Umur lebih kurang aqeef.

Masuk2 je ward, kena drip air. Tapi dia tak nangis2 teruk dah. Mungkin penat sangat. Pastu lepas muntah sekali, dia pun dah lali & tertidur. Waktu ni ma & eyra je naik ke wad. Rupa2 nya abah tak ada. Pergi minta air penawar. Ha..yang ni masuk kes mistik sikit. Time tunggu keputusan darah tadi abah ada call Pak J ( bukan nama sebenar, boleh gitu? πŸ˜‚) Pak J ni sedara jauh kami jugak. Dia pandai berubat kalau orang ada kena gangguan syaitan ke jin2 ni. Masa aqeef kecik2 pun kerap kena gangguan..yela baby kan benda2 gitu suka la usik. Selalu memang gi kat Pak J, Alhamdulillah Allah bagi sembuh. 

Pak J ni scan nama Aqeef, dia kata bukan sakit biasa. Ada benda ganggu. Mungkin masa dia duk main2 dekat beranda tu lah. Ada la benda yang menyakat tu. Pak J bagi air, suruh bagi minum dan sapu2 kat badan dia.

Malam tu saye sempat la sapu2 badan aqeef dengan air tu dan bila dia terjaga saye bagi minum sikit. Baca bismillah, selawat dan niat la supaya Allah sembuhkan, kalau ada gangguan jin atau syaitan mohon Allah hilangkan gangguan tu. Tak boleh la kite percaya air tu yang power. Tu cuma ikhtiar je.

Maka bermalam la kami berdua di wad. Tetiba terkenang zaman aqeef masih baby dulu. Bermalam di wad sebab dia demam kuning. Aqeef tidur lena malam tu. Mungkin letih sangat. Saye yang tak lena sebab takut anak jadi apa2 saye tak sedar pulak. Dalam pukul 2 pagi dia terjaga dan merengek. Saye standby kain batik dan plastik siap2 sebab kalau nangis gitu memang dia nak muntah. Dan..memang betul..muntah lagi. Lepas siap, saye bagi minum air penawar dan dia sambung tidur.
Muka geram je sebab kena masuk air

Alhamdulillah sampai hari cerah dia tidur lena. Tak muntah lagi. Dalam pukul 8 lebih dia bangun tersenyum..ok nampak ceria dan bertenaga sikit hari ni. Tak lama lepas tu ma dan abah datang bawa pakaian saye dan aqeef pastu bawa sarapan sekali. Maklumla saye masuk wad memang sehelai sepinggang semalam..hehe..Pagi tu aqeef nak jugak makan kuih yang ma bawa. Nasi lemak pun makan dalam 5 sudu. 

Muka dah ceria

Bila doktor datang check dan uji dia dengan bagi mainan, buku2, bukan main lagi dia. Mula2 malu. Last2 dia pulak lebih2. Siap demand nak mainan lain yang ada dalam bekas doktor tu πŸ˜‚

Tak lama tu, doktor pakar pula datang check. Dia kata nampak keadaan aqeef dah bertambah baik. Mata, bibir semua tak kering dah. Tekak ada merah sikit lagi. Dia rumuskan muntah2 aqeef ni sebab virus yang mungkin menyerang tekak atau bahagian dalam perut. Dia kata kejap lagi doktor akan stop drip air. Nak tengok aqeef ok atau lemah. Kalau ok,tak muntah, makan minum pun mau so boleh discharge. 

Lepas je tangan tak kena masuk air, aqeef pun apa lagi..heaven la..hehe..terus terjun katil. Mulut dia dah potpet2 macam biasa. Satu ward tu dengar suara dia je. Abis doktor, nurse sampai akak cleaner pun dia ajak bersembang. Doktor datang tanya ada minum tak hari ni? Dia jawab..' nak minum air kelapa' adoi..aqeef2..haha

Bila nampak akak cleaner datang tukar plastik sampah..dia kata garbage truck. Aqeef nak garbage truck. Sebab akak tu bawak troli. Tergelak2 akak tu dengar. Tengahari tu sedara mara datang melawat. Ada yang bagi hadiah mainan. Bertambah segar la dia. Tak nak duduk atas katil dah. Kehulu kehilir macam tak sakit.

Dah terjun dari katil sebab tangan tak kena 'ikat'

Seronok dapat hadiah 😁

Tq kepada yang melawat aqeef 

Lepas tu dia dah tau ada playground dalam ward. Kejap2 nak pergi situ. Siap cakap ' tak nak balik' haha..haru betul. 

Lepas habis time melawat tengahari, doktor datang check dan kata aqeef boleh discharge. Yeay...dalam pukul 4 petang kami keluar ward. Sepanjang jalan nak keluar wad aqeef bye2 kat orang yang dia jumpa. Sampaikan pakcik guard kat lobi pun dia kata ' bye2 polis' πŸ˜…

Tapi sampai hari ni dia still fobia. Batuk2 sikit je dia kata nak muntah. Padahal batuk je. Harap2 cepat la hilang perasaan fobianya tu..ok lah sampai sini dulu ye..panjang lebar saye menaip. Malas nak buat part 2. Takut tak terbuat nanti..hehe.. wasalam..


Monday, September 25, 2017

Ragam budak 2 tahun

Assalamualaikum

Tak ada apa nak share. Saja je nak buat coretan sikit tentang perangai Aqeef yang dah nak masuk umur 2 tahun 1 bulan ni. Akan datang mesti rindu ragam dia masa kecik2 ni kan. So boleh la flashback baca kat blog..haha

Ok sekarang ni mulut dia sangat banyak bercakap. Masuk je umur 2 tahun memang kemahiran bercakap dia sangat awesome πŸ˜… Dah pandai buat ayat panjang 3 ke 4 patah perkataan. Dah pandai bercerita. Berlakon ( dia kan drama king sikit..haha). Dah pandai menyanyi..tapi lirik kelaut la. Kadang2 dia reka sendiri je..asalkan keluar suara berlenggok. Kira menyanyi la tu.

Dia makin aktif. Tak duduk diam pun. Ada je 'kerja' dia. Kalau kita buat kerja pun bukan main rajin nak tolong. Tapi selalunya kalau dia tolong tu kerja yang boleh siap dalam 10 minit akan jadi 20 minit..haha πŸ˜‚

Favourite dia...biasa la...lori. Dekat rumah ni dah tak tau berapa ratus buah lori mainan ada. Dia siap hafal dah nama segala lori & jentera berat. Lori simen, lori sampah, lori pasir...macam2 lagi la. Selalu dia suka berlakon bercakap guna hp. Ayat dia selalunya macam ni:
Ayat 1:
'Hello, abah..abah keje? Balik keje, beli loyi (lori)ye.. loyi DIY'

Tempat favourite dia memang kedai MR.DIY. Kat kuantan ni kan banyak kedai tu. Lambang kedai MR.DIY ni dari jauh pun dia kenal.

Ayat 2:
'Hello diy? Hantar loyi. Haa.. loyi campah (sampah) ye. Bye'

Tengok! Siap boleh 'call' kedai MR.DIY. Suruh hantar lori kat dia. Tapi jenis lori tu berubah2 la. Kadang2 mintak lori sampah. Ada time mintak lori minyak, lori pasir..macam2..haha.

Macam2 ragam budak tengah membesar ni kan? Tapi bila dia dah makin besar mesti kita rindu telatah dia waktu kecik. Sebab tu la kadang2 rasa nak je snap gambar dia hari2. Nak simpan buat kenangan..haha..last2 memory phone pun boleh full πŸ˜‚

Ok lah. Kat bawah ni ada saye tepek beberapa gambar dan video gelagat Aqeef. Wasalam.. 😁

Main gelongsor dekat Gio Mall. First time saye saja biarkan dia main sendiri. Panjat tangga dan menggelongsor sendiri. Boleh pun. Selama ni takut2 nak main.

Monyet kesayangan aqeef. 

Monyet ni lah pesakit dia kalau time dia jadi doktor.

Abah dia baru belikan flashcard. Ok kad favourite dia ialah kad doktor. Sampai tidur pun nak kena pegang kad tu..hehe

Suka sangat bergambar dengan gambar gajah ni. Kat mana2 jumpa pun nak kena gi bergambar. Siap posing ala model lagi.

Jangan ajak dia selfie..kalau tak macam ni lah hasilnya. Mesti nak jelir lidah πŸ˜’

Tuesday, September 5, 2017

Happy 2nd birthday

Assalamualaikum

Pertama sekali saye ucapkan salam aidiladha untuk semua yg beragama Islam. Alahai lewatnya bagi ucapan kan. Ok next, happy 2nd birthday to my dearest son Ahmad Aqeef Zhafran bin Ahmad Fauzi. Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah. Moga berjaya di dunia dan akhirat..amin... ucapan ni pun terlewat seminggu..huhuhu

Sebenarnya majlis birthday Aqeef kali ni saye awalkan 2 hari. Tarikh lahir dia 29 Ogos. Tapi kami buat majlis pada 27 Ogos. Sebab itu je tarikh yg sesuai. Kali ni kami buat majlis outdoor di Taman Pasif, Kuantan. Temanya pula royal prince. Alhamdulillah cuaca baik dan semua berjalan lancar walaupun agak terkejar2 nak prepare persiapan. Aqeef pun mood baik hari tu. Time orang nyanyikan lagu happy birthday kat dia bukan main tergelak2 lagi. Tak tau apa yang lawak πŸ˜‚

Oklah malas cakap banyak. Kita layan gambar2 sekitar majlis hari tu aje ye 😁

Candy buffet..time ni angin kuat sangat. Berserabut nampak backdropnye..

Tempat duduk tetamu..

Close up sikit

Prince Aqeef tengah melawat kawasan πŸ˜†

Aqeef bz tengok kek. Takmo pandang camera

Aqeef n ibu

Tokma, aqeef n mama

Candid! Tok abah bz benor. Tak ambik gambar pun dengan aqeef time potong kek πŸ˜…

3 princes dan sorang prince

Happy birthday to you...aqeef 😍

Kak yaya bagi hadiah ape tu? Aqeef duk intai2 dah πŸ˜‚

We are cousins..alamak ada si aqeef sibuk menyelit..haha

Geng dari kecik..semua dah dukung anak 😁

Bagi can lah kat ibu2 ni posing kejap...haha

Geng bujang..ada yang berkenan nak buat menantu tak? Hehe

Kek ni kami tempah plain je..bunga, topper dab corak manik kat tepi kek tu kami tambah sendiri

Uncle2 & abang kesayangan aqeef

Aqeef dengan nenek dan kak yaya


Sebahagian tetamu

Ok..itu aje..secara ringkasnya Alhamdulillah impian nak buat majlis outdoor untuk aqeef dah berjaya. Tahun depan belum pikir nak buat kat mana. Oh ye..orang kuantan, kalau ada yang berkenan nak buat candy buffet boleh search fb kami ye Catalyst Deco Perancang Majlis 😊Ok itu je kali ni. Next time sembang2 lagi...wasalam. 😘

Thursday, August 17, 2017

Try & error buat brownies

Assalamualaikum

Tetiba semalam saye & cik eyra rajin sangat nak buat brownies. Ni semua sebab pengaruh dia la. Sibuk suruh tengok tutorial buat brownies dekat youtube. Last2 dua2 terjebak nak buat jugak..haha..

Check bahan kat dapur semua ada kecuali all purpose flour. 'Eh takpe la kita ganti je dengan tepung gandum + baking powder' jawab saye dengan confident πŸ˜†

Maka lepas dah sediakan semua bahan, kami pun godek2 lah bahan2 tu. Tapi first step pun dah salah. Patut masukkan melt butter dengan gula dulu. Pkul2 pastu masukkan telur dan esen vanila. Tapi kami masukkan telur, melt butter dan esen vanila tapi tak masukkan gula. Pastu duk kompius, eh kenapa tak bertukar tekstur dia macam dalam video. Pastu tengok balik. Alahai...gula tak masuk rupanya 😣

Buat kerja dengan si kecik yang makin aktif memang kelam kabut. Kejap2 dia datang. Bergayut kat kaki la, duk berjoget depan kita la, mintak coklat la, haa..coklat masakan tu jenis dah sedia manis, kejap2 dia minta nak makan.

Dah settle semua dan dah bakar maka hasilnya.....wow, sedap 😍. Walaupun sedikit hangit dekat bahagian base dia sebab tak alas dengan kertas minyak. Haha...ok la ni. Percubaan pertama. Bahan pun tak lengkap, step pun lintang pukang. Tapi hasilnya...nak nangis rasa..terharu...πŸ˜‚

Dengan berasap2 tu kami ngap terus. Lepas tu baru teringat nak snap gambar..haha..lain kali nak try lagi. Buat proper resepi. Ingat nak buat untuk birthday Aqeef next week. Ok semua..bye2. Next time cerita lagi. Kat bawah ni gambar browniesnye. Kalau nak resepi boleh search di youtube. Taip ' the best fudgy brownies ever!' πŸ˜™